Dua Lagu, Dua Cerita

| Thursday, March 01, 2012 | |

Sekitar tahun 2000 hingga 2003 (agaknya la, aku dah tak berapa ingat), ketika itu aku telah memulakan kehidupan sebagai pemakan gaji tegar yang mana sebelumnya aku cumalah seorang freelancer di `kuali besar' selama beberapa tahun. Akibat tak tahan dengan bebanan pendapatan yang mendesak kerana kerap kepala aku dikencing, aku akhirnya bekerja di sebuah firma swasta di Johor Bahru. Ketika ini, aku telah menjalinkan hubungan suci (suci? hahahaaa... macam pundek je ungkapan hubungan suci tu) selama lebih tiga tahun semenjak aku berada di tahun akhir sebuah IPTA di `kuali besar'. Banyak jugak halangan yang kami (aku sebenarnyanya) tempuhi. Antaranya adalah jarak kami yang dipisahkan oleh Lebuhraya Utara Selatan, di mana pada masa yang sama dia menuntut di sebuah IPTA di utara tanah air. Selain itu, umur dia yang dua tahun lebih tua juga sering menjadi perbahasan di kalangan kawan-kawan dan punca kerisauan dia. Apakah mampu bertahan hingga ke lubang kubur atau cuma panas ke tengahari. Itu belum lagi dikira kerenah demanding ibunya yang pernah bertanyakan berapa gaji aku sebulan. Naik terkedu aku bila ditanyakan dengan soalan panas tu.


Sudahnya, aku ditinggalkan tercungap-cungap dan berhempas-pulas menentang badai samudera sendirian. Satu malam, mimpi aku dipadamkan dengan pesanan ringkas yang sangat ringkas isinya, tapi amat menyakitkan hakikatnya. Dikhabarkan, dia bakal ditunangkan dengan seorang lelaki berpendapatan tetap pada minggu hadapannya. Sms itu tidak aku balas. Dan tidak pula aku padam begitu sahaja. Aku cuma berlakon menjadi manusia tenang dengan pura-pura memberikan reaksi selamba sambil meneruskan tontonan siri 3rd Watch di TV3. Namun begitu, sakitnya seperti kaki yang patah menghentam kerb jalan ketika kemalangan motosikal. Terasa hanya setelah beberapa lama selepas impact.


Beberapa hari selepas itu, baru la aku mulai pandai mengungkapkan kata-kata kehilangan terhadap diri sendiri. Semua saluran tv yang aku pilih terasa tawar bagaikan tak bergaram termasuk saluran tv dari Singapura. Memandu ke tempat kerja dengan kereta syarikat juga aku rasakan tidak seghairah seperti sebelumnya. Dan apa yang menambahkan rasa palatnya adalah, lagu Here Without You ini sering diputarkan oleh beberapa stesen radio tempatan dan Singapura pada waktu pagi. Betul-betul ketika aku memandu ke tempat kerja. Hampir setiap hari. Dah macam komplot pulak. Sial...!!!


Berita terakhir yang aku dapat kesan, dia kini sedang mengajar di salah sebuah sekolah menengah di daerah Bera dan telah mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan cikgu automotif tu. Tahniah beb! Pilihan orang tua jarang tersilap...





Hari tu, 28 Februari adalah ulang tahun kelahiran dia. Satu tarikh yang tak pernah aku lupakan. Mujur bukan jatuh pada 29 haribulan. Kalau tak, empat tahun sekali la dia dapat ucapan selamat hari lahir.


Tak berapa lama selepas aku diterajang keluar dari hidup seorang cikgu sekolah menengah berpendidikan ijazah, dengan berbekalkan wajah kacak seumpama putera katak selepas dicium tuan puteri gila seks, aku akhirnya sekali lagi menjalinkan hubungan serius shit dengan bekas rakan sekelas ketika aku menuntut di sekolah teknik dahulu. Kami sebaya, cuma beza beberapa hari sahaja. Apa yang unik dengan hubungan cinta sejati ini (pergh, sekarang aku rasa macam nak terberak dalam seluar je dengan ungkapan ni!) adalah, kami akan meraikan `ulangtahun' percintaan (sekali lagi, aku rasa nak terklimaks tahap maksima) kami pada setiap bulan. Bulan pertama, bulan kedua dan bulan-bulan seterusnya... Kami akan memenuhi hari `ulangtahun' bulanan dengan aktiviti berfaedah seperti menonton wayang di Pelangi Leisure Mall atau sekadar makan-makan di Stulang dan Bubur Nasi No.1 di Sentosa bersama siput lala bersambal.


Seperti biasa, takdir seakan tak sabar-sabar menunjukkan ketentuannya. Aku sekali lagi dibiarkan tersungkur sendirian di tengah padang kering. Dan di situlah aku menggelupur kelemasan mencari-cari titik kesalahan yang telah aku lakukan. Tak juga jumpa. Sudahnya, aku menghabiskan hampir dua minggu tempoh berkabung dengan berbaring di atas katil sambil memandang siling. Renungan aku pada masa tu langsung tak memperlihatkan apa-apa imej pun. Yang ada cuma silangan kepingan siling yang membentuk satah Cartesian sahaja.


Pada ketika itulah, stesen radio yang boleh diterima gelombang frekuensinya sekitar bandaraya Johor Bahru sekali lagi berpakat menganjing aku, seorang insan kecewa. Masa aku banyak dihabiskan bertapa di dalam bilik, bermula dari tempoh aku pulang dari kerja hingga keesokan paginya. Dan peneman aku ketika itu adalah Kelly Clarkson yang menyanyikan Because Of You. Berulang-ulang kali. Hampir setiap stesen radio. Babeng betul...!


Dj radio ni semua kalau nak nganjing aku agak-agak la. Jangan sampai aku hempas micro hi-fi Sanyo tu ke laman jiran sebelah pulak. Kang tak pasal-pasal aku masuk lokap akibat mendatangkan kecederaan tanpa niat. Tapi yang peliknya, setiap kali lagu berkumandang, tangan aku secara automatik pasti akan meletakkan dirinya di atas dahi aku. Gaya klise seorang pencinta yang tewas. Hahaa, the duck is fucked!!!


Sekian entri mengenang cinta yang tewas.

37 comments:

Lady Windsor Says:
March 1, 2012 at 8:24 AM

1st!
Hmm sumpah aku tak sangka ko pandai bercinta, pandai dating dgn awek dan ada feeling2 juga ya...bhahahaha aku tergelak baca entry poyos ko ni...sorry bhai aku memang tak sangka...apakah???

hahahahahaha...

ralphrazaq Says:
March 1, 2012 at 8:41 AM

fuiyoo dalam hati ada taman.....lagu 3 doors down tu lagu fevret aku jugak dan lagu ni berjaya membuatkan aku mengimbau kenangan cinta duka...xpe SM, sekarang kan ada Adele..hehe

Lady Windsor Says:
March 1, 2012 at 9:18 AM

Ralph ko pun Ada kisah feeling2 gak ek... Cepat le buat entry aku nak baca.

ralphrazaq Says:
March 1, 2012 at 9:24 AM

tak nak..nanti SM marah, ciplak idea dia plak

SM Says:
March 1, 2012 at 9:41 AM

LW : eh, gengkhis khan dan firaun tu pun ada titis-titisan cinta dalam hati walau pun mereka dikenali sebagai penakluk dan orang yang ganas.

ralph : ya, adele selamanya. kau nak buat entri kisah cinta pun takde hal. tiada istilah plagiat di sini.

ralphrazaq Says:
March 1, 2012 at 9:57 AM

sm - adele realiti atau adele fantasi?

SM Says:
March 1, 2012 at 10:00 AM

ralph : kadang-kala yang realiti itu lah yang akan membawa aku meneroka ke alam pengembaraan yang penuh fantasi. manakala yang fantasi pula pernah mengejutkan aku agar kembali ke alam realiti dengan cara paling menyakitkan. akibatnya, aku pernah lemas di tengah tasik bergaram. cewah...!!! hahahaa...!!!

Pok Amai-Amai Says:
March 1, 2012 at 10:26 AM

Cool la entri ko yg nie. Tak ramai lelaki suke nak cite psl benda2 lama, especially bab2 cinta (cth plg dkt, husband aku)

Dulu ms tak kawen g, aku selalu takde rezeki nak bercinta dgn lelaki yg lagi tua dr aku. Paling tua pun aku dpt - sebaya. Huhuhuhuhu....Yg len seme muda setahun, 2 thn...

=p

SM Says:
March 1, 2012 at 10:34 AM

MF : benda-benda yang pernah buatkan aku berdarah macam ni aku cuma ceritakan secara lisan kepada sahabat terdekat je. kat sini aku boleh cerita secara terbuka, cuma masih ada beberapa butiran yang perlu aku sembunyikan. ah, lagi pun barang dah lepas. jadi aku bercerita sebagai bahan kenangan `jenaka' sendiri je.

Lady Windsor Says:
March 1, 2012 at 10:50 AM

Ceittt task bergaram la sangat! Poorahhh

Adele reality? Fantasi? errr melo gelas besar rege RM12 aku mana?

ralphrazaq Says:
March 1, 2012 at 10:51 AM

sm - ceh cakap putar alam..

SM Says:
March 1, 2012 at 11:04 AM

LW : milo gelas besar rm12 aku hanya akan beli di bukit bendera sahaja. tapi kat `kuali besar' ni, milo biasa sudaaa...

ralph : aku cuba bersastera macam LW la...

ralphrazaq Says:
March 1, 2012 at 11:07 AM

sm - hehehe bagus la kalau ada Adele yang realiti

NenetPenne (NP) Says:
March 1, 2012 at 1:28 PM

@SM
apsal aku terlepas pandang isu ni? apsalllllll??

ko jangan risau, nanti adalah awek menunggu kau wey..

aku nak gelak pun ye jugak dgn entry ni tapi ku tahan je gelak aku nih..hikssss.... eh tapi bukanlah bermakna aku tak simpati dengan kau...

kau tahu tak masa aku bercerai dulu, hari2 aku dengar lagu apa entah....mmemang sedih gila..station radio mcm tahu2 je aku tengah sedih..before brcerai pun stesen radio dah start hint2 dah pasang lagu yang sedih2...
lagu yang tak boleh blah ialah nyanyian Faisal Tahir..sampai syurga dan lagu Agnes Monica tu...Matahari...

sekarang rasa mcm pundek jer bila ingat balik...


oi, kau cakap pasal bubur nasi dgn siput lala tu, bila nak bawak aku dgn LW..jangan risau, tak mintak kau banjer pun...

lagi satu ayat tak boleh blah...
'menjalinkan hubugan suci'...

bhaaaa bhaaaa..... lu jiwang laa bro!

alamakkkpanjangnya komen...
pedulikkkk....

SM Says:
March 1, 2012 at 1:34 PM

lagu mataharitu antara kegemaran aku, nak pulak dengan video klip yang `membara' tu. betul jugak tu, radio ni macam tau-tau je mood `tewas' yang kita sedang alami tu. tiap-tiap hari pasang lagu sama berulang-ulang. macam celaka!

ohya, pasal bubur nasi tu aku tak pasti sama ada masih wujud atau tak. nanti aku roger kenalan aku kat JB. kalau wujud, mungkin aku hantar kau dan LW sampai simpang jalan je la. tak terdaya nak melangkah ke premis tu. banyak memori wei!!!

(komen aku lagi panjang la)

Lady Windsor Says:
March 1, 2012 at 1:36 PM

NP, tu la pasal...I tegezut melebihi badak sumbu laa pagi ni tengok SM buat entry jiwang habess...alahai

SM,
Aku musykil apa sal ko neh buat entry nostalgia...ni mesti ada apa apa ni kan...

SM Says:
March 1, 2012 at 1:47 PM

LW : apa nak terkejut pulak. selalu sangat marah-marah dan memaki hamun, tak elok untuk aku yang dah masuk usia emas ni. sekali sekala mengenang memori lama pun cara jugak.

NenetPenne (NP) Says:
March 1, 2012 at 1:49 PM

@LW
ai pun terkezutttt wey...
tapi bab ni kalau dia tulis panjang2 i tak bosan..lagi sukaaa... *nampak nau kepohchi* ahaks...
tetiba pulak dia bermood nak citer kisah CINTA dia tu...
hikssss.....


@SM
eh cam sama je kita kan...
suka lagu pun lagu sama...(eh apsal dgn haku nih??)

kalau kau tak nak pegi tempat tu maknanya kau masih tak get over it...hey come on lahhh...
kalau kau ada bersama aku dgn LW lagilah meriah weyyy....
tak kan hantar sampai simpang jer bro??? tak rock laa cam ni...

SM Says:
March 1, 2012 at 1:56 PM

NP : ok, tapi aku takut tangan aku automatik naik ke dahi. buat aksi klise orang tewas bercinta. macamana?

Telor Power Says:
March 1, 2012 at 2:08 PM

hahahah wah hebat lu bercinta bro....

saat bercinta mmg indah, saat frust hadoo.... rasa mcm cilake bertenggek2 kat badan ni.

NenetPenne (NP) Says:
March 1, 2012 at 2:38 PM

@SM
jangan buat alasan..aku tampo kang...

tangan kau nak naik atas dahi ke atas apa ker, aku no hal as long as bukan kat dahi aku....

jom TP.....joint sekaki payung.....

SM Says:
March 1, 2012 at 2:40 PM

TP : gila babi punya frust. senang kata makan tak lalu, berak tak puas.

NP : ok2, aku pergi. kau punya pasal aku sanggup menepis kekecewaan yang masih berbirat di dinding hati ini. ewah!!!

Musz Zamil Says:
March 1, 2012 at 2:46 PM

aha, wow.. novel cinta penuh sastera

NenetPenne (NP) Says:
March 1, 2012 at 2:55 PM

@SM
errr kau baru putus cinta ke apa sampai masih berbirat tu?

SM Says:
March 1, 2012 at 2:58 PM

musz : hahaha! banyak kau punya novel.

NP : saje nak mengenang memori lama. seronok apa. hahaaa!!!

NenetPenne (NP) Says:
March 1, 2012 at 3:13 PM

@SM
sronok???ooo sronok rupanya..

lately ni lagu yagn sering aku dengar ialah lagu awek justin beiber tu... selena gomez.. 'I LOVE U LIKE A LOVE SONG'... mmmm...

SM Says:
March 1, 2012 at 3:16 PM

sekarang `seronok' la jugak. mentertawakan diri sendiri. tapi dulu...

lagu yang dapat menangkap pendengaran perhatian aku biasanya ada kena mengena dengan mood aku ketika itu. mungkin kau pun macam tu jugak.

`love you like a love song", apakah? hahahaaaa....!!!

NenetPenne (NP) Says:
March 1, 2012 at 5:14 PM

@SM
iyaaa tajuk tu mcm tu... gelak pulak...

dulu pra matang.....cintan habis....

SM Says:
March 1, 2012 at 5:27 PM

NP : aku bukan gelakkan tajuk. tapi aku rasa macam tajuk lagu tu aka kena mengena je dengan kau. hahaaa...! betul ke? LW, sila perhatikan sahabat kita ni.

Lady Windsor Says:
March 1, 2012 at 10:14 PM

Aku x de lagu putus cinta wei...lagu aku semua oldies memang x blh ngam dgn korang...

SM Says:
March 1, 2012 at 10:32 PM

eh, oldies songs pun ada yang ngam dengan orang putus cinta.

Telor Power Says:
March 2, 2012 at 2:24 AM

NP : join apa nyer???? kehkehkeh

SM : hahaha berak tak puas, wa pernah alami 3 kali, sirius shit mcm cilake masa tu.

argh...malas wa nak ingat kisah silam

SM Says:
March 2, 2012 at 7:41 AM

TP : antara faktor berak tak puas adalah bila ada orang panggil dari luar atau ternampak lipan keluar dari mangkuk tandas!

NenetPenne (NP) Says:
March 2, 2012 at 2:10 PM

@LW
oldies pun ada gak i layan...
rod steward tu kira oldies tak?
eh byk laa..tapi tak termasuk duran2..


@SM
ya ya...i love my exhubby like a love song... pueh hati den...


@TP
join pi JB laaaaa....

SM Says:
March 2, 2012 at 4:26 PM

hahahaa...

Telor Power Says:
March 2, 2012 at 4:34 PM

Sm : hahaha dasyat lipan keluar dari mngkuk tandas.


NP : pi JB bila2....

SM Says:
March 3, 2012 at 9:05 AM

gua pernah masa kat hostel. nasib baik jamban cangkung.