Nikmat Dari Syurga

| Thursday, May 03, 2012 | |

Isnin, 30 April 2012, lebih kurang jam 3:30 petang. Dari kejauhan sana, kelihatan satu objek yang aku harap dapat melegakan seksaan dunia yang tak terperi lagi azabnya. Azab yang telah mengakibatkan celah ketiak aku berlendir dan leher jinjang aku dibanjiri peluh, menjadikan rupa fizikal aku lebih harum dan seksi daripada yang sepatutnya. Terletak di antara celah-celah pokok ketapang (aku rasa la) yang tersusun elok barisannya sepanjang kiri jalan, objek itu begitu menarik perhatian aku kerana di situlah aku bakal menamatkan kegersangan tekak aku. Harapan aku cuma satu, iaitu menghilangkan dahaga.


Sebaik melabuhkan bontot aku pada bangku plastik di bawah teduhan pokok itu, jari telunjuk kanan aku secara automatik ditegakkan ke atas sambil mulut aku menyebut "biasa satu!" ke arah seorang lelaki pertengahan umur berketurunan India Muslim. Seakan faham dengan permintaan aku, lelaki itu menggerakkan kepalanya seperti kepala ular senduk dalam satu pertunjukan sarkas. Dan dalam masa tak sampai satu minit, tangannya pantas memutar mesin pengisar ais dan menceduk beberapa bahan ke dalam sebuah mangkuk kecil. Kesabaran aku sedikit teruji melihatkan perlakuannya menuang santan dan air gula ke dalam mangkuk itu. Celaka, cepat la sikit!


Nah, itu dia! Satu pemandangan klasik yang bisa menyejukkan suhu badan aku yang sebelumnya tercatat 39.8˚c. Terima kasih wahai Tuhan kerana telah mengurniakan sepasang mata walau pun sedikit rabun, agar dapat aku melihat benda yang Engkau turunkan dari langit ini. Untuk cedukan yang pertama, aku hanya memejamkan mata sementara mulut aku menganga menantikan cecair sejuk itu menyentuh bibir munggil aku.


Sebaik mencecah hujung lidah aku, aku seolah-olah terasa mahu pitam. Begitu nikmat, begitu asyik. Kenikmatan yang sedang aku alami kini melebihi nikmat malam pertama bagi pengantin baru. Terlalu asyik, terlalu syahdu dan terlalu menikam kalbu. Buat beberapa saat, aku seperti lupa dunia. Lupa siapa aku, dan terlupa apa yang sedang aku lakukan. Semuanya gara-gara hasil air tangan lelaki India Muslim itu tadi. Syukur, kerana lelaki ini telah dilahirkan untuk menjadi peniaga di tepi jalan. Aku teruskan lagi dengan cedukan kedua, ketiga dan keempat. Semuanya aku lahap hingga tidak meninggalkan setitik pun sisa.


Tiada lagi sisa kacang merah, tiada lagi warna putih santan atau gelapnya gula merah. Kalau diizinkan, mahu sahaja aku mengunyah mangkuk besi dan sudu plastik ini untuk dibuat ulam sepanjang perjalanan. Sudahnya, sebelum bangun dari tempat duduk dan setelah habis asap dari sebatang Winston Light aku telan, sekali lagi jari telunjuk aku diangkat keatas. Tetapi kali ini ditemani oleh jari tengah sambil mulut aku berkata, "bungkus lagi dua!"


Dua bungkus, aku kira cukup untuk menjadi bekalan aku sebelum tiba di rumah. Sepanjang perjalanan, aku teringat akan seorang awek yang aku ajak lunch tengahari sebelumnya. Kesian, kali pertama dia menjadi penumpang dalam kereta buatan Malaysia aku, aku perasan dia tak henti-henti mengelap peluh di dahi dan mukanya. Tak pasti sama ada peluh itu terhasil daripada nasi ayam yang dimakannya bersama aku atau pun hasil daripada peningkatan suhu dan tekanan dalam kereta aku.


Maafkan aku, mungkin kau kurang bernasib baik hari tu. Next time, kita dating lagi ye. Kali ni kalau aircon aku gagal menyejukkan kau, kita berhenti di sini sambil menikmati kurniaan Tuhan yang diturunkan dari syurga ini...


Sekian entri mengenang hari yang panas...

12 comments:

Lady Windsor Says:
May 3, 2012 at 7:13 AM

bhahahahaha..woiiit apa ke lawak makan ais kacang ko samakan dengan malam pertama...tak aci bhaiii..

mwahahaha aku tak dapat nak bayangkan exegerate ko terhadap perincan menikmati ais bersantan ini dalam cuaca panas...perghh sedap siot! (hahaha aku rasa dah betul penggunaan siot ini)

aarggg sapa lah gamaknya awek malang tu...haha!

Lady Windsor Says:
May 3, 2012 at 7:15 AM

eh bukan ais kacang laaa...ais cendol mamak...humakaihhh harus aku cari petang ni..o yaa ada mamak jual rojak me dan cendol santan depan opis aku setiap khamis...hari ni kan??! PERFECT!!!

Fahmi Ismail Says:
May 3, 2012 at 8:55 AM

Pekena cendol merupakan suatu nikmat yang tidak terperi...aku lebih rela menghilangkan dahaga dan kering di tekak dengan cendol berbanding Tutti frutti ataupun kopi dari Starbucks

Telor Power Says:
May 3, 2012 at 9:41 AM

aku dapat rasakan kejadian yg ko ceritakan ini,
memang nikmat beb pekena cendol ketika petang hari mahupun pada hari yg terik.

Rai Says:
May 3, 2012 at 10:14 AM

entah kenapa...meremang bulu roma aku baca entry ko ni..adeh.. haha..

NenetPenne (NP) Says:
May 3, 2012 at 10:52 AM

dah lama tak makan/minum cendol ni walaupun peniaga ni ada berniaga di depan rumah.. bukan setakat cendol, mee goreng dan rojak pun ada...

SM Says:
May 3, 2012 at 11:01 AM

LW:
...memang betul la beb. dia punya nikmat, pergh! tak boleh dibeli dengan duit euro!
...sampai la ni aku masih terkenang lagi kenikmatan tu.
...hahahaa! dia memang malang sebab dekat sebaldi peluh dia melimpah dalam kereta aku. kesian aku tengok. maafkan aku atas kekurangan kereta buatan malaysia aku pada masa tu. nnaaaahahahaa!!!
...ya, kalau tak silap dulu kau pernah up entri pasal rojak mamak tu kan? lain kali kalau sempat aku pun nak serbu kat situ jugak la.

Fahmi : beb, apa barang tutti frutti dengan starbuck! pekena cendol mamak la wei...!

TP : di tengah panas mentari, dan ketika tubuh seperti dipanggang dalam kereta yang aircon rosak. rasa macam dalam syurga.

Rai : meremang? tekak aku pulak masih terngiang-ngiang lagi rasa cendol tu masa taip entri ni.

NP : sekali-sekala pekena pun orait jugak.

Telor Power Says:
May 3, 2012 at 12:43 PM

syurga pada tekak

reen afny Says:
May 3, 2012 at 2:09 PM

"melebihi nikmat malam pertama".. wutta. macam cilakak je ayat. hahaha

sedap kan cendol? lagi2 tengah panas minum, memang nikmat kot.

hololo.. so sweeet. kiut tak akak tu?? hehe

SM Says:
May 3, 2012 at 2:26 PM

TP : apa lagi yang aku harapkan ketika panas selain cendol...

ra : yang tukang bikin cendol tu tak sweet, sebab full of sweat! tapi akak tu, comel...

Telor Power Says:
May 4, 2012 at 1:11 AM

nescafe ais pun sedap juga.

SM Says:
May 4, 2012 at 7:50 AM

TP : tambah pulak ada dunhill...