HB?

| Monday, April 30, 2012 | 18 comments |
Sekembalinya aku dari sesi berjalan-jalan sebentar di ruangan fuckbook, aku teruskan duduk bersandar di hadapan monitor yang terpapar garisan-garisan vektor dan beberapa simbol yang selama ini telah menjadi mainan mata pencarian aku. Sekonyong-konyong, aku teringat akan singkatan yang mengambil masa beberapa saat untuk aku fahami iaitu `hb'.


Lancau apa pulak menatang `hb' ni? Bila aku semak semula butiran bekas rakan serumah aku dan sehabis skroll ruang di dindingnya, barulah aku perasan yang dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya beberapa hari lalu. Wah, aku tengok fuckbookers sekarang dah semakin maju (malas) dalam kerja-kerja menaip. Nak ucap selamat harijadi pun pakai kata singkatan je.


Singkatan yang mengandungi hanya dua huruf. Aku menaruh rasa simpati yang menggunung kepada mamat tu sebab dia menerima ucapan yang terlebih ikhlas macam tu. Mujur la aku bukannya seorang yang sering memberikan ucapan selamat hari lahir kepada orang lain, walau pun kepada Adele aku sendiri. Sendiri-sendiri faham sudah...


Tapi, di kesempatan ini aku ingin melayangkan satu ucapan Selamat Hari Lahir ke udara kepada seorang sahabat aku. Aku kira, kali ini aku perlu melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan aku. Mana la tau, aku tak berpeluang melakukannya untuk tahun-tahun mendatang. Sekurang-kurangnya, dia bakal mengingati aku sebagai salah seorang yang pernah memberikan ucapan selamat kepada dia untuk kali terakhir. Hahahaa...!


Beb, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-(kita sendiri tahu). Semoga kita semua kekal hidup untuk 999 tahun lagi...


Sekian entri khas untuk sahabat.

Bersih 4.1

| Sunday, April 29, 2012 | 6 comments |
(gambar curi dari Google)


Rasanya jiwa aku dah bersih sekarang sejak aku rendamkan kaki dalam air sungai separa sejuk separas lutut, sambil mencari-cari anak tengas buat diisi ke dalam akuarium sebelah tv.


Untuk terus memastikan diri aku bersih luar dan dalam, aku sedang berusaha mengelakkan diri daripada menonton tv buat seberapa lama yang boleh terutamanya Buletin Utama tv3, walau pun hanya sekali lalu.


Najis tu... Tak pasal-pasal aku kena samak kat mata karang!


Sekian entri penuh kebersihan.


-nota kaki bercagu : jangan tanya aku apa-apa yang berkaitan dengan perkataan POLIS, DEMONSTRAN dan KEGANASAN.

Gocoh

| Friday, April 27, 2012 | 8 comments |

Kisah Pertama...


Tingkatan tiga, selepas habis sesi persekolahan. Hanya kami bertiga iaitu aku, Pedi (nama sebenar) dan Sani (nama sebenar) yang melalui short cut untuk ke bus stand untuk mengambil bas masing-masing. Ini adalah laluan kegemaran kami dan juga beberapa kumpulan yang lain kerana lebih dekat dan tidak terdedah dengan panas terik matahari. Sepanjang perjalanan bermula dari celahan lubang pagar di sisi kanan kawasan sekolah hingga ke bus stand, kami akan melalui ladang kelapa sawit (kini telah tiada kerana sudah didirikan pasaraya Giant) dan sebuah tokong cina selain melayan salakan anjing-anjing belaan di tokong itu. Beberapa minit kami berjalan, di sudut selekoh jalan tanah merah sana kelihatan beberapa pelajar ( seingat aku ada empat orang) dari sekolah yang sama dengan kami sedang duduk-duduk di atas pelepah kelapa sawit dan ada antara mereka yang mencangkung sambil asap berkepul-kepul keluar dari rongga hidung. Kami bertiga meneruskan perjalanan. Sebatang rokok yang aku pau dari Apis (nama sebenar) ketika di sekolah tadi sudah tinggal separuh aku hadam. Dari jauh, aku sudah dapat mengagak akan perkara yang bakal berlaku. Sani kelihatan tenang seolah mempunyai kuasa ajaib untuk mengetahui kejadian pada masa hadapan. Di tangannya juga terselit rokok, juga tinggal separuh. Antara kami bertiga, Sani adalah perokok tegar, manakala aku hanya `perokok tumpang' dan cuma Pedi seorang sahaja yang tidak merokok. Aku kira sehingga sekarang dia masih lagi bebas dari tabiat itu.


Beberapa depa sebelum kami bertiga mendekati tempat mereka berkumpul, semua bereka bingkas bangun dan masing-masing mula bergerak ke arah kami. Pedi dan Sani memperlahankan langkah. Bagitu juga aku yang berjalan di belakang sekali. Kemudian, kami bertiga berhenti...


Sani memandang kepada salah seorang pelajar tebabit, lantas diam. Masing-masing diam. Laluan bertanah merah itu sudah dihalang oleh kumpulan tersebut. Sani selaku pendahulu bergerak merapati mereka seperti mengelak badan mereka yang menghalang. Tapi aku tau, dia bukan berniat untuk melepasi mereka semua. Itu cuma sebagai langkah untuk memulakan `salam perkenalan'. Belum pun bahu Sani dan salah seorang mereka bersentuh, tubuh Sani telah ditolak kebelakang. Langkah Sani terhenti dan badannya sedikit terdorong ke belakang. Pedi yang mengekori di belakang berganjak sedikit untuk mengelak daripada dilanggar.


Pertengkaran kecil berlaku. Aku tak faham duduk perkara sebenar yang menjdai punca pertengkaran antara Sani dan salah seorang mereka. Pedi yang badannya besar sedikit daripada aku mencekak pinggang di sebelah aku. Dan aku kini sedang bersedia menghadapi kemungkinan. Tolakan pelajar itu dibalas juga dengan tolakan oleh Sani. Masing-masing saling bertolak-tolakan. Pedi sudah bergerak ke hadapan. Aku sudah bersedia.


Tiba-tiba satu tumbukan melayang ke arah muka Sani, tetapi mujur dia sempat mengelak. Pergelutan pun tercetus. Masing-masing berbalas beberapa serangan tetapi semua tersasar. Pedi menanggalkan beg lalu meletakkannya ke tanah dan meluru ke arah Sani untuk membantu. Namun, belum sempat dia melakukan apa-apa, mukanya telah ditolak oleh seorang lagi pelajar. "Kau jangan campur!" Pelajar itu memberi amaran sambil cuba menyerang Pedi pula.


Serangan itu dibalas dengan satu pukulan yang terkena sedikit di lengan. Selepas itu, kedua-dua mereka iaitu Pedi dan seorang lagi pelajar itu hanya tercegat. Hanya memandang antara satu sama lain. Kini tinggal aku sendiri yang masih belum bertindak. Bergelutan antara Sani dengan lawannya semakin rancak hingga ke adegan menarik baju. Aku lihat, butang uniforn baju Sani sudah tercabut. Bajunya menggelebeh. Mukanya sudah merah, begitu juga dengan lawannya.


Zapp...! Sani melepaskan satu-satunya tendangan ala taekwando yang belum pernah dilepaskan sejak pergaduhan pada petang itu tercetus. Begitu hampir mengenai muka lawannya, mujur dia sempat mengelak. Jika tidak, aku pasti mulutnya akan berdarah. Pergelutan antara Pedi dengan lawannya telah tamat. Aku masih lagi memerhatikan pergaduhan itu. Dan tetap bersedia jika keadaan memerlukan...




Kisah Kedua...


Ketika lampu dorm dimatikan, aku melihat jarum pendek jam kecil yang aku sangkut di jeriji tingkap telah melepasi angka dua belas. Aku yang sedang mendengar walkman di tingkat bawah katil double decker sambil terbaring dari tadi hanya terkebil-kebil memandang suluhan cahaya dari tapak pembinaan sebuah pusat membeli-belah di permukaan papan yang mengalas tilam tempat Mail (nama sebenar) tidur di tingkat atas. Sempat menghabiskan dua buah lagu dari kaset kumpulan XPDC di walkman berjenama Sony, aku nampak kelibat tubuh kecil Bagong (nama selaran di asrama) iaitu ahli dorm kami memasuki dorm yang dihuni dua belas orang dalam kesamaran malam. Bersama-samanya, ada satu lagi lembaga mengikuti di belakang. Aku tak pasti siapa pemilik tubuh itu.


Sebaik pintu ditutup rapat, cahaya makin suram. Fikri (nama sebenar) yang pada mulanya berbaring di katil sebelah aku bingkas bangun dan berjalan dengan hanya berseluar pendek menuju ke ruang tengah dorm. Terdapat juga pergerakan-pergerakan baru dari ahli-ahli dorm yang lain iaitu Herman (nama sebenar) yang turun dari katil tingkat atas selang satu katil dari katil aku. Begitu juga dengan Pitun (nama gelaran di asrama).


Kini mereka semua telah berkumpul di ruang tengah dorm dengan ahli luar yang tak dapat aku amati siapa itu berada di tengah-tengah. Dalam hati aku berkata, mungkin sebentar lagi peperangan akan meletus. Peperangan yang aku maksudkan adalah ritual menghisap `dapur' yang sudah biasa dijalankan di dalam dorm aku sebagai lokasi pemujaan rasmi. Dalam keheningan dan kesuraman malam dan hanya dipecahkan dengan bunyi jentera dari tapak pembinaan berhampiran, aku dapat mendengar Bagong, Fikri, Herman dan Pitun bercakap sesama sendiri. Tapi aku tidak begitu mengambil peduli kerana suara Mael XPDC dari corong earphone aku lebih menarik lagi.


Tiba-tiba, aku melihat Herman memanjat tingkat atas katil dan melompat ke bawah. Apa yang sedikit mengejutkan aku, sasarannya adalah individu luar tersebut! Bedebuk! Dengan lubang telinga yang disumbat earphone, aku masih dapat mendengar lengan (atau mungkin sikunya) menghentak belakang badan penghuni dari dorm luar itu. Dia jatuh tersungkur ke lantai. Hentakan keras Herman itu diikuti pula dengan tindakan Bagong merebahkan badannya menindih penghuni luar itu. Selepas serangan kali kedua itu, kesemua mereka membiarkan penghuni luar itu bangun perlahan-lahan. Dia cuba berdiri tegak. Namun belum sempat membetulkan posisi berdirinya, punggungnya telah ditendang dari belakang oleh Pitun lalu membuatkan tubuhnya terdorong ke hadapan. Hampir-hampir kepalanya terhantuk pada tiang katil.


Seperti melepaskan perasaan tidak puas hati, Fikri menarik tangan penghuni itu kembali ke tengah buat santapan beramai-ramai. Dan bermulalah serangan-serangan yang lebih agresif. Aku hanya memerhatikan dari atas katil sambil mengalas kepala dengan lengan. Pada ketika itu, aku tidak rasa aku perlu melakukan apa-apa seperti membantu salah satu pihak kerana itu bukanlah masalah buat aku. Lagi pun aku tidak dijemput menyertai adegan pergaduhan itu.


Tap! Tiba-tiba lampu bilik dinyalakan. Cikgu (aku lupa nama cikgu baru bertubuh kecil ni) yang tingal di tingkat bawah sudah sedia tercegat di penjuru bilik bersebelahan dengan suis lampu. Aku langsung tidak sedar pada waktu bila cikgu memasuki dorm kami. Semua penghuni yang ada di ruang tengah dorm kaku dan membatukan diri. "Keluar semua!" Dia memberikan arahan dengan suara yang kuat. Langsung tak padan dengan tubuh comelnya.


Celaka, wayang dah habis. Tak dapat tengok siapa menang. Aku menyumpah dalam hati. Dalam perkiraan aku, tak lama lagi pasti dorm aku akan kekurangan ahli untuk beberapa minggu akibat hukuman penggantungan sementara di sekolah teknik ini. Dan lagi,  pada pagi nanti pasti Amir (penghuni luar tersebut) akan dihantar ke klinik atau lebih malang lagi ke wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah...




Kisah Ketiga...


Kejadiannya berlaku tengahari tadi, lebih kurang sejam sebelum waktu keluar untuk solat Jumaat. Aku harap pinggang kau yang terhentak pada bucu mesin fotostat akan menyebabkan kau bersara awal sebab aku pasti tolakan aku pada bahu kau mempunyai momentum yang mampu menumbangkan seekor lembu baka New Zealand. Dan lagi, tadi kau pasti tidak akan cuba membangkitkan kemarahan aku kalau la kau tahu sekarang aku sedang menyimpan amarah yang selama ini terbendung dengan kemas di dada. Apa pun yang aku lakukan, aku katakan semuanya aku keluarkan dalam cara yang terbaik. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk tidak menyinggung mana-mana pihak, semuanya sekadar pendapat dan pandangan yang disuarakan dalam nada yang seneutral mungkin.


Aku tahu kedudukan kau sebagai seorang yang berjawatan kanan dan antara yang paling senior. Tambahan pula kau mempunyai ramai kenalan hingga mencecah ratusan orang hanya dalam satu bangunan ini sahaja, apa sahaja yang kau katakan pasti ramai yang akan mengiyakan tak kira dalam isu apa pun. Tapi...


Tapi tolong hormati aku sekurang-kurangnya sebagai seorang manusia, bukan sebagai anjing kurap jalanan yang tempang kakinya. Di sini, sekali lagi aku ingin tegaskan seperti apa yang aku tengkingkan tadi bahawa; jangan sesekali kau mempersendakan atau merendah-rendahkan maruah aku. Tolong hormati aku. Menghina aku secara peribadi sekarang tak ubah seperti percikan api di atas limpahan petrol, pasti akan mencetuskan letupan amarah. Kolar baju kau yang aku cengkam tadi hanya sebagai amaran supaya kau akan ingat hari di mana ada seorang berani bersuara menentang kau dengan menggunakan tangan!


Tolong, tolong jangan lakukan penghinaan pada aku. Aku tak kisah kalau kau langsung tak setuju dengan sebahagian besar atau semua pendapat aku. Silakan tegur dengan cara yang baik dan bangkang dengan bijaksana. Tetapi sekarang, aku tak dapat terima kalau kau mempertikaikan pendapat aku dan dalam masa yang sama cuba mengaitkan peribadi aku. Tolong, tolong la hanya pertikaikan pendapat aku. Bukan aku!


Fuck you! Mujur, amarah aku masih lagi dapat dikawal. Cuma kolar baju kau yang menjadi sasaran!


SEKIAN!




-Entri ini ditaip ketika aku sudah berambus dari ofis. Dan minggu hadapan aku akan manunggu surat tunjuk sebab. Fuck, all of you!

Vika sayang, alunkan malamku dengan irama jiwa dari ketukan jari-jarimu...

| Wednesday, April 25, 2012 | 7 comments |
Waktu tengah malam sudah mula menganjakkan diri ke dinihari, aku mengambil telefon selular aku yang terletak bersebelahan dengan tv lalu menekan-nekan muka `skrin sentuh' hingga menu `new message' terpapar. Sehabis menaip teks begini, " salam, adakah kau di sana sudah tidur? maafkan aku kerana aku mungkin telah mengganggu lenamu. tika ini, aku ada satu permintaan yang aku harap agar dapat engkau tunaikan dengan seikhlasnya", ibu jari aku men`skrol' beberapa kali ke bawah di `phonebook' untuk mencari namanya. Sebaik terjumpa, aku pilih namanya dan menekan pada ikon `send' di sudut bawah kiri skrin.


Belum habis aku membaca sinopsis sebuah filem Hollywood di saluran HBO, telefonku bergetar dan skrinnya bercahaya menandakan adanya sms yang masuk. Ibu jari aku menekan perkataan `1 new message received' di bahagian bawah skrin. Sebaik ditekan, skrin telefonku memaparkan satu balasan daripada penerima tadi yang tertulis begini, "salam juga, tak mungkin kau diwujudkan oleh tuhan untuk mengganggu hidup aku. dan tak mungkin juga aku dapat melenakan diri tanpa mengilaskan ingatan pada kau walau sedetik. ya, apa bantuan yang seperti amat kau perlukan itu sahabatku?". Sms yang dijawab juga dengan soalan.

Pada ikon `reply' di sebelah bawah kiri, aku tekan sebelum terpapar ruang kosong untuk aku isikan dengan teks baru yang tertulis begini, "Vika, jika waktu ini kau masih lagi mengetuk jejari ajaibmu itu di mata piano, tolong mainkan aku satu lagu agar jiwaku yang tiada deru anginnya ini dapat dialunkan dengan gemersiknya sayup irama kau itu". Lantas, sekali lagi ibu jari aku menekan ikon `send' supaya permintaan aku ini dapat dibaca oleh menerima di hujung awangan sana.

Kemudian, aku merebahkan kepala di kusyen empuk sambil memejamkan mata. Fikiran aku mulai dibawa terbang merentas kepekatan atmosfera sebaik bunyi ketukan piano mula bergema di ruang gegendang telinga. Dari situ, iramanya menjalar ke seluruh urat saraf aku sebelum bersarang di dalam hati. Aku biarkan lagu itu menjadikan sebegitu banyak lopong di dalam hati aku sebagai permukiman sementara. Hmm, sungguh indah...


Aargh... Lagu yang indah ini tidak sepatutnya mempunyai penamat. Mahu saja aku memaki masa kerana telah membunuh ketenangan yang mula memberikan jiwa aku nada damai. Lalu aku ambil lagi telefonku yang terletak di sebelah. Sepertimana tadi, sekali lagi aku hantarkan sms kepadanya yang tertulis begini, "Teruskan Vika sayang, jangan berhenti. Teruskan hidupkan jiwa aku dengan bisikan dari string piano kau itu. Aku tak mahu berhenti mendengarkan lagu-lagu kau selagi aku masih hidup. Terima kasih".




Begitulah malam aku ini berlalu dengan kekosongan yang terisi. Mujur ada sahabat imaginasi yang setia menemani...

Sekian entri berimaginasi...

Fucked Life

| Tuesday, April 24, 2012 | 3 comments |
Yes, I am... Out!

Empty

| | 7 comments |
At this very calm and silent wind
Perhaps to found a new soul to make mine so alive
Please God
Give me some strength
So I'm not stray alone in the dark
Please God
Give me some most precious moment of life
So I can fill my emptiness without burdened myself
Please God
Make my heart as tough as colded stone
And I'll never beg for anything else
Please, do listen my pray...

Jantung

| Monday, April 23, 2012 | 10 comments |


Dawson terus mengacukan pena berdakwat hitam milik peguamnya ke leher pengawal itu. Penghujung mata pena itu sedikit menekan ke atas kulit pengawal berbadan sederhana tinggi dan sedikit sasa itu hingga meninggalkan sedikit bekas kemerahan. Walau pun dia memiliki sedikit kelebihan fizikal berbanding Dawson, dia enggan melakukan apa-apa kerana tidak mahu menjadikan keadaan bertambah kecoh. Dia diam membatukan diri dan hanya mengikut sahaja Dawson mengheret dirinya menjauhi muka pintu.


"Jangan buat apa-apa kalau mahu dia selamat!" Jerit Dawson ke arah beberapa pengawal berpakaian seragam yang berada beberapa meter dari pintu. "Jauhi pintu itu, kalian tentu tak mahu melihat dia mati!" Arah Dawson lagi. Pengawal-pengawal itu terpaksa akur dan menapak beberapa langkah ke belakang. Namun begitu, tangan mereka telah tersedia menggenggam erat belantan, sedia untuk menyerang jika keadaan memerlukan.


"Dawson, kau jangan buat begini. Lepaskan dia. Dia tak ada kena-mengena langsung. Tolong fikirkan akibatnya nanti.'" Rayu Mitch dalam nada tegas. Mitch adalah peguam yang mewakili Dawson dalam sebutan mahkamah yang telah masuk hari ketiga ini. Tetapi ini adalah rayuannya yang kedua dalam tempoh setahun. "Lepaskan dia, jangan mengeruhkan lagi keadaan. Fikirkanlah akibatnya." Mitch terus merayu. Sesekali matanya melihat pengawal keselamatan itu mengerutkan dahi menahan rasa pedih yang mula mencengkam lehernya.


"Tidak, kau pun tahu bagaimana kesudahannya. Jangan paksa aku bertindak lebih jauh lagi! Pergi!' jerkah Dawson lagi. Wajahnya semakin membengis. Urat-urat mulai timbul di dahinya.


"Jangan melakukan kesilapan buat kali kedua. Masih ada jalan penyelesaian. Aku pasti, kita masih mampu meyakinkan pihak juri." Pujuk Mitch lagi. Bagi Mitch, seorang peguam muda yang baru menyertai sebuah firma guaman terkenal selama hampir setahun, ini adalah situasi di luar kawalan yang pertama kali baginya. Sebelum ini, kejadian di mana anak guamnya melawan ketika di dalam tahanan adalah perkara biasa, namun tidak sekali pun yang berlarutan hingga ke babak tebusan. Dia mula menggelabah. Titisan peluh halus mulai memercik di dahi. Baju kemeja berlengan panjang buatan Itali yang membaluti tubuhnya tidak mampu menyerap haba yang membahang di bilik pertemuan itu. Fikirannya kacau.


"Aku tak bodoh Mitch. Kau pun tahu bagaimana kesudahan buat aku nanti. Apa pun keputusan juri, aku tetap akan mati. Mati, kau tau?" Cengkaman tangan kasar Dawson semakin kejap melilit leher pengawal itu. Manakala genggaman tangan kirinya terus mencucuk mata pena ke lehar pengawal itu. "Kau sebagai peguam sepatutnya sudah masak dengan undang-undang mereka. Mereka lebih suka mengangkat artikel-artikel ciptaan mereka, dan terus mengetepikan kepentingan nyawa orang lain. Kau sudah lama tahu perkara itu." Mata Dawson menjegil ke aral Mitch yang berdiri bertentangan dengannya di dinding. Meja di antara mereka berdua yang sebentar tadi elok berdiri kini telah terbalik. Kertas-kertas dokumen dan fail-fail milik Mitch jatuh bertaburan di lantai. Bilik kecil berbentuk empat segi tepat seluas 160 kaki persegi di tingkat tiga bangunan mahkamah yang menempatkan mereka sudah seperti baru menerima serangan tentera pemberontak. Segalanya kucar-kacir.


"Dawson, Nicole sendiri sudah bersetuju menerima jantung kau sebagai penyambung hayatnya nanti setelah kau menjalani hukuman mati kelak. Tapi bukan begini caranya. Dia sangat perlukan kau. Jangan sia-siakan kepercayaannya terhadap kau selama ini. Fikirkanlah." Mitch terus-terusan memujuk Dawson agar bertenang dan melepaskan tebusannya. Kemejanya sudah mulai lencun. Peluh di wajahnya kini bagaikan simbahan air hujan, menuruni hingga ke dagu runcingnya dan leher.


"Aku bukan pekak Mitch. Aku faham apa yang hakim Robson nyatakan tadi. Undang-undang negeri ini tetap tidak akan mengubah jenis hukuman yang bakal menamatkan riwayat aku. Sama ada menerima suntikan maut atau pun aku bakal kaku di atas kerusi elektrik. Dan lagi kita semua bukan bodoh, semua hukuman itu bakal merosakkan jantung aku. Tak mungkin, tak mungkin. Aku takkan biar itu berlaku." Dawson menjelaskan duduk perkara yang juga diketahui Mitch.


"Mitch, aku sudah tiada pilihan lain lagi. Tapi aku tetap akan mati. Cuma aku sahaja yang berhak menentukan bagaimana caranya aku akan mati. Bukan mereka, bukan kau, dan bukan juga undang-undang negeri mana pun." Ucap Dawson. Dia mula bergerak ke arah muka pintu sambil menghampiri tubuh Mitch yang masih terpegun di dinding. Melihatkan reaksi Dawson yang mula mengendurkan amarahnya, Mitch melepaskan dirinya dari bersandar di dinding dan berdiri tegak mengadap Mitch. Namun matanya terus memerhatikan lengan Dawson yang mencengkam leher tebusannya. "Jadi, apa tindakan kau selepas ini? Dawson, kau patut menyerah saja." Mitch masih lagi memujuk.


"Mitch, kau faham maksud aku kan. Aku mahu menentukan bagaimana cara aku mati." Tegas Dawson sekali lagi.


Mitch mengerutkan dahinya cuba memahami maksud kata-kata anak guamnya. Beberapa saat kemudiannya, dia menunjukkan riak wajah sayu. Seakannya dia enggan menerima keputusan Dawson petang itu. Baginya, masih terdapat banyak lagi jalan untuk melepaskan diri dari masalah ini. Tapi yang pasti, dia mahu lakukannya mengikut prosedur undang-undang yang sah. Sebagai peguam, dia sepatutnya memelihara ketulusan undang-undang ciptaan manusia biarpun keputusan undang-undang itu tidak memihak kepada mereka yang tertindas. Dalam kes ini Nicole, seorang penerima organ sah yang bakal mewarisi jantung Dawson apabila banduan itu dihukum mati atas kesalahan rompakan bersenjata dan membunuh tanpa niat beberapa tahun lalu.


Keadaan senyap, berterusan hingga beberapa minit lamanya. Ketiga-tiga lelaki yang berada di bilik itu kaku seperti dibekukan masa. "Tidak Dawson, aku tak setuju. Pasukan SWAT telah dipanggil, dan mereka sedia menembak kau sebaik saja kau melangkah keluar dari bilik ini. Aku bimbang kejadian yang lebih buruk akan berlaku." Tegas Mitch lagi, tapi kini dalam nada yang seakan memujuk.


"SWAT? Bagus, mereka pasti dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan menamatkan riwayat aku dengan cara yang sepatutnya. Moga tembakan mereka tak tersasar dari kepala aku. Mitch, ini adalah keputusan aku. Kematian bagi aku adalah suatu yang amat pasti. Kalau bukan hari ini, mungkin lusa atau hari seterusnya. Kau dan aku harus terima ini sebagai hukuman penamat atas kesalahan yang telah aku lakukan sebelum ini. Tetapi, kita juga mesti berikan Nicole peluang untuk meneruskan hidup. Dia masih muda, perjalanan hidupnya masih panjang. Dia juga mesti menikmati hidupnya dengan sebaik mungkin. Jadi, telah menjadi tugas kau dan aku untuk membantunya." Begitu lancar dan lembut kata-kata yang luruh dari mulut Dawson. "Aku sudah sedia, Mitch..."


Serentak dengan itu, Dawson menendang pengawal itu keluar dari bilik hingga lelaki itu jatuh tertiarap. Dan dengan langkah yang pantas dan menderap, Dawson melintasi tubuh pengawal itu yang masih terpinga-pinga di lantai, cuba menerkam para pengawal keselamatan yang sudah sedia mununggu di hujung lorong itu. Suaranya keras menjerkah ke arah mereka sambil tangannya terawang-awang di udara dan mengacukan pena bermata tajam bagaikan seorang pahlawan shogun yang sedang dirasuk amarah.


Tiba-tiba, dam...! Satu das tembakan dilepaskan entah dari mana. Tubuh Dawson jatuh terjelepuk ke lantai. Terus kaku tidak bergerak. Darah merah mulai merebak di sekitar tubuh kaku itu. Mengalir hangat dari liang tembakan di tubuh Dawson. Beberapa tompokan kecil dan percikan darah Dawson kelihatan melekat di dinding.


Mitch yang dari tadi hanya mampu terpegun memerhatikan tindakan pantas Dawson segera berlari mendapatkan jasad anak guamnya. Ditatangnya jasad Dawson yang kini tidak bergerak langssung. Sebaik dia membalikkan jasad itu dan dipangku di atas riba, darah semakin membuak-buak keluar dari dada Dawson. Dawson kini tidak lagi bernyawa.


Tangan kanan Mitch menekan dada kiri Dawson yang berliang sebesar ibu jari sambil menundukkan wajahnya mendekati wajah Dawson dan menitiskan air mata. "Dawson, kau sudah silap percaturan.. Kini jantung kau mungkin tidak berguna lagi." Rintih Mitch perlahan...




-olahan berdasarkan babak akhir dalam salah satu siri The Firm, AXN.

Teruja

| Sunday, April 22, 2012 | 12 comments |
video


Sejak aku mencapai usia akil baligh, aku sendiri dah terlupa telah berapa kali aku melalui pengalaman yang mampu membuatkan aku teruja. Mungkin juga, suatu perkara yang akan aku kenang kerana kemanisan yang teramat sangat. Ada memang ada, tapi terlalu sedikit. Kebanyakannya lebih layak aku tepis jauh-jauh oleh kerana rasanya yang sedikit payau dan ada juga yang terlalu pahit.


Saat-saat ketika menempuh tempoh waktu kanak-kanak adalah zaman yang dipenuhi dengan kegembiraan dan keterujaan, walau pun yang aku lihat itu hanyalah objek besi terbang yang melintasi bumbung rumah aku, sayup jauh di celah-celah awan. Masa itu, sebaik lenturan gegendang telinga kecil aku dapat menangkap asal bunyi yang datang itu adalah dari enjin pesawat komersil yang melintas, aku akan segera berlari keluar rumah dan terus mendongak ke langit tercari-cari objek kecil itu. Dan biasanya dalam tempoh beberapa minit, aku akan terlompat-lompat sambil melambai-lambai tangan ke angkasa sepertinya manusia-manusia yang menumpangi atau mengawal objek itu dapat melihat perlakuan aku di bawah lalu membalasnya.


Tidak cukup dengan ketagihan melihat objek angkasa itu, aku juga sering teruja melihat letusan demi letusan bunga api di udara malam setiap kali tibanya tengah malam Tahun Baru Cina. Disebabkan aku membesar di kawasan perumahan yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama, aku berpeluang menantikan saat pesta bunga api ini setiap tahun. Sanggup berjaga hingga larut malam walau pun tayangan filem lakonan Jackie Chan telah berlalu. Hampir sejam sebelum tibanya detik 12 tengah malam, aku sudah sedia tertonggok di hadapan rumah bersama teman-teman yang lain. Dan sebaik sahaja letusan bunga api yang pertama kelihatan di atas langit malam dan diikuti bunyi dentuman kuat beberapa saat kemudiannya, kami akan terlompat-lompat dan terjerit-jerit tak ubah seperti kera terpijak paku.


Bagi kami, malam itu perlu kami hayati sepenuhnya. Jangan dipersiakan walau pun hanya sesaat. Seolah tahun depan tiada lagi perayaan yang sama.


Malam semalam, ketika aku menjadi penghuni sementara di sebuah lorong legenda di tengah-tengah ibu kota, ruang udara yang malam yang membaluti Dataran Merdeka disirami dengan pancaran demi pancaran bunga api, untuk meraikan pertabalan Agong yang baru dalam satu majlis yang aku tak berapa nak ambil peduli pun.


Hmm, biasa saja. Tiada langsung jentikan rasa teruja dalam hati aku. Bukan kerana permainan bunga api yang nampak murahan, tapi aku sendiri tak tau kenapa. Kalau pun percikan bunga api itu lebih hebat dan memakan belanja hingga puluhan juta ringgit seperti meraikan sambutan tahun baru atau hari merdeka, perasaan aku tetap sama sahaja.


Tidak teruja langsung. Bukan sahaja dengan bunga api bodoh seperti itu, malah juga dengan banyak lagi perkara lain dalam hidup. Entah kenapa...


Tetapi sebelum bermulanya pesta kecil bunga api bodoh ini, aku sedikit terusik mendengar ucapan `terima kasih' daripada pasangan pelancong Eropah kepada aku. Dan riak teruja aku membuatkan aku hampir terlepas untuk mengucapkan `sama-sama'.


Sekian entri mencari keterujaan dalam hidup.

Dunia Eksklusif Kami

| Saturday, April 21, 2012 | 10 comments |
Di atas daratan 1Malaysia ni ada satu tempat yang telah menjadi venue perhimpunan kebanyakan lelaki hebat dan tampan tak kira dia adalah Cina, India atau Melayu; sama ada dia tua mata rabun dekat, gagah perkasa dan ahli pertubuhan yang kononnya membela bangsa, agama dan kedudukan raja-raja; remaja tak sedar diri yang dia sebenarnya belum akil baligh; atau kanak-kanak sekolah yang dalam kepala cuma tau nak main je. Datangnya mereka bukan untuk menonton perlawanan EPL atau wrestling penipu seantero dunia, bukan juga nak menikmati kepingan-kepingan roti canai bersama hirupan teh tarik, dan jauh sekali untuk mencari gaduh sesama sendiri.


Apa yang istimewanya tempat ini adalah, sesiapa pun tak akan berasa marah jika ada orang yang menyentuh kepala mereka, walau pun mereka telah membayar fitrah untuk tahun-tahun sebelumnya. Mereka akan akur kalau disuruh menunduk ke lantai, meneleng ke kiri atau ke kanan. Dan mereka akan setia menunggu giliran semata-mata untuk merelakan kepala mereka `dipermainkan' sepuas-puasnya.


Di sini majoriti pengunjungnya akan setia mendengar lagu-lagu dari corong speaker radio yang datangnya dari satu bahasa yang tak asing lagi, tetapi tak pernah mereka faham.


Tapi, aku selalu berkunjung ke tempat ini. Sebulan sekali, kadang-kala dua minggu sekali. Semuanya dengan hajat yang satu, iaitu...


...membotakkan kepala!


Selamat datang ke dunia eksklusif lelaki. Kedai gunting... Di sini lah tempat kami bersatu dengan tujuan yang sama tanpa mengira perbezaan fahaman politik, agama dan kaum.


Sekian entri tempat isitmewa untuk kami.

Baju Melayu

| Friday, April 20, 2012 | 23 comments |

Pagi ni, si Hasnol seperti juga hari-hari Jumaat sebelumnya akan mengenakan baju melayu. Dan seperti selalu jugak, dia akan mengenakan set pakaian yang tidak lengkap ala almarhum sultan Johor yang sebelum ini iaitu hanya baju sahaja. Sepasang baju yang dipadankan dengan butang baju bermata jingga tetapi digayakan bersama seluar slack tanpa songkok.


Terdapat satu suara teguran kurang ikhlas yang melalui telinga aku... "Eh, kalau nak pakai baju melayu tu elok-elok la sikit. Pakai la lengkap." Teguran itu dibalas pula olehnya dengan jawapan yang separa sinis, "Kenapa, pakai macam ni kira menghina ke? Jangan buat report polis pulak. Aku belum sampai tahap menghina sultan lagi ni." Hahahaaa...!


Serious shit, lu memang hensem pakai macam tu.


Sekian entri sinis busana Jumaat...

Lagu dan Kecewa

| Thursday, April 19, 2012 | 10 comments |

Lebih kurang sepuluh tahun dahulu ketika masih bergelar siswa, lagu ini pernah menemani aku hingga jam tiga atau empat pagi. Selain ditemani teh o nipis gelas besar dan tv kecil 14" yang sengaja di`mute'kan, aku terus dibuai kelekaan dengan keasyikan alunan merdu suara dan petikan gitar yang mendamaikan sambil jari-jari aku menyelak helaian demi helaian nota dan lakaran. Semua itu aku nikmati di sebuah apartment bekas kuarters BSN di AU3 Keramat yang disewa bersama dua lagi teman.


Itu dulu. Sekarang lagu ini telah menjadi bahan yang berjaya menenangkan aku ketika aku sedang melayan rasa kecewa yang teramat sangat. Kecewa.... Layan lah lagu apa pun!


Sekian entri mengenang pedihnya kekecewaan.

Teman Teduhan

| | 6 comments |


Berlindung di bawah susunan blok-blok konkrit daripada dimamah juraian hujan tropika pada waktu pagi adalah sesuatu yang mengasyikkan. Sesekali mata tersemat padu ke arah kenderaan besar yang menggila dan melewati sambil tertanya-tanya "kenapa tergesa-gesa, terlambat untuk temujanji bersama malaikat maut ke?"


Namun apa yang lebih mengujakan adalah kehadiran sesesorang sebagai peneman sembang. Seseorang yang tidak perlu dikenali, tak perlu dibayar upah ratusan ringgit semata-mata sebagai penghibur sampingan. Hanya bermodalkan sebatang rokok buat mengikat perbualan hingga kegilaan curahan hujan kembali reda.

Namun begitu, luahan perbualan pasti akan lebih manis jika diselang-selikan dengan hirupan kopi tarik! Dan, brader Modenas Kriss hitam ini adalah seorang yang sempoi. Selamat menempuh hari-hari yang mendatang brader!


Sekian entri kandas di tengah hujan.

Chef and Sauce

| Wednesday, April 18, 2012 | 14 comments |
(Entri ini telah ditaip minggu lalu, tapi aku lupa nak klik publish. Rupa-rupanya ada dalam draft. Cilakak!)


Pak Sub, salah seorang brader yang memegang gelaran old timer kat ofis aku:
...aku pun tanya la sorang pekerja tu, kat mana sos? Boleh ke dia jawab, "sini takde jual sos, kalau nak sos pergi makan tempat lain".


Hm, aku tak tau pulak menjadi seorang chef tu memerlukan tahap keegoan yang sampai macam tu sekali. Dia menganggap masakan yang dihasilkannya sebagai karya agung yang terbaik dan tak perlu ditokok tambah. Dan dari situ pulak, aku menganggap chef yang sebegini sebagai seorang yang terlalu tinggi tahap egonya.


Jadah apa kalau macam tu. Mungkin dia ingat tunas rasa yang Tuhan bagi pinjam kat dia tu dah cukup sempurna, sesuai dengan citarasa semua umat manusia?


Adakah ego yang setebal ini perlu ada dalam diri seorang chef? Sekurang-kurangnya dia sedia menerima teguran (membina pastinya) daripada orang lain. Entah...
Sekian entri keegoan bertempat...

Batang Besi

| | 19 comments |
(Sinar Harian edisi Selangor & KL, 18 April 2012)


Disebabkan kegagalan penguatkusaan dan sistem perundangan syariah/sivil di negara ini, aku berharap sangat kalau gerakan pembebasan umat yang sebegini akan menular dari utara di Perlis hingga ke timur di penghujung negeri Sabah. Sebaik sahaja semangat ini membara hingga ke dalam hati nurani para pemuda kental seluruh Lembah Klang, insya-Allah aku mungkin orang pertama yang bakal menjulang batang besi ke udara. Sekian entri amaran kepada perlakuan songsang dan kegagalan sistem.

Pergi dan Datang

| | 0 comments |
pergi siang
datang suram
perginya suram buat meninggalkan kelam
kelam yang seringkali menguis-nguiskan ibu jari kaki ke busut  malam
seakan enggan melepaskan papak senja dari celahan urat cengkaman
agar lopong ruang masa dapat diisi ketarnya dingin hembusan nafas subuh


5:18am, 18 April 2011, Petaling Jaya.

WWW1

| | 2 comments |
Dengan ini, diisytiharkan bahawa pemilik kepada nombor pendaftaran WWW1 adalah seorang manusia unggul dan terulung yang pernah hidup di atas daratan bumi 1Malaysia ini. Diyakini bahawa, insan terbilang ini juga adalah seorang yang bijak dan begitu bergaya kerana mampu membuat tapak kasutnya daripada cebisan-cebisan duit kertas. Baginya, apa yang nak dikisahkan dengan pelaburan jutaan wang ringgit berbanding status duniawi yang perlu dijaga kedudukannya hingga ke lubang kubur! Sekian...

Seratus Tahun Dahulu

| Monday, April 16, 2012 | 10 comments |
Ini adalah muka hadapan terbitan akhbar terulung di negara aku. Berapa juta cetakan naskhah dalam sehari aku tak tau, dan aku tak peduli. Yang aku tau dan peduli, hampir setiap pagi bila aku melalui meja receptionist yang sememangnya kosong sejak azali menuju ke ruangan kerja aku, naskhah akhbar ni (bersama beberapa lagi akhbar lain termasuk Berita Hairan) pasti akan terletak elok kat atas meja tu. Kalau ada mood, aku berhenti sebentar dan mengeja tajuk muka hadapan. Kalau malas, mungkin aku buat-buat tak nampak seolah sampah yang terkeluar dari tong.

Yang ni pulak biasanya akan aku kepit naik ke tingkat ofis aku dari basement tempat aku letak belalang tempur, kalau pagi tu aku singgah `tujuh sebelas' untuk mendapatkan bekalan Winston Light atau roti Gardenia. Tapi kalau missed, aku akan download je versi digital sementara trafik internet kat ofis aku belum terbeban dengan pengguna yang rata-rata akan log in fuckbook sampai petang (termasuk aku). Akhbar ni isinya kira boleh tahan jugak la disebabkan penguasaan bahasa Inggeris aku yang macam lahanat peringkat kerak bumi.

Tapi, bila aku tengok cetakan akhbar The New York Times tepat seratus tahun dulu, aku berharap sangat aku adalah manusia yang dilahirkan seratus tahun lebih awal. Masa itu, aku yakin bahawa membaca akhbar pada tarikh ini adalah sesuatu yang mampu membuatkan aku rasa teruja yang teramat sangat. Dan kenangan pada hari itu akan aku cuba ceritakan berulang-ulang hingga ke cucu-cicit.

Sekian entri mengenang tragedi seratus tahun lampau...

Jari Jemari Abang Salleh

| | 17 comments |
Aku rasa elok sangat la kalau watak si pondan ni ditiadakan langsung! Naik menyampah pulak. Karang tak pasal-pasal ada anak-anak kecil kita (lelaki terutamanya) yang baru umur tiga, empat tahun dah pandai mengajuk Abang salleh ni. Siap main lentik tangan, tonggek bontot, cakap meleret-leret. Sangat tak patut pada pandangan aku.


Aku bermohon pada Tuhan agar satu hari nanti aku tidak dipertemukan dengan watak yang sebiji macam ni di alam nyata. Kalau tak, silap haribulan mau penumbuk jantan aku ni singgah kat dagu dia.


Kepada adik-adik kecil kita, uncle harap jangan la kalian jadikan watak bangang ni sebagai idola kalau kalian tak nak kena terajang kat tengkuk dengan uncle. Uncle serius ni!


Sekian entri bangkangan unsur negatif dalam animasi tempatan.

Cinta Buta dan Cinta Tuli (1)

| Sunday, April 15, 2012 | 13 comments |
Waktunya, petang. Harinya, Sabtu kedua dalam suatu bulan di awal tahun. Tujuannya, tiada tujuan yang pasti kerana mereka baru selesai menghabiskan hari petang menelusuri gerai-gerai pasar malam di celahan bangunan lama itu. Suasananya tidak begitu pikuk seperti minggu-minggu sebelumnya. Hanya tenang. Setenang yang semua kita idamkan.


Namun begitu, cuacanya tidak begitu memberikan mereka ruang untuk lebih menikmati simbahan cahaya mentari petang. Rintik-rintik hujan halus melatari tubuh mereka berdua sejak mereka berdua ketemu di pondok bas, seperti yang dijanjikan. Dan sepanjang masa itu, berjalanlah mereka berdua. Beriringan, sebelah-menyebelah. Menyelinap di antara susuk tubuh manusia dan jasad-jasad pegun yang lain mencari perlindungan.


Sebaik melintasi seorang pemuzik jalanan yang leka menyedut teh ais hingga lekukan di pipinya jelas ketara, si lelaki menoleh kepada si perempuan yang berjalan beberapa inci di sebelah kanannya. Pandangan mata butanya yang sesaat itu bagaikan meluncurkan satu soalan. Soalan yang langsung tidak dilisankan, namun dapat dibaca oleh si perempuan yang hanya pekak, namun dapat melihat dan tidak bisu.


Berkatalah si perempuan manis dan berbaju kurung cotton itu, "Terima kasih, kerana engkau tidak pernah memimpin tanganku walau pun kita berdua  berada di tempat yang tidak kita ketahui."


"Sama-sama, dan kau juga tahu kenapa aku tidak pernah menyentuh tanganmu itu untuk dipimpin atau memimpin. Sedangkan Tuhan tidak lagi memberikan aku nikmat pandangan mata seperti dahulu." Balas si lelaki sambil menoleh ke sisi supaya si perempuan dapat membaca gerak bibirnya.


"Ya, aku tahu. Dan kau juga tahu. Begitu juga dengan Tuhan. Kita tidak perlu berpegangan tangan tatkala berjalan seperti pasangan yang lain kerana aku yakin, selagi aku dapat melihat kau dan kau dapat mendengar aku, bermakna kita masih lagi bersama." Jawapan itu diucapkan bersama-sama dengan senyuman oleh si perempuan. Senyuman yang sentiasa dihadiahkan untuk insan yang tidak bisa melihat dengan mata.


Dan senyuman itu berbalas juga dengan senyuman si lelaki, kerana dia tahu selagi mereka berada dekat, dia perlu tersenyum untuk si perempuan...


Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke arah yang Tuhan telah tahu terlebih dahulu...

Selipar dan Mouna Guru

| Saturday, April 14, 2012 | 10 comments |




Satu perkara yang aku perasan tentang filem yang berdurasi selama lebih kurang dua jam setengah ini adalah, aku tak pernah nampak mamat ni sarungkan pakaian lain kat kaki dia selain selipar jepun. Pergi kedai nak buat panggilan telefon, makan kat warung, bergaduh dengan kumpulan lain kat tengah jalan, join mogok pelajar, pergi kelas atau masuk balai polis... Semuanya dia bantai pakai selipar je.


Suatu unsur realiti dalam kehidupan masyarakat kelas pertengahan yang telah diadaptasi dengan cemerlang melalui cereka skrin. Aku tak rasa yang kaki Aaron Aziz dapat bertahan dalam keadaan ekstrim dalam jangka masa endurance sepanjang tempoh pengambaran, macam mamat ni. Sebab tu aku rasa ibu jari kaki dia pun perempuan kat Malaysia ni anggap seksi.


Ahahaahaaaa...! Apa pun, I love tamil movie! Fucking real, dowh!


Sekian entri malam minggu sambil baring layan tamil movie.

Poligami Untuk Kami

| Friday, April 13, 2012 | 12 comments |

"Semalam bini aku dah bagi izin, dia benarkan kalau aku nak kahwin satu lagi. Tapi ada satu syarat," tiba-tiba Mail bersuara ketika kami sama-sama menuju ke basement untuk mengambil belalang tempur aku.


"Syarat apa?" aku tanya tanpa menoleh ke arahnya yang berjalan beriring di sebelah kanan aku.


"Dia bagi kalau orang tu mandul," Jawabnya dengan muka selamba. Muka yang dihiasi dengan mata sepet persis lelaki cina baru bangun tidur waktu petang.


'Eh, macam tu pulak? Aku rasa kau salah faham. Mungkin dia izinkan kalau kau tu yang mandul kot." Pangkah aku dengan nada selamba berganda-ganda.


******************************


Perbualan yang berlangsung tak sampai suku minit oleh dua orang lelaki ketika menuju ke masjid tengahari tadi ni, aku tak anggap sebagai perbualan yang boleh membawa kepada kemajuan peradaban umat manusia. Jadi tak perlu diperpanjangkan lagi isu mandul atau si pemilik mata sepet yang seringkali disalah anggap sebagai orang cina.


Berkenaan isu poligami pulak, setiap kali isu ni dibincangkan ke tengah, pasti akan muncul dua kelompok majoriti. Satu yang menyokong (lazimnya lelaki) dan satu lagi yang menentang (biasa la, mesti perempuan). Pihak yang menyokong sedaya upaya akan menyelitkan sekian banyak baris-baris hadith soheh dan ayat-ayat al-Qur'an dalam setiap hujah mereka. Aku melihat ini tak lain dan tak bukan semata-mata menutup kelemahan mereka. Itu sahaja.


Bagi yang membangkang pulak, selalunya mereka ini sanggup bercekak pinggang di tengah khalayak sambil mengetengahkan ribuan kes-kes penganiayaan yang golongan mereka tangani, sambil sekali-sekala membidas dan mengetepikan hukum-hukum yang pihak satu lagi keluarkan. Dan dari sini, bakal  muncul la kelompok yang aku panggil ekstremis gender.


Pada aku pulak, aku tidak menyokong sepenuhnya dan tidak pulak menentang membabi-buta. Apa yang ketara pada mata aku sekarang, setelah lebih 50 tahun aku, Mail atau ramai lelaki di luar sana didedahkan dengan bahan porno halal seperti cetakan majalah hiburan yang memaparkan pose bogel berpakaian atau pun Anugerah Binatang Popular, kami kini terdetik untuk berpoligami hanya atas dorongan kehendak seksual semata-mata. Tak gitu Abang Jem?


Sekian entri sembang petang Jumaat.

Fuckless Friday Of The Fucked Mug

| | 26 comments |
Dalam dunia ni, ada banyak jenis pemalas. Orang yang pemalas ni sentiasa ada di sekeliling kita. Kat tempat kita kerja sehari-hari, dalam tren komuter koc paling depan, kat pejabat pos Alamanda, atas feri ke Pulau Pangkor, bawah basement parking kat apartment tempat makcik kita tinggal, pasar malam kat depan rumah setiap hari Sabtu, atau pun orang yang kita tumpangkan pergi kerja tiap-tiap hari.


Kategori pertama adalah jenis pemalas yang cuma menyusahkan diri sendiri sahaja seperti:
  • Malas gosok gigi, sampai abis rosak semua barisan gigi. Menyusahkan diri bila terpaksa jumpa doktor gigi selalu.
  • Malas gosok baju sebelum pergi kerja.
  • Malas bangun pagi, hampir setiap hari punch card merah bila kawan-kawan pakat tak nak tolong ketuk.
  • Malas nak cek balik kerja yang dibuat, bila nak submit baru perasan ada banyak salah.
  • Malas nak solat, yang ni akhirat cerita.

Yang kedua pulak jenis yang kehidupan malasnya memang menyusahkan orang lain sekali sejak akil baligh lagi seperti:

  • Malas pakai deodorant sampai awek sebelah kat dalam bas rapid merah dan berair mata menahan seksa dunia.
  • Bos yang malas nak buat kerja remeh-temah, semua suruh orang bawah setelkan.
  • Kuli yang pemalas nak mampus, bila disuruh baru nak buat. Sampai akhirnya tokey yang tanggung susah bila banyak kerja delay. Biasa dilakukan oleh bangla (dan sebahagian besar Melayu).
  • Cashier kat Giant yang malas nak asing-asingkan barang, main bubuh je semua jenis barang dalam beg plastik yang sama.
  • Makcik yang kerja gomen dekat dua tiga tahun nak pencen, malas nak cari fail. Bila public tanya pasal projek, dia bantai jawab fail hilang.
Tapi malas yang ni aku rasa aku nak masukkan dalam semua kategori yang ada. Jadah bangang betul, takkan nak tunggu sampai tumbuh pokok barli baru nak cuci kot! Bongok!
Sekian entri menghargai kemalasan umat manusia hari ini...

Kill Rock and Roll

| Wednesday, April 11, 2012 | 11 comments |

Dah beberapa minggu ni, kalau aku mengopi barang sejam dua kat pantri sorang-sorang, aku perasan satu perkara yang aku tak ambil peduli kewujudannya selama ni. Entiti gelombang frekuensi yang mungkin mak aku kat kampung tak tau, pasangan tua yang berniaga di kedai makan no. 16 di Medan Selera Jalan Raja Muda berhampiran General Hospital atau pun bekas cikgu aku cikgu Fatimah di sekolah teknik belasan tahun dulu tak berapa nak ambil port. Objek tanpa bayang tetapi mampu menghantar jalur bunyi melalui udara yang aku maksdukan adalah stesen radio Klasik Nasional.


Pergh...! Apa bangang aku punya citarasa sekarang ni? Dah nak melangkah masuk ke zon nyanyuk ke apa? Agak-agak la kalau nak cari hiburan telinga pun.


Itu apa yang bakal aku jeritkan kalau aku ni baru berumur awal 20-an atau sebaya dengan budak lelaki baru lepas berkhatan. Masa tu, mana mungkin aku nak layan sangat dengan lagu-lagu yang langsung tak into dengan `stream' muzik semasa. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku terasa sangat `sedut' dengan lagu-lagu budak-budak tak cukup bulan sekarang. Jangan cerita pasal rythm yang serupa dalam hampir semua lagu, menunjukkan mereka ni langsung kurang kreatif. Dan jangan sebut pulak pasal arrangement yang nampak sangat terlalu bergantung dengan kemajuan teknologi kejuruteraan mesin untuk menghasilkan bunyi. Cukup sekadar meneliti luahan si penggubah melalui lirik yang mereka nukilkan. Langsung takde `art'!


Untuk membuktikan perkara ini kepada sekumpulan pelajar pra-sekolah di sebelah surau rumah aku, aku bandingkan petikan lirik yang terkandung dalam dua buah lagu yang dihasilkan pada zaman yang berbeza. Yang pertama adalah lagu `best gila babi' bertajuk Kejora daripada band `best nak mampus' Search. Dan satu lagi adalah lagu yang aku baru dengar sekali tapi tak habis (tu pun sebab aku nak bikin entri ni) dan aku dapati lagu ni menduduki senarai top 5 dalam carta Era. Tajuk dan penyanyi, malas nak taip!




Kejora - Search


Sinaran matamu bak kejora
Ditengah malam menyuluh kedamaian hati
Halus lenganmu sehalus sutera cina
Melembutkan setiap kata…


Harum kasturi harum rambutmu inginku belai
Bertambah harum kita
Indah keperibadian mu indah bicara,
Menyegarkan semangat daku




Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft Sleeq


Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina


Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela




Ni lagi satu hal, apa punya bangang sikit-sikit nak featuring. Apa, kalau nyanyi sorang-sorang tak stim ke? Dulu masa zaman Amy Search muda-muda tak pernah pulak dia ajak Salleh Kamil mencelah dalam lagu dia.


Bak kata bait lagu SOAD, so I felt like the biggest asshole, when I killed your rock and roll!


Sekian entri tak berkenan lagu zaman sekarang.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

| Monday, April 09, 2012 | 16 comments |

Sebentar tadi telah berlakunya kejadian berantai yang bermula dari jari aku. Seperti biasa, aku akan melekapkan fon kepala aku menutupi lubang telinga agar hanya 23.18% sahaja bunyian yang aku tak approve akan masuk mengetuk gegendang telinga. Dari putaran lagu-lagu lama yang aku ulang sejak bertahun lama itu, kemudiannya muncul pula sebuah lagu yang bertajuk Here Without You. Dan sebaik sahaja lagu ni tamat, serta-merta aku baca balik entri aku bertajuk Dua Lagu, Dua Cerita sambil mengenang kembali memori lama.


Melalui pengalaman itu, satu perkara yang mengingatkan aku akan fenomena pekerjaan yang berlaku di kalangan anak muda sekarang adalah memilih pekerjaan. Tak dinafikan, pada ketika itu kehadiran aku untuk mengambil peperiksaan bertulis untuk kemasukan ke maktab perguruan hanyalah untuk memuaskan hati mak aku, tak lebih daripada itu, memandangkan persepsi aku ketika itu terhadap profesion perguruan adalah untuk mereka yang:
  • menepati masa.
  • sanggup berpakaian skema seperti seluar slack licin dan `kemeja masuk dalam'.
  • kasut kulit berkilat.
  • keluar waktu pagi.
  • rambut bubuh minyak sikat belah tepi.
  • dapat menahan sabar mengajar budak-budak yang kuat melawan.

Terkini, aku ada tambahkan satu lagi kriteria utama bagi calon yang memohon untuk menjadi guru terutamanya lelaki iaitu:


  • grade dari universiti awam, tapi dah bertahun melilau bawa resume tapi hapah tak dapat kerja.

Hahahaa...! Padan muka korang. Belajar susah-susah dengan awek, buka buku sama-sama kat Taman Tasik Titiwangsa sambil menghirup udara segar. Konon-konon stduy group. Tapi bila grade langsung tak dapat kerja. Masa sekolah cita-cita nak jadi engineer, tapi pointer cuma cukup makan. Engineer kilang pun payah. Disebabkan inilah terdapatnya sekian ramai belia yang memohon untuk memasuki kursus lepasan ijazah untuk bergelar guru. Nampak sangat diorang punya tak ikhlas. Bila tak dapat kerja, baru sibuk nak jadi cikgu. Patut la budak-budak zaman sekarang ni, berterabur diorang punya perangai. Dah serupa taik ayam yang tak pernah pergi sekolah!


Satu ungkapan yang aku dengar keluar dari old timer pagi tadi dan ditujukan kepada graduan lepasan KPLI semasa sesi membuang masa di pantri berbunyi begini, 'lahir untuk menjadi engineer tapi mati sebagai cikgu!'. Hahahaa!!!


Mohon maaf kepada golongan pendidik yang dimuliakan di luar sana, bukan maksud aku untuk menidakkan kedudukan kalian, tapi entri ini aku tujukan khas untuk mereka yang tak ikhlas menjadi cikgu terutamanya golongan yang aku maksudkan iaitu para lepasan KPLI (tak semua la).


Sekian entri tak ikhlas KPLI.

kulit buruk, isi pun busuk...

| Sunday, April 08, 2012 | 11 comments |
Sebagai kesimpulan, pengacara rancangan Nona si Neelofa yang cun-boleh-buat-lelaki-stim telah memperdengarkan sepotong peribahasa Inggeris iaitu  "don't judge a book by its cover". Aku tak berapa pasti sama ada dia bercakap dalam keadaan sedar atau di bawah pengaruh dadah, tapi yang pasti ayat yang dia berikan tu seolah `membenarkan' perilaku buruk seseorang secara luarannya langsung tiada kaitan dengan apa yang ada di dalam hati si pelaku itu. Itu yang aku faham...


Entah kenapa, apa punya bebal petang tadi aku boleh pulak `ter'tonton segmen bersama Amalina sementara aku nak tunggu filem seram klasik yang mana pontianaknya terbang macam superman iaitu Sumpah Pontianak. Sebaik je aku dengar apa yang Neelofa yang cun-boleh-buat-lelaki-stim ni ucapkan, aku yang tengah baring mengiring tiba-tiba terdengar ada bunyi desiran angin keluar dari lubang bontot aku. Sah, ayat dia ni langsung tak boleh blah, sampai terkentut aku dengar! Bangang...


Sekian banyak peribahasa Melayu yang elok dan ada nilai pengajaran korang produksi Nona boleh ambil, peribahasa dari barat ni jugak yang korang pilih.


Bagi aku, sejak dulu lagi aku memang tak setuju dengan apa yang dimaksudkan dengan peribahasa tak reti bahasa ni. Mana kan tidak, sejak akhir-akhir ni selalu sangat aku dengar orang kita dah salah gunakan peribahasa ni, seolah-olah semua perbuatan buruk yang mereka buat secara ketara tu langsung tak salah.


Rumusan persamaan kimia yang aku pegang selama ni mudah je. Tak payah nak pening kepala bagai. Kalau la kulit tu dah buruk dan bernanah, pastinya buah itu tidak boleh diperdagangkan lagi dengan nilai setara dengan buah yang baru. Atau pun maknanya, kalau seseorang tu dah mempamerkan sifat luaran yang menjelikkan, mana mungkin segala keburukan itu datangnya dari hati yang 90% suci.
Mulanya aku nak tepekkan gambar Neelofa yang cun-boleh-buat-lelaki-stim, tapi disebabkan aku banyak jumpa gambar dia tayang betis dan saiz tetek, maka aku tak jadi nak share dosa tu dengan orang lain. Kalau nak tau saiz tetek dia, search je kat Google, berlambak gambar dia.


Tak mungkin...


Sekian entri peribaha barat yang bangang.

toujours en attente

| Friday, April 06, 2012 | 9 comments |
je me demande, où elle a été en ce moment.
(direct translated from Google)

Sakit Tua

| | 11 comments |
Aku kira semalam; Khamis, 5 April 2012 adalah hari aku yang paling lemau. Lebih lemau daripada biskut Hwa Tai perasa jagung yang paketnya dah sebulan berlubang kena gigit tikus. Sebab aku dapat kesan perkara-perkara yang ganjil dan jarang berlaku sepanjang hari iaitu :

  • Lampu kat living area menyala dan kipasnya berpusing sepanjang hari walau pun takde orang kat rumah sebab aku keluar pagi tak switch off semua tu.
  • Singgah tujuh sebelas beli Winston light dengan lighter sekali sebab kedua-dua barang tu takde dalam poket aku. Tertinggal atas keyboard kat rumah. Dalam tu ada dua batang lagi!
  • Stand tepi belalang tempur aku tidak dinaikkan sebanyak dua kali sepanjang perjalanan ke ofis. Pertama, semasa baru keluar rumah dan kedua, lepas beli roti canai drive thru kat Kinrara.
  • Beg yang aku sandang ternganga sepanjang menunggang belalang tempur akibat zipnya tidak ditutup langsung!
  • Masuk dalam lif nak naik ke tingkat atas tapi tak tekan apa-apa. Sudahnya aku cuma naik ke tingkat dua dan turun semula ke ground floor bersama-sama seorang awek mari.
  • ID card aku tertinggal kat rumah menyebabkan aku terpaksa ketuk pintu nak masuk ofis.
  • Waktu nak balik, masa aku terbazir lebih lima minit sebab aku terpaksa berpatah balik dari lobi ke ofis sebab tak bawak beg yang siap aku kemas kat atas meja.
Aku syak semua ni berlaku disebabkan umur aku yang telah meningkat menghampiri setengah abad dua bulan yang lalu. Dan seterusnya dihinggapi penyakit LUPA... Nasib baik aku berak pagi-pagi tu tak lupa nak basuh!

Sekian entri pelupa.

Didik Anak

| Thursday, April 05, 2012 | 6 comments |


Disukai oleh 174 orang dan dikongsi oleh 104 orang setakat pagi ni. Macam biasa la, kalau benda elok je aku ni jarang nak `up' ketara sangat. Setakat pujian dalam hati je. Tapi yang ni aku setuju 90% apa yang diutarakan terutamanya untuk anak lelaki. Untuk anak perempuan masih ada beberapa point yang aku nak sembangkan.


Bagi aku, aku tak kisah kalau anak lelaki aku muncul sebagai `abang besar' sebaik dia memasuki alam persekolahan, waima bila dia dalam kelas pra-sekolah pun. Lagi bagus. Supaya dia ada keyakinan yang lebih sedikit daripada tahap yang sepatutnya. Tapi perangai `abang besar' dia tu biarlah bertempat. Contohnya ketika waktu tertentu di perlu menjadi seperti pelindung kepada adik-adiknya. Selain tu, aku tak nak dia dipandang sebagai seorang yang boleh dipijak kepala oleh rakan-rakan sekelas yang lain.


Ditakdirkan satu hari nanti, anak aku balik sekolah dan mengadu kat aku ada seorang budak lain rampas pensel dia, aku akan tanya dia balik, "Lepas tu abang tumbuk dia kat muka ke kat perut? Kalau budak tu gemuk gedempol, abang terajang dia kat perut. Sekali je, lepas tu terus lari kat cikgu."


Aku nasihatkan, kalian jangan ikut cara aku didik anak ala filem tamil ni.


Sekian entri didik anak cara aku...

Ubahsuai

| Wednesday, April 04, 2012 | 11 comments |
(SelangorTimes; March 30 - April 1, 2012; Issue 67)


Pergh! Gila babi betul la orang tua yang selalu pakai songkok ni. Dia punya pejabat pun besar dia lebih tiga kali ganda built-in area rumah aku. Apa lagi yang tak puas hati. Kalau aku la kan, buat interior design yang berkonsepkan rumah kampung. Maknanya, semua staff akan buat kerja sambil bersila atas lantai. Nak baring-baring atau meniarap pun takpe, yang penting suasana tu mau santai.


Lepas tu, dia punya kos nak renovate ruang pejabat je dah lebih dua kali ganda harga rumah aku. Kalau separuh daripada duit tu bagi kat orang-orang macam aku, senang-senang je dua keluarga dapat beli rumah flat PKNS tunai!


Harap je pakai songkok, tapi bangang nak mampus!!!


Sekian!

Gretel dan Hansel

| Tuesday, April 03, 2012 | 8 comments |
Suatu masa dahulu, dua beradik bernama Gretel dan Hansel tinggal di dalam hutan. Bapa mereka ialah seorang pemotong kayu yang miskin. Ibu tiri mereka seorang yang jahat.


Suatu hari, ibu tiri menghasut suaminya untuk menghalau Gretel dan Hansel disebabkan mereka kini kehabisan wang dan makanan. Dia mengatakan Gretel dan Hansel perlu mencari makanan sendiri di hutan.


Setelah dibawa ke dalam hutan, ibu tiri memberikan sedikit roti kepada mereka dan berpesan. " Tunggu di sini, aku akan kembali." Mereka menunggu tetapi ibu tiri tidak lagi kembali.


Apabila malam tiba, mereka tidur di bawah pokok. Keesokan paginya, mereka memakan roti masing-masing dan cuba mencari jalan pulang. Tetapi, laluan di dalam hutan tebal itu kelihatan serupa. Mereka telah sesat!


Setelah lama berjalan, mereka semakin letih. Tiba-tiba, mereka terlihat sebuah rumah kecil yang dibina daripada kek, biskut dan manisan! Mereka mengopak rumah itu dalam cebisan kecil untuk dimakan. Tiba-tiba, terdengar satu suara. "Siapakah yang sedang menjamah rumahku?"


Itu suara ahli sihir! Ahli sihir menangkap mereka. Dia mengurung Gretel dan Hansel untuk dimasak dan dimakan! Dia menyuruh Gretel memungut kayu api. Dia kemudian menyalakan api di dalam ketuhar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Setelah api di dalam ketuhar marak hingga cetusan baranya menjulang naik ke serombong, dia segera memanggil Gretel agar membuka kunci kurungan yang membelenggu Hansel. Sebaik terbuka, Gretel dimasukkan ke dalam kurungan itu bagi menggantikan abangnya sementara Hansel yang ketika itu dalam keadaan separuh sedar akibat suntikan sedatif sebelumnya, dibaringkan di atas lantai. Dalam posisi meniarap, ahli sihir itu mencangkung di atas dada Hansel yang tidak berdaya seraya tersenyum jijik.


"Masanya telah tiba," kata hatinya. Kemudiannya dia mencengkam leher Hansel dan meletakkan mata pisau yang tajam. Sambil menjegilkan mata, dia terus menekan mata pisau tersebut agar terbenam ke leher anak muda itu. Darah memancut beberapa kaki di sekitar membasahi lantai. Selebihnya, berlinang dan bertakung di tempat jasad Hansel. Pada wajahnya, percikan-percikan darah merah Hansel kini mulai meratai dari dahi hingga ke hujung dagu. Gretel yang menyaksikan peristiwa itu dari dalam kurungan segera jatuh terjelupuk ke lantai. Tidak berdaya, dia akhirnya pengsan menatap satu kejadian yang maha dahsyat bagaimana cara abangnya mati dibunuh.


Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, ahli sihir yang tak bernama itu meneruskan kerja-kerja penyembelihan itu hingga tamat. Kini, kepala Hansel yang telah terpisah dari badan diletakkannya di sisi agar memudahkannya memotong anggota-anggota badan yang lain. Kedua-dua belah tangan Hansel dipotong pada bahagian sendi di siku dan bahu dan disusun bertimpa dengan sepasang kaki yang juga telah siap dipotong. Terkulai di sisi, anggota badan itu sebenarnya bukanlah bahagian yang menjadi kegemarannya.


Mata ahli sihir tak bernama itu kini tertumpu di bahagian dada mayat Hansel pula. Dengan tangan tua berkedut seribu, dia tangkas membelah dada Hansel hingga terburai segala isi perutnya. Kedua-dua paru-paru dikeluarkan sebelum dihiris halus manakala sebiji jantung muda yang tidak lagi berdegup di genggam erat-erat dengan tangan kiri. Inilah anggota yang menjadi idamannya, terutama sekali datangnya dari tubuh yang masih muda belia. Sebolehnya pada ketika itu juga dia mahu melahap jantung segar itu.


Setelah semuanya selesai, dia menghumban kesemua anggota yang terpisah itu ke dalam kebuk ketuhar yang telah panas. Siap untuk memanggang daging manusia bernama Hansel kecuali jantung. Padanya, jantung itu akan dilahap begitu sahaja sementara menantikan anggota badan yang lain siap dimasak.


Demikianlah penamat kisah kepada sepasang adik-beradik yang selama ribuan tahun telah disembunyikan dari telinga masyarakat umum.




********************


Sebahagian besar teks cerita ni aku ciplak sebiji-sebiji dari sebuah buku kecil yang aku beli kat kiosk Hospital Serdang dulu, aku peduli apa? Penerbit ni pun bukannya bayar apa-apa royalti kepada dua individu bernama Gretel dan Hansel tu pun. Cerita dongeng turun temurun yang biasa kita dengar sejak pra-sekolah dulu. Di belakang buku kecil ni tertulis : Dua beradik yang telah sesat di dalam hutan menjumpai sebuah rumah yang dibina daripada manisan. Siri buku ini sesuai untuk mengukuhkan kemahiran membaca kanak-kanak.


Fuck, sesuai sangat! Nak asah kemahiran mengeja dan membaca melalui kisah dongeng barat yang tak bermoral macam ni ke? Kisah yang tak ada bezanya macam kisah Jack and The Beanstalk, mengagungkan dan mengangkat watak pencuri sebagai hero.


Untuk entri ini, aku malas nak buat kesimpulan.


Sekian entri kisah dongeng tak bermoral.