Seret

| Monday, March 05, 2012 | |

Malam tadi, lebih kurang lima belas minit sebelum jam dua belas tengah malam.


Aku pulas tombol pintu ikut arah jam, walau pun kalau ikut lawan jam tetap akan terbuka juga pintu. Aku buka solid door yang jadi daun sejak hampir tiga tahun lalu dengan tangan kanan. Aku hulurkan kaki kanan. Pijak selipar tapak hitam bertali merah separa lusuh. Sarungkan dengan kaki kanan. Sarungkan juga dengan kaki kiri. Ehem, aku berdehem mengendurkan rongga kerongkong.


Tangan kiri menjinjing plastik hitam. Isinya penuh sejak petang. Tergantung di pintu dapur, sejak pagi semalam. Aku berjalan perlahan, menyeret kemas selipar getah buatan Malaysia dan kilang di Thailand. Aku menuju pintu pagar. Aku lepaskan selak pagar dengan tangan kanan. Jari kelingking kanan terselit gugusan kunci. Ada kunci pintu pagar, ada kunci pintu rumah, ada kunci sprocket belalang tempur.


Hmmm, aku menghela nafas panjang. Udara tak segar macam seratus tahun dulu. Aku melangkah lagi. Menuju tong sampah di bahagian kiri rumah. Kaku di sebelahnya adalah tunggul pokok mata kucing. Tapi masih hidup sebab sudah mula bertunas kembali. Aku buka penutup tong sampah dengan tangan kanan. Melepaskan bungkusan plastik hitam ke dalam perutnya. Aku tutup semula, juga dengan tangan kanan.


Aku berpusing 360 darjah, kembali mengadap pintu pagar. Aku melangkah. Pertama, kedua dan ketiga... Langkah ke lima, dahi aku berkerut. Nafas dihembuskan kuat-kuat. Sial! Aku memaki dalam hati.


Gaya berjalan aku berubah. Tidak normal lagi. Pintu pagar ditutup kembali, selak dimasukkan semula. Mangga dikenakan. Aku sambung lagi berjalan, masih tidak normal. Kaki kiri menyeret selipar dengan kemas seperti tadi. Tumit kaki kanan aku memijak lantai, menampung 50 peratus berat badan. Berkongsi dengan kaki kiri. Tapi masih tak normal. Seakan berjingkit.


Sampai ke muka pintu. Aku kesat tumit kaki kanan pada betis kiri. Memijak masuk ke dalam. Kaki kiri pula melepaskan selipar hitam bertali merah separa lusuh. Aku tutup grill. Aku kenakan mangga. Aku menolak daun pintu. Menekan punat pada tombol agar terkunci dengan selamat.


Sebaik tugas membuang sampah selesai, aku sekali lagi memaki dalam hati. "Kimak betul la. Entahkan anjing, entahkan kucing. Sekali lagi kau berak depan rumah aku, aku baling dengan batu sampai mampus!" Aku menjerit dalam hati mengenangkan sebelah selipar aku yang terpaksa ditinggalkan di luar pagar.


Esok pagi, satu hal lagi aku nak kena samak...


Sekian entri ayat pendek-pendek...

23 comments:

Mr.Clive Says:
March 5, 2012 at 10:08 AM

hahaha sabo aje la bro...keh3

Telor Power Says:
March 5, 2012 at 10:45 AM

hadoo...rilek2, kalau sah2 itu najis dari anjing mmg kena samak la...jgn lupa buat jerat tuk anjing tu. dapat tangkap boleh aku join baling batu sama hahaha

SM Says:
March 5, 2012 at 10:47 AM

gua standby kayu beluti kat tepi pagar. bukan nak hempuk penyamun, tapi nak pakok si pelaku.

NenetPenne (NP) Says:
March 5, 2012 at 11:22 AM

beli je selipar baru..abis citer...

Pok Amai-Amai Says:
March 5, 2012 at 11:29 AM

Ko tabur ubat gegat dpn umah. Sblm tabur, hancurkan ubat gegat dulu.

Adehh!

Lady Windsor Says:
March 5, 2012 at 12:32 PM

mommyfara, betul ke ubat gegat boleh halau anjing? ok akak nak buatlah...sebab rumah akak selalu jadi jamban hanjing2 tu..

SM Says:
March 5, 2012 at 12:37 PM

NP : selipar kesayangan tu... cinta hati yang pertama.

MF : nak kena hancurkan dan tabur bagai, baik aku rembat terus je. bagi dia mati sesat.

LW : agak2 berapa paket nak pakai?

Telor Power Says:
March 5, 2012 at 1:13 PM

pergh gile nak hambat bagi mati....tak pasal2
nanti roh dia kaco hidup lu bro...hahahha

Lady Windsor Says:
March 5, 2012 at 1:49 PM

SM,
ntah...aku ingat nak beli lima paket tabur depan rumah..cam dajal betul je anjing tu rumah lain tak mo plak melepas, rumah aku juga yg dicari..siap la lepas ni...perang fisabilillah..

SM Says:
March 5, 2012 at 2:12 PM

TP : najis dia yang mengganggu aku macamana nak kira?

LW : ha, ni lagi dasat!

Telor Power Says:
March 5, 2012 at 2:45 PM

tu pasal ko kena pasang jerat bro...bila dah dapat.aku boleh join 'paykong' anjing tu ngan baru. tak pun lu 'paykong' aku amik gambar...baru boleh letak gambar dlm blog. tak pun kalau gambar ko kena kejar ngan anjing ker hahaha....mesti stail.


aku takut bila ko hambat sampai mati je nanti, puak2 sekutu dia datang cari ko balas dendam

SM Says:
March 5, 2012 at 4:08 PM

TP : untuk misi ni, kita perlu perancangan yang rapi.

Pok Amai-Amai Says:
March 5, 2012 at 4:55 PM

Jgnlah pukul. Anjing tak berakal. Kesian die....klu manusia yg sengaja berak dpn umah ko, lainlah cite...ye dak? Tu pun kena tgk gak. Klu org gile, repot kat spital. Klu anjing, ko call je MBPJ (eh, Puchong under MBPJ ke??) Klu agak2 tak de tindakan, ko g repot kat bilik gerakan PKR/DAP. Ugut diorang, klu tak bertindak....repot kat ADUAN RAKYAT. TV3 mst berebut punyelah nak berita ko.

=)

SM Says:
March 5, 2012 at 4:57 PM

MF : pergh, pasal pijak taik pun nak report? takpe, aku ambil pendekatan senyap. iaitu senyapkan binatang tu. hahahaa..!!!!

Telor Power Says:
March 5, 2012 at 7:30 PM

SM : aku bila MF kata begitu(baris pertama)....terus aku tak jadi nak buat kerja jahat. hadoo....

insap jap tuk buli anjing

Lady Windsor Says:
March 5, 2012 at 7:39 PM

MF, konfem ke ubat gegat boleh halau anjing tu?

Pok Amai-Amai Says:
March 6, 2012 at 7:28 AM

LW - Klu kucing mmg menjadi kak. Tapi klu anjing, lom try g. Cubelah dulu.....

SM - Maksud aku, repot sbb anjing berkeliaran. DAP/PKR kan suke je bt isu remeh. Ape lagi. Ko pun g la ngadu mende2 remeh mcm nie. Anjing berkeliaran, buang najis depan umah, menyusahkan kami orang Muslim. Bla...bla...bla...

TP - Anjing tu walaupun kejadiannya hina tp tetap makhluk Allah. Klu mati pun, still msk syurga. Cuba klu kite manusia yg semulia-mulia makhluk nie?

NenetPenne (NP) Says:
March 6, 2012 at 12:12 PM

@LW
kawasan rumah u tu kira dia punya territory laa tu..
why not tabur belerang @ sulfur... sebab bau tu binatang tak suka...


@SM
cinta hati pertama? kalau rosak ke tak boleh pakai, sila frame selipar tu yer... ada kaa?? beli lain jelah.... haishhh


@PAA
rumah i setiap ceruk ada ubat gegat..penghalau cicak..muahhhaaaa


@TP
jangan buli anjeng...tak baik...

Telor Power Says:
March 6, 2012 at 12:48 PM

MF & NP : Insaf...insaf...

SM Says:
March 6, 2012 at 2:44 PM

TP : aku akan buat jugak satu hari nanti, tapi tak bagitau MF.

LW : kalau anjing tu macam semut, mungkin berkesan kot.

MF : DAP, PKR, PAS, UMNO, Gerakan, MIC - semua sama dengan.

NP : kalau rosak akan aku simpan dan kenang jasanya hingga akhir hayat. cewah!!!

Pok Amai-Amai Says:
March 6, 2012 at 4:15 PM

Ko tak nak bgtau aku tp ko tulsi terang2 bg aku baca. Cett!

Abis tu, klu dah seme sama, ko nak ngadu mslh ko kat sape?

Hehehehe...

SM Says:
March 6, 2012 at 5:18 PM

pada tuhan.. hahaa!

Telor Power Says:
March 6, 2012 at 10:00 PM

jgn lupa roger juga aku bro.....
aku dtg nak tgk ko buat perbuatan tu,aku amik gambor jer buat kajian