Veronica Guerin

| Wednesday, March 07, 2012 | |
Tak mudah rupanya jadi wartawan ni.
Terutama sekali wartawan yang jujur dan bukan jenis makan dari tapak tangan orang lain yang berkepentingan.
Silap-silap, nyawa jadi taruhan.

Sekian...

9 comments:

Lady Windsor Says:
March 7, 2012 at 11:03 PM

Ko baru tahu ke jadi wartawan ni tak mudah? Setiap saat adalah sangat mencabar, mengerikan, menakutkan, menyakitkan, menekan, tertekan, tipu helah, tindih menindih bla bla bla! Ini filem wajib tengok aku lah kot...

SM Says:
March 7, 2012 at 11:49 PM

LW : dah lama tau, tapi... maksud aku, jadi orang yang bekerja sambil makan dari tapak tangan orang lain yang berkepentingan itu sukar, tapi lebih sukar lagi kalau jadi orang macam veronica guerin ni.

ada pernah dengar istilah `pig' yang merujuk kepada polis jahat? tapi aku belum pernah dengar lagi istilah untuk `wartawan jahat'. wartawan jahat maksud aku kat sini adalah mereka yang menjalankan tugas tanpa menghiraukan etika kemanusiaan.

hehee... sori beb, ini sekadar pandangan kosong je... walau apa pun, aku tetap memandang tinggi pada wartawan yang menjadi manusia ketika bertugas.

SM Says:
March 7, 2012 at 11:50 PM

ohya, aku memang gemarkan filem yang diadaptasi dari event sebenar.

Lady Windsor Says:
March 8, 2012 at 12:02 AM

Baguslah kalau ko dah tau...wartawan memang ada etika dan kena ikut etika tapi dalam certain case, etika kemanusiaan adalah keutamaan...

SM Says:
March 8, 2012 at 12:14 AM

malangnya, banyak kes yang aku melihat mereka lebih mengutamakan berita tanpa mempedulikan `human sense' langsung. apakah etika kewartawanan itu lebih penting berbanding menjadi manusia? kecewa gua...! hahahaa!

Lady Windsor Says:
March 8, 2012 at 12:25 AM

Etika memang wujud tapi kadang2 me benar berita membuatkan mereka terlupa Akan etika.

SM Says:
March 8, 2012 at 12:28 AM

hahaa! mereka itu tetap manusia. mujur cita-cita aku nak jadi wartawan cuma sementara. kalau aku teruskan jugak, mungkin aku termasuk dalam golongan mereka ni.

Lady Windsor Says:
March 8, 2012 at 1:54 AM

Ko cuba pakai 'kasut' wartawan macam mana rasa...

SM Says:
March 8, 2012 at 2:10 AM

aku tak mahu.

aku di sini bukan mahu mengkritik atau kondem profesion wartawan, tapi aku mempersoalkan individu tertentu yang hilang etika kemanusiaan ketika menjalankan tugas. tak kira la tugas apa pun.

dan lagi, aku cuma bertindak sperti penonton tv yang mengulas perlawanan bole. kata-kata aku tak bermakna langsung kerana aku cuma wujud untuk menempel. hahaaa!!!