Baju Melayu

| Friday, April 20, 2012 | |

Pagi ni, si Hasnol seperti juga hari-hari Jumaat sebelumnya akan mengenakan baju melayu. Dan seperti selalu jugak, dia akan mengenakan set pakaian yang tidak lengkap ala almarhum sultan Johor yang sebelum ini iaitu hanya baju sahaja. Sepasang baju yang dipadankan dengan butang baju bermata jingga tetapi digayakan bersama seluar slack tanpa songkok.


Terdapat satu suara teguran kurang ikhlas yang melalui telinga aku... "Eh, kalau nak pakai baju melayu tu elok-elok la sikit. Pakai la lengkap." Teguran itu dibalas pula olehnya dengan jawapan yang separa sinis, "Kenapa, pakai macam ni kira menghina ke? Jangan buat report polis pulak. Aku belum sampai tahap menghina sultan lagi ni." Hahahaaa...!


Serious shit, lu memang hensem pakai macam tu.


Sekian entri sinis busana Jumaat...

23 comments:

Lady Windsor Says:
April 20, 2012 at 12:28 PM

Aku suka tengok kalau pakai baju dan juga pelikat...klasik siot!

eh betul tak aku guna perkataan siot ini? ke cara?

SM Says:
April 20, 2012 at 12:31 PM

betul, sesuai dan padan. bermakna ajaran songsang aku selama ni dah berjaya kau hadam...

dah beberapa tahun, aku beli baju melayu (untuk raya) yang tak lengkap. aku lebih selesa pakai dengan jeans atau slack bersama kopiah.

Lady Windsor Says:
April 20, 2012 at 12:40 PM

dengan slack pun ok...arwah abah aku tak pernah pakai sepasang, lazimnya dia akan pakai dengan pelikat je. Slack pun tak pernah sebab dia x de slack, hanya ada levis 501. kenapa levis 501? sebab dia hanya pakai yang ori dan dia bekerja di singapore, Lv501 ori murah di sana...jadi boleh kau bayangkan baju melayu dengan levis 501...cara tak? hahaha...

SM Says:
April 20, 2012 at 12:45 PM

pergh, cara ar...! dipadankan dengan jeans. sama macam aku di pagi raya. tapi aku jeans beli kat giant rm45 sepasang. hahahaa!! mungkin kalau kami sidup sezaman, kicau burung akan terasa lebih rancak dan bertingkah lagi... hmm....

Pok Amai-Amai Says:
April 20, 2012 at 12:49 PM

Ape kena mengena baju melay udgn sultan beb? Sebab baju MELAYU ke?

SM Says:
April 20, 2012 at 12:51 PM

MF : entah, ada kaitan dengan isu semasa kot...

Ujie Says:
April 20, 2012 at 1:08 PM

skrg ni jarang la org pakai sepasang kalau bkn ada majlis atau hari raya.

Aku Says:
April 20, 2012 at 2:40 PM

Aku tak berapa suka pakai baju melayu... panas. aku lebih suka baju pagoda... err... itu pun kira menghina bangsa ke?

Lady Windsor Says:
April 20, 2012 at 2:52 PM

Aku,
Lu pakai pagoda? Warghh happening ooo!

Irfa Says:
April 20, 2012 at 3:01 PM

butang baju aku mana Pah?
hahahha

SM Says:
April 20, 2012 at 3:32 PM

ujie : macamana agaknya gaya pemakaian baju melayu ni 50 tahun akan datang...

Aku : ...yang tu kau kena tanya brader-brader Perkasa. haha!

LW : pening aku...

Irfa : ha, encik jamil nak ke mana pulak pakai complete ni.

ralphrazaq Says:
April 20, 2012 at 4:02 PM

aku marah bapak aku sebab tak pakai baju melayu di pagi raya

SM Says:
April 20, 2012 at 4:08 PM

ralph : alamak, nasib baik kau bukan anak aku. adui!!!

ralphrazaq Says:
April 20, 2012 at 4:11 PM

dan aku pun tak suka lelaki pakai baju melayu macam tu...tak melayu langsung

SM Says:
April 20, 2012 at 4:12 PM

takpe la beb, sebab aku separa melayu. jawa mix german.

Clara Croft Says:
April 20, 2012 at 8:31 PM

wah, coba ada fotonya, ingin lihat seberapa hansem :)

Aku Says:
April 20, 2012 at 9:43 PM

Perkasa???

... dan di rumah aku tak ada keris melayu... errr itu pun dikira penghinaan juga? hahaha...

Baju pagoda sungguh selesa dan serap peluh...

Lady Windsor Says:
April 21, 2012 at 2:42 AM

SM,
baju pagoda tu tokei cina kat taiping suka pakai ooo sambil main judi hujan..tau tak judi hujan macam mana? hahaha..

SM Says:
April 21, 2012 at 10:54 AM

Clara : haha! itu suatu yang eksklusif, perlu izin dari empunya diri.

Aku : tak menghina, tapi kau boleh kena pukul kalau diorang tau. hahaaa...!

LW : kalau main hujan aku tau la...

reen afny Says:
April 29, 2012 at 12:10 AM

aku suka tengok lelaki pakai baju melayu lengkap. pasti cair. ehehe

SM Says:
April 29, 2012 at 5:52 PM

ra : sebab tu aku taknak pakai lengkap, karang...

reen afny Says:
May 2, 2012 at 12:51 AM

hahahah apodio?? ingat aku nak goda ke. kahkah

SM Says:
May 2, 2012 at 10:21 PM

ra : kau jangan nyesal nanti...