...yang ke-205!

| Saturday, March 24, 2012 | |
Hari ni Sabtu, 24 Mac 2012. Kalau tak silap ada orang-orang yang gagah perkasa buat perbarisan kat Dataran Merdeka. Eh, esok kot. Lantak la... Tapi katanya sempena ulang tahun polis yang ke-205.


Apa, yang ke-205! Gila punya tua polis kat Malaysia ni. Hahahaa...!!! Sorry bang, saya selaku rakyat biasa cuma bergurau. Di kesempatan ini, saya ingin menyusun lima jari di tangan kanan sambil memberikan tabik hormat dan mengucapkan `selamat hari ulang tahun yang ke-205'. Ingat tu, abang-abang semua dah tua. Bukan lagi 25, atau 15 macam saya ni tau!


Oleh itu, elok sangat kalau abang-abang polis semua tanpa mengira pangkat, posisi atau lokasi balai mana abang ditempatkan, agar terus `mengekalkan' tahap disiplin yang tinggi, integriti (aku tak berapa faham maksud perkataan ni) di kalangan ahli dan juga penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik agar kayakinan rakyat terhadap abang semua terus berkekalan hingga hari kiamat.


Lagi satu, kalau nak pau orang naik motor yang lupa renew road tax kat tengah jalan tu, agak-agak sikit la. Kalau motor cub setakat mintak RM5 pun dah cukup. Lepas Canyon sekotak.
  
 
 (gambar curi dari google)


Sekian entri `penghargaan' untuk brader polis semua...

13 comments:

Lady Windsor Says:
March 24, 2012 at 11:27 PM

Beb ko pernah kena pau ke? Aku baru dua hari lepas kena tahan polis sebab tak pakai seat bealt...Dia kata pada aku, kak kenapa tak pakai tali pinggan keselamatan, ingat orang tersayang. Aku jawab, saya tak de kesayangan la dik...(sambil sengeh). Abam polis tu tunjuk muka blur dan lepas aku macam tu jer...haha

Telor Power Says:
March 25, 2012 at 4:11 AM

setakat nie nama aku masih bersih dari mana2 buku rekod2 kesalahan undang dari polis mahupun jpj.

SM Says:
March 25, 2012 at 7:09 AM

LW : aku pernah kena pau rm50, babi!!!

TP : lu memang good citizen la bro...

Prince Noob Says:
March 25, 2012 at 12:32 PM

mmg sial la org yg pau tu... pau kaya ke pau kacang

Telor Power Says:
March 25, 2012 at 1:43 PM

mana tak bagusnya,setiap kali ada roadblock baik kereta atau motor aku akan larikan diri hahahaha kalau kereta sanggup buat selamba jer tukar ngan member aku.

Perangai setan sikit2 takpe,janji nama biar clear bro

SM Says:
March 25, 2012 at 10:43 PM

prince : cilakak, ini bukan pau kaya atau kacang. tapi pau mintak maki hamun sepanjang hayat!

TP : ok, bukan good citizen tapi evil citizen...

reen afny Says:
March 25, 2012 at 11:59 PM

entry penghargaan ke entri perli bro?? haha

SM Says:
March 26, 2012 at 12:01 AM

ra : penghargaan la. kalau diorang ni takde, masing-masing mogok taknak kerja, tidur kat rumah, kat bahu siapa lagi kita nak sandarkan kepala tatkala kita baru lepas jadi mangsa jenayah. tepuk kepala, tanya diri...

reen afny Says:
March 26, 2012 at 12:32 AM

haaa?? huhuhu betul la tu.
selamat hari polis....

reen afny Says:
March 26, 2012 at 12:33 AM

haaa?? huhuhu betul la tu.
selamat hari polis....

SM Says:
March 26, 2012 at 12:34 AM

ra : terima kasih, masa sekolah dulu, aku adalah anggota kadet polis!

reen afny Says:
March 26, 2012 at 12:59 AM

haha yeke.. mesti rajen berkawad. asal tak jadi polis sekarang? lalala

SM Says:
March 26, 2012 at 7:27 AM

ra : apasal tak jadi polis? sebab sekarang aku dah sedar...