Teman Teduhan

| Thursday, April 19, 2012 | |


Berlindung di bawah susunan blok-blok konkrit daripada dimamah juraian hujan tropika pada waktu pagi adalah sesuatu yang mengasyikkan. Sesekali mata tersemat padu ke arah kenderaan besar yang menggila dan melewati sambil tertanya-tanya "kenapa tergesa-gesa, terlambat untuk temujanji bersama malaikat maut ke?"


Namun apa yang lebih mengujakan adalah kehadiran sesesorang sebagai peneman sembang. Seseorang yang tidak perlu dikenali, tak perlu dibayar upah ratusan ringgit semata-mata sebagai penghibur sampingan. Hanya bermodalkan sebatang rokok buat mengikat perbualan hingga kegilaan curahan hujan kembali reda.

Namun begitu, luahan perbualan pasti akan lebih manis jika diselang-selikan dengan hirupan kopi tarik! Dan, brader Modenas Kriss hitam ini adalah seorang yang sempoi. Selamat menempuh hari-hari yang mendatang brader!


Sekian entri kandas di tengah hujan.

6 comments:

Rai Ourkizuna Says:
April 19, 2012 at 11:02 AM

suami saya pun macam tu..orang tak kenal pun boleh rancak dengan hanya sebatang rokok..kalau rokok dunhill takpe la cepat sikit..

kalau rokok suria naik angin jugak dibuatnya..lagi2 kalau menunggu..

SM Says:
April 19, 2012 at 11:05 AM

Rai : aku tak kisah dengan siapa. cina, india atau siapa sahaja. asalkan dia ramah dan tak sombong. kena pau dua tiga batang rokok pun takde hal. nilai keramahan yang dia sumbangkan lebih daripada itu.

Lady Windsor Says:
April 19, 2012 at 6:19 PM

Aku pernah mengalami situasi ini suatu ketika dulu..kadang2 sampai satu jam kalau x mahu rempuh hujan. Dan org yg dikenali dalam masa singkat dan sekejap ini kadangkala ikhlasnya lebih menyerlah berbanding org yg kita sudah lama kenal...

SM Says:
April 20, 2012 at 12:10 PM

sedangkan orang yang kita kenali berpuluh tahun pun kita boleh persoalkan keikhlasannya... ya, terima kasih kerana menemani aku di bawah `fly over' ketika hujan berbekalkan hanya sebatang rokok. mungkin dia adalah `kiriman' tuhan dalam bentuk manusia untuk membantu aku menghilangkan kebosanan.

Irfa Says:
April 20, 2012 at 3:02 PM

aku pun..w,pun aku tak bawak motor tp kalau gi mana2 bank @ klinik masa menunggu aku akan dapat kawan ;)

SM Says:
April 20, 2012 at 3:33 PM

Irfa : kawan sementara, mana tau akan datang terserempak lagi kat mana-mana.