Buli

| Thursday, March 08, 2012 | |
"Tengok elok-elok lampu tu tau. Kalau lampu hijau menyala bagi tau, kalau merah pun bagitau jugak. Senang kau sebut je la lampu apa yang menyala tu." Arah aku kepada seorang pelajar praktikal. Sebagai seorang brader otai yang layak dipanggil abang oleh sekelian student praktikal, arahan tersebut sepatutnya dipatuhi tanpa banyak bicara. Kalau tak, mau aku report kat bos.


"Sepanjang jalan ke?" Dia tanya meminta kepastian.


"Ha, yela. Kalau merah yang menyala tu maknanya receiver ni tak dapat detect signal. So, kereta ni kena bawak lagi slow." Aku menjawab sambil memberikan sedikit penerangan dalam nada tegas bercampur penuh keyakinan. Aku pasti jawapan yang aku berikan tu adalah tepat berdasarkan pelajaran yang aku dapat dari kelas berkenaan GPS.


"Kenapa dia tak boleh detect? Satellite problem ke?" Soalnya lagi. Matanya terkebil-kebil memandang kotak perakam berwarna kuning berbelang kelabu dari jenama Topcon. Ketika itu, instrument yang digunakan amatlah daif keadannya berbanding sekarang. Dah la takde display, harga pulak boleh beli Kancil 850 tangan kedua secara tunai. Gila!


Aku memalingkan muka ke hadapan. Napi yang memandu di sebelah kanan aku buat mata kuyu menahan panahan matahari dari hadapan. "Sebab kita main kat celah bukit..."


Jadi, pagi tu sepanjang menyusuri segenap seliratan jalan dari Genting Sempah menuju ke puncak Genting Highlands, selain kedengaran bunyi radio melalui speaker kereta, yang berkumandang hanyalah suaranya menyebut perkataan `hijau' dan `merah' berkali-kali. Aku tersengih sendiri, sampai keesokan pagi.


Beberapa bulan selepas budak perempuan ni menamatkan latihan amalinya di firma aku, barulah aku perasan apa yang aku buat ketika itu adalah salah satu bentuk pembulian. Sepatutnya, dia tak perlu sebut warna lampu yang menyala pun takpe. Cuma bila berlaku sesuatu yang ganjil barulah dia maklumkan kepada aku. Tapi disebabkan aku ni satu-satunya brader otai yang diberi kepercayaan mengendalikan peralatan, secara automatik aku melantik diri sendiri sebagai orang yang layak membuli adik-adik praktikal. Bukan apa, takde niat jahat pun. Aku cuma nak latih diorang ni berdisiplin dan mampu menerima arahan dengan baik. Itu je.


Kepada adik-adik yang rasa ter`buli' tu. Aku tak minta maaf, sebab aku memang sengaja pun. Hahahaa...!!!


Sekian entri peringatan untuk budak-budak praktikal.

14 comments:

Anonymous Says:
March 8, 2012 at 10:18 PM

semoga anak2 kita semua tidak dibuli hendaknya...

Telor Power Says:
March 8, 2012 at 11:13 PM

hahaha jahanam....

tapi kalau aku pun mmg aku buat perkara buli ni pada budak practical

pasal bila dorang dah kerja tambah2 ditempat kerja yg sama pegang pulak jawatan lagi baik diri aku. kompom dorang akan buli aku balik.

SM Says:
March 9, 2012 at 7:31 AM

anon : membuli itu satu kenikmatan, tapi yang tak mendatangkan kemudaratan fizikal dan mental.

TP : budak2 praktikal zaman sekarang ni banyak lemak. itu tak reti, ini tak reti. tu belum kira jenis yang banyak alasan lagi. lu pegi mana lama ghaib?

Lady Windsor Says:
March 9, 2012 at 8:23 AM

kalu aku jadi ko, aku buli budak tu lagi teruk..

SM Says:
March 9, 2012 at 9:13 AM

LW : itu baru sikit. ada beberapa lagi siri pembulian.

Pok Amai-Amai Says:
March 9, 2012 at 11:48 AM

Amboi, buli secara berhemah nampaknye...wahahahah!

NenetPenne (NP) Says:
March 9, 2012 at 11:50 AM

kesian budak praktikal tu..
kau tak ada ngorat dia ke SM? i mean yang pompuan laa...yang jantan buat apa?? muahaaaa

SM Says:
March 9, 2012 at 12:51 PM

MF : buli yang kasar, aku serah pada orang lain.

NP : masa tu jiwa aku masih suci. hanya tumpukan perhatian pada kerja je. cewah...!!!

Lady Windsor Says:
March 9, 2012 at 3:12 PM

suci la konon...kalau dah buli tu tak de la suci..gatal ada..aku tau ko buli 2 dalam 1..sambil membuli sambil mengorat..

SM Says:
March 9, 2012 at 3:51 PM

sebenarnya... aku buli dia untuk mengelakkan dia ngorat aku.

Lady Windsor Says:
March 9, 2012 at 5:07 PM

ceitttt! menterbalikkan statement aku...

SM Says:
March 9, 2012 at 5:08 PM

...nak selamatkan diri daripada fitnah dunia.

Telor Power Says:
March 9, 2012 at 9:38 PM

ya budak2 zaman skrg terlalu byk lemak nya....kata blajar mech pure tapi bila practical aje...ngade2 itu tak bley ini tak bley....sudahnya jalan yg terbaek adalah buli sambil beri pelajaran hahahaha

SM Says:
March 10, 2012 at 12:20 AM

TP : yang ni gua sangat setuju. kadang2 tengok muka diorang naik menyampah pun ada, banyak cekadak pulak!