Monsun

| Wednesday, March 14, 2012 | |

Dulu masa belajar subjek geografi dengan cikgu Latifah kat sekolah menengah, seingat aku dia pernah ajar dua jenis monsun utama yang mempengaruhi iklim di semenanjung Malaysia. Pertama adalah monsun timur laut (anak panah bertanda A) yang bertiup dari Laut China Selatan ke arah pantai timur semenanjung bermula pada bulan November hingga bulan Mac. Lazimnya, angin monsun ini akan membawa sekali hujan yang lebat hingga menjejaskan pendapatan penjual aiskrim berhampiran sekolah di sekitar negeri-negeri pantai timur.


Manakala monsun barat daya (anak panah bertanda B) pula akan bertiup dari Selat Melaka ke arah pantai barat semenanjung bermula pada bulan Jun hingga September. Walau pun angin monsun ini turut membawa hujan sekali, tetapi kebiasaannya hanya cikgu-cikgu sekolah di negeri-negeri utara semenanjung sahaja yang akan meranduk air ke kelas hingga ke atas lutut, satu pandangan yang mempesonakan. Tetapi tempat-tempat di sebahagian pantai barat dan selatan semenanjung jarang terjejas teruk.


Tetapi sekarang ni, apa kejadah yang dah berlaku pun aku tak faham. Nak katakan sepanjang tahun semua tempat kat semenanjung ni memang berpotensi menjadi lubuk ikan talapia. Bulan November, Batu Pahat boleh banjir. Kuala Kedah jangan cerita la, takde beza pun dengan Kota Bharu. Masing-masing kena bersedia menghadapi banjir dan panas terik setiap masa.


Aku rasa, dalam beberapa tahun lagi silibus mata pelajaran geografi sekolah menengah kena la rombak semula. Supaya nanti takde la cikgu-cikgu lepasan ijazah yang comel tak ingat tu tak pening kepala nak menjawab soalan murid `kenapa bulan Disember sekolah kita kat Parit Sulong ni pun boleh jadi pusat pemindahan banjir'!


Sekian entri ulasan keserabutan iklim Malaysia.

16 comments:

Pok Amai-Amai Says:
March 14, 2012 at 5:18 PM

Jgn la pulak tak lama lagi turun salji. Huhuhu!

Cuaca skg dah tak menentu. Kelam kelibut je...

Menakutkan...

SM Says:
March 14, 2012 at 5:33 PM

ya, iklim tak menentu, cuaca sukar diramal. tiada lagi musim hujan atau musim panas. musim orang kahwin pun dah takde. semua sama je...

Lady Windsor Says:
March 14, 2012 at 11:22 PM

Kalau ko notice bukan setakat hujan je dah takde musim, buah-buahan pun dah kacau bilau masaknya..kalau dulu nak makan durian kena tunggu musim durian, sekarang sepanjang tahun ada. Semua benda sudah tergelincir dari rail...

SM Says:
March 14, 2012 at 11:26 PM

LW : mulanya aku ingat nak bikin cerita pasal musim durian dan musim berkhatan. tapi durian banyak duri, leceh pulak aku nak lukis. aksi budak berkhatan pulak aku tak berani lukis, sensitif. hahahaa...!!!

Telor Power Says:
March 14, 2012 at 11:47 PM

cuaca dah berubah2 jadual aku nk ke pulau pun dah susah.

kacau bilau sedikit

Lady Windsor Says:
March 15, 2012 at 12:14 AM

Ahh lukis jer...hahahaha

SM Says:
March 15, 2012 at 12:54 AM

TP : begitu juga aktiviti mengail aku.

LW : kena details, tu yang susah.

reen afny Says:
March 19, 2012 at 11:58 AM

geografi?? hoho memang fail bab2 ni. sebap selalu sesat. haha

tapi macam tak percaya je time pmr aku dapat B????? hahahaha

SM Says:
March 19, 2012 at 3:07 PM

ra : mesti kau dah kawtim dengan pemeriksa.

reen afny Says:
March 19, 2012 at 5:36 PM

ngek la... dia tengok aku bersungguh2 kot. tu yang dia bagi B. okay la tu ;)

SM Says:
March 19, 2012 at 11:13 PM

ra : tak mungkin, aku tak percaya...

reen afny Says:
March 21, 2012 at 4:28 PM

time tu aku fokus hokayy.. hehe

SM Says:
March 21, 2012 at 5:11 PM

ra : fokus masa tulis nombor giliran.

reen afny Says:
March 23, 2012 at 11:02 AM

jahatttttttt

reen afny Says:
March 23, 2012 at 11:04 AM

eh, btw.. pacar aku tu pun botak. haha baru pasan ;p

SM Says:
March 23, 2012 at 11:07 AM

ra : ha kan, aku dah bagitau... orang botak memang power! sesuai buat laki. hahahaa!!!