Cuci Amal

| Sunday, March 11, 2012 | |
"Aik, bersih kereta, bila masa pulak basuh," tegur aku sebaik melihat kereta buatan Malaysia di parkir di depan rumah.


"Pagi tadi, kat parking ada budak-budak student buat charity. Diorang cuci kereta staff untuk kutip duit sumbangan.  Bayaran seikhlas hati," terang dia ringkas.


"Bagi budak-budak tu berapa ringgit?" Soal aku lagi. Mula menunjukkan riak-riak takbur manusia kelas pertengahan.


"Sepuluh ringgit," jawabnya lagi.


"Mahalnya. Hantar car wash dalam lapan ringgit je. Lagi berkilat. Tayar pulak siap polish lagi. Dalam dia vacum sampai takde sebutir habuk pun. Macam ni punya basuh bayar sepuluh ringgit? Tak berbaloi." Jawab aku dalam nada angkuh. Kalau tersedia kalkulator di depan aku, jawapan persamaan matematik yang terhasil dengan menggunakan tahap keangkuhan aku sebagai nilai dalam pembolehubah, mungkin jawapannya boleh disamakan dengan Firaun.


"Ala, takpe la. Dah nama pun sumbangan untuk amal. Lagi pun diorang tu cuci manual. Angkut baldi yang penuh air dari tempat lain. Ulang-alik lagi. Patut bagi lebih..." Jawabnya dengan nada selamba, tanpa melihat ke wajah aku.


"Cilakak!" Serta-merta aku menadah kedua-dua belah tapak tangan aku ke atas separas bahu memohon keampunan daripada Tuhan. Moga dosa-dosa kecil dan besar aku sepanjang hari itu diampunkan. Amin...


Gambar ini tiada kaitan langsung dengan cerita.
Saje nak berlagak, tunjuk sport rim belalang tempur yang baru aku kilatkan pagi tadi.
Aku harap musim kemarau cepat tiba supaya belalang tempur aku tak transform jadi jet ski.

Sekian entri penuh kesedaran di hari minggu.

28 comments:

bact. Says:
March 11, 2012 at 2:48 PM

ada lagi tak neh?
gua nak hantar kereta sukan gua.
dah lama tak mandi sabun

Telor Power Says:
March 11, 2012 at 3:17 PM

kalau jumpa budak2 buat kerja amal tu sila cadangkan buat di daerah manjung perak juga....

Lady Windsor Says:
March 12, 2012 at 6:49 AM

Kalau ada budak2 ni buat kerja amal kat Windsor, aku mesti nak jadi regular customer...

SM Says:
March 12, 2012 at 7:30 AM

bact : sori bai, limited time only!

TP : benda2 macam ni elok jugak kalau budak2 ipt yang buat.

LW : ni untuk tempoh tertentu je la. ha, apa kata kita je yang buat kat windsor tu.

Telor Power Says:
March 12, 2012 at 11:05 AM

SM : budak2 IPT itu sgt aku setuju...terasa nak ketengahkan perkara ni pada bahagian pentadbiran mereka..

hahahahahaha...ini adalah pelajaran utk meraka yg sangat menarik

Telor Power Says:
March 12, 2012 at 11:05 AM

SM : budak2 IPT itu sgt aku setuju...terasa nak ketengahkan perkara ni pada bahagian pentadbiran mereka..

hahahahahaha...ini adalah pelajaran utk meraka yg sangat menarik

SM Says:
March 12, 2012 at 11:34 AM

kat manjung ipt apa yang ada? tapi pada aku manjung adalah tempat yang aman dan sesuai untuk beranak pinak.

NenetPenne (NP) Says:
March 12, 2012 at 12:08 PM

kau ni SM, tak baik berkira tau!
eh tapi aku pun berkira jugak dgn india yang cuci kereta aku tu...
cuci tak cukup 12 kali ada hati nak mintak byaran lebih... jalannn daaaaa!!!!!
tu aku berkira sebab bukan cucian amal..muahaaaaa

SM Says:
March 12, 2012 at 12:30 PM

NP : hok tu demo memang patut berkira. tapi hok amal ni, rasa menyesal pulak berkira. hahaha!!!

Lady Windsor Says:
March 12, 2012 at 4:15 PM

Aku tak tahu pulok mu panda ke ek kelate...

SM Says:
March 12, 2012 at 4:36 PM

kawe ore klate... mu doh tahu ko?

NenetPenne (NP) Says:
March 12, 2012 at 4:44 PM

tipu!!! dan dan cakap dia orang kelate

SM Says:
March 12, 2012 at 5:07 PM

NP : sempade klate la, besut...

Telor Power Says:
March 12, 2012 at 7:44 PM

kat manjung ada IPT kolej komuniti, kolej jururawat,ada IKM, ada Unikl,

SM Says:
March 13, 2012 at 7:25 AM

TP : chop...! aku nak kolej jururawat.

Lady Windsor Says:
March 13, 2012 at 7:54 AM

SM,
ahh ko tak habis2 dengan cikaro KPJ..gedik!

TP,
ko pun sama mengumpan SM dengan hal-hal dunia ni huh!


NP,
SM Kelantan celup tu...bunyi sengaunya pun dah tahu...

Telor Power Says:
March 13, 2012 at 10:59 AM

SM : boleh2. skrg yg baru2 masuk blajar bersepah2, boleh juling mata


Lady W: umpan secara tak sengaja hahaha

NenetPenne (NP) Says:
March 13, 2012 at 11:44 AM

@LW
ngumpat sat..
besut laa konon tapi balik kampung kata kat JOhor..aihhh cemana tu..
u musikil tak???

SM Says:
March 13, 2012 at 11:52 AM

LW : biasanya awek nurse ni comel-comel.

TP : simpankan aku tiga orang. nanti aku datang. hahahaa!!!

NP : gi besut lalu johor.

NenetPenne (NP) Says:
March 13, 2012 at 11:57 AM

abaikan kat mana asal usul kau...
gi besut lalu johor?? boleh eh??

amobiiii nak awek nurse sampai 3 orang...alahhhh...4 terus laaa....

SM Says:
March 13, 2012 at 12:00 PM

satu kekosongan telah diisi. harap maklum. hahahaaaa!!!

NenetPenne (NP) Says:
March 13, 2012 at 12:16 PM

hoh?? dah terisi?
bila?
tak jemput kenduri pun??
sampai hati...
ingat feeling nak karaoke lagu sampai hati ...
mcm ni ke kata kawan...
mcm ni ker???

SM Says:
March 14, 2012 at 1:30 AM

nyanyi lagu adele pun ok. "nevermind i'll find someone like you, i wish nothing but the best for you..." buat muka sekali.

reen afny Says:
March 19, 2012 at 11:29 AM

haha tak perasan la tu dia cakap untuk charity. apedaa... huhuhu

lawa sport rim... huhu

SM Says:
March 19, 2012 at 11:45 AM

ra : dah nama kedekut, mana nak perasan. sport rim ni kalau kena tibai lori pun selamba je berpusing tanpa terjejas.

reen afny Says:
March 19, 2012 at 1:02 PM

haha sport rim ni kebal ke?? tahu da... baek jiran kau tu kan. huu

SM Says:
March 19, 2012 at 3:09 PM

baik ada makna. entah-entah sebab budak tu dah kasi sekali kenyit mata.

reen afny Says:
March 19, 2012 at 5:38 PM

hakhak yeke... senang nya nak amek hati lelaki camtu. haha