RUGUTAN!

| Thursday, May 31, 2012 | 7 comments |
Berita Hairan, Isnin, 7 Rejab 1433 H, 28 Mei 2012


Hahahaaaa..!!! Tu la, korang ni banyak sangat fikir. Kan dah terlepas pandang. Muka depan pulak tu. Tersengih aku pagi-pagi buta ni. Nak cari Kamus Dewan pun tak sempat.


Sekian entri pagi Khamis.


-makin ramai orang bodoh dalam dunia ni yang buat-buat pandai, termasuk aku...

Nyawa Untuk Bil

| Tuesday, May 29, 2012 | 9 comments |
Di perkarangan sebuah hospital separa kerajaan dan dimiliki oleh sebuah institusi pengajian kurang terkemuka, duduk dua orang lelaki yang saling tidak mengenali antara satu sama lain sambil berbual berkenaan tujuan mereka ke situ.


"Jadi, kamu tidak kisah mengambil ubat yang masih dalam peringkat percubaan ini? Kerana masih lagi tiada jaminan akan keselamatan mereka yang menjalani ujian ini", tanya lelaki pertama buat memecah bicara.


Lelaki kedua tersenyum. Baginya, menjadi spesimen bagi beberapa ujikaji makmal bukanlah sesuatu yang asing bagi dirinya. "Tidak, aku tidak kisah. Memanglah bayarannya agak lumayan iaitu RM500 untuk satu sesi ujian. Tapi bagi aku, itu tidak penting. Apa yang pentingnya aku sedia berkorban demi kepentingan kemajuan sains perubatan dan kebaikan manusia yang terkemudian. Lagi pun, aku mempunyai perlindungan insurans jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. Bagaimana dengan kamu, adakah ini kali pertama?" Tanya lelaki kedua kepada lelaki pertama.


"Ya, ini kali pertama aku menjadi sukarela dalam ujikaji yang sebegini rupa", jawabnya sambil tersengih macam taik kucing setengah masak kena seret atas tangga..


"Kalau begitu, apa yang membuatkan kamu bersedia memperjudikan kesihatan kamu atas suatu produk yang belum terbukti berkesan ini? Kamu tidak takut mati? Kematian kamu itu tidak setimpal dengan bayaran yang diberikan", Soal lelaki kedua itu lagi.


"Tidak takut, kerana aku amat memerlukan duit itu". Jawab lelaki pertama.


"Untuk apa kamu begitu memerlukan duit RM500 itu?" Sekali lagi dia bertanya sambil sengaja mengerutkan kepala lutut.


"Untuk membayar bil TNB yang lama tertunggak..." Jawab lelaki pertama perlahan.


Sekian entri terdesak.


-cinabeng betul la, aku dah lupa bila kali terakhir aku tumbuk muka orang, rasa macam nak cari pasal pulak...

Segala Yang Indah Oleh Nescafe

| | 17 comments |
Aku tak rasa iklan sebegini akan disiarkan dalam Berita Hairan, Utusan Malaysia atau Hairan Metro untuk sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang. Jauh sekali untuk menyebut Majalah Mangga. Kalau ada, aku akan ucapkan tahniah dan terima kasih yang teramat sangat kerana telah membantu mengindahkan lagi bahasa yang kita guna sehari-hari ni.
Lokasi, persimpangan jalan Kuantan - Kuala Terengganu - Kemasik. Koordinate GPS 4˚25'33"N, 103˚27'07"E. Ahad 20 Mei 2012, lebih kurang jam 2:00 petang.


Maaf, gambar kurang jelas sebab aku malas nak keluar dari kereta dan berdiri di tengah panas matahari, nak turunkan tingkap pun malas nak mampus. Maklum la, takut cair make up!


Sekian entri penghargaan bertempat.


sekarang aku nak berhibernasi sampai mati...

Shit Happened in Manukan Island

| Monday, May 28, 2012 | 5 comments |
Gila babi cantik air kat sini. Jernih dah macam air dalam akuarium yang baru ditukar sampaikan boleh tahu spesis ikan apa yang berenang kat bawah kalau kita tak gagal paper marine biology dulu. Sejuk mata memandang walau pun tidak kelihatan aksi topless oleh pelancong luar. Tengok gambar kat bawah yang diambil dengan kamera murahan, tapi tetap menghasilkan imej yang cantik jugak setaraf dengan budak-budak sekolah yang baru pandai main DSLR sekarang.
Tapi masalahnya, motherfucker mana pulak yang buat celaka kat atas muka bumi ni?
Sekian entri amarah pada perosak alam.

Tugu Peringatan Double Six

| | 14 comments |

Secara ringkasnya, tugu peringatan ini telah dibina untuk mengenang tragedi udara yang melibatkan beberapa kenamaan Kerajaan Persekutuan dan juga negeri Sabah termasuk ketua menteri Sabah pada ketika itu iaitu Tun Haji Mohd Fuad Stephens.


Berikut nama-nama mangsa yang terkorban mengikut apa yang tercatat pada plat:

  1. Tun Haji Mohd Fuad Stephens - Ketua Menteri Sabah
  2. Datuk Peter Mojuntin - Menteri Kerajaan Tempatan
  3. Datuk Chong Thain Vun - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya
  4. Datuk Salleh Sulong - Menteri Kewangan Negeri
  5. Datuk Darius Binion - Pembantu Menteri kepada YAB Ketua Menteri
  6. Wahid Andu - Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
  7. Syed Hussein Wafa - Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri
  8. Ishak Atan - Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah
  9. Kopral Mohd Said - Pengawal peribadi kepada Tun Haji Mohd Fuad Stephens
  10. Kapten Ghani Nathan - Juruterbang
  11. Johari Stephens - Anak kepada Tun Haji Mohd Fuad Stephens

Terletak di tengah-tengah kawasan perumahan moden di perkampungan Sembulan dan hanya lebih kurang 2 km dari Masjid Negeri, tugu ini diberi nama Double Six sempena tarikh kejadian tersebut berlaku iaitu pada 6 Jun 1976 dan melibatkan enam orang pemimpin negeri serta jadual penerbangan sebenarnya ialah pada jam 6 petang.


Pelbagai teori konspirasi muncul susulan nahas ini berlaku kerana kejadian ini melibatkan peralihan kuasa kepada ketua menteri ke-6 pada hari yang sama, dan isu ini masih lagi berlanjutan sehingga kini. Tambahan pulak tujuan penerbangan ketua menteri petang tu adalah untuk menghadiri mesyuarat berkenaan perjanjian royalti minyak negeri Sabah. Dikhabarkan pula ketua menteri berkemungkinan tidak bersetuju dengan terma yang terkandung dalam perjanjian tu. Itu aku tak peduli, kerana aku bukannya seorang pembongkar misteri. Apa yang aku tahu melalui beberapa pembacaan dari internet (nak tau lebih, cari sendiri, jangan malas!), beberapa teori diketengahkan berkaitan dengan punca berlakunya nahas ini seperti:

  • Pesawat kehabisan bahan bakar sebelum sempat sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu lalu jatuh menjunam ke dalam laut. Kini kawasan sekitar tapak kejadian telah ditambak untuk memberi laluan kepada pembangunan.
  • Pesawat Nomad buatan Australia ini telah menampung muatan yang lebih daripada yang sepatutnya iaitu hanya enam orang anak kapal sahaja.
  • Kecuaian juruterbang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diseimbangkan dengan tekanan minyak seterusnya menyebabkan pesawat jatuh menjunam.

Minggu lalu, dalam kesibukan dan tergesa-gesa mengejar masa memenuhi aturcara `wajib', aku berkesempatan menjejakkan kaki di tugu yang bersejarah dan terus menjadi simbol kepada misteri yang tak terungkap sehingga kini. Cuma menghabiskan masa beberapa minit menangkap beberapa keping gambar dengan berbekalkan kamera kompak cabuk, bahang dari cuaca panas sekitar jam 2:30 petang itu benar-benar menggigit lapisan epidermis aku.


Tapi, mengenangkan aku telah terbang beberapa ribu kilometer dari semenanjung dalam perjalanan yang telah memakan masa beberapa bulan perancangan, aku tetap khusyu' mengelilingi tugu ini sambil membaca tulisan pada plat ini bersama-sama seorang lagi pemilik kamera DSLR amatur. Untuk lawatan terjah berpandukan peta dari Ovi Map ini, aku agak berpuas hati juga dengan hasilnya.


(rakaman imej dari kamera kompak cabuk)


(gambar bonus, jangan hantar ke unit forensik untuk mengetahui identiti aku)


Sekian entri ingatan misteri tragedi yang tak terlerai.

Oh My Dear, Deerland!

| Sunday, May 27, 2012 | 8 comments |

Siapa antara kita tahu di mana letaknya Zoo Negara, Zoo Taiping atau sekurang-kurangnya Taman Buaya Melaka? Ok, tak perlu beri jawapan atas soalan bodoh yang sebegini. Tapi siapa antara puluhan juta rakyat Malaysia yang tahu dengan arif di manakah letaknya zoo mini Temerloh? Dah tentu ramai yang akan menjawab zoo cilake ni letaknya di Temerloh walau tak seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke sana.


(rewind button pressed)


Lebih kurang dua tahun dulu, aku pernah berusaha menjejaki di mana letaknya lokasi yang sebenar zoo mini yang diletakkan di bawah jagaan Perhilitan Negeri Pahang ini dengan harapan aku akan mengenali bandar Temerloh dengan lebih dekat lagi, bukan hanya sekadar masakan gulai ikan patin yang power di deretan gerai tepi Sungai Pahang semata-mata. Sekurang-kurangnya, kalau ditakdirkan suatu hari nanti Tuhan meletakkan aku sebagai penduduk tetap di sini, dapat la jugak kiranya aku menghabiskan masa lapang bersama dengan anak-anak dan cucu-cicit belajar tentang tabiat pemakanan dan cara binatang hutan ni mengawan.


Tapi sayang, pencarian pertama kali aku pada ketika itu telah membuatkan aku sesat hingga entah ke mana. Berdasarkan maklumat dari internet dan berpandukan kepada lokasi di google map, aku pasti zoo mini ini terletak berhampiran dengan sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar Temerloh. Namun begitu, sepanjang pencarian aku, aku cuma menjumpai sebuah premis kerajaan milik Perhilitan dan sebuah kawasan terbiar dan bersemak yang cuma kelihatan beberapa ekor anjing liar sedang melepaskan lelah di bawah teduhan semak. Celaka apa, aku nak tengok binatang hutan dalam zoo, bukan binatang liar tak bertuan ni!


Kemudian, menurut apa yang disampaikan oleh seorang sahabat aku yang bekerja di Temerloh dan menetap di Mentakab, zoo mini itu telah lama tidak beroperasi. Hanya menjadi tempat pemuliharaan beberapa spesis nyamuk yang jarang ditemui dan juga sebagai sarang pontianak memencilkan diri mencari ilham.


(fast forward button pressed)


Hujung minggu lalu, sekembalinya aku dari negeri pantai timur, Tuhan telah membuka pintu hati aku untuk menyusur keluar dari Lebuhraya Pantai Timur di persimpangan Lanchang. Memandangkan hari masih lagi awal, aku kira dapatlah jugak aku memuaskan nafsu berjalan-jalan di dua tempat yang aku teringin nak pergi buat kali kedua iaitu National Elephant Conversation Centre dan juga Deerland. Kedua-duanya terletak tidak jauh antara satu sama lain.


Lupakan seketika lokasi pusat pemuliharaan gajah di Kuala Gandah itu, sebaliknya kepala hotak berjambul aku lebih tertumpu kepada situasi yang sedang berlaku di Deerland. Dari luar, tempat yang mengenakan bayaran sebanyak RM6 kepada pengunjung dewasa di pintu masuknya ini nampak tiada apa-apa yang luar biasa atau menarik langsung memandangkan keluasannya yang terhad iaitu cuma menggunakan lebih kurang 12 ekar keluasannya berbanding jumlah keseluruhan tanah iaitu 40 ekar (menurut pemiliknya). Selain jumlah spesis haiwan yang sedikit.


(bukan gambar curi, snap sendiri guna kamera murahan)


Tetapi bagi sesiapa yang pernah ke sini sebelum ini pasti akan merasakan satu kehilangan. Kehilangan yang boleh diamati di ruangan kosong berhampiran laluan keluar pengunjung.


Semasa lawatan kali pertama aku ke sini dahulu, pandangan mata aku dihidangkan dengan kelincahan seekor beruang yang sangat menghiburkan terutamanya aksi manja dia dibelai oleh penjaganya dan juga ketika dia menyuap makanan yang disuakan oleh pengunjung (ini bukan makanan dari luar, tetapi memang makanan yang telah disediakan!). Kadang-kala rasa seriau melihatkan keberanian beruang comel ini mendekati pengunjung yang mengelilingi. Dan aku kira, beruang ini telah menjadi tarikan utama untuk para pengunjung kembali melawat buat kali kedua, seperti aku.


Itu dahulu, sekarang beruang ini sudah tiada lagi. Kehilangan beruang ini aku dapat rasai dari riak wajah pemilik Deerland ini (aku terlupa bertanya namanya), serta kesungguhannya menceritakan apa yang berlaku kepada penghuni kesayangannya itu seterusnya menarik minat aku untuk menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan. Dia menceritakan lebih kurang begini...


"Diorang dengar, beruang ni duduk dalam tempat sempit. Diorang dengar, orang ramai boleh bagi makan. Diorang dengar, beruang ni diberi makan biskut. Diorang dengar, beruang ni tak sihat. Kurus. Sebab tu satu hari diorang datang sini bawa surat arahan Perhilitan supaya beruang ni dipindahkan hari tu jugak. Orang hubungan saya hantarkan gambar ni (sambil menunjukkan dua keping gambar beruang itu di dalam sangkar) yang dia ambil dari zoo mini Temerloh. Encik tau macamana keadaan zoo tu? (ya, aku tau sangat walau pun tak pernah masuk) Dah tujuh bulan beruang tu dimasukkan ke sana. Apa yang kawan saya bagitau, beruang tu dah empat hari tak nak makan (wajahnya sedikit sebak dan sayu). Sebab tu sekarang saya tengah berusaha dapatkan tandatangan sebanyak mungkin dari pelawat untuk buat rayuan kepada pihak kerajaan...."


...dan banyak lagi yang gagal aku ingati semua butir bicaranya. Apa pun, aku berharap sangat beruang itu diletakkan di tempat yang sepatutnya. Tidak semestinya di sebuah zoo bertaraf dunia atau di habitat asalnya, asalkan beruang tu dapat kembali hidup ceria dan menghiburkan anak-anak kecil.


Sedikit info berkenaan Deerland...


Bagaimana ke sana : Sebaik keluar dari plaza tol persimpangan Lanchang (Exit 816), belok ke kanan di simpang tiga tanpa lampu isyarat. Berhati-hati ketika membelok, jangan macam pemandu gampang yang keluar simpang ikut suka kepala mak bapak dia je. Terus memandu bagi yang berkereta atau bervan, manakala yang bermotosikal terus menunggang sejauh lebih kurang 7.6km dari persimpangan itu, melepasi simpang kiri ke Felda Lakum/Bukit Damar. Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan pemandangan beberapa kolam pancing dan juga perkampungan orang asli. Berhati-hati juga kerana jika anda seorang kaki pancing tegar, dinasihatkan agar jangan diturutkan sangat nafsu anda itu. Teruskan perjalanan lagi hingga tiba di simpang ke kanan. Belok kanan dan teruskan perjalanan sejauh 1.9km lagi. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang memuaskan kerana keadaan permukaan jalan yang macam gampang berbanding dua tahun dahulu. Mungkin kerana sabotaj oleh pihak JKR yang enggan menyelenggara jalan ini dengan sempurna.


Kedudukan/koordinat : Jika anda mempunyai peranti GPS dan tahu menggunakannya (tidak seperti sesetengah pengguna yang buta kayu, bila sesat nak marahkan GPS pulak), ini adalah koordinat yang boleh anda track menggunakan kebanyakan perisian GPS seperti Garmin, Papago, Locago atau Ovi Map versi terbaru. Latitud 3˚35'07.29", Longitud 102˚10'05.35". Atau kalau anda dah malas sekali pun, boleh la copy dan paste koordinat ini ke dalam Google Map kemudian klik Search. 3.585359,102.168152
Jangan lupa, setelah puas memberi makan rusa dan ostrich dengan lebih dekat, berikan sokongan anda kepada pemilik Deerland ini. Jangan takut, kalau turunkan tandatangan tak kena ISA atau EO pun!


Sekian entri meminta sokongan...

Unconnected

| Saturday, May 26, 2012 | 3 comments |
Aku terlupa dari mana aku pernah dengar (atau baca) kata-kata yang berbunyi lebih kurang macam ni.


Semakin hari kita semakin rasa jurang komunikasi sesama manusia dapat dirapatkan seiring dengan perkembangan kepintaran teknologi buatan manusia. Sebut sahaja di mana kita berada, pada waktu bila-bila masa sekali pun atau dengan apa sahaja gadget yang ada di tangan kita, kita mampu menghubungi orang yang berada beribu batu jauhnya dari kita. Semudah itu.


Tak kisah sama ada pada masa itu kita hanya sendirian di ruang bilik menatap skrin monitor hingga pagi. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari, kita langsung tidak berhubung dengan sesiapa pun!


Sekian entri tanpa hubungan...

Serious Shit : Cerita Lembu

| Thursday, May 17, 2012 | 8 comments |
Pada suatu pangkal petang yang suam, Bongok yang sedang asyik mencabut keladi cina di tepi sungai telah didatangi oleh si Bengap. Dalam keadaan hangin satu badan, Bengap menuduh Bongok telah menuba air sungai dan menyebabkan seekor lembu betinanya mati terkangkang.


Bengap : Aku tak kira, kau kena bayar gantirugi pada aku. Kalau tak, aku report kat bini kau!


Bongok : Eh, apasal pulak aku yang kena bayar. Bukan aku yang tuba sungai ni. Lagi pun, lembu tu apasal pandai sangat macam tuan dia. Nak minum main sondol je macam babi hutan.


Bengap : Kau jangan kurang ajar Bongok. Tu la satu-satunya lembu betina aku yang paling subur kau tau?


Bongok : Berapa kau punya rugi?


Bengap : RM 9.362 juta...


Bongok : Celaka apa, lembu kau tu berak keluar emas longgok ke apa? Mahal nak mampus!


Bengap : Mesti la. Lembu aku tu produktif. Setiap tahun, dia beranak 8 ekor. Daripada 8 ekor anak dia tu, setiap satunya beranak lagi 8 ekor menjadi 64 ekor cucunya tahun berikut. Aku target nak bela dia 5 tahun lagi. Aku dulu bab janjang geometri ni jangan nak temberang la. Seekor lembu aku boleh jual RM2000, kalau 4,096 ekor dah berapa?


Bongok : Ya betul, kau memang bijak. Itu pada perkiraan kau. Kau tak ambil kira pulak Tuhan punya formula janjang. Kalau minggu depan lembu kau tu tertelan susu getah sampai mandul, seekor haram pun dia tak boleh beranak.


Bengap : (terdiam sambil menggaru-garu celah bontotnya yang gatal)


***Moral daripada cerita yang tak bermoral, jangan nak kencing dengan orang yang pakar matematik dan ilmu alam kalau tak nak kelihatan bodoh di khalayak ramai.


Sekian entri lembu dan tuannya.

Todi dalam Balang

| | 6 comments |
Sedikit masa dahulu, Vika pernah menceritakan kepada aku tentang kisah lagenda Irish mengenai seorang perompak jalanan yang hanya menjadikan pedagang atau pengembara yang kaya sebagai sasarannya. Kisah ini mirip dengan kisah lagenda Robbin Hood yang muncul dengan pelbagai versi bergantung kepada latar tempat dan masa serata England beberapa kurun lalu.

Namun kisah perompak ini ditamatkan dengan satu pengkhianatan oleh orang yang paling dekat dengannya iaitu teman wanitanya sendiri (terdapat versi lain yang menyatakan perempuan itu adalah isterinya). Akibat daripada itu, dia telah dijatuhkan hukuman mati oleh pemerintah setempat.

Walau pun telah mati, kisahnya terus hidup untuk diperdengarkan kepada generasi-generasi yang terkemudian sehingga menjadi dongeng yang dialunkan menjadi lagu rakyat. Benar atau tidak kisah ini, aku perlu bertanyakan lebih lanjut kepada Vika itu.


Lagu versi paling awal yang dikomersilkan oleh The Dubliners.

Versi awal 70-an oleh Thin Lizzy.

Yang ni pun cara jugak, oleh Metallica.


Salah satu komen dalam tiub awak yang aku suka : "The story of the song takes place during the times when real men known as Gentlemen would wait for the other to have their sword drawn and ready to duel instead of these days where cowardly people dog on their opponent and fight them in a dirty dog way."


Sekian entri sebelum nak keluar ponteng kerja...


***siapa Vika?

Real Hero

| Monday, May 14, 2012 | 4 comments |


"...if every Malaysian adopts a child, then our country will be a better place." -Norlina Alawi, Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd.




Thought this is the first time I ever made an entry using the language that I am not like most. So, please forgive me for any spelling and grammar error. Go fuck with that! Haha...! Just now, when I'm having a cup of black coffee with some cigarettes alone in a place I love most, I have read an article about a courage woman. A person that give a sacrifice to whom she doesn't know. A children.


This article has been published a few days ago in a free newspaper that I brought early morning. At that time, I just look (not read) the title without feel anything. But, I don't know what was happened with my fingers and eyes. They keep attached with the texts until the last sentences. Without any disturbing sound coming to my ears, I can take a concentrate reading with this story. A story about a bussinesswoman which has adopted a children from nowhere into her shelter. For me, that was a nobel act.


And for me, what was more important here, she has taken a children which has diagnosed with AIDS or HIV positive. Pergh..! I wonder if every mom here could do that beside their own children to take care of.


Slowly, my heart was cried deeply when I read her story.


Some people would say she could do that because of her wealth, but that was not the main point here. It doesn't meant you need to be a wealthy person to adopt a child and give them a shelter, food and love. No...


The intention to do so was come from your heart. Here, I take her as a hero among all heroes that ever exist!


Sekian entri bahasa Inggeris. Power tak?

Pengaruh Kata-kata

| | 3 comments |
Baru aku tau, pendapat yang kita ketengahkan tak kira betul atau salah akan sentiasa dilihat sebagai sentiasa betul kalau kita bijak mempengaruhi pembaca dengan susunan kata-kata dan ayat yang menikam. Semakin cantik bahasa yang kita gunakan, maka semakin ramai orang akan terpesona dengan aroma akal yang kita hidangkan. Sambil itu, mereka yang telah sedia terpukau itu akan sentiasa berkata "hmmm, betul tu" kepada diri sendiri sebaik habis membaca butir-butir perkataan yang kita terjemahkan.


Kadang-kala tak susah untuk mengumpul pengikut yang sentiasa mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang kita katakan, asalkan kita mempunyai kebolehan itu. Tapi kadang-kala terlalu sukar juga mahu mengajak cuma seorang sahaja memahami apa yang ingin kita sampaikan kalau kita langsung tidak berbakat dalam berbicara.


Ok, mulai sekarang aku kena belajar menyusun kata-kata agar menjadi bicara indah supaya ramai orang bakal menganggukkan kepala tanpa banyak soal! Hahahaaa...!


Sekian karutan tak bertempat...

Blood & Steel : Sedikit Rasa Simpati

| | 4 comments |
Dah beberapa minggu aku tertunggu-tunggu mini series ni ditayangkan kat tv sejak kali pertama mata aku membogelkan promo siri ini. Hari berganti hari, malam sering menyusul menggantikan siang. Akhirnya, episod pertama dan kedua ditayangkan secara back to back bermula jam 9:00 malam pada hari Ahad, 13 Mei 2012.




Drama 12 episod yang dilakonkan oleh Kevin Zegers (sebagai Mark Muir) iaitu seorang lelaki berfahaman Katolik dari kelas bawahan yang berpendidikan tinggi dan Alessandra Mastronardi (sebagai Sofia Silvestri) seorang wanita pekerja kelas bawahan namun bercita-cita tinggi, sebagai pendokong watak utama.


Pada aku, semuanya serba biasa kerana bukan suatu yang menghairankan untuk melihat sebegitu banyak perincian yang menakjubkan dalam sebuah produksi yang besar. Bermula dari rekaan kostum untuk golongan bangsawan hingga kepada pekerja buruh, dari susunanatur perabot dan peralatan rumah agam yang serba mewah hingga kepada suasana sederhana sebuah bar kecil tempat berkumpulnya golongan pekerja selepas waktu kerja tamat, atau pun material bukan kertas biasa seakan linen yang digunakan sebagai pelan rekaan struktur badan HMS Titanic. Segalanya serba mengasyikkan aku walaupun aku hanya menonton dengan menggunakan tv Samsung berukuran 21" skrin rata keluaran tahun 2006.




Ok, tinggalkan hal-hal teknikal yang berkaitan dengan drama ini. Kerana ada satu perkara yang aku amat beratkan berkaitan dengan cara hidup golongan kaya yang digambarkan ketika itu. Simpati aku tersangat menggunung terhadap golongan bangsawan mereka kerana kekayaan yang dimiliki tidak mampu membuatkan mereka menghayati hidup ini dengan lebih baik dan sempurna.


Kasihan...


Sekian entri ulasan tv kurang padu.

Tiada Sambutan

| Sunday, May 13, 2012 | 14 comments |
Hari guru, hari pekerja, hari jururawat, hari lahir sendiri, hari peladang, hari kanak-kanak, hari bapa dan hari ibu... Aku tak sambut hari-hari itu semua.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun tidak mempedulikan kewujudan jururawat dan hanya reti memaki-maki atas kelembapan yang tidak disengajakan oleh para jururawat semasa berkhidmat di hospital kerajaan, yang hanya tahu menikmati kegenitan tubuh adik-adik jururawat tanpa mengucapkan terima atas kerja mereka menghulurkan mangkuk najis di bawah lubang bontot kita, atau melarang anak-anak mereka daripada menceburi bidang kejururawatan; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari jururawat adalah seorang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun setiap hari menghantar anak-anak ke sekolah tanpa mengenali nama sebenar cikgu yang mengajar anak-anak kita apatah lagi tempat tinggalnya, atau langsung terlupa wajah-wajah barisan cikgu yang pernah mengajar sepanjang mereka berada di zaman persekolahan dahulu; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari guru kepada guru yang kononnya diingati selalu adalah seorang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun tidak pernah bertanyakan apa menu sarapan kepada pekerja bawahannya, atau tidak peduli kewujudan pekerja binaan yang berada di tepi jalan dengan melajukan kenderaan sesuka kepala bana bapak dia, atau tidak pernah sampai ke tempat kerja tepat pada masanya; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari pekerja sambil terbaring di depan tv menikmati hari cuti sambil berbangga kepada diri seolah telah menjadi pekerja yang baik adalah seorang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Pada aku; sesetengah orang yang selama setahun cuma tahu jalan balik ke rumah mak mertua tanpa pernah terlintas pun untuk menjenguk keadaan mak bapak sendiri walau pun pada hujung minggu, atau tidak tahu kedudukan sebenar kubur orang tua mereka lantaran tidak pernah menziarah sejak orang tua mereka dimasukkan ke dalam liang lahad, atau cuma `mampu' menggajikan jururawat peribadi untuk bertugas menyuapkan ubat ke dalam mulut ibu mereka serta mencuci berak dan kencing ibu mereka yang busuknya hingga menyumbatkan rongga hidung; tiba-tiba dalam satu hari tu mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu mereka adalah orang yang hipokrit. Hipokrit semata-mata.


Aku? Aku tak pernah sambut hari ibu, apatah lagi hari kekasih kerana aku mempunyai alasan aku sendiri. Bukan kerana aku ini adalah seorang yang tak suka menunjuk-nunjuk kononnya, atau pun bukan kerana aku adalah seorang anak yang cukup mithali kononnya. Bukan, bukan sebab itu. Alasan aku cukup konkrit untuk aku menghalang diri sendiri daripada meraikan hari itu.


Aku punya alasan sendiri, alasan yang tak mungkin difahami oleh sesiapa pun... Jadi tolong jangan jadi pengadil dalam gelanggang yang cuma aku seorang sahaja pemainnya.


Sekian entri bercakap sendiri di tengah malam minggu.

Sedulang

| Friday, May 11, 2012 | 12 comments |
Ada orang pernah beritahu aku, salah satu petua untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga adalah makan sedulang.


[gambar: cuma dalam imaginasi aku]


koma...


Aku adalah seorang lelaki yang datang dari keluarga yang berpecah-belah. Mungkin itu seratus peratus mempengaruhi identiti aku iaitu seorang pendiam jika berada di dalam kelompok manusia yang bercakap. Tetapi pada masa yang sama, aku sering bercakap sendiri dalam hati walau pun pada ketika itu aku sedang menempatkan diri dalam situasi yang memerlukan aku bercakap. Selalunya, aku lebih suka mendengar, mendengar dan mendengar orang bercakap. Kemudian barulah aku bercakap, tetapi dalam hati seolah-olah percakapan itu adalah satu perbualan dalam dunia realiti. Itulah aku.


Ketika zaman persekolahan (sekolah rendah) pertengkaran antara kedua ibu-bapa bukan suatu perkara yang asing di telinga aku. Kadang-kala menyesakkan kerana aku tidak bisa masuk campur, apatah lagi bersuara. Dan kadang-kala sepertinya tidak mendatangkan kesan langsung kerana telinga aku sudah tuli dengan suara pertengkaran itu. Namun, pernah juga aku sampai kepada satu keadaan di mana aku terpaksa tidur di bawah katil akibat dada aku tidak sanggup lagi menyerap jerit-pekik yang memedihkan di telinga pada waktu tengah malam.


Sadis? Tidak... Simpati? Jangan... Ingin membantu secara spiritual? Tak perlu... Kerana aku juga mempunyai peneman tidur di bawah katil itu yang aku wujudkan ketika perlu, iaitu diri sendiri. Tetapi yang peliknya, aku tidak pernah belajar untuk menangis. Entah, mungkin pada ketika umur yang sebegitu, aku tidak menganggap pergolakan dalam keluarga bukan suatu yang perlu ditangiskan. Entah la.


koma...


Seperti juga kebanyakan petua-petua yang kita biasa kita dengar dalam mengekalkan hubungan rumah tangga agar kekal harmoni dan damai, aku mendapati petua makan sedulang ini agak berkesan juga kalau kita (aku sebagai ketua keluarga) amalkan sejak mula. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun dah kira cukup beruntung. Kerana pada aku, waktu makan adalah waktu yang sangat ideal untuk seluruh isi keluarga menyulam kasih sayang. Terutamanya jika kita makan dari bekas yang sama. Di situ akan terbit unsur-unsur kerjasama, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati ahli keluarga yang lebih tua. Kalau ibu tak boleh makan udang takpe, biar abah bagi lauk udang yang ada kat tengah ni untuk si adik, sayur bahagian abah ni ibu habiskan. Bahagian nasi abah yang ada kicap ni angah ambil ye, sebab angah kan suka makan nasi dengan kicap. Bahagian ikan masak gulai tu ada banyak duri, biar ibu cubitkan untuk kak long. Indah bukan?


koma...


Aku? Aku tak pernah rasa suasana makan yang seharmoni itu ketika kecil. Kerana ketika itu bapa aku adalah seorang pekerja buruh binaan yang bekerja di negara jiran, Singapura. Kadangkala, seminggu sekali barulah dia balik menjenguk keluarga. Kalau pada hari biasa, aku cuma berpeluang menatap wajahnya pada waktu malam sahaja lantaran jarak perjalanan dari kota singa itu ke rumah aku memakan masa beberapa jam dengan bermotosikal. Manakala, ibu aku juga seorang yang bekerja. Bukannya seorang suri rumah. Jadi, rutin makan kami sekeluarga agak berterabur. Ibu memasak di dapur pada sebelah malam. Kemudian, sesiapa yang terasa lapar dengan sendirinya akan menceduk nasi dan lauk dari periuk. Maka, makanlah sendiri di dapur atau di depan tv seperti aku. Seronok ke makan sendiri? Mungkin ya, mungkin tidak.


noktah...

Tentang Priya...

| Thursday, May 10, 2012 | 14 comments |
Lebih kurang dua minggu lalu... "Hello, my dear Priya. Been a long time haven't heard your voice la. Busy ke?" Tanya aku dari hujung talian sini tanpa memperkenalkan diri. Pertanyaan yang menunjukkan aku ni agak busybody jugak orangnya, sebab aku tahu pada waktu sebegitu mungkin orang yang menjawab panggilan aku tidak la begitu sibuk, seperti biasa. Seperti dulu. Seperti ketika aku duduk di sebelahnya sebagai rakan sepejabat.


"Haha, takde la. Tak busy." Balasnya dengan suara ceria. "Bos ada? Jom makan, aku belanja. Sekejap lagi aku sampai." Pelawa aku, memandangkan jam menunjukkan hampir 11:45 pagi.


"Eh, ok. Boleh!" Nada suaranya bertambah ceria. Mungkin dia tidak menjangka kedatangan aku ke situ.


Perbualan bersambung lagi untuk beberapa belas saat sebelum aku menamatkan panggilan untuk memberitahu kepada pekerja kedai aksesori kereta apa masalah berkaitan kereta buatan Malaysia aku.


Sebenarnya, ketika panggilan itu dibuat, aku telah sedia berada beberapa puluh meter dari tangga pejabat lama aku. Memandangkan aku dalam perjalanan pulang ke pejabat dan melalui kawasan sekitar pejabat lama, aku bercadang untuk singgah menjenguk kawan lama sambil membikin apa yang patut dengan kereta buatan Malaysia aku ni. Dan bengkel dan kedai aksesori yang menjadi hala tuju aku cuma terletak bertentangan dengan bangunan yang menempatkan pejabat tempat aku bekerja dulu.


Dulu, pejabat ini adalah tempat aku mencari nafkah zahir selama lebih setahun. Satu firma swasta yang kecil, cuma mempunyai dua pekerja tetap disamping beberapa pekerja lapangan secara freelance. Di situ, aku bekerja dari pagi hingga petang bersama-sama dengan seorang perempuan muda berketurunan India. Priya namanya. Nama yang cantik, semanis orangnya. Rambut panjang melepasi bahu dan bertubuh kecil separas bawah dada aku kalau dia duduk di kerusi dan aku pula berdiri di sebelahnya.


***************


Beberapa minit kemudiannya, aku sudah tercegat di muka pintu pejabat Priya sambil menekan punat bell. Di situ, aku berada beberapa minit mengimbas kenangan lama bersama-sama Priya. Sesekali aku menggodek beberapa peralatan baru yang dahulunya tidak terdapat di situ. Dalam hati aku, kaya jugak bos lama aku ni. Memang patut pun, sebab dulu dia bukanlah seorang yang kedekut taik hidung pahit.


"Nak makan mana? Sebut je, aku belanja. Tapi jangan mintak fries je macam dulu. Bazir minyak je pergi McD tapi beli satu fries dengan coke." Tanya aku kepada Priya. "Tak kisah la. Awak belanja, saya ikut je." Jawabnya. "Kita makan ikan bakar nak? Special punya tempat. Priya punya pasal, aku bawak tempat yang best." Cadang aku. "Ok, jom." Priya menggerakkan kepalanya tanda setuju yang teramat sangat.


Tepat jam 12:00 tengahari, setelah selesai sesi temubual berkenaan projek terbaru. Aku dan Priya memulakan langkah menuju kedai aksesori kereta yang berhampiran untuk mengambil kereta buatan Malaysia aku.


***************


Lebih kurang dua puluh minit kemudian, aku dan Priya sudah sedia mengambil tempat duduk di bahagian paling luar. Tempat sesuai yang aku pilih supaya dapat merasa tiupan angin berdebu pada hari yang amat terik itu. Premis restoran ikan bakar itu hanya dihuni oleh empat orang pelanggan yang mengambil dua tempat berasingan di bahagian dalam dan di hadapan, berhampiran dengan kaunter bayaran. Menu pilihan kami (aku yang pilih sebenarnya) adalah kangkung goreng ikan masin, sotong masak pedas dan siakap bakar bersaiz sederhana. Cukup untuk mengenyangkan perut kami berdua.


Sepanjang menghabiskan masa selama sejam bersama Priya sambil menjamah makanan orang baru dapat duit, banyak juga yang kami bualkan. Daripada kisah adik bongsunya yang masih lagi aktif dengan kejohanan badminton sekitar Selangor, isteri bos yang semakin aktif dengan kegiatan politiknya berbanding dulu hingga kadang-kala bos terpaksa membawa anak tunggal mereka ke pejabat, projek pembinaan stesen MRT sekitar Puchong, hinggalah kepada kisah kereta baru si Priya.


Pergh, memang aku tak sangka pulak si Priya ni dah punya keberanian untuk memandu menempuh kesesakan jalan setiap pagi dan petang walau pun cuma berbekalkan kereta kecil dinamakan Perodua Viva. Manakan tidaknya, orang yang dah lama memiliki lesen memandu tetapi boleh dikatakan tak pernah menyentuh stereng tiba-tiba mengambil langkah drastik untuk menjadi pemandu tegar. Manual pulak tu. Aku respek sama kau.


Seronok sembang dengan dia ni. Pendek kata, perbualan kami hampir tidak pernah terputus, menandakan malaikat tidak lalu berhampiran meja kami. Apatah lagi melintasi aku dan Priya yang duduk bertentangan. Sedikit perbezaan yang aku dapati ada pada Priya berbanding dulu, dia semakin matang dalam berbicara. Sesuai dengan umurnya yang sudah mencecah 27 tahun.


Dalam perbualan, aku bertanya, dia menjawab. Dan dia bertanya, kadang-kala aku balas dengan pertanyaan juga. Entah kenapa, dahulu ketika kami bergelar rakan sepejabat, aku tak pernah keluar makan bersama dengan dia. Minum pun tak pernah. Berlainan dengan adik bongsunya yang ketika itu baru darjah enam, ada jugak ikut aku pergi mengeteh kat restoran mamak berhampiran. Kami berdua sibuk buat hal masing-masing. Rasa kelakar dan pelik pun ada. Mungkin aku takur terrrrr`skandal' kot. Memandangkan Priya termasuk dalam golongan yang cantik manis dan aku pulak dalam kelompok lelaki idaman seantero wanita di kepulauan Nusantara. Hahahaa...!


Tapi, semenjak bertemu pada pagi itu sehingga la waktu aku menghantar Priya pulang ke pejabat, ada satu soalan yang tak berani aku nak tanyakan. Jadi, soalan itu aku suarakan je di sini iaitu...


"Priya, kau ni single lagi ke?"
...sekian entri ingatan untuk bekas rakan sepejabat.

Bercakap Sendiri

| Wednesday, May 09, 2012 | 0 comments |
Hasil karya itu adalah suatu putaran cetusan idea yang terhasil daripada rentetan pengalaman benar atau rekaan, ketidakpuasan belenggu emosi serba menggila, gagasan pemikiran yang entah apa-apa serta cedokan pra-rasa orang lain. Itu kata aku.


(entri ini ditaip lebih kurang jam 2:00 pagi awal hari ini, tetapi telah ditarik semula atas sebab yang `menyedutkan' dan kini telah di`publish' semula)


...tiba-tiba rasa nak tidur pulak.

Sembang Mengopi : Fardhu Kifayah

| | 8 comments |
Brader Satu : Umur dah macam aku ni, tak payah nak pergi kursus merepek-repek lagi dah. Usahawan tani la, belia produktif la, pengurusan kewangan diri la... Baik aku pergi kursus pengurusan jenazah. Senang sikit bila aku nak mati karang.


Brader Dua : Apasal, lepas tu nak ajar anak-anak kau pulak ke?


Brader Satu : Tak, kalau aku mati, boleh la aku uruskan diri sendiri. Mandi sendiri, pakai kapan sendiri, gali lubang kubur sediri, terjun dalam liang lahad sendiri. Semua buat sendiri.


Brader Dua : Macam tu sekali ke teruknya orang zaman sekarang punya amalan fardhu kifayah? Baik kau mati sorang-sorang kat pulau je.


Brader Satu : Elok jugak tu.

Mimpi Kering

| Tuesday, May 08, 2012 | 8 comments |
Sms keluar 1:
9:29 pm
07/05/12
Esk cnfirm?


Sms masuk 1:
9:32 pm
07/05/12
Yes...grak dlm kul 9.ok? Dpt job ni lu ada apa2 brg mengidam ke? ha.ha.ha.


Sms keluar 2:
9:59 pm
07/05/12
Tggu gua mimpi apa mlm ni.


Sms masuk 2:
10:01 pm
07/05/12
Ha.ha.ha




Sekejap tadi...


Dia : So, macamana. Ada apa-apa hajat ke?
Aku : Gua nak awek lama gua yang first dulu boleh?

Filem Jepang

| Monday, May 07, 2012 | 7 comments |
Gua tengah cari siapa-siapa yang nak tengok wayang dengan gua. Tengok wayang, bukan buat wayang! Terbuka kepada semua jantina kecuali mak nyah. Tapi kena tunggu hutang PTPTN gua setel dulu, baru boleh angkat passport lepas tu pergi booking tiket flight turun kat Okadama Airport!

Coriolanus

| | 3 comments |
Suka hati gua la nak up entri ceduk dari youtube!
Lu apa sibuk?
Gua punya blog, gua punya suka!

Rouler Dans La Profondeur

| | 6 comments |



Amaran, cuma ada seorang sahaja Adele dalam dunia ni!

Sekian entri selepas merayau di tiub awak...

Barang Terpakai

| | 8 comments |

Di atas adalah gambaran idea secara kasar bagaimana (sebahagian) susunanatur bilik yang menjadi sudut aku melepaskan emosi amarah, kekecewaan, kegembiraan, kedukaan dan juga sebagai tempat aku menerima ilham dari langit. Semuanya telah aku siapkan beberapa tahun dahulu termasuk ruang tamu, bilik tidur, dining, dapur dan juga tandas. Tapi, itu semua cuma rekaan di atas skrin monitor dengan menggunakan perisian asas sahaja, kerana hasilnya langsung tak seberapa...


Inilah dia hasilnya sekarang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hampir 90% objek yang ada dalam gambar ini adalah daripada barang terpakai. Ceh, patut la tak seindah mimpi!!!


Sekian entri petang Isnin yang dingin...

Babak Terakhir

| | 8 comments |

"Aku harap ini kali terakhir aku tengok muka kau. Dan kalau kita jumpa lagi, mungkin masa tu kau dah jadi mayat!" Wida mencekak leher Aina sambil menghimpit tubuh bekas sahabatnya itu rapat ke handrail. Matanya menjegil. Wajahnya dihadapkan betul-betul beberapa sentimeter di hadapan wajah Aina. "Kau jangan ingat kau dapat ugut aku. Ingat, siapa yang ajar kau selama ni." Semakin keras suara Wida memberikan amaran.


"Tidak, aku tak nak kau pergi lebih jauh lagi Wida. Hentikan semua ni sebelum keadaan bertambah buruk. Kita masih punya masa untuk memperbetulkan keadaan." Aina cuba mengimbangi dirinya daripada jatuh kebelakang. Kedua-dua tangannya kemas menggenggam besi penghadang yang menjadi pemisah antara dirinya dengan landasan maut di bawah.


Waktu ketika itu menghampiri pukul 10:45 malam. Tren komuter terakhir menuju ke Pelabuhan Klang akan melalui landasan di bawah mereka dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Keadaan sedikit sunyi. Hanya kedengaran bunyi enjin beberapa kenderaan yang melalui jalan berturap beberapa ratus meter ke timur dari jejantas tempat mereka berdiri ketika itu. Cahaya dari lampu jalan di situ hanya memberikan sedikit kecerahan di wajah mereka berdua. Namun tetap mendatangkan emosi tegang antara dua sahabat itu. "Jadi, kau nak aku tunduk pada kemahuan kau? Kau nak aku hentikan semua ni? Hei, jangan jadi bodoh la. Berapa ramai yang buat kerja ni! Dah tak jadi kesalahan lagi!" Wida melonggarkan cengkaman tangannya. Aina terbatuk kecil untuk melegakan sedikit tekanan di kerongkongnya.


Sebaik lehernya dilepaskan, Aina cuba berdiri tegak namun gagal untuk berdiri dengan sempurna. Di hadapannya, Wida masih tetap tidak berganjak dari kedudukannya sejak tadi. "Wida, kau tak nampak apa yang dah berlaku? Kau tak sedar dengan apa yang berlaku kepada Amir? Kau jangan berpura-pura kematiannya tiada kaitan dengan kita. Sudah... Aku nak berhenti. Aku nak berhenti daripada semua ini." Jelas Aina lembut.


"Kau nak lari dari aku? Kau nak jadi pembelot?" Jerit Wida tiba-tiba. Aina terkejut. Matanya dipejamkan rapat. "Aku tak izinkan. Sekali kau melangkah masuk ke dunia ni, tak ada jalan lain lagi untuk berpatah balik. Awal-awal lagi aku dah beri kau amaran. Bodoh!" Tangannya kembali mencengkam kejap leher Aina. Kali ini lebih ketat lagi, dan agak menyakitkan.  Kedua-dua tangan Aina memegang pergelangan tangan Wida untuk menghalang Wida daripada terus mengasari dirinya tapi ternyata gagal kerana malam itu Wida seakan mempunyai kudrat yang lebih kuat daripada biasa. "Kalau itu keputusan kau, lebih baik kau mati!" Jerit Wida sekuat hati.


Dari kejauhan sana, kedengaran sayup-sayup bunyi ngauman perlahan enjin tren terakhir komuter untuk malam itu. Semakin lama, bunyi ngauman itu semakin dekat. Wajah Wida semakin merah menahan marah. Baginya, malam ini adalah malam perhitungan bagi seorang pengkhianat. Kini, kedua-dua tangannya pula yang mencekik kuat leher Aina. Semakin lama semakin kuat. Aina tidak mampu lagi menjerit. Suaranya tersekat di kerongkong. Tangannya terkapai-kapai kehilangan arah dalam mencari sesuatu untuk membantu dirinya. Tanpa sedar, tangan kanannya cuba menyeluk poket jaket denim yang dipakainya untuk mencari sesuatu. Jumpa, keadaan semakin genting. Telinganya sudah dapat menangkap bungi enjin tren komuter yang kian menghampiri. Wida ketika itu seperti sudah kerasukan iblis.


"Malam ni kau mesti mati..." Bisik Wida perlahan di telinga Aina lantas menolek tubuh Aina kebelakang.


Dam...! Buk...!


Keheningan malam itu dipecahkan dengan bunyi peluru yang keluar dari muncung sepucuk revolver dan juga bunyi satu objek jatuh tepat ke atas landasan komuter. Sebaik tren melepasi jejantas konkrit itu, keadaan kembali sunyi. Sunyi untuk sekurang-kurangnya hingga subuh menjelang.


******************************


Tajuk:  -
Genre: Drama
Durasi: 98 minit
Taikh Tayangan: -
Pelakon: Nurul Khamisa Saifuddin (sebagai Aina), Zaidatul Hashimah Mustapha (sebagai Wida), Kamarul Luqman (sebagai Amir) dan Khadijah Salam (sebagai Mak Su)
Pengarah: Mutalib Hamzah
Sinopsis: Mengisahkan dua anggota polis Aina dan Wida yang telah lama bersahabat. Mereka berdua terlibat dalam kegiatan mencuri hasil rampasan untuk kepentingan mereka sendiri. Walau bagaimana pun, Aina akhirnya sedar akan akibat perbuatan mereka apabila seorang tertuduh dalam satu kes bunuh dapat melepaskan diri di mahkamah apabila pihak pendakwa gagal membuktikan jenayah tertuduh itu kerana kehilangan satu barang bukti yang penting. Kemudian Aina cuba memujuk Wida agar meninggalkan kegiatan tersebut, namun gagal sehingga akhirnya hubungan mereka menjadi persengketaan yang menyebabkan kematian seorang lagi sahabat mereka iaitu Amir.

Adia

| | 8 comments |
Memang dah lama aku dengar lagu ni, selain daripada Building A Mystery dan I Will Remember You.
Dan banyak jugak video versi live yang dah aku download untuk ketiga-tiga lagu ni.
Apa pun, ini adalah versi live terbaru daripada penyanyi power yang nama keluarga dia susah sikit nak eja.
Sekian...

Kemuncak Rasa Ghairah

| Sunday, May 06, 2012 | 5 comments |


Gambar di atas diambil beberapa saat sebelum team berjersi putih menjaringkan gol tunggal perlawanan setelah kedudukan terikat tanpa jaringan dalam masa penuh perlawanan. Puncanya adalah kurangnya koordinasi antara pemain midfielder dengan pemain defence (betul ke aku eja ni?) oleh pasukan merah. Kemudian diikuti pula dengan kegagalan goal keeper (adik yang jersi hijau ni) mengekalkan fokus ketika seorang penyerang lawan berjaya mencelah masuk ke ruang yang sempit. Akibatnya, berlakulah satu fenomena yang dinamakan `lubok' ketika aku kecil dulu.


Game ni aku sempat tengok ketika masa tambahan pertama dan kedua je. Di mana waktu lima minit diperuntukkan untuk setiap masa tambahan dalam perlawanan sembilan sebelah kategori bawah 12 tahun ni.


Menghabiskan masa sebatang rokok bertenggek di atas belalang tempur pagi tadi, hati aku cukup-cukup terhibur dengan aksi amatur anak-anak ini bermain bola. Sesekali cuba menggentel bola untuk melepasi kawalan pemain lawan, kadang-kala mengeluarkan bola dari padang melepasi pagar setinggi beberapa meter dan juga cubaan melakukan try yang tak seberapa kudratnya. Kelakar ada, serious shit pun ada. Biasa la, budak-budak. Apa yang ada dalam kepala mereka, cuma bermain. Bermain, bukan main-main.


Dan aku yang wujud sebagai penonton tak diundang di situ cuma mampu berterima kasih kepada mereka kerana menghadiahkan kepuasan kepada aku. Kepuasan yang sukar didapati walaupun dengan membayar tiket berharga RM50 atau menduduki grandstand di dalam stadium bertaraf Sukan Komanwel. Lebih manis lagi, aku dapat lihat riak wajah mereka yang penuh keghairahan sebaik wisel penamat ditiup.


Itulah dia kemuncak rasa ghairah dalam suatu permainan yang dapat aku hayati pagi ni.




Ok, disebabkan bakul belalang tempur aku dah dipenuhi sayur dan beberapa jenis lauk stok untuk seminggu, aku beratkan hati untuk berambus dari situ. Jumpa lagi anak-anak. Kalau boleh, kita jumpa di kaca tv apabila kamu telah bergelar pemain kebangsaan kelak...


Sekian entri kembali dari pasar pagi.

Paradox

| Friday, May 04, 2012 | 8 comments |
Sama sedap, sama lazat... Namun dengan harga yang jauh lebih murah serta rekaan pek yang menarik. Dan apa yang penting, tiada imej kaki berkulat atau rebakan kanser pada tekak atau paru-paru...


Sekian.

Darjat Warganegara

| | 12 comments |
Aku rasa, status kita sebagai warganegara di sini boleh membuatkan kita rasa darjat kita ni lebih tinggi daripada manusia lain yang datang dari luar sana ke sini untuk mencari rezeki.


...rentetan babak petang semalam di Giant Kinrara antara seorang pelanggan dengan pengawal keselamatan.


Sekian entri pagi Jumaat.

Maruah dan Tuduhan Zina

| Thursday, May 03, 2012 | 31 comments |
Assalamualaikum, dan salam sejahtera buat semua. Moga hari anda disinari cahaya kebahagian dari ubun-ubun hingga ibu jari kaki hendaknya.


Terus kita kepada isi yang hendak aku sampaikan. Lewat masa kini, kita seringkali dikejutkan dengan berita-berita separa lucah yang boleh mandatangkan keaiban kepada pihak lain, terutama bagi mereka yang bergelumang dengan najis-najis politik. Sebagai suami (atau isteri), aku takkan dapat menerima jika ada pihak-pihak yang membuat tuduhan zina terhadap pasangan aku, walau pun apa yang dilakukan oleh pasangan aku itu telah terbukti kesalahannya.


Ini kerana, tuduhan-tuduhan itu telah dilakukan secara terbuka dengan bukti-bukti yang memalukan. Seterusnya menjadi tatapan dan bualan umum. Jadi, terserah kepada aku untuk mempertahankan maruah aku dan keluarga aku daripada terus dipermainkan dan dipergunakan oleh pihak lain semata-mata atas kepentingan mereka sendiri. Untuk itu, aku sanggup menjadi pembunuh! Biarlah darah menjadi penentu kepada sesiapa yang berani mempermainkan maruah orang lain.


Ini sudah serius. Pada aku, maruah bukan boleh menjadi bahan untuk dipolitikkan! Motherfucker...!


Sekian entri sekitar politik semasa

Nikmat Dari Syurga

| | 12 comments |

Isnin, 30 April 2012, lebih kurang jam 3:30 petang. Dari kejauhan sana, kelihatan satu objek yang aku harap dapat melegakan seksaan dunia yang tak terperi lagi azabnya. Azab yang telah mengakibatkan celah ketiak aku berlendir dan leher jinjang aku dibanjiri peluh, menjadikan rupa fizikal aku lebih harum dan seksi daripada yang sepatutnya. Terletak di antara celah-celah pokok ketapang (aku rasa la) yang tersusun elok barisannya sepanjang kiri jalan, objek itu begitu menarik perhatian aku kerana di situlah aku bakal menamatkan kegersangan tekak aku. Harapan aku cuma satu, iaitu menghilangkan dahaga.


Sebaik melabuhkan bontot aku pada bangku plastik di bawah teduhan pokok itu, jari telunjuk kanan aku secara automatik ditegakkan ke atas sambil mulut aku menyebut "biasa satu!" ke arah seorang lelaki pertengahan umur berketurunan India Muslim. Seakan faham dengan permintaan aku, lelaki itu menggerakkan kepalanya seperti kepala ular senduk dalam satu pertunjukan sarkas. Dan dalam masa tak sampai satu minit, tangannya pantas memutar mesin pengisar ais dan menceduk beberapa bahan ke dalam sebuah mangkuk kecil. Kesabaran aku sedikit teruji melihatkan perlakuannya menuang santan dan air gula ke dalam mangkuk itu. Celaka, cepat la sikit!


Nah, itu dia! Satu pemandangan klasik yang bisa menyejukkan suhu badan aku yang sebelumnya tercatat 39.8˚c. Terima kasih wahai Tuhan kerana telah mengurniakan sepasang mata walau pun sedikit rabun, agar dapat aku melihat benda yang Engkau turunkan dari langit ini. Untuk cedukan yang pertama, aku hanya memejamkan mata sementara mulut aku menganga menantikan cecair sejuk itu menyentuh bibir munggil aku.


Sebaik mencecah hujung lidah aku, aku seolah-olah terasa mahu pitam. Begitu nikmat, begitu asyik. Kenikmatan yang sedang aku alami kini melebihi nikmat malam pertama bagi pengantin baru. Terlalu asyik, terlalu syahdu dan terlalu menikam kalbu. Buat beberapa saat, aku seperti lupa dunia. Lupa siapa aku, dan terlupa apa yang sedang aku lakukan. Semuanya gara-gara hasil air tangan lelaki India Muslim itu tadi. Syukur, kerana lelaki ini telah dilahirkan untuk menjadi peniaga di tepi jalan. Aku teruskan lagi dengan cedukan kedua, ketiga dan keempat. Semuanya aku lahap hingga tidak meninggalkan setitik pun sisa.


Tiada lagi sisa kacang merah, tiada lagi warna putih santan atau gelapnya gula merah. Kalau diizinkan, mahu sahaja aku mengunyah mangkuk besi dan sudu plastik ini untuk dibuat ulam sepanjang perjalanan. Sudahnya, sebelum bangun dari tempat duduk dan setelah habis asap dari sebatang Winston Light aku telan, sekali lagi jari telunjuk aku diangkat keatas. Tetapi kali ini ditemani oleh jari tengah sambil mulut aku berkata, "bungkus lagi dua!"


Dua bungkus, aku kira cukup untuk menjadi bekalan aku sebelum tiba di rumah. Sepanjang perjalanan, aku teringat akan seorang awek yang aku ajak lunch tengahari sebelumnya. Kesian, kali pertama dia menjadi penumpang dalam kereta buatan Malaysia aku, aku perasan dia tak henti-henti mengelap peluh di dahi dan mukanya. Tak pasti sama ada peluh itu terhasil daripada nasi ayam yang dimakannya bersama aku atau pun hasil daripada peningkatan suhu dan tekanan dalam kereta aku.


Maafkan aku, mungkin kau kurang bernasib baik hari tu. Next time, kita dating lagi ye. Kali ni kalau aircon aku gagal menyejukkan kau, kita berhenti di sini sambil menikmati kurniaan Tuhan yang diturunkan dari syurga ini...


Sekian entri mengenang hari yang panas...