Dilarang Masuk

| Wednesday, March 14, 2012 | |


Boboi : Kalau orang tu orang miskin, dia takde baju kolar?
Gugurl : Kalau dia miskin, dia tak beli tiket.


****************************** 


Gambar di atas adalah sebahagian babak yang membabitkan watak Boboi (Afdlin Shauki) dan awek bertudung Yuna iaitu Gugurl (Harun Salim Bachik), ketika mereka menonton satu persembahan komedi di sebuah panggung yang dianggap antara tempat paling eksklusif di Malaysia. Si Boboi ni memang gila babi punya sempoi sebab dengan selamba dia boleh seludup masuk fries (rupa-rupanya ada ayam goreng sekali!) dan coke ke dalam dewan, walau pun perbuatan macho dia itu telah ditegah oleh Gugurl. Ini kerana mereka perlu mematuhi beberapa protokol dan etika yang ketat sepanjang berada di situ.


****************************** 


Dalam situasi normal, kalau aku diajukan oleh soalan seperti ayat yang atas sekali, pasti aku akan menjawab,


"Kalau dia miskin, dia mana mampu beli tiket. Tiket nak masuk sini kan ke mahal. Nak parking kat sini pun orang kebanyakan macam tak layak tau. Kalau tak malu, datang la. Biar pak guard halau dengan batu.


Kalau dapat masuk pun, mesti tiket free. Eleh, tiket sponsor la tu. Tak malu.  Dah miskin, ada hati nak masuk tempat macam ni pulak. Sebab tu la diorang buat peraturan bagus. Nak masuk sini kena pakai elok-elok. Tak boleh pakai round neck. Tak boleh sarung selipar. Tak boleh pakai jeans biru. Tak boleh makan, tak boleh minum. Tu semua orang miskin yang pengotor dan selekeh je yang buat.


Ini Istana Budaya tau, bukan Central Market! Tak kelas la bagi orang macam tu masuk. Apa la Boboi ni!"


Kataku sambil mencubit perut Boboi dengan lenggok badan yang gedik macam syaitonnirrojim...


******************************


Ok, kali ni aku angkat tangan dan letak kat dahi pada Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sebab malam tu mereka dah buatkan penonton mentertawakan sistem anutan yang menjadi kebanggaan kita tanpa sedar. Tabik laju-laju untuk sketsa mereka semasa Lawak Ke Der tempoh hari. Dan lebih sinis lagi, aku menganggap lawak mereka itu seolah men`sundal'kan sistem-sistem dan peraturan-peraturan yang secara halus mengajar kita membezakan masyarakat secara kasta.


Bagus, dan tahniah. Memang sundal, celaka dan pukimak sekali sistem-sistem yang sebegini! Besar punya bebal. Bab pemakaian pun nak ambil kira sangat. 


Apa, akan tercalar ke prestij Istana Budaya tu kalau berduyun kutu-kutu datang dengan pakaian macam nak pergi usha bapuk? Jawapannya ya, kalau yang menjawab tu adalah mereka yang otaknya mentafsir dunia ni cuma ada dua compartment je iaitu orang kaya yang mulia dan orang miskin yang keji.


Sekian entri menganjing pengamalan sistem kasta dalam dunia seni dan hiburan.

16 comments:

Pok Amai-Amai Says:
March 14, 2012 at 8:53 AM

Ko msk dlm IB tu ke? Tak sangka ko pun terjebak dlm kasta dunia seni hiburan tu kan?

=p

SM Says:
March 14, 2012 at 11:20 AM

aku tidak menonton secara live. sebab aku orang miskin yang takde baju berkolar dan tak mampu beli tiket.

Telor Power Says:
March 14, 2012 at 12:50 PM

wah sampai begitu sekali....
mgkn ada benarnya tafsiran ko tu bro.




* aku tak dapat saksikan lagi,pasal kedai mamak yg selalu aku tonton astro tak langgan, pundek betul dia..

nak downloand lagi la aku malas.

SM Says:
March 14, 2012 at 4:29 PM

TP : aku pun tengok yang download je. tapi aku rasa sangat berbaloi kalau tengok live, dengan syarat pakai round neck!

NenetPenne (NP) Says:
March 14, 2012 at 4:31 PM

bagi aku laa kan
aku rasa berpakaian biarlah kena pada tempatnya...
tak kan nak pakai selipar jamban masuk majlis...
kalau pakai baju berkolar kan nampak segak daripada round neck

entahlah engkau ni SM, semua kau nak bangkang..sikit2 nak fuck the system..
arloo!!!! dalam solat pun ada peraturan yer...amik wudhuk pun ada aturannya...
mulakan dengan basuh tangan, berkumur dan sebagainya...
ini bukan nak membezakan antara orang kaya atau miskin...

SM Says:
March 14, 2012 at 4:38 PM

NP : apa yang aku persoalkan adalah pandangan orang yang membeza-bezakan manusia hingga kehadiran di suatu tempat itu ada halangan yang tertentu. bukan semata-mata isu round neck atau selipar jamban. kalau kau nak tau, pada pendapat aku sistem yang dok perhambakan kita selama ni dah banyak cacat cela. makin lama makin merosakkan.

NenetPenne (NP) Says:
March 14, 2012 at 5:01 PM

so what is ur counter measure or solution to overcome this problem?

itu adalah dunia..dunia memang mcm tu... sebab yang memerintah itu adalah manusia...

SM Says:
March 14, 2012 at 5:04 PM

NP : aku tidak berniat untuk mencari penyelesaian, sebab aku tau penyelesaian takkan ada gunanya. ini adalah satu saluran aku menyatakan rasa tidak puas hati.

Pok Amai-Amai Says:
March 14, 2012 at 5:23 PM

Sumtimes, pendapat NP sgt2 relevan. Betul gak. Manusia yg memimpin manusia. Manusia gak yg mewujudkan peraturan dan kasta.

Klu manusia memilih anarki, aku rs lagi kelam kelibut. Tapi betul la ckp ko. Blog ko kan? Tmpt ko nyatakan ketidakpuasan-hati. Heheheh...

SM Says:
March 14, 2012 at 5:35 PM

MF : ohya, kalau nak memaki kat sini pun dipersilakan. boleh kita berpegangan tangan terjun ke lubang neraka paling dalam bersama-sama. hahahaa...!!!

reen afny Says:
March 19, 2012 at 11:25 AM

biasa la tu. kadang2 ada foreigner datang. tu yang nak jaga sangat bab2 pakaian. takut tercalar...

yang pasti tu bukan tempat aku la kan. macam tak selesa je.

SM Says:
March 19, 2012 at 11:46 AM

ra : tempat tu sejuk...

reen afny Says:
March 19, 2012 at 1:00 PM

sama macam kat opis, sejuk jugak. haha

SM Says:
March 19, 2012 at 3:07 PM

ra : ni sejuk lain macam, macam masuk istana. sejuk yang menyeramkan.

reen afny Says:
March 19, 2012 at 5:37 PM

haha sebap pergerakan kita sentiasa diperhati. yeee tidakkkk

SM Says:
March 19, 2012 at 11:14 PM

ra : aku rasa tempat tu memang berhantu la.