Seratus Tahun Dahulu

| Monday, April 16, 2012 | |
Ini adalah muka hadapan terbitan akhbar terulung di negara aku. Berapa juta cetakan naskhah dalam sehari aku tak tau, dan aku tak peduli. Yang aku tau dan peduli, hampir setiap pagi bila aku melalui meja receptionist yang sememangnya kosong sejak azali menuju ke ruangan kerja aku, naskhah akhbar ni (bersama beberapa lagi akhbar lain termasuk Berita Hairan) pasti akan terletak elok kat atas meja tu. Kalau ada mood, aku berhenti sebentar dan mengeja tajuk muka hadapan. Kalau malas, mungkin aku buat-buat tak nampak seolah sampah yang terkeluar dari tong.

Yang ni pulak biasanya akan aku kepit naik ke tingkat ofis aku dari basement tempat aku letak belalang tempur, kalau pagi tu aku singgah `tujuh sebelas' untuk mendapatkan bekalan Winston Light atau roti Gardenia. Tapi kalau missed, aku akan download je versi digital sementara trafik internet kat ofis aku belum terbeban dengan pengguna yang rata-rata akan log in fuckbook sampai petang (termasuk aku). Akhbar ni isinya kira boleh tahan jugak la disebabkan penguasaan bahasa Inggeris aku yang macam lahanat peringkat kerak bumi.

Tapi, bila aku tengok cetakan akhbar The New York Times tepat seratus tahun dulu, aku berharap sangat aku adalah manusia yang dilahirkan seratus tahun lebih awal. Masa itu, aku yakin bahawa membaca akhbar pada tarikh ini adalah sesuatu yang mampu membuatkan aku rasa teruja yang teramat sangat. Dan kenangan pada hari itu akan aku cuba ceritakan berulang-ulang hingga ke cucu-cicit.

Sekian entri mengenang tragedi seratus tahun lampau...

10 comments:

Lady Windsor Says:
April 16, 2012 at 11:49 PM

kalau ada peluang pusing jarum jam, aku nak baca akhbar berita harian pada tahun 1978...berharga 35 sen senaskhah...

SM Says:
April 16, 2012 at 11:58 PM

eh, aku rasa benda tu ada kat arkib kan. kita boleh keluarkan dan baca sambil hirup kopi tarik...

Mr.Clive Says:
April 17, 2012 at 1:34 AM

dan jangan lupa ceritakan berulang-ulang...

Mr.Clive Says:
April 17, 2012 at 1:35 AM

dan seperti yang lady cakap kat atas,kalau boleh,setailo jugak la kalau gitu...

Lady Windsor Says:
April 17, 2012 at 7:57 AM

SM,
Tak kuasa la pulak aku nak p Arkib walaupun Arkib tu adalah tempat yang best untuk menggali ilmu...

Pok Amai-Amai Says:
April 17, 2012 at 10:54 AM

Ape yg best sgt NY Times tuh? Boring.

-gedek! Says:
April 17, 2012 at 11:27 AM

nak baca blog 100 tahun dulu... (100 tahon dulu ada blog ke?)

Telor Power Says:
April 17, 2012 at 12:17 PM

aku tak pernah beli selalu baca milik kawan2

SM Says:
April 18, 2012 at 5:00 AM

clive : time tu, baca paper ada semacam feel yang lain sikit.

LW : abis tu, mana lagi tempat nak cari barang baik macam tu.

MF : kau tak faham entri, aku maksudkan keterujaan membaca kisah dalam akhbar, bukannya new york times tu best tujuh petala alam...

gedek : takpe, kita baca blog 100 tahun akan datang. eh, kita ada lagi ke? hahaa!!!

TP : aku biasa beli, tapi bila dah jadi bungkusan nasi lemak!

Pok Amai-Amai Says:
April 18, 2012 at 12:06 PM

Mmm...sekali lagi. Apa yg teruja sgt dlm NY Times tu? Boring.

=p