Rasa Kenyang

| Sunday, March 25, 2012 | |
Orang kaya hulur kad hutang bayar makanan untuk rasa. Orang miskin selak celah wallet beli makanan untuk kenyang.


Dalam hal membeli makanan (atau keperluan) pada aku, di dunia ni cuma ada dua golongan je iaitu orang kaya dan orang miskin. Ya, walau pun kita bekerja makan gaji keluar pagi balik petang, cukup bulan bayar hutang. Tapi kita tetap bukannya terletak di kelas pertengahan. Kerana pada zaman milenium sekarang, pertengahan tidak lagi wujud.


Kenapa aku kata begitu? Sebab...


Kita orang kaya kalau:
...membeli sesuatu barang (makanan terutamanya) tanpa memikirkan sangat soal harga. Yang penting pada kita, rasanya yang sedap dan memuaskan tekak tamak kita. Seciput? Takde hal. Apa la sangat harga sejemput makanan atas pinggan leper yang harganya cecah RM100. Mahal? Pun takde hal, janji puas. Hidup jangan berkira sangat, nanti mati celik. Dah kambus pun mata terbeliak lagi. Nak ke macam tu.


Kita orang miskin kalau:
...tercari-cari tempat makanan nasi campur yang murah. Nasi ditokok dalam bungkusan yang menggunung. Letak kuah lebih, satu jenis lauk. Kalau bukan sayur, mesti telur dadar je. Tak sedap takpe, janji murah sebab duit dalam wallet tinggal beberapa belas ringgit je. Dalam akaun pulak ada lagi sedikit baki tapi tak boleh cucuk keluar sebab balance kurang sepuluh ringgit.


(gambar curi: aku tau benda ni mesti gila babi punya mahal!)


Bila-bila masa kita boleh jadi sama ada golongan yang pertama atau yang kedua, bergantung pada keadaan.


Sekian entri pasal nilai makanan...

16 comments:

reen afny Says:
March 25, 2012 at 11:58 PM

huhu betul tu bro.
kadang2 memilih jugak tempat, tempat murah nak makan. lagi2 time tengah dan hujung bulan kan. kbai

SM Says:
March 26, 2012 at 12:04 AM

ra : yang penting kenyang dan menjimatkan... kbai.

reen afny Says:
March 26, 2012 at 12:27 AM

boleh je dapat makanan murah dan sedap. hehe kbai

SM Says:
March 26, 2012 at 12:35 AM

ra : tapi tidak bagi mereka yang mementingkan status.

reen afny Says:
March 26, 2012 at 12:41 AM

huhu untuk orang kaya.. guna kad kredit boleh lah makan tempat mahal2. huhu

SM Says:
March 26, 2012 at 12:44 AM

sebab pada mereka, duit bukannya masalah (walau pun hutang).

Telor Power Says:
March 26, 2012 at 12:52 AM

aku sokong dgn ko bro....tapi kalau aku kaya mgkn juga aku akan merasa buat dan cari makanan yg mahal2 mcm dlm gambar curi ko tu(maklumlah duit byk)

tapi....kalau dah setakat gaji aku lepas utk stok magi hujung2 bulan, jgn nak mimpi lah nak buat.

SM Says:
March 26, 2012 at 12:54 AM

TP : aku pun kalau kaya, hari-hari aku cuma fikir mana nak cari makanan paling sedap. harga belakang kira...

reen afny Says:
March 26, 2012 at 12:57 AM

hahaha jom berangan jadi orang kayap.... haha

SM Says:
March 26, 2012 at 7:27 AM

ra : aku tiap-tiap hari berangan jadi orang kaya.

Ujie Says:
March 26, 2012 at 8:06 AM

tersenyum sendiri baca..
status saya selalu berubah, kdg jadi org kaya..kdg miskin. bergantung pd bajet & tujuan mkn saat itu.

SM Says:
March 26, 2012 at 8:58 AM

ujie : kadang-kadang, itu dia. kadangkala kita miskin, dan kadangkala sebaliknya.

Pok Amai-Amai Says:
March 26, 2012 at 9:16 AM

Yeke? Tapi aku konpius sbb aku bkn ORANG KAYA. Bile aku baca discription ORANG MISKIN, aky tak le tergolong dlm golongan tu jugak...

Klu takde kelas pertengahan, aku nie kelas ke erapa agaknye? Uwaaa!

SM Says:
March 26, 2012 at 10:05 AM

MF : takde kelassss... auw!!!

Pok Amai-Amai Says:
March 26, 2012 at 2:11 PM

Hina betul...

>=p

SM Says:
March 26, 2012 at 2:45 PM

MF : ala gurau je la. kalau atas bukan, bawah pun bukan. tak tau nak bubuh mana.