Fuckless Friday of the Fooled April

| Friday, March 30, 2012 | |

Tajuk entri ini tiada kaitan langsung dengan cuaca kuali Lembah Klang yang rata-rata tak bermaya sejak sebelum subuh tadi. Tapi pada aku, hujan yang turun pagi ni sangat-sangat menenangkan. Memberi peluang kepada aku untuk keluar lewat sedikit sambil menonton brader botak Terrence Dass di Selamat Pagi SATU Malaysia. Kalau tak silap aku, brader ni hos Hot On Two kat tv2, entah macamana boleh sesat masuk sini pulak. Apa pun, tajuk entri ini adalah berkenaan dengan satu perayaan yang telah diterima untuk dirayakan SATU dunia iaitu... April Bodoh!


Apa kejadah April Bodoh ni pun aku sengaja buat tak faham, macam jugak sesetengah dari kita. Apa nak peduli dengan sejarah semua tu kan. Yang penting, niat kita baik walau pun kita menyambut sesuatu yang ternyata berupa satu bentuk penghinaan. Tak lama sebelum ni, sempena Valentine, banyak la kedai-kedai kek mempromosikan produk menawan dengan harga yang juga buat orang tertawan. Tak lupa jugak promosi-promosi percuma oleh media masa melalui rancangan yang berbentuk cinta, khusus ditayangkan selama sebulan. Selain tu, terdapat juga penghasilan karya-karya seni seperti puisi, lagu dan cerpen bertemakan cinta semata-mata untuk meraikan hari yang baik ini.


Jadi, apa salah kali ni kita semua meraikan juga hari April Bodoh ni bersama-sama? Tak salah kan? Yang penting niat kita yang suci.


Sekian entri menuju ke arah kejumudan...