Hero Tua

| Monday, March 05, 2012 | |


"Dalam hati ni dah tak rasa apa-apa langsung, kosong je. Datang kerja pun tak fikir apa, cuma datang je. Kadang-kadang kalau duduk sorang, menangis terkenangkan kawan-kawan lama. Mana yang dah lama meninggal, mana yang dah pindah. Tunggu masa je. Lepas ni nak duduk rumah, tak nak buat apa, dah penat sangat..."


Antara keluhan seorang lelaki tua kepada aku. Sambil meneguk setengah gelas kopi tarik yang  dituang dari gelas aku, dia menceritakan suka duka dia bekerja di tempat aku. Aku diam, mendengar.


Telah mula bekerja sejak tahun 1972, dia tidak pernah rasa dihargai. Cuba bayangkan, setelah hampir 40 tahun berkhidmat, tidak pernah sekali pun dia menerima sebarang penghargaan daripada ketua. Jangankan dibelanja makan tengahari di tempat yang dianggap istimewa, jamuan anugerah kecemerlangan jauh sekali untuk dia merasa.


Sebab itu, aku tengok dia semacam manusia yang sudah kehilangan jiwa untuk meneruskan tugas. Apa yang dilakukan sekarang selain menghabiskan masa termenung dan mengajak sesiapa sahaja menemaninya merokok di tangga, hanyalah menunggu masa batu nisan dipacakkan di atas mejanya.


Pagi tadi, soalan pertama yang diajukan kepada aku sebaik melabuhkan bontot di bangku adalah, "bilik ni lampunya memang malap ke?"


Dan aku hanya menjawab apa yang perlu.


Sekian entri ingatan untuk wira yang terabai...

13 comments:

ralphrazaq Says:
March 5, 2012 at 4:40 PM

sedihnya....dulu dia kuat lawan bos kot SM??

SM Says:
March 5, 2012 at 4:43 PM

bakal bersara bulan jun nanti. tapi apa pun takde! nak kata kuat melawan, biasa je. tapi tu la, kalau orang dah tak pandang dan hargai kita. apa yang kau buat pun sama je.

ralphrazaq Says:
March 5, 2012 at 4:45 PM

mungkin ada kot yang dia buat silap sampai sentapkan hati bos..emm aku bukan nak kata ape..tapi biasa pangkat2 kuli ni memang kadang2 rasa macam tu..rasa pelik la kalau lelaki dah umur2 macam tu masih lagi jadi kuli..patut umur macam dia dah jadi bos kot..

SM Says:
March 5, 2012 at 4:49 PM

aku tak percaya dia pernah buat bos sentap. hampir 40 tahun, dah ramai bos yang dia ikut. takkan semua sentap kot. ini la politik pejabat. kalau kau takde air-con yang tinggi kuasa kuda, kau bakal dilihat macam habuk. dipandang sepi...

ralphrazaq Says:
March 5, 2012 at 4:52 PM

cabaran tu keje swasta...ngeri2..mungkin sifat dia yang terlalu baik yang buat orang tak suka..mungkin kan? manusia ni kalau jahat pun tak suka, kalau baik pun tak suka..pelik

Pok Amai-Amai Says:
March 5, 2012 at 4:53 PM

Setia.

Kat tmpt aku keje, ade arwah pakcik tu setia dgn bos die. Tp bile die meninggal, takde sape pun yg sudi nak melawat apalagi serahkan duit saguhati utk pewaris.

=(

SM Says:
March 5, 2012 at 4:56 PM

ralph : aku rasa situasi ni pun berlaku kat sektor awam juga. selagi yang bekerja tu bukan robot keluaran kilang, kita manusia ada hati yang berlainan.

MF : kau biar betul. gila sadis kalau macam tu...

Telor Power Says:
March 5, 2012 at 7:25 PM

hahaha mmg kisah ini ada berlaku di tmpt kerja lama aku di johor.

cis mereka tahu fikir keuntungan saja, kebajikan pekerja adalah sgt sedikit sekali. jadi tak guna kita setia beriya2. kelak rasa kecewa.

Pok Amai-Amai Says:
March 6, 2012 at 7:25 AM

Betul. Aku tak tipu. Pas pakcik tu meninggal, menantu dia amik alih keje arwah. Pun bos tak appreciate. Lastly, menantu tu nekad berhenti. Bt pe nak berjasa kat bos Cina yg cuma manjakan bangsa sendiri je...

=(

Kat tmpt aku, SPM tak pas pun masih boleh naik manager. Janji Cina. Klu Melayu, nak nek officer pun nak kena ada degree. Alasan!

NenetPenne (NP) Says:
March 6, 2012 at 12:08 PM

kesian pakcik tu..
patutnya orang yang menunjukkan kesetiaan tu patut dihargai.. loyal nya dia disitu.. dah tau selok belok office..politik laa tu..

sama mcm office aku jugaklah...nama je manager pentadbiran tapi big boss sibuk dok suruh executive bahagian lain buat kerja manager pentadbiran hanya kerana big boss suka sangat kat executive tu... pelik pelik!!!

mcm artis sekrang laaa... artis baru dipuja2, dibagi bayran tinggi gila..tapi pelakon2 lama.watak setakat orang gaji, tukang kebun...bayaran pun ciput jer...walhal orang lama tu pengalaman byk menggunung...

SM Says:
March 6, 2012 at 2:41 PM

TP : takpe, ada orang macam kita untuk hargai mereka pun dah cukup aku rasa.

MF : melayu sama melayu pun turut berlaku juga.

NP : eh, tiba-tiba ada contoh artis pulak. takpe, diterima. yang veteran cuma duduk rumah flat je. tapi pelakon/penyanyi muda sekarang senang-senang dapat datuk.

Pok Amai-Amai Says:
March 6, 2012 at 4:13 PM

Sebelah opis aku company 100% bumiputera. Tokei die org kelantan. Mostly pekerja die import kelantan. 1 thing aku suke org kelantan - diorang suke menolong anak negeri sendiri.

Mmg ade budaya melayu sama melayu bt taik sesama sendiri. Tp aku tak pnh merase lagi (mgkn takkan rs). Aku keje sini hampir 4 thn. Aku tatau nape aku pun setia gak kat sini walau pun beza layan tu ketara sgt. Aku takut aku jdk mcm pakcik tu je. Mmg terang lagi bersuluh org cina cuma nak naikkan bangsa sendiri.

Aku tak suke backup bangsa len. Dan aku takde modal nak backup bangda sendiri. Tu yg bt aku sedih.

SM Says:
March 6, 2012 at 5:20 PM

tapi, apa yang aku kureng sikit dengan orang pantai timur ni kebanyakan mereka mempunyai sikap kenegerian yang kuat. tak kira kawan tu betul atau salah, tetap akan disokong. malangnya senario yang sama tak berlaku di tempat mereka sendiri.

jadi, mereka ni (kebanyakan orang pantai timur) tak jauh beza dengan cina yang mengamalkan sifat racist.