Segala Yang Indah Oleh Nescafe

| Tuesday, May 29, 2012 | |
Aku tak rasa iklan sebegini akan disiarkan dalam Berita Hairan, Utusan Malaysia atau Hairan Metro untuk sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang. Jauh sekali untuk menyebut Majalah Mangga. Kalau ada, aku akan ucapkan tahniah dan terima kasih yang teramat sangat kerana telah membantu mengindahkan lagi bahasa yang kita guna sehari-hari ni.
Lokasi, persimpangan jalan Kuantan - Kuala Terengganu - Kemasik. Koordinate GPS 4˚25'33"N, 103˚27'07"E. Ahad 20 Mei 2012, lebih kurang jam 2:00 petang.


Maaf, gambar kurang jelas sebab aku malas nak keluar dari kereta dan berdiri di tengah panas matahari, nak turunkan tingkap pun malas nak mampus. Maklum la, takut cair make up!


Sekian entri penghargaan bertempat.


sekarang aku nak berhibernasi sampai mati...

17 comments:

Lady Windsor Says:
May 29, 2012 at 7:25 AM

Ko cer pi tengok papan iklan kat kelantan, lagi aman kata ko...

SM Says:
May 29, 2012 at 7:29 AM

tahniah dan terima kasih untuk mereka.

Lady Windsor Says:
May 29, 2012 at 7:43 AM

Eh aku first!

Rai Says:
May 29, 2012 at 11:08 AM

merangkak orang baca suratkhabar kalau pakai tulisan mcm ni.. maklumlah..mata pelajaran agama pun jarang dah guna jawi..

SM Says:
May 29, 2012 at 11:22 AM

LW : memang la first, sebab cuma berapa kerat je yang baca blog aku. sori beb, takde hadiah.

Rai : haha, aku maksudkan iklan komersil dalam akhbar arus perdana. tu pun boleh buat salah satu cara nak tackle orang mendekati tulisan jawi.

Telor Power Says:
May 29, 2012 at 11:39 AM

takut cair make-up tak tahan tu.

kemamam kita...yeah aku bakal hidup disana kalau diterima bekerja di industri marine sana

SM Says:
May 29, 2012 at 12:06 PM

TP : sekali lalu, bandar tepi laut ni kalau panas memang lain macam, tapi aman sikit rasanya...

Rai Says:
May 29, 2012 at 12:16 PM

jawapan utk soalan kat blog ;-

untuk orang yg terlalu kurus actually kena build up muscle.. so kena buat muscle building exercise..makan pun kena makan makanan yang high calorie..tapi tak boleh tambah lebih dari 500kalori dari kalori asal..supplement atau vitamin cuma tambahan..sebab sesetengah org kurang certain vitamin dan menyebabkan mereka jadi skinny.. dan..since protein penting untuk muscle building, bagus kalau tambah protein dalam diet..tapi make sure jgn banyak makan daging merah..soya dan ayam adalah sumber protein yg bagus..kalau dapat ayam organik is better.. :D

Aku Says:
May 29, 2012 at 8:39 PM

kebetulan semalam anak aku nak uji ketajaman aku menulis Jawi.

daripada 10 perkataan, aku hanya betul 2.

aku kata, ejaan zaman sekarang tak sama dgn zaman aku belajar dulu...

SM Says:
May 29, 2012 at 10:44 PM

Aku : aku tau, kau cuma berlakon je tu. nak ambik hati dia la katakan... kang menangis budak tu.

Aku Says:
May 29, 2012 at 10:50 PM

ceh!!

keh keh keh

SM Says:
May 29, 2012 at 10:51 PM

Aku : aku suka, itu salah satu cara nak jadi bapa kesayangan... hahaa!!!

Lady Windsor Says:
May 30, 2012 at 8:26 AM

ko da baca sokkabar jawi minggu lepas punya?

Pok Amai-Amai Says:
May 30, 2012 at 9:26 AM

Err...kat KL tu, tulisan jawi diturunkan dan aku tgk Teresa Kok tu bangga je letak papan tanda bertulisan rumi, cina dan tamil.

=(

SM Says:
May 30, 2012 at 10:16 AM

LW : minggu lepas aku bercuti segala-galanya. kenapa, apa yang menarik?

MF : terima kasih sebab prihatin. orang lain?

reen afny Says:
May 30, 2012 at 10:22 PM

niceeeee.... tulisan jawi tu. alhamdulillah, tulisan jawi masih dihargai di malaysia ni. hehe

SM Says:
May 31, 2012 at 7:48 AM

ra : yeke? sebahagian kecil kita je kot.