Chef and Sauce

| Wednesday, April 18, 2012 | |
(Entri ini telah ditaip minggu lalu, tapi aku lupa nak klik publish. Rupa-rupanya ada dalam draft. Cilakak!)


Pak Sub, salah seorang brader yang memegang gelaran old timer kat ofis aku:
...aku pun tanya la sorang pekerja tu, kat mana sos? Boleh ke dia jawab, "sini takde jual sos, kalau nak sos pergi makan tempat lain".


Hm, aku tak tau pulak menjadi seorang chef tu memerlukan tahap keegoan yang sampai macam tu sekali. Dia menganggap masakan yang dihasilkannya sebagai karya agung yang terbaik dan tak perlu ditokok tambah. Dan dari situ pulak, aku menganggap chef yang sebegini sebagai seorang yang terlalu tinggi tahap egonya.


Jadah apa kalau macam tu. Mungkin dia ingat tunas rasa yang Tuhan bagi pinjam kat dia tu dah cukup sempurna, sesuai dengan citarasa semua umat manusia?


Adakah ego yang setebal ini perlu ada dalam diri seorang chef? Sekurang-kurangnya dia sedia menerima teguran (membina pastinya) daripada orang lain. Entah...
Sekian entri keegoan bertempat...

14 comments:

Lady Windsor Says:
April 18, 2012 at 6:32 PM

Aku fikir dia tu chef celup. kalau chef betul dan pure dia akan terima kekurangan dengan membantu mencari sos atau tak pun dia akan tanya kenapa perlu sos.

sekian pandangan lima sen aku!

SM Says:
April 18, 2012 at 6:35 PM

aik, pandangan lima sen? aku tak faham la wei...

betul la tu, dah macam scene `lagi lagi senario' pulak. sepatutnya buat rilek je dan tanya apa yang tak kena dengan masakan dia. tapi berdasarkan cerita, bukan di restoran berbintang-bintang. berbulan-bulan jauh sekali.

(eh, aku ni banyak komplen pulak. bukan aku yang makan pun! haha!)

Lady Windsor Says:
April 18, 2012 at 7:08 PM

bagi aku lagi, chef tu sombong!

Pok Amai-Amai Says:
April 19, 2012 at 9:20 AM

Ko nie pesal? Asik lupe je?

La...yg chef tu lak pehal? Mcm bagus sgt. Mcm hebat sgt. Dah org tu pemakan sos. Ko lyn jelah. Yg ko nak emo2 sgt tu jadah pe? Mcm hampeh pangai.

Err....aku tak suke sos. Cuit2 sket, bolehlah. Org yg suke mkn sos tu, aku cadang...korang bwk jelah sos korang ke hulu ke hilir ye?

Lalalalalala....

SM Says:
April 19, 2012 at 10:03 AM

LW : ni yang buat aku nak try masakan dia. hah!

MF : penyakit sawan lupa tak surut lagi kot. eh, aku kalau makan bihun atau megi mesti nak lawan sama sos jugak. baru cara!

Aku Says:
April 19, 2012 at 10:16 AM

Kalau aku yang jadi chef, aku tak akanletak garam gula dalam masakan...

aku letakkan garam gula di atas meja, biar dia org adjust ikut kudup rasa lidah dia org... itu kalau aku la... hahaha

SM Says:
April 19, 2012 at 10:54 AM

AKU : nah, satu hal pulak nanti nak susun segala bagai rempah kat atas meja. nak caj macamana pulak tu. haha!

NenetPenne (NP) Says:
April 19, 2012 at 4:57 PM

kalau semua nak ikut rasa tekak, makan kat rumah laaa...

walau sebagus mana chef sekalipun, mesti ada satu masakan yang dia fail.. chef wan penah kata, dia fail masak maggi..

SM Says:
April 19, 2012 at 5:13 PM

NP : kadang-kadang makan kat rumah pun ada yang tak kena jugak. hahaa! boleh terlebih bubuh garam la, kurang kaw la, kurang cair la... macam-macam hal nak puaskan tekak kita ni.

Clara Croft Says:
April 19, 2012 at 9:12 PM

consumer adalah raja, mestinya si Chef menyimak apa kata orang yang makan masakannya ya? Kalo sombong begitu, pelanggan bisa lari :)

SM Says:
April 20, 2012 at 12:08 PM

Clara : chef itu agak angkuh, enggan terima teguran... tapi itu buatkan aku teringin ke sana. hah!

Irfa Says:
April 20, 2012 at 3:00 PM

mcm citer senario la aku rasa
mintak sos dalam restoren itali pastu chef tu kuar marah dia sbb suka suki nak oter masakan dia :)

SM Says:
April 20, 2012 at 3:33 PM

Irfa : macam la siput escargo dia tu sedap sangat.

reen afny Says:
April 29, 2012 at 12:43 AM

chef memang la bro... ingat bagus sangat dah apa yang dorang masak tu. memang takkan nak terima kritikan orang kot...