Kosong

| Tuesday, March 06, 2012 | |



Ruang kosong yang melingkar di dalam kepala otak aku kini sedang dipenuhi dengan lompatan aksara-aksara minta dilepaskan ke udara. Namun malangnya, apabila minda aku mengarahkan saraf-saraf aku agar mengetuk jari-jariku pada mata papan kekunci, semuanya tiba-tiba hilang... Hilang mengecut dibawa hanyut ke serata pembuluh darah. Sedikit demi sedikit, kesemua zat ilham terurai oleh dominasi sel-sel darah putih yang langsung mencernakan idea aku entah ke mana.


Ada sesuatu yang hilang. Hilang. Kehilangan yang membuatkan kursor aku seperti tumpul untuk menakik huruf-huruf roman. Apa yang terpapar cuma kosong...


...kosong yang tiada apa-apa.


Dan aku hanya mampu memohon ampun kepada diri sendiri kerana kegagalan yang tidak aku sengajakan ini. Sekarang aku sedang mengarang hukuman yang paling ringan untuk diri sendiri. Dirasakan paling ringan oleh penghuni neraka paling bawah, tetapi berat yang teramat sangat oleh makhluk yang lain.


Waktu ini, bahu kiri aku sedang mengendur ke muka lantai kerana hukuman berat yang tidak seberapa ini.


Maafkan aku wahai diri sendiri.


Sekian, untuk ketika ini.

4 comments:

Pok Amai-Amai Says:
March 6, 2012 at 7:23 AM

La....ko tak smpt save ke ape?

Lady Windsor Says:
March 6, 2012 at 8:49 AM

Aku rasa hukuman paling sesuai untuk diri ko sendiri adalah duduk di kedai mamak sambil pekena kopi tarik dan satu set roti bakar...makan perlahan-lahan sambil meneliti lalu lintas, sambil merencana tugas untuk hari ini dan bila kopi sudah ko sedut ke titisan terakhir, sila balik ke ruang bekerja semula. Masa itu aku percaya otak ko sudah penuh terisi dengan segala bagai perancangan..

NenetPenne (NP) Says:
March 6, 2012 at 12:03 PM

sorry aku tak baca tulisan jawi..slowwww...

SM Says:
March 6, 2012 at 2:39 PM

MF : mainboard dalam kepala aku ada problem kot.

LW : ya, itu sudah semestinya!!!

NP : kat bawah tu ada versi tulisan rumi.