Buang masa aku betul la!

| Saturday, March 10, 2012 | |


Sekarang buat julung-julung kalinya sejak aku bergelar blogger, aku telah merajinkan diri berjalan-jalan macam orang gila sambil menjelajah dan merayap ke sekitar dunia blogger dari ceruk serantau iaitu Singapura, Indonesia dan jugak Brunei kalau ada. Nampaknya trend semua sama je. Ramai yang bikin blog diorang macam diari.


Kalau perempuan majoritinya akan menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk mencurahkan isi hati terhadap pisang diorang, dan tak kurang jugak tempat untuk bergosip sesama sendiri. Kalau lelaki pulak, pun sama je entah apa-apa je isi. Kalau aku main redah macam orang buta gini, mau macam-macam yang aku jumpa dalam dunia blog.


Tapi apa yang macam celakanya, budak-budak zaman sekarang ni style buat blog tak payah la gempak sangat dengan grafik. Dengan warna-warni bagai. Sekali klik je terus tubik lagu. Ada efek yang mengarut, ada salji gugur bertaburan mengikut kursor. Menyusahkan aku je. Blog yang macam ni, tak payah cakap banyak. Aku terus klik pangkah atau tekan Ctrl+Alt+Del je. Tak kuasa aku nak tunggu loading sampai habis... Merayau tempat lain lagi bagus! Hahahaa...!!!


Sekian entri pasal malas nak tunggu lama-lama...

20 comments:

Telor Power Says:
March 10, 2012 at 2:02 PM

betul tu buat lembab jer.....pasal blog aku pun pun penuh dgn gambar sudah cukup berat. inikan pula nak letak gambar grafik2 yg gempak dan lagu2

tak cukup lagi....dgn permainan juga pun ada, termasuk juga binatang peliharaan maya.

Clara Croft Says:
March 11, 2012 at 6:05 AM

Hahaha, dulu blog saya macam tu, dengan kelap-kelip dan kursor yang bertulisana selamat datang. Waktu itu koneksi internet di kantor bagus sangat, jadi saya eksplor lay out blog. Tapi setelah itu banyak komplain dari teman cakap blognya berat lah, susah dibuka lah... Akhirnya saya buat yang simple2 saja, supaya pengunjung ga batal datang :D Tabik

SM Says:
March 11, 2012 at 11:50 AM

TP : ha, ada game dengan virtual pet jugak? dah macam fuckbook pulak.

Clara : saya tak berapa menyenangi blog yang begitu banyak kerlipan. bikin serabut mata. saya datang untuk membaca, bukan untuk berdansa. hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
March 12, 2012 at 6:52 AM

Blog aku menyusahkan kau tak bhaii?

SM Says:
March 12, 2012 at 7:28 AM

LW : kalau menyusahkan, tak kuasa aku nak buat kacau kat situ. haha!

ralphrazaq Says:
March 12, 2012 at 11:18 AM

sm - byk blog member aku pun macam tu jugak..huhu nak tunggu dia pusing punya la lama last2 aku pangkah je..hehehe..

SM Says:
March 12, 2012 at 11:35 AM

ralph : bikin pusing kepala...

NenetPenne (NP) Says:
March 12, 2012 at 12:12 PM

blog aku? blog aku okay kan? cakap OK!!!! cepat!!! bhahahahaa

blog yang tubik lagu rock kapak tu yang aku tak tahan tu...blah oi blah....

TP kamu boleh resize gambar tak? so that jadi kecik dan tak berat...

SM Says:
March 12, 2012 at 12:32 PM

NP : gambar roti panjang kat blog kau memang lawa. blog TP walau pun banyak gambar tapi tak serabut. worth for waiting.

NenetPenne (NP) Says:
March 12, 2012 at 12:36 PM

@SM
yer ker?? tq... roti panjang namanya baguette itueh..sedap dimakan dgn beef stew...

ya ya blog TP tak serabut...kipidap yer TP

SM Says:
March 12, 2012 at 12:38 PM

NP : hahahaa...! tak sama dengan roti perancis ke?

eh, apasal aku sekarang tak dapat follow komen kat blog orang (termasuk blog kau) eh?

NenetPenne (NP) Says:
March 12, 2012 at 12:56 PM

sama lah tu..
ada orang panggil baguette... ada orang panggil roti peranchis tapi tak taulah kalau orang peranchis panggil roti tu roti peranchis...

kau tak dapat follow komen kat blog orang..tu aku tak tahu...

SM Says:
March 12, 2012 at 2:00 PM

...aku panggil roti panjaaaaaaannnnnggggg.

NenetPenne (NP) Says:
March 13, 2012 at 12:17 PM

roti panjangggggg??? sukaaaaaaaaaaaa sekali...bhahahaaaaa..opsss

reen afny Says:
March 19, 2012 at 11:34 AM

hahaha tengok blog aku je simple gilaaa.... huhu

padahal tak reti edit blog. kbai

SM Says:
March 19, 2012 at 11:44 AM

ra : cun, simple dan gila pun ok jugak. kekal fokus dan tak payah tunggu lama nak loading.

reen afny Says:
March 19, 2012 at 1:03 PM

nak jugak keluar ayat fokus dia tu. ceittt.. haha

haa tahu takpe. kadang2 aku bukak blog orang, nak kena tunggu loading bagai serius aku tutup je blog tu. buang masa. hahahaha

SM Says:
March 19, 2012 at 11:17 PM

ra : ya, tu yang aku menyampah. terus hilang selera...

reen afny Says:
March 21, 2012 at 4:31 PM

tula pasal. hilang sorang pembaca. hahaha

SM Says:
March 21, 2012 at 5:11 PM

ra : rugi dunia...