Dunia Eksklusif Kami

| Saturday, April 21, 2012 | |
Di atas daratan 1Malaysia ni ada satu tempat yang telah menjadi venue perhimpunan kebanyakan lelaki hebat dan tampan tak kira dia adalah Cina, India atau Melayu; sama ada dia tua mata rabun dekat, gagah perkasa dan ahli pertubuhan yang kononnya membela bangsa, agama dan kedudukan raja-raja; remaja tak sedar diri yang dia sebenarnya belum akil baligh; atau kanak-kanak sekolah yang dalam kepala cuma tau nak main je. Datangnya mereka bukan untuk menonton perlawanan EPL atau wrestling penipu seantero dunia, bukan juga nak menikmati kepingan-kepingan roti canai bersama hirupan teh tarik, dan jauh sekali untuk mencari gaduh sesama sendiri.


Apa yang istimewanya tempat ini adalah, sesiapa pun tak akan berasa marah jika ada orang yang menyentuh kepala mereka, walau pun mereka telah membayar fitrah untuk tahun-tahun sebelumnya. Mereka akan akur kalau disuruh menunduk ke lantai, meneleng ke kiri atau ke kanan. Dan mereka akan setia menunggu giliran semata-mata untuk merelakan kepala mereka `dipermainkan' sepuas-puasnya.


Di sini majoriti pengunjungnya akan setia mendengar lagu-lagu dari corong speaker radio yang datangnya dari satu bahasa yang tak asing lagi, tetapi tak pernah mereka faham.


Tapi, aku selalu berkunjung ke tempat ini. Sebulan sekali, kadang-kala dua minggu sekali. Semuanya dengan hajat yang satu, iaitu...


...membotakkan kepala!


Selamat datang ke dunia eksklusif lelaki. Kedai gunting... Di sini lah tempat kami bersatu dengan tujuan yang sama tanpa mengira perbezaan fahaman politik, agama dan kaum.


Sekian entri tempat isitmewa untuk kami.

10 comments:

Lady Windsor Says:
April 21, 2012 at 11:24 AM

kan...keje hebat mana pun, kalau deal dgn barber ni, kepala ko tetap kena luku, pusing, tarah, sental..hahaha

SM Says:
April 21, 2012 at 11:29 AM

that's one of my point here. istimewanya tempat ni, walau siapa pun kau dan apa pun darjat kau, kepala kau tetap menjadi milik orang lain. lain la kalau kau nak be rambut panjang sampai hujung nyawa.

Lady Windsor Says:
April 21, 2012 at 11:43 AM

tu la pasal...kat pasar datuk keramat ada satu kedai gunting yang dikendali oleh sekumpulan lelaki muda. havoc gila kedai ni sebab pelanggan sentiasa penuh, aku tak tahu mandrem apa dengan kedai, setiap kali aku singgah nak teman KA dulu, penuh memanjang...

SM Says:
April 21, 2012 at 11:51 AM

kedai gunting ni tak payah pakai mandrem beb. nak pulak tukang gunting tu boleh layan semua kepala, boleh penuh punya. aku ada dua tempat favourite iaitu kat jalan raja uda kam[ung baru (kedai cat kuning) dan jalan enggang au2 keramat. tapi lepas pindah rumah, tak tau lagi wujud ke tak.

Lady Windsor Says:
April 21, 2012 at 11:56 AM

oh ya kat jalan enggang tu pun aku pernah pergi dulu..ya lah kalau bagi add in service seperti massage bahu sikit, lagi orang suka kan...modal bukan banyak pun tapi skill penting..

SM Says:
April 21, 2012 at 12:02 PM

ya, kat jalan enggang ni kedai brader malayu tapi siap urut kepala lagi macam kedai gunting india. murah pulak tu, tarah habis kepala aku baru rm6. tempat lain standard rm9 atau rm10. rindu siot!

Aku Says:
April 21, 2012 at 3:34 PM

kepala sultan pun boleh dipegang-pegang...

aaiyooo.. sensitif ka ini komen?

SM Says:
April 22, 2012 at 11:17 PM

Aku : tak sensitif pun, sebab kepala dia macam kepala kita jugak. hah!

reen afny Says:
April 29, 2012 at 12:08 AM

haha aku ingat rambut kau memang tak tumbuh2 tu yang kau botak. rupanya memang pergi shave habes ek. hehe

SM Says:
April 29, 2012 at 5:52 PM

ra : dulu tapak kosong, sekarang cukur.