SYR 3 - 0 MAS

| Wednesday, March 14, 2012 | |


Berikut adalah ulasan serenjang yang aku dapat simpulkan usai perlawanan kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan zon Asia sebentar tadi, yang berkesudahan Malaysia menewaskan diri sendiri dengan tiga gol tanpa balas.


  • Permukaan padang walau pun nampak hodoh tetapi tetap rata dan bola tidak melantun dengan merepek meraban, mungkin suami menteri kat sana tak bela lembu di dalam stadium, tetapi hanya memilih apartment kos sederhana tiga bilik untuk menempatkan ternakan mereka.
  • Nazmi Faiz Mansor pasti menyesal dulu masa kecil dia tak nak makan Calciyum banyak-banyak supaya dapat menandingi saiz pemain pertahanan Syria.
  • Fizikal pemain Syria yang hampir dua kali ganda pemain Malaysia tidak menghalang penyerang mereka menyusup masuk melepasi barisan pertahanan negara. Aku rasa, mesti `ehem-ehem' mereka juga berkali ganda saiznya. Jadi budak-budak Melayu kita patut ubah selera dari memilih gagak Afrika sambil diper`keldai'kan, kepada jejaka-jejaka Syria ni. Hahahaaa...!!!!
  • Sehingga minit ke-14, sekurang-kurangnya lima percubaan bahaya ke pintu gol Malaysia telah dilancarkan bagaikan bedilan artileri tentera Postugis. Kemudiannya diikuti satu percubaan berselang setiap satu minit.
  • Peluang terbaik pemain negara muncul pada minit ke-32 melalui tandukan yang terhasil melalui sepakan sudut, hampir membuatkan aku terlompat melepasi ketinggian jejantas udara menara KLCC.
  • Dua minit kemudian, pemain negara sekali berjaya mencemaskan penonton dengan tampanan kemas ke arah gawang sendiri. Mungkin pemain itu terlalu teruja dapat bermain pada waktu petang hingga tak peduli pintu gol mana satu yang patut dibolosi. Situasi kedua yang berlaku dalam separuh masa pertama.
  • Macam biasa, Ahmad Fakri Saarani sepatutnya bermain `bola' sendiri di luar padang meninggalkan sepuluh rakan yang lain di dalam padang, kerana kehadirannya langsung `tidak mendalamkan lubang'.
  • Ong Kim Swee patut menjelaskan kepada barisan pertahanan bahawa cara nak `clear' bola bukan setakat mengangkat kaki sesuka kepala nenek dan mengharap bola menjauhi diri sendiri, tetapi sepatutnya mencari ruang yang sesuai ke mana bola itu sepatutnya dihantar. Orang kata, tendang ikut arah telur.
  • Panjaga gol Syria berbaju biru muda walau pun jarang kelihatan di kaca tv, tapi aku tau mesti dia banyak habiskan masa bersandar kat tiang gol sambil bersembang dengan budak Milo kat belakang.
  • Boleh dikatakan langsung tak dengar sorakan penyokong Syria di stadium, mungkin mereka sedang sibuk berpolitik di jalanan atau golongan muda mereka memilih untuk berpidato di atas rostrum sekitar kampus berbanding menyokong pasukan bola kebangsaan mereka secara membabi buta.
  • Aku terlupa bahawa pasukan yang berjersi merah adalah pasukan Syria dan bukannya Malaysia apabila tanpa sengaja aku hampir bersorak melihat mereka menjaringkan gol ketiga. Hakikatnya, gol itu boleh dianggap sebagai gol berkelas sukan sekolah peringkat daerah sahaja lagaknya. Jelas kelihatan pemain kita langsung diayam-ayamkan!
  • Hasbullah menunjukkan tanda dia sudah sepatutnya bersara wajib apabila berkata "Malaysia kini sedang berusaha mempertahankan diri" pada minit ke-64. Bangang!!!


Sekian entri ulasan bolasepak.

8 comments:

Telor Power Says:
March 14, 2012 at 11:42 PM

lu sebenarnya dah boleh jadi pembantu ong kimswee tu utk susun perancangan kalau jawatan tu kira berat bagi lu....gua cadangkan lu ganti si pengulas tu....rasa2nya ada bakat kot

SM Says:
March 14, 2012 at 11:44 PM

boleh, tapi gua ulas 1st half je. lepas tu tolong bagi gua bantal. gua nak lelap sampai pagi.

Lady Windsor Says:
March 15, 2012 at 12:13 AM

Aku x tgk sport, so x bleh campur tangan..

SM Says:
March 15, 2012 at 12:54 AM

LW : aku pun...

Mr.Clive Says:
March 15, 2012 at 3:14 AM

hahah lek bro...lek....mungkin kita ni belum bersedia lagi...need time.yang kita boleh buat support all the way... :)

-panggil aku SM- Says:
March 15, 2012 at 7:26 AM

clive : ni pun kira sokong jugak bro, tapi dengan cara aku yang tersendiri la. haha!!!

ralphrazaq Says:
March 15, 2012 at 9:36 AM

SM - aku frust tengok hoki :(

panggil aku SM Says:
March 16, 2012 at 7:27 AM

ralph : aku tak frust sebab aku tak tengok pun :)