kulit buruk, isi pun busuk...

| Sunday, April 08, 2012 | |
Sebagai kesimpulan, pengacara rancangan Nona si Neelofa yang cun-boleh-buat-lelaki-stim telah memperdengarkan sepotong peribahasa Inggeris iaitu  "don't judge a book by its cover". Aku tak berapa pasti sama ada dia bercakap dalam keadaan sedar atau di bawah pengaruh dadah, tapi yang pasti ayat yang dia berikan tu seolah `membenarkan' perilaku buruk seseorang secara luarannya langsung tiada kaitan dengan apa yang ada di dalam hati si pelaku itu. Itu yang aku faham...


Entah kenapa, apa punya bebal petang tadi aku boleh pulak `ter'tonton segmen bersama Amalina sementara aku nak tunggu filem seram klasik yang mana pontianaknya terbang macam superman iaitu Sumpah Pontianak. Sebaik je aku dengar apa yang Neelofa yang cun-boleh-buat-lelaki-stim ni ucapkan, aku yang tengah baring mengiring tiba-tiba terdengar ada bunyi desiran angin keluar dari lubang bontot aku. Sah, ayat dia ni langsung tak boleh blah, sampai terkentut aku dengar! Bangang...


Sekian banyak peribahasa Melayu yang elok dan ada nilai pengajaran korang produksi Nona boleh ambil, peribahasa dari barat ni jugak yang korang pilih.


Bagi aku, sejak dulu lagi aku memang tak setuju dengan apa yang dimaksudkan dengan peribahasa tak reti bahasa ni. Mana kan tidak, sejak akhir-akhir ni selalu sangat aku dengar orang kita dah salah gunakan peribahasa ni, seolah-olah semua perbuatan buruk yang mereka buat secara ketara tu langsung tak salah.


Rumusan persamaan kimia yang aku pegang selama ni mudah je. Tak payah nak pening kepala bagai. Kalau la kulit tu dah buruk dan bernanah, pastinya buah itu tidak boleh diperdagangkan lagi dengan nilai setara dengan buah yang baru. Atau pun maknanya, kalau seseorang tu dah mempamerkan sifat luaran yang menjelikkan, mana mungkin segala keburukan itu datangnya dari hati yang 90% suci.
Mulanya aku nak tepekkan gambar Neelofa yang cun-boleh-buat-lelaki-stim, tapi disebabkan aku banyak jumpa gambar dia tayang betis dan saiz tetek, maka aku tak jadi nak share dosa tu dengan orang lain. Kalau nak tau saiz tetek dia, search je kat Google, berlambak gambar dia.


Tak mungkin...


Sekian entri peribaha barat yang bangang.

11 comments:

Qamaruls Says:
April 9, 2012 at 2:36 AM

itu laa pasal. tapi org duk sokong2 dia. memang laa dia nak tolong industri perubatan malaysia kan, ehh yeke?? tapi semua kena ingat, dunia ni sementara, dunia ni hanyalah permainan dan gurauan.. wahh kemain

Telor Power Says:
April 9, 2012 at 2:52 AM

lu layan nona. bagus cari info atau lu tgk tetek si neelofa tu kahkahkahkah.


kulit buruk,isinya pun busuk. kesimpulan tak payah beli

SM Says:
April 9, 2012 at 7:41 AM

qamarul : aku harap ini bukan gurauan semata...

TP : gua tak sengaja la bai! tapi pengacara dia memmang `maut' wei. iman tebal macam gua pun boleh longgar lutut.

Pok Amai-Amai Says:
April 9, 2012 at 9:43 AM

Aku tak sangke ko lyn Nona. Pastu segmen bersama Amalina lak tu. Aku rs, Sumpah Pontianak tu alasan semata-mata.

Hahahahahahahahah!

SM Says:
April 9, 2012 at 10:56 AM

MF : cun pulak aku tengok dia semalam!

Lady Windsor Says:
April 9, 2012 at 11:56 AM

Tebal mana iman tu...cer bitau aku...

SM Says:
April 9, 2012 at 12:03 PM

LW : ...hanya setebal sehelai kertas A4 70g/cm. itu la yang selayaknya untuk aku...

NenetPenne (NP) Says:
April 9, 2012 at 2:08 PM

amalina tu..rambut dah blonde abis...

itu asalnya tapi sebab nak kempen kat sekolah2 dan syarat sekolah adalah bertudung, tu yang dia kena bertudung dan mengekalkan imej budak baik

rasanya sedikit sebanyak terkena juga culture shock..

SM Says:
April 9, 2012 at 3:02 PM

NP : eh kau ni, don't judge a book by its cover la...

Irfa Says:
April 13, 2012 at 5:07 PM

nak sokong net..sy tgk rcangan tu sebab adik sms 'sibuk je dia suh tgk sdgkan saya baru nak baring tido'.
dia nak jugak bgtau kebenaran dulu dia bertudung hanya ke sekolah..
nampak cerdik tak ayat dia tu?
aduhai.....

SM Says:
April 14, 2012 at 7:26 PM

irfa : cerdik atas kertas peperiksaan je tak guna beb kalau markah tu gagal bawa melalui pintu yang sepatutnya esok.