Enam Puluh Minit

| Sunday, April 01, 2012 | |
Sebaik tamat tempoh bergelap selama 60 minit, si suami bingkas bangun menuju ke arah suis lampu dari hadapan kaca tv yang masih menyala, dalam kesamaran ruang tamu sejak tadi seraya bertanya kepada isterinya. "Eh, awak cuma off suis lampu je ke? Peti sejuk dengan air-cond ni macamana?"


"Tak, kalau off semua macamana. Panas menggelupur la kita ni karang." Jawab isterinya selamba sambil terus menekan-nekan punat kawalan jauh Asstro, tercari-cari rancangan malam minggu yang mari.


"Kita dah off lampu sejam ni kira ok la bang. Tu tandanya kita sokong kempen penjimatan tenaga yang diorang sebut kat tv tu. Tengok rumah depan kita tu, buat tak peduli je. Tau la rumah dia ada sebiji mentol 60 watt je yang menyala, tapi sokong la. Orang macam diorang tu la yang sebabkan bumi kita ni makin panas, makin tercemar, kekurangan tenaga. Tak gitu bang?" tambah isterinya lagi.


"Wah, pandainya isteri abang ni. Bercakap dah macam senator korup yang bersuamikan CEO pulak." Tersengih bangga si suami mendengar hujah isterinya.


"Mesti la, belajar dari abang jugak," kedua-dua mereka lantas ketawa kecil.


"Abang dahaga la, buatkan air sejuk. Ohya, nanti awak bangun tu tolong hidupkan air-cond dalam bilik tu ye. Nanti senang la, kita masuk je dah sejuk. Rimas pulak malam ni." arah si suami macam Firaun keletihan selepas bersenggama.


...sekian sketsa suami isteri bebal nak mampus.

5 comments:

SM Says:
April 2, 2012 at 10:34 AM

Telor Power has left a new comment on your post "Enam Puluh Minit":

kahkahkahkah....siot dah lepas bersama bukan nak mandi dulu.sekurang2nya sejuk sikit badan tu


TP : patut la rimas, time bergelap tu diorang buat kerja lain rupanya! hahahaa!!!

NenetPenne (NP) Says:
April 3, 2012 at 3:29 PM

oooo depa make love eh?
laaa lambat pulak i pickup this time... ha ha ha

SM Says:
April 3, 2012 at 3:43 PM

entah, tutup lampu bukannya sebab nak sokong, siap kutuk jiran pulak tu. tapi ke lain pulak, haram jadah betul...

reen afny Says:
April 7, 2012 at 1:21 PM

sempena earth hour ke... hehe aku tak buat pun. lupa doii. time tu tengah celebrate bufday parents aku. haha

SM Says:
April 8, 2012 at 8:30 PM

ra : ha, mesti time tu banyak bazir letrik.