HB?

| Monday, April 30, 2012 | |
Sekembalinya aku dari sesi berjalan-jalan sebentar di ruangan fuckbook, aku teruskan duduk bersandar di hadapan monitor yang terpapar garisan-garisan vektor dan beberapa simbol yang selama ini telah menjadi mainan mata pencarian aku. Sekonyong-konyong, aku teringat akan singkatan yang mengambil masa beberapa saat untuk aku fahami iaitu `hb'.


Lancau apa pulak menatang `hb' ni? Bila aku semak semula butiran bekas rakan serumah aku dan sehabis skroll ruang di dindingnya, barulah aku perasan yang dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya beberapa hari lalu. Wah, aku tengok fuckbookers sekarang dah semakin maju (malas) dalam kerja-kerja menaip. Nak ucap selamat harijadi pun pakai kata singkatan je.


Singkatan yang mengandungi hanya dua huruf. Aku menaruh rasa simpati yang menggunung kepada mamat tu sebab dia menerima ucapan yang terlebih ikhlas macam tu. Mujur la aku bukannya seorang yang sering memberikan ucapan selamat hari lahir kepada orang lain, walau pun kepada Adele aku sendiri. Sendiri-sendiri faham sudah...


Tapi, di kesempatan ini aku ingin melayangkan satu ucapan Selamat Hari Lahir ke udara kepada seorang sahabat aku. Aku kira, kali ini aku perlu melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan aku. Mana la tau, aku tak berpeluang melakukannya untuk tahun-tahun mendatang. Sekurang-kurangnya, dia bakal mengingati aku sebagai salah seorang yang pernah memberikan ucapan selamat kepada dia untuk kali terakhir. Hahahaa...!


Beb, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-(kita sendiri tahu). Semoga kita semua kekal hidup untuk 999 tahun lagi...


Sekian entri khas untuk sahabat.

18 comments:

Lady Windsor Says:
April 30, 2012 at 12:58 AM

aku bagi pihak sahabat ko itu, mengucapkan terima kasih kerana ucapan selamat hari lahir itu...

hahaha...ada 999 tahun lagi!

Pok Amai-Amai Says:
April 30, 2012 at 8:27 AM

Oh, Sabtu lepas tu sempena bday kak LW ke?

Ko pegi tak?

Aku Says:
April 30, 2012 at 9:27 AM

999 tahun... puas hidup weh...

Rai Says:
April 30, 2012 at 9:44 AM

haha..kalau aku yang terima ucapan tu aku jawab "terima kasih je la".. macam haram..bukan kena bayar pun nak tulis penuh..

SM Says:
April 30, 2012 at 10:30 AM

LW : ...panjang umur. insya-Allah.

MF : ya, dan NP pun ada. pertama kali bersua muka dengan kek velvet (betul ke aku eja ni?).

Aku : kalau aku, puas jugak menyusahkan cucu cicit.

Rai : dua huruf je? ceh, macam tak ikhlas pun ada.

NenetPenne (NP) Says:
April 30, 2012 at 11:19 AM

ada orang tu kan..
diammm jeeee...

SM Says:
April 30, 2012 at 12:01 PM

NP : dia pemalu kot...

Lady Windsor Says:
April 30, 2012 at 2:46 PM

NP, kan kan...puas la kita pot pet pot pet...tapi dia tetap skema...haishh!


SM, pemalu la sangat! Eh tapi...ya ya pemalu!

Telor Power Says:
May 1, 2012 at 1:06 AM

selamat hari ulang kelahiran

reen afny Says:
May 2, 2012 at 12:35 AM

haha slmt hari jadi juju... (akak aku)

Jo-Blogger Says:
May 2, 2012 at 9:51 AM

semoga panjang umo dan murah rezeki la hendaknye ye..

SM Says:
May 2, 2012 at 10:17 PM

LW : skema dan dalam hati ada kebun bunga.

TP : yya, selamat untuk dia.

ra : eh, akak kau umur berapa? single lagi ke? cewah!

Jo : mesti la, karang baru la aku boleh palau dia makan free selalu...

Lady Windsor Says:
May 3, 2012 at 7:16 AM

banyak cantik ko nak palau dia ya...okeh doakan dia murah rezeki...aku gerenti dia boleh tanggung ko makan cendol mamak tepi jalan setiap khamis!

NenetPenne (NP) Says:
May 3, 2012 at 11:19 AM

errrkkk pemalu eh? ke sebab ada adele sebelah?? ha ha ha...

situasi jadi akward kalau ada orang tu diam dan cuba jadi skema...

NenetPenne (NP) Says:
May 3, 2012 at 11:20 AM

@LW
byk citer tergantung tak sempat nak dihabiskan... prop pret prop pret..sambil makan whoopi pie and minum kopi...

SM Says:
May 3, 2012 at 11:25 AM

LW : tak kisah la hari ahad ke, isnin ke... lagi best kalau hari panas terik.

NP : kau tu la sampai lambat sangat. aku sempat lagi join BERSIH 3.0 tau. banyak aku nak interview kau. baru tengok korang berdua berbalas smash kencang, masa dah time. jadi, aku cau cin cau la...

reen afny Says:
May 3, 2012 at 2:13 PM

haha umur 26. da kawen la... melepas sudah. hehe

SM Says:
May 3, 2012 at 2:26 PM

...nasib badan.