Lagu dan Kecewa

| Thursday, April 19, 2012 | |

Lebih kurang sepuluh tahun dahulu ketika masih bergelar siswa, lagu ini pernah menemani aku hingga jam tiga atau empat pagi. Selain ditemani teh o nipis gelas besar dan tv kecil 14" yang sengaja di`mute'kan, aku terus dibuai kelekaan dengan keasyikan alunan merdu suara dan petikan gitar yang mendamaikan sambil jari-jari aku menyelak helaian demi helaian nota dan lakaran. Semua itu aku nikmati di sebuah apartment bekas kuarters BSN di AU3 Keramat yang disewa bersama dua lagi teman.


Itu dulu. Sekarang lagu ini telah menjadi bahan yang berjaya menenangkan aku ketika aku sedang melayan rasa kecewa yang teramat sangat. Kecewa.... Layan lah lagu apa pun!


Sekian entri mengenang pedihnya kekecewaan.

10 comments:

NenetPenne (NP) Says:
April 19, 2012 at 4:55 PM

aku kalau kecewa, aku layan lagu rancak dan tengok movie yang kelakar

dah sedih buat apa nak sedih lagi???

NenetPenne (NP) Says:
April 19, 2012 at 5:06 PM

aku baca entry kau pasal 'poligami dan kami' tu...

SM Says:
April 19, 2012 at 5:12 PM

NP : beb, ini bukan sebarangan punya kecewa.

Lady Windsor Says:
April 19, 2012 at 6:23 PM

Aku kalau sedih @ kecewa, aku layan tidur...kalau ada 25 jam, 25 jam itu juga aku akan tidur. Jatuhkan langsir aku yang sudah sedia asal berwarna hitam, on aircon...layan...

Beb...ko kena buat sesuatu...minum kopi ke apa...

Aku Says:
April 19, 2012 at 11:23 PM

aku kalaunak baca atau buat kerja yang perlukan konsentrasi, aku layan lagu kategori hantu, yang liriknya mesti ada unsur2 darah, cekik orang, tarik usus... sampailah sekarang ni.

kat opis aku pakai headphona la tapi.

SM Says:
April 20, 2012 at 12:07 PM

LW : itu yang kerap aku lakukan sekarang bila saraf otak aku dah letih.

Aku : aku dengar lagu macam tu pun boleh tidur sekarang...

Pok Amai-Amai Says:
April 20, 2012 at 12:50 PM

Lagu pe tu beb? Aku tak dpt nak tgk la...

Dulu aku kecewa, aku dgr lagu mrh2. Adeh...entahlah. Tp pas dgr, aku rs lega.

SM Says:
April 20, 2012 at 12:51 PM

MF : frente - bizarre love triangle. kau cuba cari.

Nisa Says:
April 23, 2012 at 10:09 PM

Hmm, sedap pula dengar lagu ni :] I might try to look for the original audio later on. Thanks for sharing.

SM Says:
April 24, 2012 at 5:03 PM

Nisa : lagu ni memang sentiasa mampu menjentik kepala otak aku hingga mamai dan terlentok tak kira apa pun mood aku ketika itu. sama-sama...