Untuk Kau...

| Monday, March 05, 2012 | |


Aku sedar kedudukan kau yang penting setiap kali kau berada dalam satu kumpulan manusia yang berdarjat tinggi.
Aku akui akan pengaruh setiap kata-kata yang kau tuturkan atau setiap bait-bait tulisan yang kau nukilkan.
Aku mengerti akan kebijaksanaan yang sedang kau nikmati di hadapan sekian ramai orang.
Aku faham dengan sanjungan tinggi yang kau raih dari setiap buah pandangan yang kau campakkan ke dalam hidangan kawan-kawan kau.
Aku sedar, akui, mengerti dan faham akan semua itu.


Aku perasan akan kehadiran bukan puluhan, malah ratusan individu-individu hebat yang tersenarai sebagai teman-teman kau.
Aku perasan akan kehebatan mereka berbanding aku yang lebih kecil daripada titisan air kencing semut.
Aku perasan akan kebolehan aku yang pastinya tidak mampu menandingi mereka dalam membicarakan hal-hal intelek, atau pun merangsang aliran saraf di kepala kau tatkala kita berbicara.
Aku perasan itu semua.


...dan apa yang aku paling perasan adalah, aku telah lama terkeluar dari lingkungan dunia kau. Oleh kerana itu, sewenangnya kau menghamburkan kata-kata pedas dan merendahkan di hadapan sekalian mereka. Dan kerap kali kau langsung tidak mengendahkan sapaan dari mulut kerdil aku ini. Terima kasih kerana enggan menyedari kewujudan aku. Harap kau akan sentiasa kekar segar bersama mereka.


Sekian...

0 comments: