Kill Rock and Roll

| Wednesday, April 11, 2012 | |

Dah beberapa minggu ni, kalau aku mengopi barang sejam dua kat pantri sorang-sorang, aku perasan satu perkara yang aku tak ambil peduli kewujudannya selama ni. Entiti gelombang frekuensi yang mungkin mak aku kat kampung tak tau, pasangan tua yang berniaga di kedai makan no. 16 di Medan Selera Jalan Raja Muda berhampiran General Hospital atau pun bekas cikgu aku cikgu Fatimah di sekolah teknik belasan tahun dulu tak berapa nak ambil port. Objek tanpa bayang tetapi mampu menghantar jalur bunyi melalui udara yang aku maksdukan adalah stesen radio Klasik Nasional.


Pergh...! Apa bangang aku punya citarasa sekarang ni? Dah nak melangkah masuk ke zon nyanyuk ke apa? Agak-agak la kalau nak cari hiburan telinga pun.


Itu apa yang bakal aku jeritkan kalau aku ni baru berumur awal 20-an atau sebaya dengan budak lelaki baru lepas berkhatan. Masa tu, mana mungkin aku nak layan sangat dengan lagu-lagu yang langsung tak into dengan `stream' muzik semasa. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku terasa sangat `sedut' dengan lagu-lagu budak-budak tak cukup bulan sekarang. Jangan cerita pasal rythm yang serupa dalam hampir semua lagu, menunjukkan mereka ni langsung kurang kreatif. Dan jangan sebut pulak pasal arrangement yang nampak sangat terlalu bergantung dengan kemajuan teknologi kejuruteraan mesin untuk menghasilkan bunyi. Cukup sekadar meneliti luahan si penggubah melalui lirik yang mereka nukilkan. Langsung takde `art'!


Untuk membuktikan perkara ini kepada sekumpulan pelajar pra-sekolah di sebelah surau rumah aku, aku bandingkan petikan lirik yang terkandung dalam dua buah lagu yang dihasilkan pada zaman yang berbeza. Yang pertama adalah lagu `best gila babi' bertajuk Kejora daripada band `best nak mampus' Search. Dan satu lagi adalah lagu yang aku baru dengar sekali tapi tak habis (tu pun sebab aku nak bikin entri ni) dan aku dapati lagu ni menduduki senarai top 5 dalam carta Era. Tajuk dan penyanyi, malas nak taip!




Kejora - Search


Sinaran matamu bak kejora
Ditengah malam menyuluh kedamaian hati
Halus lenganmu sehalus sutera cina
Melembutkan setiap kata…


Harum kasturi harum rambutmu inginku belai
Bertambah harum kita
Indah keperibadian mu indah bicara,
Menyegarkan semangat daku




Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft Sleeq


Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina


Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela




Ni lagi satu hal, apa punya bangang sikit-sikit nak featuring. Apa, kalau nyanyi sorang-sorang tak stim ke? Dulu masa zaman Amy Search muda-muda tak pernah pulak dia ajak Salleh Kamil mencelah dalam lagu dia.


Bak kata bait lagu SOAD, so I felt like the biggest asshole, when I killed your rock and roll!


Sekian entri tak berkenan lagu zaman sekarang.

11 comments:

Lady Windsor Says:
April 11, 2012 at 5:04 PM

Warghahahahah nak juga sebut nama Cikgu Fatimah ya ko ni...memang cikgu tu kesayangan ko yer...

Hmmm lagu sikalang maciam chilake....telinga wa manyak sakit woo mukak itu musikkk...

Apa2 pun...pakai baju kancinglah suasa, mari pakai babalah melaka.....

SM Says:
April 11, 2012 at 8:31 PM

cikgu tu je tak sayang aku. kenduri kahwin anakdia tak jemput pun.

...biar saya rosaklah binasa, kerana buddy tidak mengapa. cewah!

Lady Windsor Says:
April 11, 2012 at 8:53 PM

Bhahahaha....kalu cikgu Fatimah baca musti dia nanges sedu sedan...

Pok Amai-Amai Says:
April 12, 2012 at 4:01 PM

Ko lyn Ramlah Ram?

Kau kunciiiiiiiii, cintakuuuuuuuu...
Di dalam hatimuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

SM Says:
April 12, 2012 at 5:49 PM

LW : malangnya dulu aku bukan `haiwan peliharaan cikgu'.

MF : ha, kalu lagu kak melah hok ni kawe memang layan... muncung tu jaga sikit!

Lady Windsor Says:
April 12, 2012 at 11:42 PM

Abes tu cikgu timah ko bela mende?

SM Says:
April 13, 2012 at 12:01 AM

entah, tapi yang pasti suami dia ada bela misai!

Lady Windsor Says:
April 13, 2012 at 8:14 AM

waghahaha...hadoiii ko ni, jawapan x memenuhi soalan...pehhh!

SM Says:
April 13, 2012 at 9:33 AM

betul la, bukannya kerja aku nak ambil tau dia bela apa kat rumah.

Irfa Says:
April 13, 2012 at 5:02 PM

kak melah pun ada dalam ini pilem ;)

SM Says:
April 14, 2012 at 7:24 PM

irfa : sebab kak melah makin cun sekarang. hahaha!!!