Kategori

| Saturday, March 10, 2012 | |
***Waktu minum pagi, bersama dengan mereka sembil melayan perbincangan tentang isu-siu semasa. Dapat mengetahui harga rumah yang baru diduduki dan keputusan peperiksaan anak-anak masing-masing. Dan kadang kala apabila adanya isu-isu panas sekitar arena politik negara di Buletin Utama pada malam sebelumnya, akan kelihatan babak menepuk meja dan meninggikan suara. Tapi aku tetap setia menjadi batu bisu memerhatikan gelagat mereka, sembil mengepau sebatang rokok dari orang terhampir.


***Ketika hujung minggu, cuti umum atau masa-masa yang aku free; bersama dengan dia pulak di tebing sungai atau tasik buatan. Berbincang tentang jumlah tangkapan mat Indon di hujung sana sambil menunggu kail diragut ikan. Ada kalanya, kami seringkali berpindah tempat apabila yakin ikan di sesuatu kawasan itu sedang mengalami depresi hingga hilang selera makan. Tak lupa, kami akan cuba mempraktikkan kaedah-kaedah baru melalui pemerhatian di sekeliling serta tip-tip dari teman sepejabat yang lain.


***Untuk keyakinan yang lebih pula tatkala menjalani hidup sehari-hari, aku akan bersembang di dalam telefon atau berbalas sms pula dengan dia, seorang ejen insurans yang baru membeli sebuah rumah berharga hampir setengah juta ringgit. Dia gemar menekan butang `like' terhadap apa-apa sahaja yang aku tak puas hati di fuckbook. Dan kami juga kerap ketawa bersama-sama setiap kali bertemu janji di lobi pejabat aku. Dulu semasa zaman sekolah, bukan kawan yang kamcing lantaran kami tidak tinggal di dorm yang sama. Tetapi kini dia adalah kawan merangkap penasihat insurans aku.


***Setiap kali aku membuka pintu keluar rumah dan menyarungkan selipar, dia sudah sedia tercongok di sebalik dinding bata setinggi dada di sebelah sana. Biasanya, waktu `kebetulan' kami adalah pada waktu malam selepas jam sepuluh. Tetapi kadang-kadang dia juga ada menghembus asap bersama aku pada pagi minggu. Perbualan biasanya berkisar kepada cuaca panas yang membahang sampai ke malam, kaitan peningkatan penggunaan tenaga elektrik dengan air-con atau pun isu-isu keselamatan di kawasan kejiranan kami. Selain bergelar jiran sebelah rumah, selayaknya aku memanggil dia sebagai kawan seperokok.


Itu adalah antara beberapa kategori kawan aku bergantung kepada aktiviti yang aku lakukan atau lokasi aku pada ketika itu. Orang berlainan untuk aktiviti yang berbeza-beza. Mereka ini adalah bancuhan-bancuhan acrylic yang mewarnakan kanvas kehidupan sosial aku. Menunjukkan aku adalah orang biasa yang masih juga berjuang seperti orang lain.


Ohya, aku juga ada seorang sahabat (bukan kawan) yang dah aku lantik sebagai kamus dewan secara automatik kerana dia pasti akan memberikan definisi akan perkataan-perkataan sastera yang aku tak faham. Hahahaaa...!


Sekian entri mengenang kehidupan sosial...

15 comments:

Anonymous Says:
March 10, 2012 at 9:15 AM

Hmmm seb baik...kalu tak aku hempuk ko...kehkehkeh!

LWindsor

Telor Power Says:
March 10, 2012 at 1:59 PM

aku mampu gelak sahaja.....

SM Says:
March 11, 2012 at 11:49 AM

LW : eh, suka hati kau nak hempuk anak orang. hahahaa!!!

TP : lu memang power bila gelak.

Clara Croft Says:
March 11, 2012 at 12:30 PM

Saya ga merokok jadi ga mungkin punya teman seperokokan, hahaha... tapi saya suka jalan, maka punya banyak teman traveling, biasanya orangnya itu-itu juga karena mencari teman yang cocok melakukan sesuatu bersama itu ga gampang :)

SM Says:
March 11, 2012 at 12:33 PM

Clara : ya betul, lebih senang berdamping dengan mereka yang memahami akan minat kita yang berbeda-beda. dan juga sekalian aktiviti yang berlainan.

Telor Power Says:
March 11, 2012 at 3:34 PM

SM : bunyi mcm aku nie gelak spt setan je hahahaha, lantaklah.

Clara : salam kenal. bunyi bahasa mcm dr indonesia saja ayat2 nye...

SM Says:
March 12, 2012 at 7:28 AM

TP : setan kau! hahahaa!!!

Telor Power Says:
March 12, 2012 at 11:06 AM

SM : hahahaha....

NenetPenne (NP) Says:
March 12, 2012 at 12:10 PM

aku pulak??? tak ada kategory eh? huh...

SM Says:
March 12, 2012 at 12:31 PM

NP : kau pulak dalam kategori tersembunyi yang istimewa. (sengih)

NenetPenne (NP) Says:
March 12, 2012 at 12:32 PM

@SM
kategory tersembunyi yang istimewa?? detail please...

Lady Windsor Says:
March 13, 2012 at 7:56 AM

SM,
haa detail please..aku pun nak tau juga sembunyi yang istimewa tu cemane ghopenya yek..kan NP?

NenetPenne (NP) Says:
March 13, 2012 at 11:45 AM

@LW
langsung SM tak menjawab...
jawab laa wey...bhahahaa

SM Says:
March 13, 2012 at 11:53 AM

rahsia la beb... nanti kembang tekak pulak. eh, kembang hidung...

NenetPenne (NP) Says:
March 13, 2012 at 12:17 PM

rahsia sudah
nama awek kau bedah