Table C

| Sunday, March 04, 2012 | |


"Teacher, saya tak nak duduk table C, saya nak duduk table D dengan kawan saya," Qistina mengangkat tangannya ke arah teacher wanita pertengahan umur pada satu pagi. Dan akibat daripada permintaan itu, dia `dihukum' duduk di table A yang terletak di hadapan sekali.


Umur baru enam tahun, hati masih suci, fikiran masih tak bersawang. Tapi telah mula didoktrinkan dengan dasar-dasar yang penuh dengan diskriminasi. Budak pandai, duduk di depan bersama kawan-kawan pandai yang lain, manakala budak yang `bodoh belajar' duduk di belakang supaya mereka tidak mengganggu pelajar `pandai' yang lain.


Bila ditanya kepada seorang guru yang lain tentang persoalan `kenapa' ini, dia menjawab : mungkin untuk memudahkan teacher itu memantau pelajaran mereka dan fokus akan diberikan kepada kumpulan tertentu ketika sesi pengajaran. Maaf, aku tak setuju tentang hal pengasingan dan kedudukan table ini. Aku rasa lebih baik kalau kita biarkan mereka bergaul antara `budak pandai' dengan `budak bodoh' dalam kelas yang sama, meja yang sama dan menerima perhatian yang sama juga. Kerana aku menganggap rakan sebaya juga mampu menjadi pendorong kepada pelajar lemah apabila mereka duduk bersebelahan.


Itu sahaja...


Di hari yang lain, Qistina mengadu kepada umi dia, "Umi, tadi teacher suruh saya berdiri sebab saya bercakap dengan kawan."


"Padan muka," balas umi.


Sekian entri pecah dan perintah dalam skala kecil...

7 comments:

reen afny Says:
March 4, 2012 at 1:34 PM

pertama! muahahaha

Lady Windsor Says:
March 4, 2012 at 1:35 PM

Adik aku cikgu..katanya dia susun murid pun macam tu...bila aku tanya lagi, dia kata sila tanya guru2 lain lagi...bila aku tanya lagi...dia suruh aku jadi cikgu dulu...bila aku tanya lagi, dia beritahu kenapa...dan kalau aku jadi cikgu pun aku akan susun murid macam dia..ko jangan tanya aku kenapa..ko sila jadi cikgu dulu...

reen afny Says:
March 4, 2012 at 1:36 PM

errr tahu takpe. da macam racist lak tapi dari segi pengukuran akal. ada jugak eh....

Telor Power Says:
March 4, 2012 at 8:27 PM

4th!

aku dulu pun mcm tu gak...tapi aku enjoy jer pasal aku suka kacau org bhahahaha

SM Says:
March 4, 2012 at 10:09 PM

LW : jadinya cikgu-cikgu semua hanya menurut tradisi dalam hal susunan meja?

ra : racist? ha, aku tau apa yang kau faham. dalam kelas cuma ada dua kaum (tanpa mengikut warna kulit) iaitu `kaum pandai' dan `kaum bodoh'. dan di situlah bermulanya sistem pengasingan.

TP : time sekolah dulu aku tak berapa ambik port benda dalam kelas. sebab tu aku suka pilih tempat paling depan tapi paling tepi. lokasi paling selamat untuk tidur tanpa dikesan cctv.

Lady Windsor Says:
March 5, 2012 at 5:11 AM

SM,
Tak juga tapi Ada byk sbb kenapa mereka letak murid2 begitu...

SM Says:
March 5, 2012 at 7:28 AM

oit, tinggalkan komen pada jam 5 pagi??? hahaa!!!