Fuckless Friday of the Fucked System

| Wednesday, March 21, 2012 | |
Pada mulanya, entri ini dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Tapi memandangkan dah menjadi trend sekarang orang akan buat entri yang bertajuk `Wordless Wednesday', jadi aku pun taknak ketinggalan `melompat ke lubang neraka paling dalam' bersama-sama mereka.
Kedua-dua kes di atas ni ramai orang dah tak ambil peduli memandangkan dah makin banyak kes-kes jenayah yang membuatkan kita terpaksa mengalihkan perhatian seketika. Pada aku, kes kat atas ni takkan basi sampai bila-bila. Sama juga macam kes adik Dirang yang baru-baru ni membuatkan kita sentap seketika. Cuma seketika. Selebihnya, kita akan meneruskan kehidupan macam biasa.

Masuk pejabat, log in Fuckbook (macam aku) dan kalau rajin akan berinteraksi dengan kawan-kawan dan `like' mana yang patut (macam aku jugak). Lepas tu, bila keluar kes baru yang lebih menyayat hati, sekali lagi kita buat-buat sentap.

Apa yang tak syoknya, aku tengok sekarang kes-kes yang dah jelas kita sebagai masyarakat kelas pertengahan dan bawahan ni pun boleh jadi hakim, tapi akhirnya si tertuduh terlepas macam tu je. Keluar dari bangunan mahkamah dengan muka tersengih sambil diiringi peguam kat sebelah. Sementara waris si mangsa dah tak daya nak menangis lagi dah. Cuma hamparan sejadah yang jadi tempat mengadu.

Patut ke? Memang patut pun. Tak lain tak bukan, aku cuma mahu menyalahkan kegagalan sistem yang dah berpuluh tahun kita anuti.

Ah, kau ni semuanya tak puas hati! Kalau macam tu, baik kau je jadi menteri. Lepas tu gubal mana-mana undang-undang yang kau rasa tak adil. Ingat senang ke?

.....sekian entri tak puas hati dengan sistem.

18 comments:

Lady Windsor Says:
March 21, 2012 at 11:11 AM

Aku memang alert kes macam ni...maksud aku kalau aku baca pun buat sakit hati seperti kes yang kedua tu...

SM Says:
March 21, 2012 at 11:26 AM

tambahan, aku juga sakit hati kalau ada suara macam para terakhir huruf `italic bold' tu.

tak mustahil, akan datang berlaku lagi kes-kes di mana tertuduh terlepas macam tu je walaupun ada bukti yang cukup kukuh, disebabkan `kesilapan teknikal'. ptuiii...!!!

kes yang pertama tu aku malas nak cakap. kang terbabas ke politik pulak...

Lady Windsor Says:
March 21, 2012 at 11:36 AM

tak pe biar mereka jawab esok2...aku tak tau lah sangat pasal bab undang2 hukum kanun ni tapi orang rabun pun boleh nampak kan...

jhnrdzi Says:
March 21, 2012 at 11:44 AM

sistem mahkamah memang tak perfect. ada dua sistem, dan kita pakai adversarial. tapi sekurangnya adversarial lagi 'adil' daripada sistem inquisitorial.

apa apa pun, kesian aku baca paper pasal kes kematian dan semua itu. Manusia semakin jalang.

SM Says:
March 21, 2012 at 11:53 AM

LW : nak tunggu `esok' yang letih tu...

jhnrdzi : ya, edversarial system membolehkan kita sebagai tertuduh mempertahankan diri. tapi susunan perundangan yang digunapakai sistem kehakiman nampak sangat tempangnya. rasa sangat `sedut' apabila `kesilapan teknikal' menjadi punca kepada kegagalan menghukum pesalah.

NenetPenne (NP) Says:
March 21, 2012 at 3:00 PM

kalau kes mcm ni memang patutlah 'fuck the system'
tapi kita lupa sistem dimainkan oleh manusia
manusia yang buat sistem tu so mungkin ada pemain sistem tu yang berkepentingan..
well who knows?
Allah knows better...

sistem tu mungkin buat kita terlepas di dunia
tapi adakah kita akan terlepas di akhirat??
renung2kan dan selamat beramal...

ni dah bukan wordless wednesday dah oiii... ni maksudnya not wordless wednesday....

Pok Amai-Amai Says:
March 21, 2012 at 3:19 PM

Aku suke ayat bold ko tu. Hahahahaha!

SM Says:
March 21, 2012 at 3:20 PM

NP : aku harap para pertama kau akan dibaca oleh yang `berkepentingan' tu. well, who knows?

eh, dah macam ustaz kat radio pulak. menung-menungkan, selamat beramal!

ala, ramai jugak aku tengok buat tajuk `wordless wednesday' tapi ada jugak nak cerita. well, who knows? haha!

SM Says:
March 21, 2012 at 3:20 PM

MF : ayat penting tu beb!

reen afny Says:
March 21, 2012 at 4:24 PM

aittt... senang nya da buat jenayah terlepas macam tu je?? ini tidak adil!!!

yeeee dah la ada tanda kat dahi, tapi tak boleh kawal hawa nafsu. manusia2. never judge someone by their looks. never...

NenetPenne (NP) Says:
March 21, 2012 at 4:47 PM

@SM
menghina mahkamah tu maknanya menghina si hakim..tu pasal kena hukum teruk sekali...

orang lain buat, aku pedulik apa..tapi kalau kau buat, aku pedulikkk sangat2....kata buddy kan? hiksss..

SM Says:
March 21, 2012 at 5:08 PM

ra : inilah hasil daripada kecelaruan sistem!

NP : yang menghina agama rilek je tak kena apa-apa pun. wah, kau sangat concern pasal aku. touching seh!

Telor Power Says:
March 22, 2012 at 2:40 AM

pinjam ayat lu kejap bro...FUCK THE DUCK lah

Si Hakim sila masuk neraka jahanam

SM Says:
March 22, 2012 at 7:31 AM

hahaa! si hakim sila la melompat ke lubang neraka paling dalam!

lu ni tak reti nak tidur ke?

NenetPenne (NP) Says:
March 22, 2012 at 3:06 PM

mestilah concern...buddy kan???

SM Says:
March 22, 2012 at 3:45 PM

NP : terima kasseeyyyy...! (jeritan ala alikucing)

reen afny Says:
March 23, 2012 at 9:53 AM

SM... jeritan ala ali kucing tu apa ek?? haha

SM Says:
March 23, 2012 at 10:03 AM

ra : alleycats la...