Sedulang

| Friday, May 11, 2012 | |
Ada orang pernah beritahu aku, salah satu petua untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga adalah makan sedulang.


[gambar: cuma dalam imaginasi aku]


koma...


Aku adalah seorang lelaki yang datang dari keluarga yang berpecah-belah. Mungkin itu seratus peratus mempengaruhi identiti aku iaitu seorang pendiam jika berada di dalam kelompok manusia yang bercakap. Tetapi pada masa yang sama, aku sering bercakap sendiri dalam hati walau pun pada ketika itu aku sedang menempatkan diri dalam situasi yang memerlukan aku bercakap. Selalunya, aku lebih suka mendengar, mendengar dan mendengar orang bercakap. Kemudian barulah aku bercakap, tetapi dalam hati seolah-olah percakapan itu adalah satu perbualan dalam dunia realiti. Itulah aku.


Ketika zaman persekolahan (sekolah rendah) pertengkaran antara kedua ibu-bapa bukan suatu perkara yang asing di telinga aku. Kadang-kala menyesakkan kerana aku tidak bisa masuk campur, apatah lagi bersuara. Dan kadang-kala sepertinya tidak mendatangkan kesan langsung kerana telinga aku sudah tuli dengan suara pertengkaran itu. Namun, pernah juga aku sampai kepada satu keadaan di mana aku terpaksa tidur di bawah katil akibat dada aku tidak sanggup lagi menyerap jerit-pekik yang memedihkan di telinga pada waktu tengah malam.


Sadis? Tidak... Simpati? Jangan... Ingin membantu secara spiritual? Tak perlu... Kerana aku juga mempunyai peneman tidur di bawah katil itu yang aku wujudkan ketika perlu, iaitu diri sendiri. Tetapi yang peliknya, aku tidak pernah belajar untuk menangis. Entah, mungkin pada ketika umur yang sebegitu, aku tidak menganggap pergolakan dalam keluarga bukan suatu yang perlu ditangiskan. Entah la.


koma...


Seperti juga kebanyakan petua-petua yang kita biasa kita dengar dalam mengekalkan hubungan rumah tangga agar kekal harmoni dan damai, aku mendapati petua makan sedulang ini agak berkesan juga kalau kita (aku sebagai ketua keluarga) amalkan sejak mula. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun dah kira cukup beruntung. Kerana pada aku, waktu makan adalah waktu yang sangat ideal untuk seluruh isi keluarga menyulam kasih sayang. Terutamanya jika kita makan dari bekas yang sama. Di situ akan terbit unsur-unsur kerjasama, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati ahli keluarga yang lebih tua. Kalau ibu tak boleh makan udang takpe, biar abah bagi lauk udang yang ada kat tengah ni untuk si adik, sayur bahagian abah ni ibu habiskan. Bahagian nasi abah yang ada kicap ni angah ambil ye, sebab angah kan suka makan nasi dengan kicap. Bahagian ikan masak gulai tu ada banyak duri, biar ibu cubitkan untuk kak long. Indah bukan?


koma...


Aku? Aku tak pernah rasa suasana makan yang seharmoni itu ketika kecil. Kerana ketika itu bapa aku adalah seorang pekerja buruh binaan yang bekerja di negara jiran, Singapura. Kadangkala, seminggu sekali barulah dia balik menjenguk keluarga. Kalau pada hari biasa, aku cuma berpeluang menatap wajahnya pada waktu malam sahaja lantaran jarak perjalanan dari kota singa itu ke rumah aku memakan masa beberapa jam dengan bermotosikal. Manakala, ibu aku juga seorang yang bekerja. Bukannya seorang suri rumah. Jadi, rutin makan kami sekeluarga agak berterabur. Ibu memasak di dapur pada sebelah malam. Kemudian, sesiapa yang terasa lapar dengan sendirinya akan menceduk nasi dan lauk dari periuk. Maka, makanlah sendiri di dapur atau di depan tv seperti aku. Seronok ke makan sendiri? Mungkin ya, mungkin tidak.


noktah...

12 comments:

Ujie Says:
May 11, 2012 at 12:21 PM

LIKE entry ni! Penyampaian yg menyentuh hati.

Makan sedulang..mcm mkn Nasi Ambeng, tradisi yg kian hilang di kg saya.

Tapi zaman skrg, kalau tak mkn sedulang pun..at least wajib mkn bersama2 seluruh family. Masih boleh bagi2 mcm mkn guna dulang.

*mkn sorang..mmg tak best langsung!

Anonymous Says:
May 11, 2012 at 1:04 PM

aku dah biasa makan sorang..aku dah biasa ada best friend yang tak nampak..cuma aku belum pernah makan sedulang..

LWindsor

NenetPenne (NP) Says:
May 11, 2012 at 1:52 PM

errr aku tak boleh makan sedulang.. aku geli sebab kadang2 pemakanan seseorang atau cara pemakanan seseorang tu membuatkan aku geli dan hilang selera makan

lari topik kejap

lagi geli kalau ada orang makan, nasi penuh dijari, cubit ikan dan nasi dijari berterabur atas ikan tadi... errrkkk geli

masa kecil dulu, ibu pastikan makan tengahri dan malam adalah makan bersama.. yelah ibu aku tak kerja

Kasih Nur Ain Says:
May 11, 2012 at 2:12 PM

satu cerita, satu pengajaran

nasib sy dgn ex suami sy tidak bertekak dan bertengkar kalau tak..mesti anak asy mengalami nasib yang sama mcm karangan cerita anda...

SM Says:
May 11, 2012 at 3:21 PM

Ujie : makin kerap makan bersama, makin kuat ikatan.

LW : makan sedulang seronok, sebab tu aku suka pergi kenduri (dulu) bila balik rumah arwah mbah.

NP : takpe, yang penting bersama.

Kasih : mujur...

Telor Power Says:
May 11, 2012 at 3:30 PM

tacing beb tacing gua baca.


sekurang-kurangnya jiwa lu sudah kental dialam persekolahan bro.
gua yakin lu pasti lebih mesra dengan kawan2, bukan?

(gua tahu kerana gua juga pernah alaminya situasi begini dahulu)

SM Says:
May 11, 2012 at 4:24 PM

TP : bro, orang kata gua ni tak mesra alam...

Lady Windsor Says:
May 11, 2012 at 7:33 PM

Telur Power,
SM ni skema...mwahahaha..ampun aa SM..jangan ko senarai hitamkan aku pulak yer sebab membuat onar dalam wilayah ko ni...cabutt!

Telor Power Says:
May 11, 2012 at 8:09 PM

Lady W : benaran....?

SM : tak mesra alam sebab belum kenal melepak2 sama...(rasa aku la)

SM Says:
May 11, 2012 at 8:30 PM

LW : aku tak kisah dianggap skema dan kadangkala 'invisible' atas sebab yang telah dinyatakan. lebih senang banyak mendengar dan bercakap sendiri.

TP : karang kalau aku pi utara, aku singgah manjung. haha!

Anonymous Says:
May 11, 2012 at 11:52 PM

TP,
Benar sekali Pak, benar! Bhahaha ...

SM,
Ko skema kan...hik!


LWindsor

Telor Power Says:
May 13, 2012 at 12:39 PM

bagus....boleh saja kalau nak ke manjung. tapi sini tak lah semeriah di bandar tu. sini kampung2 saja.