Sakit Tua

| Friday, April 06, 2012 | |
Aku kira semalam; Khamis, 5 April 2012 adalah hari aku yang paling lemau. Lebih lemau daripada biskut Hwa Tai perasa jagung yang paketnya dah sebulan berlubang kena gigit tikus. Sebab aku dapat kesan perkara-perkara yang ganjil dan jarang berlaku sepanjang hari iaitu :

  • Lampu kat living area menyala dan kipasnya berpusing sepanjang hari walau pun takde orang kat rumah sebab aku keluar pagi tak switch off semua tu.
  • Singgah tujuh sebelas beli Winston light dengan lighter sekali sebab kedua-dua barang tu takde dalam poket aku. Tertinggal atas keyboard kat rumah. Dalam tu ada dua batang lagi!
  • Stand tepi belalang tempur aku tidak dinaikkan sebanyak dua kali sepanjang perjalanan ke ofis. Pertama, semasa baru keluar rumah dan kedua, lepas beli roti canai drive thru kat Kinrara.
  • Beg yang aku sandang ternganga sepanjang menunggang belalang tempur akibat zipnya tidak ditutup langsung!
  • Masuk dalam lif nak naik ke tingkat atas tapi tak tekan apa-apa. Sudahnya aku cuma naik ke tingkat dua dan turun semula ke ground floor bersama-sama seorang awek mari.
  • ID card aku tertinggal kat rumah menyebabkan aku terpaksa ketuk pintu nak masuk ofis.
  • Waktu nak balik, masa aku terbazir lebih lima minit sebab aku terpaksa berpatah balik dari lobi ke ofis sebab tak bawak beg yang siap aku kemas kat atas meja.
Aku syak semua ni berlaku disebabkan umur aku yang telah meningkat menghampiri setengah abad dua bulan yang lalu. Dan seterusnya dihinggapi penyakit LUPA... Nasib baik aku berak pagi-pagi tu tak lupa nak basuh!

Sekian entri pelupa.

11 comments:

Fahmi Ismail Says:
April 6, 2012 at 9:14 AM

SM,aku sarankan hang pi jumpa doktor...nak lagi cepat sembuh, jumpa doktor Rozmey..insyaAllah

SM Says:
April 6, 2012 at 9:28 AM

Fahmi : bro, gua tak tau pulak dr Rozmey tu ada formula sakit lupa untuk orang muda yang cuma sekali-sekala je ni.

Pok Amai-Amai Says:
April 6, 2012 at 11:49 AM

Aku tak sangka ko diserang skizofrenia yg ringan. Sila minta preskripsi yg sah dari doktor kerajaan. Huhuhuhuhu.....

SM Says:
April 6, 2012 at 12:10 PM

doktor kerajaan? jangan buat pasal. karang terkena macam kawan aku yang diberi preskripsi ubat tak betul dari doktor hospital putrajaya. suspek kencing manis, tapi sebenarnya cuma tekanan biasa je.

SM Says:
April 6, 2012 at 12:28 PM

*tambahan : mingu ni adalah minggu lemau aku. semua serba tak menjadi...

reen afny Says:
April 7, 2012 at 12:51 PM

pehal hwa tai lak ni??? hahaha
rindu lak kat hwa tai.. huuuu


biasa la tu kalau da tua. huhu tak pun kau banyak masalah tu yang buat senang lupa kot..

SM Says:
April 8, 2012 at 8:29 PM

ra : walau umur aku tua, tapi jiwa aku sentiasa remaja.

Pok Amai-Amai Says:
April 9, 2012 at 9:44 AM

Beb, manusia boleh bt silap. Jdk, maafkan manusia yg tak sempurna tu...

SM Says:
April 9, 2012 at 10:58 AM

MF : tapi itu melibatkan nyawa dan `kekuatan dalaman'.

Pok Amai-Amai Says:
April 9, 2012 at 2:45 PM

Hahahaha! La...yg kat dlm tu mmg dah tak kuat ke? Tp efek kencing manis bukan mcm tu ke?

SM Says:
April 9, 2012 at 3:01 PM

MF : masalahnya, dia didiagnos penyakit lain, padahal cuma stress je. doktor bagi ubat pelik-pelik yang boleh efek benda lain. sampaikan pharmacist tu pun heran.