Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

| Monday, April 09, 2012 | |

Sebentar tadi telah berlakunya kejadian berantai yang bermula dari jari aku. Seperti biasa, aku akan melekapkan fon kepala aku menutupi lubang telinga agar hanya 23.18% sahaja bunyian yang aku tak approve akan masuk mengetuk gegendang telinga. Dari putaran lagu-lagu lama yang aku ulang sejak bertahun lama itu, kemudiannya muncul pula sebuah lagu yang bertajuk Here Without You. Dan sebaik sahaja lagu ni tamat, serta-merta aku baca balik entri aku bertajuk Dua Lagu, Dua Cerita sambil mengenang kembali memori lama.


Melalui pengalaman itu, satu perkara yang mengingatkan aku akan fenomena pekerjaan yang berlaku di kalangan anak muda sekarang adalah memilih pekerjaan. Tak dinafikan, pada ketika itu kehadiran aku untuk mengambil peperiksaan bertulis untuk kemasukan ke maktab perguruan hanyalah untuk memuaskan hati mak aku, tak lebih daripada itu, memandangkan persepsi aku ketika itu terhadap profesion perguruan adalah untuk mereka yang:
  • menepati masa.
  • sanggup berpakaian skema seperti seluar slack licin dan `kemeja masuk dalam'.
  • kasut kulit berkilat.
  • keluar waktu pagi.
  • rambut bubuh minyak sikat belah tepi.
  • dapat menahan sabar mengajar budak-budak yang kuat melawan.

Terkini, aku ada tambahkan satu lagi kriteria utama bagi calon yang memohon untuk menjadi guru terutamanya lelaki iaitu:


  • grade dari universiti awam, tapi dah bertahun melilau bawa resume tapi hapah tak dapat kerja.

Hahahaa...! Padan muka korang. Belajar susah-susah dengan awek, buka buku sama-sama kat Taman Tasik Titiwangsa sambil menghirup udara segar. Konon-konon stduy group. Tapi bila grade langsung tak dapat kerja. Masa sekolah cita-cita nak jadi engineer, tapi pointer cuma cukup makan. Engineer kilang pun payah. Disebabkan inilah terdapatnya sekian ramai belia yang memohon untuk memasuki kursus lepasan ijazah untuk bergelar guru. Nampak sangat diorang punya tak ikhlas. Bila tak dapat kerja, baru sibuk nak jadi cikgu. Patut la budak-budak zaman sekarang ni, berterabur diorang punya perangai. Dah serupa taik ayam yang tak pernah pergi sekolah!


Satu ungkapan yang aku dengar keluar dari old timer pagi tadi dan ditujukan kepada graduan lepasan KPLI semasa sesi membuang masa di pantri berbunyi begini, 'lahir untuk menjadi engineer tapi mati sebagai cikgu!'. Hahahaa!!!


Mohon maaf kepada golongan pendidik yang dimuliakan di luar sana, bukan maksud aku untuk menidakkan kedudukan kalian, tapi entri ini aku tujukan khas untuk mereka yang tak ikhlas menjadi cikgu terutamanya golongan yang aku maksudkan iaitu para lepasan KPLI (tak semua la).


Sekian entri tak ikhlas KPLI.

16 comments:

NenetPenne (NP) Says:
April 9, 2012 at 2:05 PM

grad yer bukan grade... harap maklum...

bila buat kerja tak ikhlas maka hasilnya adalah tak ikhlas...

SM Says:
April 9, 2012 at 2:07 PM

aku sengaja, aku tau mesti kau akan tegur. tapi cikgu-cikgu zaman sekarang cun siot. macam neelofa pun ada!

Pok Amai-Amai Says:
April 9, 2012 at 2:42 PM

Ye tak ye. Mcm kwn aku yg ms blaja dulu, major projek seme suh bf die bt. Hahahaha...dpt A free2 je. Last2 skg jdk cikgu.

SM Says:
April 9, 2012 at 2:59 PM

MF : syok wo study group dengan awek, kat taman pulak tu. tak percaya, tanya aku. lepas tu tak dapat kerja, baru terhegeh-hegeh bercita-cita jadi cikgu pulak. asal dapat gaji.

Lady Windsor Says:
April 10, 2012 at 12:07 PM

Aku study dgn hantu2 sebab jabatan aku dulu tepi hutan...sampai lecturer mohon kami balik sebab katanya ramai makhluk dok bertenggek tepi tingkap dgn lidah terjelir dan biji mata terkeluar..eh aku masih dalam topic kan?

SM Says:
April 10, 2012 at 12:16 PM

LW : kau punya topik berhantu.

Lady Windsor Says:
April 10, 2012 at 10:34 PM

Weii jangan la weiii aku kena stayback tau malam ni...Ada order...mati la aku sensorang kat kitchen tu...dah lah kitchen tu..........huhu!

SM Says:
April 10, 2012 at 10:35 PM

ingatkan dah hantu sangat, penakut jugak kau ni...

Lady Windsor Says:
April 11, 2012 at 1:20 AM

Kannya apa, kalau 'benda' tu tegezut tengok aku, dah tak de benda aku nak usik....wakaka aku berani.....konon!..tskk!

Camy Alya Says:
April 11, 2012 at 10:29 AM

mungkin aku akan masuk kpli lepas ni. wakakaka :D

SM Says:
April 11, 2012 at 12:55 PM

Camy : cantik jugak tu, tapi jangan niat serong sudah... (ada lagi ke kpli ni?)

SM Says:
April 11, 2012 at 12:56 PM

LW : ha'ah, takde depan mata memang la kau lebih berani daripada taliban. kena depan mata tengok. macam aku tak kenal kau siapa. haha!!!

Lady Windsor Says:
April 11, 2012 at 5:06 PM

Cehhh Taliban pulak!

Telor Power Says:
April 13, 2012 at 11:46 AM

aku suka ayat "lahir utk menjadi seorang engineer tapi mati sbg cikgu'

lebih kurang mcm bangang juga tu. kaut kerja asal boleh

::Mastura Zakaria:: Says:
April 13, 2012 at 7:47 PM

hahhaha.memang ramai jugak cikgu KPLI yang kuat merungut bila dah berjaya jadi cikgu...adoi.nampak sgt tak ikhlasnya...

SM Says:
April 14, 2012 at 7:25 PM

mastura : nak buek camno, kojo pun last choice!