Boss...!

| Friday, March 09, 2012 | |

"Malaysia menduduki tangga ke-10 dalam carta terbaik wanita pengurusan kanan dalam sektor ekonomi. Jumlah itu menggambarkan pencapaian cemerlang wanita semakin meningkat menyaingi dominasi lelaki.


Mengikut laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton (IBR) peratusan wanita Malaysia dalam pengurusan kanan sedikit menurun, daripada 30 peratus kepada 28 peratus sejak tahun lalu."


-Berita Hairan, Jumaat, 9 Mac 2012.


SATU


Assalamu 'alaikum. Aku ni sebenarnya bukan jenis manusia yang ketagih nak selak suratkhabar setiap pagi, tapi kalau ada kelapangan dan kebetulan pulak ada naskhah akhbar tak kira terbitan mana pun sama ada jenis tipu atau jenis yang separa jujur, aku sebat je. Baca sikit-sikit, selak lebih-lebih.


Entah macamana, aku boleh tertarik pulak dengan satu artikel dalam sisipan Ratu kat Berita Hairan hari ni. Yang buat aku tertarik cuma perenggan pertama dan perenggan kedua je. Satu yang aku sedikit keliru adalah kedua-dua perenggan awal ni agak kontra sedikit fakta dan penghujahannya.


Mana kan tidak. Perenggan pertama dikatakan `pencapaian cemerlang wanita semakin meningkat' tapi pada perenggan kedua pulak dikeluarkan kenyataan yang merujuk kepada satu laporan kajian antarabangsa mengenai penurunan peratusan penglibatan wanita dalam pengurusan kanan di Malaysia. Hm, confuse aku.


Atau pun aku salah faham sebab artikel ni aku tak baca habis. Hahahaaa...!


DUA


Siapa suka ada bos perempuan? Kalau aku tanyakan soalan ni kat sepuluh orang pekerja perempuan, mungkin cuma tiga atau empat orang je yang akan berdiri dengan megah sambil menjulang tangan ke siling.


Tapi kalau aku tanya, siapa suka jadi bos? Mungkin semua perempuan yang aku tanyakan soalan ni akan tersengih-sengih dan memberikan jawapan positif.


Realitinya, sejak aku meninggalkan bangku pengajian dan memasuki alam pekerjaan tak ramai daripada orang yang aku kenali suka bekerja di bawah bos perempuan. Entah kenapa. Ramai yang akan memberikan jawapan yang bos wanita ni adalah seorang yang (1) terlalu cerewet dalam menerima kerja yang diserahkan atau (2) tidak pandai mengambil hati pekerja bawahan atau (3) mempunyai ego yang sedikit tinggi ketika di pejabat atau... Entah, aku lupa nak taip apa!


Apa pun, dulu aku suka bekerja dengan bos aku seorang professor di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang memegang jawatan dekan fakulti ketika itu. Dia seorang yang sempoi walau pun mempunyai pengaruh kuat dan begitu disegani di kampus. Dan yang paling best, dia pernah belanja semua staf makan ikan bakar kat sebelah Dewan Bahasa sempena tamat kontrak aku bekerja dengan dia. Dan dia adalah seorang perempuan...


Gambar curi dari Google.
Aku harap Tuhan tak anugerahkan aku boss yang macam ni.


Sekian...

22 comments:

ralphrazaq Says:
March 9, 2012 at 4:07 PM

kau silap. ada yang ok ada yang tak ok..begitu jugak dengan bos lelaki..tak semuanya best..

SM Says:
March 9, 2012 at 4:12 PM

ralph : eh, ada. aku ingat kau masih berkawat lagi. tiga statement yang aku bagi tu adalah pendapat yang aku kutip sepanjang hampir 10 tahun aku bekerja. apa pun, aku takde masalah dengan siapa pun bos aku sama ada lelaki, perempuan atau bapuk. hahahaa...!!!

ralphrazaq Says:
March 9, 2012 at 4:22 PM

aku tak pergi. aku sakit mata la. aku ada masalah sekarang ni. ape kaedah penyelesaian yang sebaiknya?

Lady Windsor Says:
March 9, 2012 at 4:46 PM

1. Aku rasa kalu ko baca betul2 tak de confuse la cuma sedikit tricky...

...para pertama bermaksud Malaysia termasuk dalam carta 10 terbaik wanita terbabit dalam pengurusan kanan DALAM SEKTOR EKONOMI

manakala

para kedua bermaksud wanita Malaysia dalam pengurusan kanan sedikit menurun daripada 30% kepada 28% sejak tahun lalu...so para ini merujuk kepada wanita yang terbabit dalam pengurusan kanan secara menyeluruh dan tidak spesifik kepada ekonomi mahupun politik...

beb ko suka kalu bos ko bapuk? motif?

lagu tu ka bos idaman ko?

SM Says:
March 9, 2012 at 4:47 PM

ralph : penyakit yang takde ubat. tu la balasan orang yang kuat skodeng. hahahaa...!!!

ralphrazaq Says:
March 9, 2012 at 4:48 PM

setan!!!

SM Says:
March 9, 2012 at 4:48 PM

LW :

oh, aku salah faham la ni... lain kali aku baca habis.

tu bukan bos idaman aku, tapi rakan sepejabat idaman. hahahaa..!!

SM Says:
March 9, 2012 at 4:52 PM

ralph : hahahaa...! jangan marah beb. aku gurau je. aku cuma ulang apa yang orang2 tua cakap. ni penyakit yang punca daripada aktiviti skodeng. betul ke? kau yang kena sahkan sendiri...

ralphrazaq Says:
March 9, 2012 at 4:54 PM

bukan ketumbit la bangang..ni sakit mata yang mata jadi merah. dah jadi adik kepada cyclop aku nih...

SM Says:
March 9, 2012 at 5:00 PM

hahahaa...! marah nampak! kalau ketumbit sebab skodeng. kalau sakit mata yang ni, apa pulak? ha, nak bagi alasan jangkitan kuman la tu. hahahaa...!!!

Irfa Says:
March 9, 2012 at 5:09 PM

dulu..opis lama..
bos pompuan..hari2 nak gi keje mcm nak gi perang.sakit jiwa aku

skrng..
bos pompuan..
sgt baik..dan mungkin yg paling baik aku jumpa

SM Says:
March 9, 2012 at 5:10 PM

irfa : ok, seri satu sama...

ralphrazaq Says:
March 9, 2012 at 5:20 PM

bongok la kau...aku hembus kuman ni sampai kat mata kau..padan muka!! hahaha

SM Says:
March 9, 2012 at 5:22 PM

ralph : jangan woi. mata aku ni dah la rabun. spare part pulak susah nak cari. kalau nak sakit jangan ajak kawan-kawan. kau ambik je la doa aku yang tak seberapa ni. semoga lusa baru sembuh. amin...

ralphrazaq Says:
March 9, 2012 at 5:27 PM

sayang gak kau kat aku kan? hahahaha!! amin...

SM Says:
March 9, 2012 at 5:33 PM

ralph : ingat, lusa baru kau sembuh. sementara tu hari minggu ni kau kena habiskan masa dengan mengenang apa dosa kecil yang dah kau buat. sebab penyakit tu sebagai salah satu `teguran' tuhan. hahaha...! (gurau je)

Clara Croft Says:
March 9, 2012 at 9:28 PM

Bos saya perempuan, orangnya tegas sangat, segan kami kepada beliau. Bos perempuan ya biasanya lebih perhatian, tapi kadang kurang fokus karena harus membagi pikiran kepada keluarga di rumah juga. Salam kenal ya, makasih sudah main ke blog saya :)

Telor Power Says:
March 9, 2012 at 9:36 PM

bos aku lelaki....ramai yg kata aku adalah bos kepada bos aku. pasal semua kerja aku yg remeh temeh aku serahkan pada bos aku. kalau bos department tahu perangai aku begini sah2 dia hantar aku ke department lain hahahaha


*sapa suh bos aku dgr dan turut kata2 aku hehehe

SM Says:
March 10, 2012 at 12:22 AM

Clara : bos perempuan atau lelaki sama2 ada pro & con. untung nasib dapat bos yang `cool'. sama-sama, sedang dalam mood merayau...

TP : macam ni punya perangai, kalau aku jadi boss department, aku hantar kau jadi boss kepada boss punya menantu. pangkat paling besau!

Telor Power Says:
March 10, 2012 at 2:04 PM

SM : hahaha...kalau dia support semua boleh la....aku nak jadi boss besau di rumah mcm tu...biar pak mentua dan anaknya saja yg berkerja.

Mmg jahanam aku...

SM Says:
March 11, 2012 at 11:52 AM

TP : banyak cantik lu punya telur! hahahaa!!!

NenetPenne (NP) Says:
March 13, 2012 at 12:18 PM

cantik??? nak tengok... nak tengok..bhahahaaa