Nyawa Untuk Bil

| Tuesday, May 29, 2012 | |
Di perkarangan sebuah hospital separa kerajaan dan dimiliki oleh sebuah institusi pengajian kurang terkemuka, duduk dua orang lelaki yang saling tidak mengenali antara satu sama lain sambil berbual berkenaan tujuan mereka ke situ.


"Jadi, kamu tidak kisah mengambil ubat yang masih dalam peringkat percubaan ini? Kerana masih lagi tiada jaminan akan keselamatan mereka yang menjalani ujian ini", tanya lelaki pertama buat memecah bicara.


Lelaki kedua tersenyum. Baginya, menjadi spesimen bagi beberapa ujikaji makmal bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya. "Tidak, aku tidak kisah. Memanglah bayarannya agak lumayan iaitu RM500 untuk satu sesi ujian. Tapi bagi aku, itu tidak penting. Apa yang pentingnya aku sedia berkorban demi kepentingan kemajuan sains perubatan dan kebaikan manusia yang terkemudian. Lagi pun, aku mempunyai perlindungan insurans jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Bagaimana dengan kamu, adakah ini kali pertama?" Tanya lelaki kedua kepada lelaki pertama.


"Ya, ini kali pertama aku menjadi sukarela dalam ujikaji yang sebegini rupa", jawabnya sambil tersengih macam taik kucing setengah masak kena seret atas tangga..


"Kalau begitu, apa yang membuatkan kamu bersedia memperjudikan kesihatan kamu atas suatu produk yang belum terbukti berkesan ini? Kamu tidak takut mati? Kematian kamu itu tidak setimpal dengan bayaran yang diberikan", Soal lelaki kedua itu lagi.


"Tidak takut, kerana aku amat memerlukan duit itu". Jawab lelaki pertama.


"Untuk apa kamu begitu memerlukan duit RM500 itu?" Sekali lagi dia bertanya sambil sengaja mengerutkan kepala lutut.


"Untuk membayar bil TNB yang lama tertunggak..." Jawab lelaki pertama perlahan.


Sekian entri terdesak.


-cinabeng betul la, aku dah lupa bila kali terakhir aku tumbuk muka orang, rasa macam nak cari pasal pulak...

9 comments:

Aku Says:
May 30, 2012 at 12:02 AM

keh keh keh...

memang terdesak giler tu...

Telor Power Says:
May 30, 2012 at 1:06 AM

hampeh....mati2 aku ingatkan kisah berkaitan dgn insuran kesihatan

Lady Windsor Says:
May 30, 2012 at 8:25 AM

Ada ke orang buat gitu?

Pok Amai-Amai Says:
May 30, 2012 at 9:25 AM

Np ko ckp institusi pengajian kurang terkemuka?

Aku rs, terkemuka jugak le...

Eh, betul ke ade sesi ujian mcm nie?

SM Says:
May 30, 2012 at 10:18 AM

Aku : gila punya terdesak, sampai hampir tersedak.

TP : part insurans, nanti aku promote kawan aku punya.

LW : ada.

MF : kurang terkemuka kalau ranking beratus (pada aku la, kalau pada kau tu terpulang). ujian macam ni memang ada. dibayar untuk mencuba ubat yang dalam peringkat ujian.

Lady Windsor Says:
May 30, 2012 at 2:26 PM

Aku rasa aku pun macam pernah jadi bahan ujian le bhai...apakah?

SM Says:
May 30, 2012 at 4:46 PM

LW : demi kebaikan umat sejagat.

reen afny Says:
May 30, 2012 at 10:20 PM

hahaha cerita betul ke ni??

SM Says:
May 31, 2012 at 7:47 AM

ra : 75% betul.