Vika sayang, alunkan malamku dengan irama jiwa dari ketukan jari-jarimu...

| Wednesday, April 25, 2012 | |
Waktu tengah malam sudah mula menganjakkan diri ke dinihari, aku mengambil telefon selular aku yang terletak bersebelahan dengan tv lalu menekan-nekan muka `skrin sentuh' hingga menu `new message' terpapar. Sehabis menaip teks begini, " salam, adakah kau di sana sudah tidur? maafkan aku kerana aku mungkin telah mengganggu lenamu. tika ini, aku ada satu permintaan yang aku harap agar dapat engkau tunaikan dengan seikhlasnya", ibu jari aku men`skrol' beberapa kali ke bawah di `phonebook' untuk mencari namanya. Sebaik terjumpa, aku pilih namanya dan menekan pada ikon `send' di sudut bawah kiri skrin.


Belum habis aku membaca sinopsis sebuah filem Hollywood di saluran HBO, telefonku bergetar dan skrinnya bercahaya menandakan adanya sms yang masuk. Ibu jari aku menekan perkataan `1 new message received' di bahagian bawah skrin. Sebaik ditekan, skrin telefonku memaparkan satu balasan daripada penerima tadi yang tertulis begini, "salam juga, tak mungkin kau diwujudkan oleh tuhan untuk mengganggu hidup aku. dan tak mungkin juga aku dapat melenakan diri tanpa mengilaskan ingatan pada kau walau sedetik. ya, apa bantuan yang seperti amat kau perlukan itu sahabatku?". Sms yang dijawab juga dengan soalan.

Pada ikon `reply' di sebelah bawah kiri, aku tekan sebelum terpapar ruang kosong untuk aku isikan dengan teks baru yang tertulis begini, "Vika, jika waktu ini kau masih lagi mengetuk jejari ajaibmu itu di mata piano, tolong mainkan aku satu lagu agar jiwaku yang tiada deru anginnya ini dapat dialunkan dengan gemersiknya sayup irama kau itu". Lantas, sekali lagi ibu jari aku menekan ikon `send' supaya permintaan aku ini dapat dibaca oleh menerima di hujung awangan sana.

Kemudian, aku merebahkan kepala di kusyen empuk sambil memejamkan mata. Fikiran aku mulai dibawa terbang merentas kepekatan atmosfera sebaik bunyi ketukan piano mula bergema di ruang gegendang telinga. Dari situ, iramanya menjalar ke seluruh urat saraf aku sebelum bersarang di dalam hati. Aku biarkan lagu itu menjadikan sebegitu banyak lopong di dalam hati aku sebagai permukiman sementara. Hmm, sungguh indah...


Aargh... Lagu yang indah ini tidak sepatutnya mempunyai penamat. Mahu saja aku memaki masa kerana telah membunuh ketenangan yang mula memberikan jiwa aku nada damai. Lalu aku ambil lagi telefonku yang terletak di sebelah. Sepertimana tadi, sekali lagi aku hantarkan sms kepadanya yang tertulis begini, "Teruskan Vika sayang, jangan berhenti. Teruskan hidupkan jiwa aku dengan bisikan dari string piano kau itu. Aku tak mahu berhenti mendengarkan lagu-lagu kau selagi aku masih hidup. Terima kasih".




Begitulah malam aku ini berlalu dengan kekosongan yang terisi. Mujur ada sahabat imaginasi yang setia menemani...

Sekian entri berimaginasi...

7 comments:

NenetPenne (NP) Says:
April 26, 2012 at 4:27 PM

hey... lagu favourite aku yang penah ditujukan oleh skandal aku..sanggup topup hp aku sampai RM200...ha ha ha...

sanggup bagi duit almost RM1000 sebab aku susah hati..dia kata belilah apa yang u mahu kalau itu buat u happy... and i still tak happy..kalau nak i happy bagilah RM1 juta...bhahaha....

NenetPenne (NP) Says:
April 26, 2012 at 11:38 PM

SM!!! kau ni kenapa?? senyap jer... kau sihat ke? kau hidup lagi ke wey???

SM Says:
April 27, 2012 at 4:17 PM

NP : eh, ni apasal boleh sama lagi. adakah... :-)

NP : aku sihat dan masih bernyawa lagi la.

reen afny Says:
April 29, 2012 at 12:00 AM

vika?? indian ke.. hukhuk
tapi somel jek ada jugak kawan yang layan nak berpuitis kan.

SM Says:
April 29, 2012 at 5:50 PM

ra : kalau tak silap, okraine kot. ni mesti kes tak faham, ni kawan imaginasi la. di alam realiti, aku tak bersms dengan sesiapa pun.

reen afny Says:
May 2, 2012 at 12:44 AM

laaa yeke. ceitt.... patut la aku pelik. ada lagi ke manusia zaman sekarang nak berpuitis dalam sms. hehehe

SM Says:
May 2, 2012 at 10:20 PM

ra : kini dalam proses mengumpul lagu-lagunya.