Fuckless Friday Of The Fucked Mug

| Friday, April 13, 2012 | |
Dalam dunia ni, ada banyak jenis pemalas. Orang yang pemalas ni sentiasa ada di sekeliling kita. Kat tempat kita kerja sehari-hari, dalam tren komuter koc paling depan, kat pejabat pos Alamanda, atas feri ke Pulau Pangkor, bawah basement parking kat apartment tempat makcik kita tinggal, pasar malam kat depan rumah setiap hari Sabtu, atau pun orang yang kita tumpangkan pergi kerja tiap-tiap hari.


Kategori pertama adalah jenis pemalas yang cuma menyusahkan diri sendiri sahaja seperti:
  • Malas gosok gigi, sampai abis rosak semua barisan gigi. Menyusahkan diri bila terpaksa jumpa doktor gigi selalu.
  • Malas gosok baju sebelum pergi kerja.
  • Malas bangun pagi, hampir setiap hari punch card merah bila kawan-kawan pakat tak nak tolong ketuk.
  • Malas nak cek balik kerja yang dibuat, bila nak submit baru perasan ada banyak salah.
  • Malas nak solat, yang ni akhirat cerita.

Yang kedua pulak jenis yang kehidupan malasnya memang menyusahkan orang lain sekali sejak akil baligh lagi seperti:

  • Malas pakai deodorant sampai awek sebelah kat dalam bas rapid merah dan berair mata menahan seksa dunia.
  • Bos yang malas nak buat kerja remeh-temah, semua suruh orang bawah setelkan.
  • Kuli yang pemalas nak mampus, bila disuruh baru nak buat. Sampai akhirnya tokey yang tanggung susah bila banyak kerja delay. Biasa dilakukan oleh bangla (dan sebahagian besar Melayu).
  • Cashier kat Giant yang malas nak asing-asingkan barang, main bubuh je semua jenis barang dalam beg plastik yang sama.
  • Makcik yang kerja gomen dekat dua tiga tahun nak pencen, malas nak cari fail. Bila public tanya pasal projek, dia bantai jawab fail hilang.
Tapi malas yang ni aku rasa aku nak masukkan dalam semua kategori yang ada. Jadah bangang betul, takkan nak tunggu sampai tumbuh pokok barli baru nak cuci kot! Bongok!
Sekian entri menghargai kemalasan umat manusia hari ini...

26 comments:

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 9:59 AM

kawan aku lupa minum nescafe..sampai ke sudah, air tu tak rupa air dah..berbusa-busa..air nescafe basi, seminggu terbiar

SM Says:
April 13, 2012 at 10:14 AM

aku pejam mata sambil cuba imagine...........................................................................lima minit kemudian mulut aku berbuih dan aku jatuh menggelupur terkena sawan! agak-agak la sikit kalau lupa pun...

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 10:17 AM

sebab dia kursus...itu pun aku perasan sebab aku tumpang printer dia, tiba2 terpandang..ini betul2 eksperimen hahahaha

SM Says:
April 13, 2012 at 10:26 AM

nasib baik dia kursus kurur usus kat negeri sembilan darul khusus, diharapkan para penjawat awam dapat mengurangkan perihal `lupa' ni. aku takut `lupa' akan bertukar manjadi `malas' pulak macam makcik-makcik nak pencen tu... ops! hahahaa!!!

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 10:28 AM

dua jari hantu untuk kau

Lady Windsor Says:
April 13, 2012 at 10:29 AM

aku malas nak login saja weii..
akan tetapinya aku cukup pantang kalau ada orang malas nak basuh pinggan atau gelas atau cawan yang digunakan..dan aku punya style aku akan pecahkan pinggan tu depan org tu juga supaya aku boleh suggest kat dia pakai tempurung atau daun pisang saja buat alas makan...err tapi kan pinggan yang aku pecahkan itu adalah pinggan yang sudah dikenalpasti ada sompek kat tepinya...


LWindsor...

SM Says:
April 13, 2012 at 10:33 AM

ralph : pastikan jari tu tak bengkak.

LW : orang macam ni tak sesuai dibuat housemate. orang yang suka pecahkan pinggan pulak tak sesuai digajikan kat kedai makan. hahaha!

Lady Windsor Says:
April 13, 2012 at 10:50 AM

Tu la pasal, aku sedang cari housemate yg rajin basuh pinggan, pandai makan pandai basuh..eh aku pecahkan pinggan sebab dah sompek. Tapi ko tau le, derang tu selagi pinggan itu berfungsi dgn baik, walaupun dah pecah derang tetap simpan. Dapat kat aku, aku pecahkan. Gimmick konon mengamuk kat dapur.

Fahmi Ismail Says:
April 13, 2012 at 10:53 AM

Kat opis tempat kilang aku bekerja juga ada makhluk macam ni...rasa nak buang ja mug depa dalam tong sampah dekat situ...bukannya apa, dah ada peraturan tak mau folo..kesian makcik2 janitor tu tolong bersihkan...

Telor Power Says:
April 13, 2012 at 11:38 AM

bro dah tahu ke siapa yn punya??? tolong karate jer tengkuk dia

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 12:20 PM

sm - engkau adalah antara lelaki yg paling banyak post mengumpat yg pernah aku jumpa dan baca (tunjuk jari hantu lagi)

SM Says:
April 13, 2012 at 12:45 PM

LW : kau memang garang, tapi comel macam `burung marah'.

Fahmi : ini masalah sikap.

TP : mujur aku tak dapat tangkap, kalau tak memang nahas individu tu.

ralph : ini bukan mengumpat, tapi kenyataan...!

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 12:49 PM

sm - kenyataan yang diselangselikan dengan kata-kata mengumpat..oh snap!!

Lady Windsor Says:
April 13, 2012 at 12:58 PM

Ralph,
Kan...SM ni rare spesies..bhahahah! Woii ko jangan banned aku pulak yer..

SM Says:
April 13, 2012 at 3:21 PM

let's talk about the topic, not me. oh, snort!

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 3:23 PM

that shit happen all the time tapi aku tak pernah terpikir plak nak buat entri blog hahahaha

SM Says:
April 13, 2012 at 3:25 PM

...biasa la, aku akan `bising-bising'kan apa yang aku rasa perlu. dan apa je yang terlintas dalam kepala otak aku ni. selalu, kau ke yang buat `shit' tu? naaaahahahaa! oh, snap!

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 3:35 PM

takde makna ok..tapi orang2 di sekeliling aku selalu la buat..biasanya aku akan jadi reminder 'wei, bila kau nak basuh...' dan lain-lain ayat yang difikirkan perlu hahaha

SM Says:
April 13, 2012 at 3:47 PM

aku tau kau seorang `secret'tari, tapi takkan orang lain pun kau nak `setiausaha'kan jugak kot. adui...

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 4:12 PM

busuk la....tu baru air nescafe terbiar selama seminggu..belum lagi jumpa nasi campur dan bihun sup basi..tengok rupa pun boleh muntah tau..huhu

SM Says:
April 13, 2012 at 4:23 PM

pergh! apa gila? bihun sup pun tersadai...

ralphrazaq Says:
April 13, 2012 at 4:26 PM

'sibuk' sangat kot..hahaha

Pok Amai-Amai Says:
April 13, 2012 at 4:29 PM

Aku rs, ko mst org yg pengemas. Sbb ade org lelaki lgsg tak heran bab nie....

SM Says:
April 13, 2012 at 4:33 PM

ralph : sibuk ber`fuckbook'. haha!

MF : gila kau, semak mata aku tengok!

Irfa Says:
April 13, 2012 at 4:58 PM

cawan tak basuh ni mana2 opis pun ada
yg pelik kat umah tak berani buat camtu..

SM Says:
April 14, 2012 at 7:24 PM

irfa : kat rumah takut bini/mak marah. suspek utama, mungkin pekerja lelaki...