Oh My Dear, Deerland!

| Sunday, May 27, 2012 | |

Siapa antara kita tahu di mana letaknya Zoo Negara, Zoo Taiping atau sekurang-kurangnya Taman Buaya Melaka? Ok, tak perlu beri jawapan atas soalan bodoh yang sebegini. Tapi siapa antara puluhan juta rakyat Malaysia yang tahu dengan arif di manakah letaknya zoo mini Temerloh? Dah tentu ramai yang akan menjawab zoo cilake ni letaknya di Temerloh walau tak seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke sana.


(rewind button pressed)


Lebih kurang dua tahun dulu, aku pernah berusaha menjejaki di mana letaknya lokasi yang sebenar zoo mini yang diletakkan di bawah jagaan Perhilitan Negeri Pahang ini dengan harapan aku akan mengenali bandar Temerloh dengan lebih dekat lagi, bukan hanya sekadar masakan gulai ikan patin yang power di deretan gerai tepi Sungai Pahang semata-mata. Sekurang-kurangnya, kalau ditakdirkan suatu hari nanti Tuhan meletakkan aku sebagai penduduk tetap di sini, dapat la jugak kiranya aku menghabiskan masa lapang bersama dengan anak-anak dan cucu-cicit belajar tentang tabiat pemakanan dan cara binatang hutan ni mengawan.


Tapi sayang, pencarian pertama kali aku pada ketika itu telah membuatkan aku sesat hingga entah ke mana. Berdasarkan maklumat dari internet dan berpandukan kepada lokasi di google map, aku pasti zoo mini ini terletak berhampiran dengan sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar Temerloh. Namun begitu, sepanjang pencarian aku, aku cuma menjumpai sebuah premis kerajaan milik Perhilitan dan sebuah kawasan terbiar dan bersemak yang cuma kelihatan beberapa ekor anjing liar sedang melepaskan lelah di bawah teduhan semak. Celaka apa, aku nak tengok binatang hutan dalam zoo, bukan binatang liar tak bertuan ni!


Kemudian, menurut apa yang disampaikan oleh seorang sahabat aku yang bekerja di Temerloh dan menetap di Mentakab, zoo mini itu telah lama tidak beroperasi. Hanya menjadi tempat pemuliharaan beberapa spesis nyamuk yang jarang ditemui dan juga sebagai sarang pontianak memencilkan diri mencari ilham.


(fast forward button pressed)


Hujung minggu lalu, sekembalinya aku dari negeri pantai timur, Tuhan telah membuka pintu hati aku untuk menyusur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur di persimpangan Lanchang. Memandangkan hari masih lagi awal, aku kira dapatlah jugak aku memuaskan nafsu berjalan-jalan di dua tempat yang aku teringin nak pergi buat kali kedua iaitu National Elephant Conversation Centre dan juga Deerland. Kedua-duanya terletak tidak jauh antara satu sama lain.


Lupakan seketika lokasi pusat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah itu, sebaliknya kepala hotak berjambul aku lebih tertumpu kepada situasi yang sedang berlaku di Deerland. Dari luar, tempat yang mengenakan bayaran sebanyak RM6 kepada pengunjung dewasa di pintu masuknya ini nampak tiada apa-apa yang luar biasa atau menarik langsung memandangkan keluasannya yang terhad iaitu cuma menggunakan lebih kurang 12 ekar keluasannya berbanding jumlah keseluruhan tanah iaitu 40 ekar (menurut pemiliknya). Selain jumlah spesis haiwan yang sedikit.


(bukan gambar curi, snap sendiri guna kamera murahan)


Tetapi bagi sesiapa yang pernah ke sini sebelum ini pasti akan merasakan satu kehilangan. Kehilangan yang boleh diamati di ruangan kosong berhampiran laluan keluar pengunjung.


Semasa lawatan kali pertama aku ke sini dahulu, pandangan mata aku dihidangkan dengan kelincahan seekor beruang yang sangat menghiburkan terutamanya aksi manja dia dibelai oleh penjaganya dan juga ketika dia menyuap makanan yang disuakan oleh pengunjung (ini bukan makanan dari luar, tetapi memang makanan yang telah disediakan!). Kadang-kala rasa seriau melihatkan keberanian beruang comel ini mendekati pengunjung yang mengelilingi. Dan aku kira, beruang ini telah menjadi tarikan utama untuk para pengunjung kembali melawat buat kali kedua, seperti aku.


Itu dahulu, sekarang beruang ini sudah tiada lagi. Kehilangan beruang ini aku dapat rasai dari riak wajah pemilik Deerland ini (aku terlupa bertanya namanya), serta kesungguhannya menceritakan apa yang berlaku kepada penghuni kesayangannya itu seterusnya menarik minat aku untuk menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan. Dia menceritakan lebih kurang begini...


"Diorang dengar, beruang ni duduk dalam tempat sempit. Diorang dengar, orang ramai boleh bagi makan. Diorang dengar, beruang ni diberi makan biskut. Diorang dengar, beruang ni tak sihat. Kurus. Sebab tu satu hari diorang datang sini bawa surat arahan Perhilitan supaya beruang ni dipindahkan hari tu jugak. Orang hubungan saya hantarkan gambar ni (sambil menunjukkan dua keping gambar beruang itu di dalam sangkar) yang dia ambil dari zoo mini Temerloh. Encik tau macamana keadaan zoo tu? (ya, aku tau sangat walau pun tak pernah masuk) Dah tujuh bulan beruang tu dimasukkan ke sana. Apa yang kawan saya bagitau, beruang tu dah empat hari tak nak makan (wajahnya sedikit sebak dan sayu). Sebab tu sekarang saya tengah berusaha dapatkan tandatangan sebanyak mungkin dari pelawat untuk buat rayuan kepada pihak kerajaan...."


...dan banyak lagi yang gagal aku ingati semua butir bicaranya. Apa pun, aku berharap sangat beruang itu diletakkan di tempat yang sepatutnya. Tidak semestinya di sebuah zoo bertaraf dunia atau di habitat asalnya, asalkan beruang tu dapat kembali hidup ceria dan menghiburkan anak-anak kecil.


Sedikit info berkenaan Deerland...


Bagaimana ke sana : Sebaik keluar dari plaza tol persimpangan Lanchang (Exit 816), belok ke kanan di simpang tiga tanpa lampu isyarat. Berhati-hati ketika membelok, jangan macam pemandu gampang yang keluar simpang ikut suka kepala mak bapak dia je. Terus memandu bagi yang berkereta atau bervan, manakala yang bermotosikal terus menunggang sejauh lebih kurang 7.6km dari persimpangan itu, melepasi simpang kiri ke Felda Lakum/Bukit Damar. Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan pemandangan beberapa kolam pancing dan juga perkampungan orang asli. Berhati-hati juga kerana jika anda seorang kaki pancing tegar, dinasihatkan agar jangan diturutkan sangat nafsu anda itu. Teruskan perjalanan lagi hingga tiba di simpang ke kanan. Belok kanan dan teruskan perjalanan sejauh 1.9km lagi. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang memuaskan kerana keadaan permukaan jalan yang macam gampang berbanding dua tahun dahulu. Mungkin kerana sabotaj oleh pihak JKR yang enggan menyelenggara jalan ini dengan sempurna.


Kedudukan/koordinat : Jika anda mempunyai peranti GPS dan tahu menggunakannya (tidak seperti sesetengah pengguna yang buta kayu, bila sesat nak marahkan GPS pulak), ini adalah koordinat yang boleh anda track menggunakan kebanyakan perisian GPS seperti Garmin, Papago, Locago atau Ovi Map versi terbaru. Latitud 3˚35'07.29", Longitud 102˚10'05.35". Atau kalau anda dah malas sekali pun, boleh la copy dan paste koordinat ini ke dalam Google Map kemudian klik Search. 3.585359,102.168152
Jangan lupa, setelah puas memberi makan rusa dan ostrich dengan lebih dekat, berikan sokongan anda kepada pemilik Deerland ini. Jangan takut, kalau turunkan tandatangan tak kena ISA atau EO pun!


Sekian entri meminta sokongan...

8 comments:

Telor Power Says:
May 27, 2012 at 2:10 AM

tak bergambor dgn sunbear di deer land tu? gambar beri rusa2 tu makan pun tak amik ker??

hehehehe nanti gua jejak balik. ngantuk plak mlm mggu ni

SM Says:
May 27, 2012 at 10:08 AM

gambar banyak, tapi semua ada muka aku. termasuk la gambar merak albino. tak boleh dedahkan, takut ada yang histeria pulak.

Ujie Says:
May 27, 2012 at 12:02 PM

Hmm..nasib baik SM dah penah jejak zoo temerloh tu. kira ni kisah yg boleh dipercayailah.

Insyaallah..nak gak jln2 deerland tu. hopefully dah ada si beruang masa tu.

Aku Says:
May 27, 2012 at 10:18 PM

kesian beruang tu...

mesti dia homesick...

Lady Windsor Says:
May 28, 2012 at 12:03 AM

kalu ko tak letak merak albino tu, aku tak cayer ko pi deerland tu..ahhaaa cepat letak..

SM Says:
May 28, 2012 at 8:01 AM

Ujie : jejak tapi macam tak jejak, ngeri...

Aku : info tambahan, pemilik deerland tu kata ada harimau yang dirampas dari zoo persendirian di saleng, johor dan dibawa ke temerloh tu kemudiannya mati. harus ke aku percaya?

LW : kau kena percaya sebab aku ada belikan cenderahati untuk kau.

Lady Windsor Says:
May 28, 2012 at 10:26 AM

bluerkkk..tak cayer!

SM Says:
May 28, 2012 at 10:27 AM

ok, sat lagi aku tunjuk kat cendol time!