Pengaruh Kata-kata

| Monday, May 14, 2012 | |
Baru aku tau, pendapat yang kita ketengahkan tak kira betul atau salah akan sentiasa dilihat sebagai sentiasa betul kalau kita bijak mempengaruhi pembaca dengan susunan kata-kata dan ayat yang menikam. Semakin cantik bahasa yang kita gunakan, maka semakin ramai orang akan terpesona dengan aroma akal yang kita hidangkan. Sambil itu, mereka yang telah sedia terpukau itu akan sentiasa berkata "hmmm, betul tu" kepada diri sendiri sebaik habis membaca butir-butir perkataan yang kita terjemahkan.


Kadang-kala tak susah untuk mengumpul pengikut yang sentiasa mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang kita katakan, asalkan kita mempunyai kebolehan itu. Tapi kadang-kala terlalu sukar juga mahu mengajak cuma seorang sahaja memahami apa yang ingin kita sampaikan kalau kita langsung tidak berbakat dalam berbicara.


Ok, mulai sekarang aku kena belajar menyusun kata-kata agar menjadi bicara indah supaya ramai orang bakal menganggukkan kepala tanpa banyak soal! Hahahaaa...!


Sekian karutan tak bertempat...

3 comments:

Lady Windsor Says:
May 14, 2012 at 1:14 PM

itulah namanya retorik, pujukan melalui kata2..rethoric of persuasion..ko bayangkan betapa mahir seorang jurujual melalui kata-katanya mempengaruhi khalayak supaya membeli barang yang dijual walaupun kita tahu barang itu tak seberapa..kan.


eh aku 1st!

SM Says:
May 14, 2012 at 1:22 PM

jurujual? beb, aku pernah jadi salesman selama beberapa minggu. jual multi-gear screwdriver dan buku kanak-kanak. ayat mau power!

begitu jugak dengan orang politik. ketokohan dia akan lebih terserlah kalau dia bijak berpidato. boleh terpegun beb!

reen afny Says:
May 23, 2012 at 10:57 PM

betul tu. hehe
tapi macam ikut...... huhu (kalau kata2 berunsur nasihat)