Blood & Steel : Sedikit Rasa Simpati

| Monday, May 14, 2012 | |
Dah beberapa minggu aku tertunggu-tunggu mini series ni ditayangkan kat tv sejak kali pertama mata aku membogelkan promo siri ini. Hari berganti hari, malam sering menyusul menggantikan siang. Akhirnya, episod pertama dan kedua ditayangkan secara back to back bermula jam 9:00 malam pada hari Ahad, 13 Mei 2012.




Drama 12 episod yang dilakonkan oleh Kevin Zegers (sebagai Mark Muir) iaitu seorang lelaki berfahaman Katolik dari kelas bawahan yang berpendidikan tinggi dan Alessandra Mastronardi (sebagai Sofia Silvestri) seorang wanita pekerja kelas bawahan namun bercita-cita tinggi, sebagai pendokong watak utama.


Pada aku, semuanya serba biasa kerana bukan suatu yang menghairankan untuk melihat sebegitu banyak perincian yang menakjubkan dalam sebuah produksi yang besar. Bermula dari rekaan kostum untuk golongan bangsawan hingga kepada pekerja buruh, dari susunanatur perabot dan peralatan rumah agam yang serba mewah hingga kepada suasana sederhana sebuah bar kecil tempat berkumpulnya golongan pekerja selepas waktu kerja tamat, atau pun material bukan kertas biasa seakan linen yang digunakan sebagai pelan rekaan struktur badan HMS Titanic. Segalanya serba mengasyikkan aku walaupun aku hanya menonton dengan menggunakan tv Samsung berukuran 21" skrin rata keluaran tahun 2006.




Ok, tinggalkan hal-hal teknikal yang berkaitan dengan drama ini. Kerana ada satu perkara yang aku amat beratkan berkaitan dengan cara hidup golongan kaya yang digambarkan ketika itu. Simpati aku tersangat menggunung terhadap golongan bangsawan mereka kerana kekayaan yang dimiliki tidak mampu membuatkan mereka menghayati hidup ini dengan lebih baik dan sempurna.


Kasihan...


Sekian entri ulasan tv kurang padu.

4 comments:

Lady Windsor Says:
May 14, 2012 at 9:37 AM

1st!

pehh aku terlepas citer ni..ko ingat tak citer yg forest whitaker berlakon tu..bila ya, aku memang nak tunggu sangat citer tu sebab aku suka cara lakonan dia..

SM Says:
May 14, 2012 at 9:50 AM

aku lupa apa nama cerita tu. takpe, dia akan repeat balik minggu ni.

Pok Amai-Amai Says:
May 14, 2012 at 10:27 AM

Mcm menarik.

SM Says:
May 14, 2012 at 11:36 AM

MF : macam best jugak, tapi baru tengok 2 episod.