Memilih

| Sunday, April 01, 2012 | |
Kalau nak menonton, filem terutamanya... Aku hanya akan menonton filem-filem yang aku rasa (yakin) berbaloi untuk aku habiskan masa aku tu berdasarkan ciri-ciri tertentu mengikut genre yang berbeza iaitu:

  • Komedi - Tidak menunjukkan elemen komedi secara terus. Senang kata, filem yang tidak memaksa aku ketawa dengan aksi dan skrip bangang depan kamera.
  • Cinta - Penggunaan ayat `saya cinta kamu' yang minimum dalam pengucapan dialognya. Aku tau la filem cinta, tak payah la ulang-ulang sebut perkataan tu sampai berdarah lubang jubur aku.
  • Aksi - Takde part kereta meletup, bangunan runtuh atau kepala otak berderai pun takpe. Setakat scene orang kulit hitam kena kejar dengan polis muka buruk perut boroi keliling bandar juga sudah memadai, asalkan dapat membuatkan takanan darah aku meningkat mendadak hingga mampu memancutkan darah pekat keluar dari lubang hidung berserta hingus hijau.
  • Drama - Filem macam ni kalau layan kat ch702 Diva Universal pun memang orait jugak.
  • Seram - Bosan, dari budak-budak sampai stok bapak budak ni langsung tak boleh masuk.
  • Perang - Kalau boleh biar la benda yang logik dek akal tu lebih banyak daripada yang mengarut, walaupun adaptasi daripada kisah dongeng. Ini tidak, boleh pulak pahlawan perang zaman kesultanan Melaka dulu pakai baju warna pink. Apa ke jadah?
  • Sejarah - Sama jugak. Jangan banyak sangat scene yang kantoi dia punya kebodohan pembikin. Terutama dari aspek kontinuiti, props atau pun time line peristiwa tu. Kalau ketara sangat, memang ke laut la!
  • Fiksyen Sains - Aku memang minat filem jenis macam ni kalau ada banyak unsur humanity. Takde nak tunjuk sangat dua robot bertumbuk. At least, bagi la makhluk atrificial masa hadapan ni beremosi macam watak manusia hidup jugak.
  • Animasi - Hampir semua aku layan tanpa usul periksa. Dan scene paling `winning art' dalam banyak-banyak filem animasi adalah scene tarian di dewan ballroom antara dua watak utama dalam filem Beauty and the Beast (animasi 2D).
Sekian entri tengah malam minggu.

13 comments:

Lady Windsor Says:
April 1, 2012 at 2:50 AM

Aku layan semua genre...dulu...dulu ya..tapi sejak dah tua ni aku cuma tengok CSI je dan kisah2 historical. Akan tetapinya..kali terakhir aku betul2 menikmati rasa menonton televisyen ialah September 2010...itu adalah kali terakhir dan selepas itu aku tak pernah lagi menonton tv walaupun dah ada Astro...musti ko pening baca statement aku ni..

*kalau kartun aku layan pocoyo, Angelina ballerina, agen oso, Bob the builder, Tom and Jerry

Hazwan Arif Says:
April 1, 2012 at 8:31 AM

yg part komedi tu aku setuju sgt bro..lagi2 citer razak mohaiden dgn ahmad idham

SM Says:
April 1, 2012 at 8:31 AM

aku dah tinggalkan CSI sejak Gil Grissom tiada. CSI:NY dan CSI:Miami pun aku tak berapa into. Ohya, scene dalam Beauty and the Beast tu sampai sekarang aku ingat, so true beb! Walau pun dalam 2D.

SM Says:
April 1, 2012 at 8:34 AM

Hazwan: Gua langsung tak boleh blah sial dengan filem diorang tu! Filem komedi tak semestinya memaksa kita gelak, biar sense tu datang sendiri.

Lady Windsor Says:
April 1, 2012 at 9:26 AM

Aku tengok semua CSI..masalahnya sekarang aku dah lupa banyak siri TV. Kalau filem Melayu yang tayang kat paggung, aku tunggu Astro First tayang..boleh tengok puas puas...

SM Says:
April 1, 2012 at 9:47 AM

LW : Aku sekarang tengah tunggu Bunohan kat asstro pertama, banyak komen positif yang aku baca. Harap-harap ada.

Telor Power Says:
April 1, 2012 at 7:34 PM

apa bunohan dah keluar, aku tggu cetak rompak keluar.

aku paling suka tgk NGO wild, semua cerita aku layan melainkan hindustan

SM Says:
April 1, 2012 at 10:05 PM

petang tadi gua tengok, bunohan dah keluar. mau minggu depan gua order ni. habiskan malam minggu layan brader faizal hussein sampai cair taik hidunng!

gua layan semua kecuali hindustan. entah kenapa, tak boleh blah langsunng! (kecuali 3 idiots dan sebilangan kecil yang gua dapat tengok sampai habis)

SM Says:
April 2, 2012 at 10:36 AM

Telor Power has left a new comment on your post "Memilih":

gua dah dapat dah cd bunohan...malam nie layan sorang utk fahami jalan ceritanya.

dgr2 cerita berdailek qlate

TP : kalau ada subtitle, ok la kot...

reen afny Says:
April 7, 2012 at 1:23 PM

saya cinta kamu.. wo aii ni.. i lovee you. kahkahkah larikkkk

SM Says:
April 8, 2012 at 8:31 PM

ra : serious shit aku tak faham.

Khairunnisa' Says:
April 10, 2012 at 11:10 PM

I have to agree with all the rest! If only the producers buat lebih kajian on that, especially for the comedy parts.

Nisa'

SM Says:
April 10, 2012 at 11:34 PM

Nisa : the good comedy, when they can make us cry. such as adam sandler's.