Poligami Untuk Kami

| Friday, April 13, 2012 | |

"Semalam bini aku dah bagi izin, dia benarkan kalau aku nak kahwin satu lagi. Tapi ada satu syarat," tiba-tiba Mail bersuara ketika kami sama-sama menuju ke basement untuk mengambil belalang tempur aku.


"Syarat apa?" aku tanya tanpa menoleh ke arahnya yang berjalan beriring di sebelah kanan aku.


"Dia bagi kalau orang tu mandul," Jawabnya dengan muka selamba. Muka yang dihiasi dengan mata sepet persis lelaki cina baru bangun tidur waktu petang.


'Eh, macam tu pulak? Aku rasa kau salah faham. Mungkin dia izinkan kalau kau tu yang mandul kot." Pangkah aku dengan nada selamba berganda-ganda.


******************************


Perbualan yang berlangsung tak sampai suku minit oleh dua orang lelaki ketika menuju ke masjid tengahari tadi ni, aku tak anggap sebagai perbualan yang boleh membawa kepada kemajuan peradaban umat manusia. Jadi tak perlu diperpanjangkan lagi isu mandul atau si pemilik mata sepet yang seringkali disalah anggap sebagai orang cina.


Berkenaan isu poligami pulak, setiap kali isu ni dibincangkan ke tengah, pasti akan muncul dua kelompok majoriti. Satu yang menyokong (lazimnya lelaki) dan satu lagi yang menentang (biasa la, mesti perempuan). Pihak yang menyokong sedaya upaya akan menyelitkan sekian banyak baris-baris hadith soheh dan ayat-ayat al-Qur'an dalam setiap hujah mereka. Aku melihat ini tak lain dan tak bukan semata-mata menutup kelemahan mereka. Itu sahaja.


Bagi yang membangkang pulak, selalunya mereka ini sanggup bercekak pinggang di tengah khalayak sambil mengetengahkan ribuan kes-kes penganiayaan yang golongan mereka tangani, sambil sekali-sekala membidas dan mengetepikan hukum-hukum yang pihak satu lagi keluarkan. Dan dari sini, bakal  muncul la kelompok yang aku panggil ekstremis gender.


Pada aku pulak, aku tidak menyokong sepenuhnya dan tidak pulak menentang membabi-buta. Apa yang ketara pada mata aku sekarang, setelah lebih 50 tahun aku, Mail atau ramai lelaki di luar sana didedahkan dengan bahan porno halal seperti cetakan majalah hiburan yang memaparkan pose bogel berpakaian atau pun Anugerah Binatang Popular, kami kini terdetik untuk berpoligami hanya atas dorongan kehendak seksual semata-mata. Tak gitu Abang Jem?


Sekian entri sembang petang Jumaat.

12 comments:

Pok Amai-Amai Says:
April 13, 2012 at 4:24 PM

Beb, ko dgr Sinar eh? Hahahah....

Abang Jem tu berkemampuan. Beli rumah setiap sorang utk bini. Okehlah...

Aku tak menolak polgami. Tapi aku pro monogami. Eh, boleh ke mcm tu?

SM Says:
April 13, 2012 at 4:29 PM

tak salah, tapi biar la menolak atas alasan yang munasabah. dan lagi, kita sepatutnya menentang kelakuan serong oleh pengamal poligami, bukan poligami itu sendiri.

kes abang jem tu lebih kurang jugak la dengan konklusi aku ni iaitu dorongan seksual! hahahaa!!!

Irfa Says:
April 13, 2012 at 4:54 PM

hahahhaha..dan aku pun gelak sensorang depan pc..w,pun aku tak tahu nak komen tang mana :)

Lady Windsor Says:
April 13, 2012 at 8:42 PM

Aku tak menolak poligami, tapi aku menyampah akan lelaki yg guna alasan bodoh untuk poligami...alasan bodoh itu adalah seperti, membantu ibu tunggal..cehhh! Apa dia ingat ibu tunggal sengkek sangat ke...mungkin memang ada yg tak mempunyai pendapatan tetap tapi jangan perlekeh kedudukan dan maruah ibu tunggal...

Ujie Says:
April 13, 2012 at 11:05 PM

poligami..cuma satu jln keluar utk suatu permasalahan. ia bkn pilihan tanpa sebab yg kukuh.

*saya terima poligami yg betul, menolak poligami yg disalah guna.

Telor Power Says:
April 14, 2012 at 1:32 AM

lu nak berpoligami bro. selamat -selamat

kehkehkeh.....

Aku Says:
April 14, 2012 at 5:39 PM

payah gak nak poligami ni eh...

SM Says:
April 14, 2012 at 7:23 PM

irfa : aku tersengih tengok sepasang kasur merah tu. aku pernah miliki north star low cut masa zaman belajar dulu.

LW : ha, mula la nak emosi tu. nasib baik NP tak baca entri ni...

ujie : kebanyakan lelaki malaysia, guna poligami dengan alasan dan cara yang salah. aku mengaku itu.

TP : lu gila? hahahaa!!!

aku : ha, tau pun... lagi pulak kalau bini kenakan `syarat mandul' macam kawan aku tu.

Mr.Clive Says:
April 14, 2012 at 8:19 PM

laynnn jer....buat bodo dan layannn...kehkehkhe

Lady Windsor Says:
April 14, 2012 at 9:39 PM

Eh pesal plak aku nak emosi...tak de kena mengena la bhai...aku lagi offer ex aku dulu kawin lagi dan lagi...oppsss! Hahahahah...

NenetPenne (NP) Says:
April 19, 2012 at 5:06 PM

@SM
ehem ehem..eheeemmmmmmm
aku baca tapi lambat...
aku tak menolak poligami kalau betul2 si jantan boleh bersikap adil dah saksama

nik aziz pun takut berpoligami..bukan takut pada isteri2nya tapi takut pada hukum Allah pada akhiranya kalau kita didapati tidak dapat berlaku adil..

kahwin 4 ikut sunnah nabi, hal lain ada ikut sunnah nabi?? tang tu ikutlah sangatttttttttt....

kalau kau tak dapat nak adil, confirmlah tak akan berlaku adil punya, pleaselah jangan poligami...

aah yang mandul pun ada hati nak kahwin lain..poorah chit padiappa laaa....

SM Says:
April 19, 2012 at 5:17 PM

tu yang aku naik menyampah. kalau yang ni elok je nak ikut. tapi kalau kewajipan yang lain tak pulak nak ikut.