Siti Nurlela : Kisah Dongeng Moden

| Monday, March 26, 2012 | |


Pada suatu masa yang tak berapa nak dahulu, lebih kurang beberapa bulan tempoh masa berselang, dan tidak jauh dari tempat aku menaip entri ini; tinggal seekor puteri bernama Siti Nurlela di tingkat 83 sebuah menara berkembar tinggi menjulang ke awan.


Ada pun, walau pun Tuhan Yang Maha Kuasa telah menganugerahkan puteri ini dengan kecantikan rupa paras melebihi Pamela Bordes serta IQ setaraf calon UPSR, namun dia sentiasa hidup dalam keadaan yang amat gundah sekali. Ini kerana, menara berkembar yang menjadi tempatnya bermastautin semenjak lahir adalah sebuah kurungan berpuaka yang dikawal ketat oleh seekor makhluk mistik yang menakutkan. Menurut lagenda, makhluk mistik itu hanya dapat ditewaskan oleh seorang putera raja yang datang dengan tujuan hendak menyelamatkan puteri itu atas dasar cinta sahaja. Ya, cinta. Kerana lagenda kisah dongengan seringkali meletakkan cinta sebagai dasar temanya.


Hampir setiap hari dia diseksa jiwa dan raga oleh penjaga menara itu dengan layanan yang menakutkan. Kadangkala dimarahi kerana enggan memasak di dapur menara, kadangkala diherdik kerana berbalas sms dengan beberapa jantan hingga mengabaikan air yang sedang dijerang dan pernah juga dia dimaki kerana membiarkan jemuran basah ditimpa air hujan.


Namun begitu, si puteri tetap cekal dan tabah dalam menempuh segala deraan mental dan fizikal oleh makhluk mistik itu. Keyakinan yang tumbuh di dalam hatinya semakin hari semakin meninggi tentang putera raja yang bakal menyelamatkannya suatu hari nanti.


Selang tak beberapa lama kemudian ketika puteri itu meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 dalam mood bersedih di birai jendela menara sambil membelek-belek bungkusan hadiah berupa Samsung Galaxy Note pemberian makhluk mistik itu, gegendang telinganya dikuis oleh derapan tapak kaki yang keras mengetuk halaman menara di bawah sana. Pada hematnya, hari yang ditunggu selama ini telah pun tiba. Itu pastinya derapan tapak kaki kuda sang putera raja yang mahu datang menyelamatkannya. Hatinya girang tak terkata. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil beg pakaian berisi see-thru t-shirt, legging hitam dan beberapa helai pakaian dalam buat bekalan sepanjang tempoh pelariannya. Tidak lupa juga beberapa keping panty liner. Apabila dijenguk ke luar jendela, kelihatan seorang lelaki berkulit gelap dan berambut kerinting sedang mendongak ke arah biliknya sambil menunggang seekor keldai nyanyuk. Wah, walau pun dia tidak berkenderaan semewah yang diimpikan, dia masih lagi lelaki sejati. Tidak seperti lelaki lain yang sekaum dan sewarganegara dengannya.


Memang sah, itulah dia. Dari atas sini, lelaki itu kelihatan amat gagah sekali. Dengan susuk tubuh setegap Olubunmi Adigun tetapi mempunyai potongan rambut seperti Carlos Valderrama, lelaki itu beberapa kali mengenyitkan mata sambil menunjukkan isyarat ibu jari sebagai tanda line clear. Kini, sudah tibalah masanya dia diselamatkan dari tempat yang selama ini telah mengurung dan menyeksanya. Selamat tinggal wahai makhluk durjana, penyelamatku telah tiba... Desis hati puteri itu.


..............................



Dipendekkan cerita, beberapa minggu kemudiannya puteri itu kelihatan dibawa memasuki sebuah tahanan sementara kerana telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane. Di sana dia ditahan setelah gagal melepasi pemeriksaan pihak kastam dan didapati beg yang dibawa bersama ketika itu mengandungi 5kg dadah terlarang ketika cuba memasuki negara tersebut.


Tamat.


Sekian entri kisah dongeng zaman moden...

24 comments:

ralphrazaq Says:
March 26, 2012 at 10:32 AM

punya la semangat aku membaca..in the end..............emmmmmmmmm

SM Says:
March 26, 2012 at 10:34 AM

ralph : dalam dunia realiti, kebanyakan kisah adalah anti-climax di penghujungnya. (sebenarnya malas nak taip panjang-panjang, matikan terus!) hahahaa...!!!

ralphrazaq Says:
March 26, 2012 at 10:38 AM

sm - nama orang tu siti nurlela ke? hahaha tapi imaginasi kau di perenggan atas tu buat aku percaya yang ni kisah dongeng..hahaha tak sangka aku tertipu..cis

SM Says:
March 26, 2012 at 10:41 AM

ralph : nama itu adalah rekaan. kita memang sentiasa hidup dalam dunia dongeng ciptaan kita sendiri. dan akhirnya akan memerangkap diri sendiri, macam kelda-keldai dadah sekarang...

ralphrazaq Says:
March 26, 2012 at 10:48 AM

sm - ok. bila aku baca untuk kali kedua baru aku nampak perinciannya di situ.

1. lelaki berkulit gelap dan berambut kerinting.
2. seekor keldai nyanyuk.

hahahaha..tapi tak sangka kot. senang ea orang percaya benda-benda macam tu. pelik aku.

SM Says:
March 26, 2012 at 10:52 AM

ralph : pergh, perincian tu! aku cuba cerita se`direct' yang mungkin, tapi masih berlapik sikit. entah la, mungkin lelaki melayu tak cukup hensem dan romantik kot. tak pun sebab diorang ni rasa tak cukup dengan apa yang dalam menara berkembar dan kemudahan material dalam tangan tu. entah, aku lelaki. wanita melayu, sila jawab...

ralphrazaq Says:
March 26, 2012 at 11:02 AM

sm - bukan dorang banyak duit ke? lagi-lagi dah ada 'bisnes' macam tu. konpem masyuk. tapi aku tak setuju bab tak cukup hensem dan tak romantik. ada je lelaki melayu yang ada kualiti tu. tak cari manekan nak jumpa..ye dak??

SM Says:
March 26, 2012 at 11:06 AM

...contohnya macam aku. hahahaa...!!!!

apa pun, masa silih berganti. isu ni dah makin sejuk. digantikan pulak dengan kes-kes culik yang bermacam gaya sekarang ni. yang culik betul-betul ada, yang olok-olok pun ada...

Anonymous Says:
March 26, 2012 at 11:08 AM

wahh hebat imaginasi ko ni...hantarlah kat S7W...gerenti kispen ko ni meletup...

Lwindsor

ralphrazaq Says:
March 26, 2012 at 11:10 AM

sm - dia tunggu masa untuk kembali panas je..yela sm, pakej lengkap. semua ada botak+hensem=super hensem+gojes..hahahaha tu yang buat entri geli-geli ea?

ye betul. tak surut kes Dirang, ada lagi budak kena culik pas balik dari kedai..isyh...dunia sekarang sudah tidak selamat untuk anak-anak.

SM Says:
March 26, 2012 at 11:11 AM

LW : banyak la kau... ni semua cerita menganjing je. (woi, log in la)

SM Says:
March 26, 2012 at 11:14 AM

ralph : dunia sekarang dah tak selamat untuk semua orang. lepas ni kes lain pulak.

ralphrazaq Says:
March 26, 2012 at 11:15 AM

sm - orang dewasa aku tak heran sangat tapi ni budak-budak kot.

Akim Iqbal Says:
March 26, 2012 at 11:16 AM

siapa suruh bawak dadah woih !!

Lady Windsor Says:
March 26, 2012 at 11:26 AM

Bahahaha....saja je aku poke kau...hikhikhik...aku heran betul dgn keldai darah ni...dah org dah bitau jangan ikut, jangan ikut...nak juga buat...bodoh bebenau...tak de org nak bagi makan angin percumanya kat dunia ni...alangkan bukak zip pun dah dua hengget kat KLCC...

SM Says:
March 26, 2012 at 11:46 AM

ralph : tapi ada orang guna kaedah `berserah"...

akim : takde siapa, sebab dia bangang. hahahaa!!!

LW : sebab dah kelabu mata, kelabu hati...

Lady Windsor Says:
March 26, 2012 at 2:06 PM

Lagi sokkabar dok kuarkan citer keledai ni lagi ramai yg nak melancongkan diri ke penjara Sao paolo ka, apa ka...

Pok Amai-Amai Says:
March 26, 2012 at 2:14 PM

Hahahahahahah!

Kejap aku sengih sendiri. Tiba2, aku gelak sakan sorang diri. Haishh...kang org kate aku gila lak kang. Tapi mcm ne nak control klu ko bt cite lawak mcm nie?

Tapi nape mst nak bwk panty liner? Siot je ko.

SM Says:
March 26, 2012 at 2:45 PM

LW : suratkhabar dengan tugas mereka melaporkan cerita atas prinsip mahu menyedarkan masyarakat. part tu aku puji. cuma kadangkala nilai kesedaran tu tak ramai yang ambil peduli. sangat sedut rasanya! (entah macamana agaknya situasi bila anak-anak dah dewasa esok)

MF : hahahahaaa... tang panty liner tu aku tambah masa last minute. baru real! apa pun, macam aku bagitau ralph, aku cuba cerita se`direct' mungkin dan se`real' yang mungkin tapi masih dalam lapisan metaforanya.

Telor Power Says:
March 26, 2012 at 8:49 PM

nanti aku dtg bailk....

NenetPenne (NP) Says:
March 27, 2012 at 4:06 PM

berita dah cakap macam2 tapi ada juga yang terpengaruh dan termasuk perangkap kan? pelik laaa

Telor Power Says:
March 27, 2012 at 9:13 PM

itulah ramai betul yg teperdaya...

Bidadari Syurga Says:
March 30, 2012 at 1:34 AM

adoi... class... ada tersirat dengn watak secara keselurhan... tanpa ilmu manusia hanyut, dgn ilmu manusia alpa.... cetek n tipis sabar, kucundng dgn cara yg agak sadis...

SM Says:
March 30, 2012 at 9:53 AM

NP : masalahnya, diorang ni mana baca/tonton berita. tu la dia...

TP : hidup nak sedap manjang, sendiri mau ingat la.

BS : amat malang, ada juga golongan yang tebal `ilmu' turut membenarkan diri sendiri diperbodohkan.