Serious Shit : Cerita Lembu

| Thursday, May 17, 2012 | |
Pada suatu pangkal petang yang suam, Bongok yang sedang asyik mencabut keladi cina di tepi sungai telah didatangi oleh si Bengap. Dalam keadaan hangin satu badan, Bengap menuduh Bongok telah menuba air sungai dan menyebabkan seekor lembu betinanya mati terkangkang.


Bengap : Aku tak kira, kau kena bayar gantirugi pada aku. Kalau tak, aku report kat bini kau!


Bongok : Eh, apasal pulak aku yang kena bayar. Bukan aku yang tuba sungai ni. Lagi pun, lembu tu apasal pandai sangat macam tuan dia. Nak minum main sondol je macam babi hutan.


Bengap : Kau jangan kurang ajar Bongok. Tu la satu-satunya lembu betina aku yang paling subur kau tau?


Bongok : Berapa kau punya rugi?


Bengap : RM 9.362 juta...


Bongok : Celaka apa, lembu kau tu berak keluar emas longgok ke apa? Mahal nak mampus!


Bengap : Mesti la. Lembu aku tu produktif. Setiap tahun, dia beranak 8 ekor. Daripada 8 ekor anak dia tu, setiap satunya beranak lagi 8 ekor menjadi 64 ekor cucunya tahun berikut. Aku target nak bela dia 5 tahun lagi. Aku dulu bab janjang geometri ni jangan nak temberang la. Seekor lembu aku boleh jual RM2000, kalau 4,096 ekor dah berapa?


Bongok : Ya betul, kau memang bijak. Itu pada perkiraan kau. Kau tak ambil kira pulak Tuhan punya formula janjang. Kalau minggu depan lembu kau tu tertelan susu getah sampai mandul, seekor haram pun dia tak boleh beranak.


Bengap : (terdiam sambil menggaru-garu celah bontotnya yang gatal)


***Moral daripada cerita yang tak bermoral, jangan nak kencing dengan orang yang pakar matematik dan ilmu alam kalau tak nak kelihatan bodoh di khalayak ramai.


Sekian entri lembu dan tuannya.

8 comments:

Lady Windsor Says:
May 17, 2012 at 11:59 PM

1st!

Telor Power Says:
May 18, 2012 at 12:59 AM

2nd

Telor Power Says:
May 18, 2012 at 1:00 AM

macam cilake betul, gelak kejap gua malam2 ni

Aku Says:
May 19, 2012 at 12:42 PM

nasib baik dia tak kira anak cucunya juga berkahwin dan beranak cucu lagi... mesti exponential tu... hahaha

Kasih Nur Ain Says:
May 23, 2012 at 1:14 PM

bro..lama cerita lemmbu kt blog ko..pls tukar citer lain?

bro..aku nak tya ko sikit, sbgai lelaki berhimah (berdasarkan blog ko yg selalu gak aku baca kekadang lepas laku mencarut dan memaki..
aku cuma nak jawapan dari lelaki mcm ko..pewitttt..

"seoarang lelaki yg telah menceraikan isteri, 2 thn lepas, tp masih lagi mencari segala cerita bekas binik, skodeng segala email, FB bagai, setiap conversation bekas binik dijadikan ugutan.ugutan dia adalah anak pompuan yg terlepas kt dia.paling rasa lorat bila si anak di provok dgn kata2 klu sebut2 nak pegi umah maknya, nanti aku rotan ko"

aku cuma tya pendapt ko, walau aku tau ko x der pengalaman, cuma sbgai lelaki, kenapa lelaki ini jadi mcm ni??

ko ada apa2 suggestion??

reen afny Says:
May 23, 2012 at 10:51 PM

biasa la tu orang nak kaut untung. membesarkan cerita yang x berapa nak besar. haha

wowwwww da tukar background.. sory da lama tak jenguk blog kau bro. huhu

SM Says:
May 26, 2012 at 8:57 PM

LW : last!

TP : ini cerite memang cilake!

AKU : sebab dia baru cemerlang matematik tambahan tahap spm je kot.

KAN :

cerita lain tadak lagi la.

pergh, balik dari seberang laut, terus ada orang puji! hahaaa!!!(gelak sampai lusa)

aku tak berani berikan sebarang pendapat atau komen kepada perosalan ni, sebab ini adalah satu isu yang agak sensitif dan peribadi jugak. lagi pun, aku takut jawapan aku akan condong kepada salah satu pihak memandangkan aku tidak berada `di dalam kasut' mereka yang terlibat.

apa pun, seeloknya sebagai lelaki mereka mestilah memuliakan kaum perempuan, bak kata jiran aku yang dipanggil mama dahulu iaitu "anggap la perempuan ni sama tarafnya macam mak kita sendiri, dan hormatilah mereka seperti mana kita menghormati emak sendiri".

alangkah elok kalau semua lelaki pandai menghormati rakan sekerja, adik-beradik atau jiran perempuan mereka. dan alangkah bertambah elok lagi kalau setiap perempuan bijak mengawal perwatakan dan keperibadian di mata masyarakat agar kedua-duanya saling menghormati.

sekali lagi, aku tak suka sesiapa sama ada lelaki atau perempuan yang tidak tahu menghormati mereka yang berlainan jantina.

sekian... (ok tak? walau pun tak menepati soalan)

reen : ala, aku tau la sekarang kau tengah sibuk. koya!

reen afny Says:
May 30, 2012 at 11:04 PM

hahaha koya la sangat. baru tukar tempat keje la. lagi busy skang. hehehe