Kejar!

| Thursday, March 22, 2012 | |
"Ha, laju lagi. Laju! Langgar dia. Hahahahaa! Woohooo....! Laju lagi, laju!!!"


Suasana riuh mengisi segenap ruang dalam Proton Iswara 1.5s sedan berwarna biru petang itu. Mamat yang duduk di belakang dan Gemuk di sebelah kiri aku sama-sama galak dan terjerit-jerit melihat benda yang berada di hadapan kami ketika itu. Selaku chainman, mereka berdua adalah orang kuat aku ketika di site, dan selalunya suara aku pasti akan mengalahkan suara mereka di tengah-tengah hutan sekunder, agar arahan aku dapat diterima dengan jelas. Tapi petang itu, suara mereka berdua berjaya menenggelamkan dekahan keras dari rongga kerongkong aku.


"Cepat! Langgar dia. Laju lagi. Hahahaaa! Woohooo... Hahahahaa!!!" jerit Mamat di belakang. Tubuhnya didorongkan ke hadapan antara aku dan Gemuk.


Aku turut sama berdekah kuat. Tangan kiri aku sudah terletak di atas kepala gear knob bersalut krom, bersedia akan segala kemungkinan. Manakala tangan kanan aku menggenggam kemas stereng wheel sambil sebatang kretek terselit di celah jari telunjuk dan jari hantu. Tinggal suku.


Gedebuk, gedebuk, gedebuk!


Kedengaran tapak kaki itu menghentak permukaan jalan tanah merah. Permukaan yang mengeras dek kerana sudah hampir seminggu tidak disiram hujan.


"Hahahahaaa..!! Hahahaa!!! Laju lagi! Cepat, cepat! Langgar dia! Langgar..." Semakin galak jerit pekik tersembur keluar dari mulut Mamat dan Gemuk.


Beberapa ratus meter kemudian, tiba-tiba benda itu menyendengkan badannya ke kiri sedikit. Bukan kerana kehilangan imbangan badan, tetapi kerana mahu mengelak bontotnya dihentam bumper kereta yang aku pandu. Makin lama makin ke tepi. Jelas kelihatan bulu-bulu jarang yang tumbuh di tengkuknya beralun dibuai lenggok badannya. Makin lama makin dekat jarak antara bontotnya dengan bumper kereta. Dan makin lama tubuhnya makin menyusur ke arah semak.


Zuppp...!!!


Hilang. Sekelip mata benda itu hilang ditelan rimbunan semak setinggi kepalanya. Sama pantas dengan kemunculannya beberapa minit sebelumnya.


"Alaaa... Tak sempat...." Gemuk dan Mamat mendengus kecewa. Aku masih ketawa terbahak-bahak. Nasib kau baik kali ni. Lain kali kalau aku nampak lagi, memang nak kena baling dengan tripod heavy duty aku ni...
Sekian entri mengimbas kenangan silam...

16 comments:

Lady Windsor Says:
March 22, 2012 at 10:37 PM

Objek tu yang kita panggil babi hutan kan? Kawan aku bawak keta proton iswara, pernah langgar sekumpulan babi hutan di pedalaman hutan Pahang...yang tekejut tu, kesan langgar babi tu, keta dia kemek dan kawasan yang berlanggar dengan babi tu siap ada kesan kasar dan menggerutu seperti salinan bulu haiwan tu tercetak kat situ...ko bayangkan betapa kasarnya kulit haiwan tu..

Lady Windsor Says:
March 22, 2012 at 10:38 PM

Eh aku 1 st lah!

SM Says:
March 23, 2012 at 7:45 AM

3rd! bagi aku nombor kereta dia. mesti naik special prize ni. aku berani langgar sebab kereta company. lagi pun hampir tiap-tiap hari bertembung dengan dia dalam hutan, nak jugak berentap face to face. haha!

ralphrazaq Says:
March 23, 2012 at 9:30 AM

yekkkk......bau dia sangat busuk..!!!!

reen afny Says:
March 23, 2012 at 9:50 AM

hahaha untuk sekali dengar somel jek ayat member kau tu. laju lagi.. woahh langgar dia... haha

tapi bila kali kedua dan ketiga ulang ayat sama aku rasa cam kejam lak. huhuhuuu tapi kalau langgar babeeee.. okeh kot. haha jahat2.

SM Says:
March 23, 2012 at 9:53 AM

ralph : tak busuk, serious shit beb! tapi kalau taik dia, tak boleh nak cakap la...

ra : kau kejam sebab ada nak nak bunuh. kami cuma nak bersenda gurau je.

ralphrazaq Says:
March 23, 2012 at 9:57 AM

sm - busuk la...aku pernah nampak depan-depan tau

SM Says:
March 23, 2012 at 10:02 AM

ralph : tapi bau babi belaan dalam kandang lagi busuk. campur pulak dengan buangan dia. itu la bau paling busuk dalam dunia.

Pok Amai-Amai Says:
March 23, 2012 at 11:01 AM

Mcm ade kene mengene dgn tajuk muke dpn Malay Mail je. Heheheh...

Korang nie tak baik tau bt babi hutan mcm tu. Apelah yg die tahu. Sedih aku. Klu die dikatekan terjah org pun, cube kitelari menyimpang...pandai ke die menyimpang gak? Silap2 parit dpn pun die langgar je.

Iskk....iskk....tisu-tisu. Aku sedih sgt nie...

reen afny Says:
March 23, 2012 at 11:05 AM

hahaha aku pulak kejam???? kau langgar betul2 ke bhai??

takde la. aku suka cakap ayat tu jugak. tapi takde la langgar betul2. huhu

SM Says:
March 23, 2012 at 11:06 AM

MF : nak bergurau pun tak boleh. sensitif sangat la kau ni. ha, apa pulak tajuk Malay Mail tu?

SM Says:
March 23, 2012 at 11:09 AM

ra : memang niat nak langgar pun, tapi bukan sampai sedera parah. buat stok gurau kasar. takde yang peliknya ayat tu. aku rasa yang pelik tu adalah kau kot. tak faham aku...

NenetPenne (NP) Says:
March 23, 2012 at 3:10 PM

walaupun dia babi tapi dia tak bersalah, kenapa nak langgar dia... tak baik tau

SM Says:
March 24, 2012 at 3:18 PM

NP : ala, nak bergurau pun tak boleh...

Telor Power Says:
March 25, 2012 at 4:17 AM

sm: bro lu tak baik buat mcm tu bro...ish3
lu x ingat ker masa planning nak hambat anjing di entri2 lu yg lepas. owh lupa dah masuk ke longgokkan sampah.


(ayat cover line dari MF)

*aku dapat rasakan kemeriahan dan riuh dlm kereta tu ketika mengejar sang babi

SM Says:
March 25, 2012 at 7:11 AM

TP : lu jangan tak tau. si MF tu aktivis haiwan. kalau kita jentik semut api pun dia marah.