Fuckbook Idol

| Friday, March 30, 2012 | 7 comments |
"Eh, macamana caranya nak famous kat fb?"
"Senang je, kau poskan kau punya gambar bogel. Tak pun kau ugut nak bom rumah PM!"


...pagi-pagi dah tanya soalan macam ni kat aku. Bodoh ke aku kalau aku jawab soalan si bangang ni?


Sehari dua ni mood aku tak berapa nak cun. Tunggu masa je ada orang yang nak makan ulam kepala lutut. Macam sial...!


Sekian entri boring petang Jumaat.

Fuckless Friday of the Fooled April

| | |

Tajuk entri ini tiada kaitan langsung dengan cuaca kuali Lembah Klang yang rata-rata tak bermaya sejak sebelum subuh tadi. Tapi pada aku, hujan yang turun pagi ni sangat-sangat menenangkan. Memberi peluang kepada aku untuk keluar lewat sedikit sambil menonton brader botak Terrence Dass di Selamat Pagi SATU Malaysia. Kalau tak silap aku, brader ni hos Hot On Two kat tv2, entah macamana boleh sesat masuk sini pulak. Apa pun, tajuk entri ini adalah berkenaan dengan satu perayaan yang telah diterima untuk dirayakan SATU dunia iaitu... April Bodoh!


Apa kejadah April Bodoh ni pun aku sengaja buat tak faham, macam jugak sesetengah dari kita. Apa nak peduli dengan sejarah semua tu kan. Yang penting, niat kita baik walau pun kita menyambut sesuatu yang ternyata berupa satu bentuk penghinaan. Tak lama sebelum ni, sempena Valentine, banyak la kedai-kedai kek mempromosikan produk menawan dengan harga yang juga buat orang tertawan. Tak lupa jugak promosi-promosi percuma oleh media masa melalui rancangan yang berbentuk cinta, khusus ditayangkan selama sebulan. Selain tu, terdapat juga penghasilan karya-karya seni seperti puisi, lagu dan cerpen bertemakan cinta semata-mata untuk meraikan hari yang baik ini.


Jadi, apa salah kali ni kita semua meraikan juga hari April Bodoh ni bersama-sama? Tak salah kan? Yang penting niat kita yang suci.


Sekian entri menuju ke arah kejumudan...

Samseng Taik Babi

| Tuesday, March 27, 2012 | 13 comments |


Soalan aku kepada kawan aku, "kau perasan tak cermin kereta dia ada tampal sticker apa?"


Sekian entri samseng tak bertempat...

Tuah dan Licin

| | 10 comments |


"Eh, dah makin licin!" dia membeliakkan mata ketika pertama kali melihat kepala aku. "Kalau macam ni, saya kena puji diri sendiri tiap suku minit la," tambahnya lagi.


"Kenapa, sebab tuah awak semakin berlipat kali ganda dapat memiliki lelaki botak ke?" soal aku.


"Tau pun..." jawabnya tersengih.


...sekian entri pendedahan identiti secara tersembunyi.

Siti Nurlela : Kisah Dongeng Moden

| Monday, March 26, 2012 | 24 comments |


Pada suatu masa yang tak berapa nak dahulu, lebih kurang beberapa bulan tempoh masa berselang, dan tidak jauh dari tempat aku menaip entri ini; tinggal seekor puteri bernama Siti Nurlela di tingkat 83 sebuah menara berkembar tinggi menjulang ke awan.


Ada pun, walau pun Tuhan Yang Maha Kuasa telah menganugerahkan puteri ini dengan kecantikan rupa paras melebihi Pamela Bordes serta IQ setaraf calon UPSR, namun dia sentiasa hidup dalam keadaan yang amat gundah sekali. Ini kerana, menara berkembar yang menjadi tempatnya bermastautin semenjak lahir adalah sebuah kurungan berpuaka yang dikawal ketat oleh seekor makhluk mistik yang menakutkan. Menurut lagenda, makhluk mistik itu hanya dapat ditewaskan oleh seorang putera raja yang datang dengan tujuan hendak menyelamatkan puteri itu atas dasar cinta sahaja. Ya, cinta. Kerana lagenda kisah dongengan seringkali meletakkan cinta sebagai dasar temanya.


Hampir setiap hari dia diseksa jiwa dan raga oleh penjaga menara itu dengan layanan yang menakutkan. Kadangkala dimarahi kerana enggan memasak di dapur menara, kadangkala diherdik kerana berbalas sms dengan beberapa jantan hingga mengabaikan air yang sedang dijerang dan pernah juga dia dimaki kerana membiarkan jemuran basah ditimpa air hujan.


Namun begitu, si puteri tetap cekal dan tabah dalam menempuh segala deraan mental dan fizikal oleh makhluk mistik itu. Keyakinan yang tumbuh di dalam hatinya semakin hari semakin meninggi tentang putera raja yang bakal menyelamatkannya suatu hari nanti.


Selang tak beberapa lama kemudian ketika puteri itu meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 dalam mood bersedih di birai jendela menara sambil membelek-belek bungkusan hadiah berupa Samsung Galaxy Note pemberian makhluk mistik itu, gegendang telinganya dikuis oleh derapan tapak kaki yang keras mengetuk halaman menara di bawah sana. Pada hematnya, hari yang ditunggu selama ini telah pun tiba. Itu pastinya derapan tapak kaki kuda sang putera raja yang mahu datang menyelamatkannya. Hatinya girang tak terkata. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil beg pakaian berisi see-thru t-shirt, legging hitam dan beberapa helai pakaian dalam buat bekalan sepanjang tempoh pelariannya. Tidak lupa juga beberapa keping panty liner. Apabila dijenguk ke luar jendela, kelihatan seorang lelaki berkulit gelap dan berambut kerinting sedang mendongak ke arah biliknya sambil menunggang seekor keldai nyanyuk. Wah, walau pun dia tidak berkenderaan semewah yang diimpikan, dia masih lagi lelaki sejati. Tidak seperti lelaki lain yang sekaum dan sewarganegara dengannya.


Memang sah, itulah dia. Dari atas sini, lelaki itu kelihatan amat gagah sekali. Dengan susuk tubuh setegap Olubunmi Adigun tetapi mempunyai potongan rambut seperti Carlos Valderrama, lelaki itu beberapa kali mengenyitkan mata sambil menunjukkan isyarat ibu jari sebagai tanda line clear. Kini, sudah tibalah masanya dia diselamatkan dari tempat yang selama ini telah mengurung dan menyeksanya. Selamat tinggal wahai makhluk durjana, penyelamatku telah tiba... Desis hati puteri itu.


..............................



Dipendekkan cerita, beberapa minggu kemudiannya puteri itu kelihatan dibawa memasuki sebuah tahanan sementara kerana telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane. Di sana dia ditahan setelah gagal melepasi pemeriksaan pihak kastam dan didapati beg yang dibawa bersama ketika itu mengandungi 5kg dadah terlarang ketika cuba memasuki negara tersebut.


Tamat.


Sekian entri kisah dongeng zaman moden...

Rasa Kenyang

| Sunday, March 25, 2012 | 16 comments |
Orang kaya hulur kad hutang bayar makanan untuk rasa. Orang miskin selak celah wallet beli makanan untuk kenyang.


Dalam hal membeli makanan (atau keperluan) pada aku, di dunia ni cuma ada dua golongan je iaitu orang kaya dan orang miskin. Ya, walau pun kita bekerja makan gaji keluar pagi balik petang, cukup bulan bayar hutang. Tapi kita tetap bukannya terletak di kelas pertengahan. Kerana pada zaman milenium sekarang, pertengahan tidak lagi wujud.


Kenapa aku kata begitu? Sebab...


Kita orang kaya kalau:
...membeli sesuatu barang (makanan terutamanya) tanpa memikirkan sangat soal harga. Yang penting pada kita, rasanya yang sedap dan memuaskan tekak tamak kita. Seciput? Takde hal. Apa la sangat harga sejemput makanan atas pinggan leper yang harganya cecah RM100. Mahal? Pun takde hal, janji puas. Hidup jangan berkira sangat, nanti mati celik. Dah kambus pun mata terbeliak lagi. Nak ke macam tu.


Kita orang miskin kalau:
...tercari-cari tempat makanan nasi campur yang murah. Nasi ditokok dalam bungkusan yang menggunung. Letak kuah lebih, satu jenis lauk. Kalau bukan sayur, mesti telur dadar je. Tak sedap takpe, janji murah sebab duit dalam wallet tinggal beberapa belas ringgit je. Dalam akaun pulak ada lagi sedikit baki tapi tak boleh cucuk keluar sebab balance kurang sepuluh ringgit.


(gambar curi: aku tau benda ni mesti gila babi punya mahal!)


Bila-bila masa kita boleh jadi sama ada golongan yang pertama atau yang kedua, bergantung pada keadaan.


Sekian entri pasal nilai makanan...

...yang ke-205!

| Saturday, March 24, 2012 | 13 comments |
Hari ni Sabtu, 24 Mac 2012. Kalau tak silap ada orang-orang yang gagah perkasa buat perbarisan kat Dataran Merdeka. Eh, esok kot. Lantak la... Tapi katanya sempena ulang tahun polis yang ke-205.


Apa, yang ke-205! Gila punya tua polis kat Malaysia ni. Hahahaa...!!! Sorry bang, saya selaku rakyat biasa cuma bergurau. Di kesempatan ini, saya ingin menyusun lima jari di tangan kanan sambil memberikan tabik hormat dan mengucapkan `selamat hari ulang tahun yang ke-205'. Ingat tu, abang-abang semua dah tua. Bukan lagi 25, atau 15 macam saya ni tau!


Oleh itu, elok sangat kalau abang-abang polis semua tanpa mengira pangkat, posisi atau lokasi balai mana abang ditempatkan, agar terus `mengekalkan' tahap disiplin yang tinggi, integriti (aku tak berapa faham maksud perkataan ni) di kalangan ahli dan juga penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik agar kayakinan rakyat terhadap abang semua terus berkekalan hingga hari kiamat.


Lagi satu, kalau nak pau orang naik motor yang lupa renew road tax kat tengah jalan tu, agak-agak sikit la. Kalau motor cub setakat mintak RM5 pun dah cukup. Lepas Canyon sekotak.
  
 
 (gambar curi dari google)


Sekian entri `penghargaan' untuk brader polis semua...

Bertuah

| Friday, March 23, 2012 | 12 comments |

Dia : Ni ha, ada key chain. Menang cabutan bertuah pagi tadi.
Aku : Oh...
Dia : Tu je? Huh, tak ucap tahniah langsung pun!
Aku : Kena ucap ke?
Dia : Ye la.
Aku : Kalau macam tu, tiap setengah minit saya kena ucap tahniah kat awak.
Dia : Kenapa pulak?
Aku : Sebab awak terlalu bertuah dapat memiliki saya...
Dia : Huh...!


Sekian entri romantis geli-geli tengahari Jumaat.

Kejar!

| Thursday, March 22, 2012 | 16 comments |
"Ha, laju lagi. Laju! Langgar dia. Hahahahaa! Woohooo....! Laju lagi, laju!!!"


Suasana riuh mengisi segenap ruang dalam Proton Iswara 1.5s sedan berwarna biru petang itu. Mamat yang duduk di belakang dan Gemuk di sebelah kiri aku sama-sama galak dan terjerit-jerit melihat benda yang berada di hadapan kami ketika itu. Selaku chainman, mereka berdua adalah orang kuat aku ketika di site, dan selalunya suara aku pasti akan mengalahkan suara mereka di tengah-tengah hutan sekunder, agar arahan aku dapat diterima dengan jelas. Tapi petang itu, suara mereka berdua berjaya menenggelamkan dekahan keras dari rongga kerongkong aku.


"Cepat! Langgar dia. Laju lagi. Hahahaaa! Woohooo... Hahahahaa!!!" jerit Mamat di belakang. Tubuhnya didorongkan ke hadapan antara aku dan Gemuk.


Aku turut sama berdekah kuat. Tangan kiri aku sudah terletak di atas kepala gear knob bersalut krom, bersedia akan segala kemungkinan. Manakala tangan kanan aku menggenggam kemas stereng wheel sambil sebatang kretek terselit di celah jari telunjuk dan jari hantu. Tinggal suku.


Gedebuk, gedebuk, gedebuk!


Kedengaran tapak kaki itu menghentak permukaan jalan tanah merah. Permukaan yang mengeras dek kerana sudah hampir seminggu tidak disiram hujan.


"Hahahahaaa..!! Hahahaa!!! Laju lagi! Cepat, cepat! Langgar dia! Langgar..." Semakin galak jerit pekik tersembur keluar dari mulut Mamat dan Gemuk.


Beberapa ratus meter kemudian, tiba-tiba benda itu menyendengkan badannya ke kiri sedikit. Bukan kerana kehilangan imbangan badan, tetapi kerana mahu mengelak bontotnya dihentam bumper kereta yang aku pandu. Makin lama makin ke tepi. Jelas kelihatan bulu-bulu jarang yang tumbuh di tengkuknya beralun dibuai lenggok badannya. Makin lama makin dekat jarak antara bontotnya dengan bumper kereta. Dan makin lama tubuhnya makin menyusur ke arah semak.


Zuppp...!!!


Hilang. Sekelip mata benda itu hilang ditelan rimbunan semak setinggi kepalanya. Sama pantas dengan kemunculannya beberapa minit sebelumnya.


"Alaaa... Tak sempat...." Gemuk dan Mamat mendengus kecewa. Aku masih ketawa terbahak-bahak. Nasib kau baik kali ni. Lain kali kalau aku nampak lagi, memang nak kena baling dengan tripod heavy duty aku ni...
Sekian entri mengimbas kenangan silam...

Akaun

| | 14 comments |


Sebenarnya tak payah susah-susah tunggu jadi anak menteri pun aku boleh penuhkan akaun aku dengan amaun
yang boleh buat awek-awek clubbing juling mata.
Senang, edit je guna Photoshop!


Sekian, entri berangan tak bertempat.

Fuckless Friday of the Fucked System

| Wednesday, March 21, 2012 | 18 comments |
Pada mulanya, entri ini dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Tapi memandangkan dah menjadi trend sekarang orang akan buat entri yang bertajuk `Wordless Wednesday', jadi aku pun taknak ketinggalan `melompat ke lubang neraka paling dalam' bersama-sama mereka.
Kedua-dua kes di atas ni ramai orang dah tak ambil peduli memandangkan dah makin banyak kes-kes jenayah yang membuatkan kita terpaksa mengalihkan perhatian seketika. Pada aku, kes kat atas ni takkan basi sampai bila-bila. Sama juga macam kes adik Dirang yang baru-baru ni membuatkan kita sentap seketika. Cuma seketika. Selebihnya, kita akan meneruskan kehidupan macam biasa.

Masuk pejabat, log in Fuckbook (macam aku) dan kalau rajin akan berinteraksi dengan kawan-kawan dan `like' mana yang patut (macam aku jugak). Lepas tu, bila keluar kes baru yang lebih menyayat hati, sekali lagi kita buat-buat sentap.

Apa yang tak syoknya, aku tengok sekarang kes-kes yang dah jelas kita sebagai masyarakat kelas pertengahan dan bawahan ni pun boleh jadi hakim, tapi akhirnya si tertuduh terlepas macam tu je. Keluar dari bangunan mahkamah dengan muka tersengih sambil diiringi peguam kat sebelah. Sementara waris si mangsa dah tak daya nak menangis lagi dah. Cuma hamparan sejadah yang jadi tempat mengadu.

Patut ke? Memang patut pun. Tak lain tak bukan, aku cuma mahu menyalahkan kegagalan sistem yang dah berpuluh tahun kita anuti.

Ah, kau ni semuanya tak puas hati! Kalau macam tu, baik kau je jadi menteri. Lepas tu gubal mana-mana undang-undang yang kau rasa tak adil. Ingat senang ke?

.....sekian entri tak puas hati dengan sistem.

Gelap dan Buta

| Tuesday, March 20, 2012 | 18 comments |
Perempuan : Awak!
Lelaki : Iye...
Perempuan : Apa yang awak dapat gambarkan dengan hubungan cinta kita?
Lelaki : Ada la...
Perempuan : Ala, awak bagitau la.
Lelaki : Nak tau sangat ke?
Perempuan : Ha'ah.
Lelaki : Ok, awak pejam mata sekarang.
Perempuan : Oh, romantiknya. Mesti awak nak beri sesuatu kan?
Lelaki : Rapat-rapat. Ok, sekarang apa yang awak nampak?
Perempuan : Takde apa-apa. Gelap je.
Lelaki : Ha, pandai pun. Itu la dia. Cinta yang sedang kita jalin sekarang membuatkan dunia saya seolah-olah gelap gelita. Kalau awak tiada, bagaikan waktu subuh telah beranjak melepasi waktu syuru'. Mungkin saya akan lebih bahagia kerana tak perlu lagi meraba-raba di siang hari...
Perempuan : Awak...!


Sekian entri nganjing couple zaman sekarang...

BR1M

| Monday, March 19, 2012 | 17 comments |
Masuk je dalam bank tu, aku terus tuju ke front desk. Akak tu suruh aku tunggu kat kaunter 5 bila aku bagitau aku nak tukar voucher BR1M ni. Ada la dalam 15 minit aku duduk kat meja kaunter 5 tu. Takde orang kat situ. Aku tengok kat keliling, kat bank tu pun tak ramai customer. Bila aku dah tak tahan sangat, aku bangun la pergi kaunter sebelah tanya. Bila aku tanya siapa yang in charge pasal voucher ni, perempuan tu tunjuk kat sorang pegawai lelaki. Lelaki tu aku tengok lain macam dia punya sibuk, huru-hara je. Tapi customer tetap tak ramai. Staff lagi ramai daripada customer.

Aku pun datang la dekat dia nak tanya. Boleh dia cakap macam ni kat aku, "Tunggu 15 minit. Saya tengah sibuk ni!" Pergh menyirap aku. Dah la cakap pun tak pandang muka aku. Sudahnya aku blah je dari situ, pergi BSN. Kat BSN sekejap je, senang pulak tu.

**********

Diceritakan kepada aku. Petang tadi. Lokasi, CIMB cawangan pekan Dengkil. Kalau aku berada di tempat kawan aku, cuma satu ayat je yang akan aku bagi kat pegawai bank lelaki tu iaitu, `anak babi kau!', sebelum aku berambus dari situ. Kurang ajar...

Sekian entri tolong marah pada pegawai bank...

101-2012 : Kaki

| | 31 comments |

Escape From Syria

| Friday, March 16, 2012 | 7 comments |


That was when the Frenchman saw his friends. The front of the house and its doorway had taken the full force of the explosion. Freelance photographer Remi Ochlik, 28, lay at the entrance. Daniels tapped him gently on the head three times: "Remi. Remi. Remi?" Nothing.


"Edith," Daniels gasped, "Remi is not with us anymore."


On the ground near Ochlik was Marie Colvin, 56, an American correspondent for the Sunday Times of Britain, who had worn a black eye patch ever since she lost an eye in the civil war in Sri Lanka. She was legendary for being the first reporter into any war zone - and the last one out. This would be her final battle. The explosion had killed them both instantly.






"We felt very bad saying `Please help us get out of here. We have lost our friends'. We couldn't say that, because they had lost everything."






"The real story is not us," Daniels says. "It's the Syrian people." It is, unfortunately, a story that can not yet be told in full. Even the names of the activists who died in the rescue must remain secret. The very revelation of their identities is likely to put others in danger in Syria where mourning the dead may itself be punishable by death.


- teks : TIME, March 19, 2012
- gambar : www.time.com/daniels


Membaca artikel sepanjang enam halaman penuh berserta beberapa keping gambar benar-benar telah membawa aku merentasi satu perjalanan epik sekumpulan kecil manusia yang berjuang untuk hidup di tengah-tengah medan perang yang bukan milik mereka. Sehabis menelaah detik yang telah membunuh seorang jurugambar dan wartawan bebas, serta usaha menyelamatkan diri oleh beberapa orang yang lainnya sambil dibantu oleh kumpulan pemberontak, membuatkan aku menarik nafas perlahan seorang diri.


Betapa aku tidak pandai bercerita kepada orang lain dalam bentuk lisan atau tulisan, tapi kisah yang aku baca ini tidak memerlukan penulis yang hebat untuk menceritakannya. Seolah-olah terjadi di depan mata aku sendiri. Bagaimana mereka telah ditinggalkan sendirian oleh pasukan perubatan di tengah keganasan roket dan bedilan mortar, keadaan mereka mengheret diri menyusuri terowong rahsia melepasi sempadan dan berkonvoi melalui laluan rahsia yang bila-bila masa boleh meragut nyawa. Semua itu tergambar di depan mata aku.


Untuk entri ini, tiada pendapat atau ulasan yang mahu aku berikan kecuali penghargaan kepada wira yang berjuang dengan cara mereka sendiri tanpa mengangkat senjata api atau memetik picu raifal. Hanyalah gelekan mata pena di atas buku nota dan hunusan lensa kamera di tengah peperangan yang tersembunyi. Tujuan mereka menyertai para pemberontak dan aktivis bukannya mahu menjatuhkan pihak lawan atau menyertai peperangan tersebut, tetapi hanya mahu mencari serta menyampaikan berita ke dunia luar. Itu sahaja, tetapi nyawa mereka yang harus menjadi nilai ganti.


Sekian entri mengenang wira yang tewas.

SYR 3 - 0 MAS

| Wednesday, March 14, 2012 | 8 comments |


Berikut adalah ulasan serenjang yang aku dapat simpulkan usai perlawanan kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan zon Asia sebentar tadi, yang berkesudahan Malaysia menewaskan diri sendiri dengan tiga gol tanpa balas.


  • Permukaan padang walau pun nampak hodoh tetapi tetap rata dan bola tidak melantun dengan merepek meraban, mungkin suami menteri kat sana tak bela lembu di dalam stadium, tetapi hanya memilih apartment kos sederhana tiga bilik untuk menempatkan ternakan mereka.
  • Nazmi Faiz Mansor pasti menyesal dulu masa kecil dia tak nak makan Calciyum banyak-banyak supaya dapat menandingi saiz pemain pertahanan Syria.
  • Fizikal pemain Syria yang hampir dua kali ganda pemain Malaysia tidak menghalang penyerang mereka menyusup masuk melepasi barisan pertahanan negara. Aku rasa, mesti `ehem-ehem' mereka juga berkali ganda saiznya. Jadi budak-budak Melayu kita patut ubah selera dari memilih gagak Afrika sambil diper`keldai'kan, kepada jejaka-jejaka Syria ni. Hahahaaa...!!!!
  • Sehingga minit ke-14, sekurang-kurangnya lima percubaan bahaya ke pintu gol Malaysia telah dilancarkan bagaikan bedilan artileri tentera Postugis. Kemudiannya diikuti satu percubaan berselang setiap satu minit.
  • Peluang terbaik pemain negara muncul pada minit ke-32 melalui tandukan yang terhasil melalui sepakan sudut, hampir membuatkan aku terlompat melepasi ketinggian jejantas udara menara KLCC.
  • Dua minit kemudian, pemain negara sekali berjaya mencemaskan penonton dengan tampanan kemas ke arah gawang sendiri. Mungkin pemain itu terlalu teruja dapat bermain pada waktu petang hingga tak peduli pintu gol mana satu yang patut dibolosi. Situasi kedua yang berlaku dalam separuh masa pertama.
  • Macam biasa, Ahmad Fakri Saarani sepatutnya bermain `bola' sendiri di luar padang meninggalkan sepuluh rakan yang lain di dalam padang, kerana kehadirannya langsung `tidak mendalamkan lubang'.
  • Ong Kim Swee patut menjelaskan kepada barisan pertahanan bahawa cara nak `clear' bola bukan setakat mengangkat kaki sesuka kepala nenek dan mengharap bola menjauhi diri sendiri, tetapi sepatutnya mencari ruang yang sesuai ke mana bola itu sepatutnya dihantar. Orang kata, tendang ikut arah telur.
  • Panjaga gol Syria berbaju biru muda walau pun jarang kelihatan di kaca tv, tapi aku tau mesti dia banyak habiskan masa bersandar kat tiang gol sambil bersembang dengan budak Milo kat belakang.
  • Boleh dikatakan langsung tak dengar sorakan penyokong Syria di stadium, mungkin mereka sedang sibuk berpolitik di jalanan atau golongan muda mereka memilih untuk berpidato di atas rostrum sekitar kampus berbanding menyokong pasukan bola kebangsaan mereka secara membabi buta.
  • Aku terlupa bahawa pasukan yang berjersi merah adalah pasukan Syria dan bukannya Malaysia apabila tanpa sengaja aku hampir bersorak melihat mereka menjaringkan gol ketiga. Hakikatnya, gol itu boleh dianggap sebagai gol berkelas sukan sekolah peringkat daerah sahaja lagaknya. Jelas kelihatan pemain kita langsung diayam-ayamkan!
  • Hasbullah menunjukkan tanda dia sudah sepatutnya bersara wajib apabila berkata "Malaysia kini sedang berusaha mempertahankan diri" pada minit ke-64. Bangang!!!


Sekian entri ulasan bolasepak.

Monsun

| | 16 comments |

Dulu masa belajar subjek geografi dengan cikgu Latifah kat sekolah menengah, seingat aku dia pernah ajar dua jenis monsun utama yang mempengaruhi iklim di semenanjung Malaysia. Pertama adalah monsun timur laut (anak panah bertanda A) yang bertiup dari Laut China Selatan ke arah pantai timur semenanjung bermula pada bulan November hingga bulan Mac. Lazimnya, angin monsun ini akan membawa sekali hujan yang lebat hingga menjejaskan pendapatan penjual aiskrim berhampiran sekolah di sekitar negeri-negeri pantai timur.


Manakala monsun barat daya (anak panah bertanda B) pula akan bertiup dari Selat Melaka ke arah pantai barat semenanjung bermula pada bulan Jun hingga September. Walau pun angin monsun ini turut membawa hujan sekali, tetapi kebiasaannya hanya cikgu-cikgu sekolah di negeri-negeri utara semenanjung sahaja yang akan meranduk air ke kelas hingga ke atas lutut, satu pandangan yang mempesonakan. Tetapi tempat-tempat di sebahagian pantai barat dan selatan semenanjung jarang terjejas teruk.


Tetapi sekarang ni, apa kejadah yang dah berlaku pun aku tak faham. Nak katakan sepanjang tahun semua tempat kat semenanjung ni memang berpotensi menjadi lubuk ikan talapia. Bulan November, Batu Pahat boleh banjir. Kuala Kedah jangan cerita la, takde beza pun dengan Kota Bharu. Masing-masing kena bersedia menghadapi banjir dan panas terik setiap masa.


Aku rasa, dalam beberapa tahun lagi silibus mata pelajaran geografi sekolah menengah kena la rombak semula. Supaya nanti takde la cikgu-cikgu lepasan ijazah yang comel tak ingat tu tak pening kepala nak menjawab soalan murid `kenapa bulan Disember sekolah kita kat Parit Sulong ni pun boleh jadi pusat pemindahan banjir'!


Sekian entri ulasan keserabutan iklim Malaysia.

Dilarang Masuk

| | 16 comments |


Boboi : Kalau orang tu orang miskin, dia takde baju kolar?
Gugurl : Kalau dia miskin, dia tak beli tiket.


****************************** 


Gambar di atas adalah sebahagian babak yang membabitkan watak Boboi (Afdlin Shauki) dan awek bertudung Yuna iaitu Gugurl (Harun Salim Bachik), ketika mereka menonton satu persembahan komedi di sebuah panggung yang dianggap antara tempat paling eksklusif di Malaysia. Si Boboi ni memang gila babi punya sempoi sebab dengan selamba dia boleh seludup masuk fries (rupa-rupanya ada ayam goreng sekali!) dan coke ke dalam dewan, walau pun perbuatan macho dia itu telah ditegah oleh Gugurl. Ini kerana mereka perlu mematuhi beberapa protokol dan etika yang ketat sepanjang berada di situ.


****************************** 


Dalam situasi normal, kalau aku diajukan oleh soalan seperti ayat yang atas sekali, pasti aku akan menjawab,


"Kalau dia miskin, dia mana mampu beli tiket. Tiket nak masuk sini kan ke mahal. Nak parking kat sini pun orang kebanyakan macam tak layak tau. Kalau tak malu, datang la. Biar pak guard halau dengan batu.


Kalau dapat masuk pun, mesti tiket free. Eleh, tiket sponsor la tu. Tak malu.  Dah miskin, ada hati nak masuk tempat macam ni pulak. Sebab tu la diorang buat peraturan bagus. Nak masuk sini kena pakai elok-elok. Tak boleh pakai round neck. Tak boleh sarung selipar. Tak boleh pakai jeans biru. Tak boleh makan, tak boleh minum. Tu semua orang miskin yang pengotor dan selekeh je yang buat.


Ini Istana Budaya tau, bukan Central Market! Tak kelas la bagi orang macam tu masuk. Apa la Boboi ni!"


Kataku sambil mencubit perut Boboi dengan lenggok badan yang gedik macam syaitonnirrojim...


******************************


Ok, kali ni aku angkat tangan dan letak kat dahi pada Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sebab malam tu mereka dah buatkan penonton mentertawakan sistem anutan yang menjadi kebanggaan kita tanpa sedar. Tabik laju-laju untuk sketsa mereka semasa Lawak Ke Der tempoh hari. Dan lebih sinis lagi, aku menganggap lawak mereka itu seolah men`sundal'kan sistem-sistem dan peraturan-peraturan yang secara halus mengajar kita membezakan masyarakat secara kasta.


Bagus, dan tahniah. Memang sundal, celaka dan pukimak sekali sistem-sistem yang sebegini! Besar punya bebal. Bab pemakaian pun nak ambil kira sangat. 


Apa, akan tercalar ke prestij Istana Budaya tu kalau berduyun kutu-kutu datang dengan pakaian macam nak pergi usha bapuk? Jawapannya ya, kalau yang menjawab tu adalah mereka yang otaknya mentafsir dunia ni cuma ada dua compartment je iaitu orang kaya yang mulia dan orang miskin yang keji.


Sekian entri menganjing pengamalan sistem kasta dalam dunia seni dan hiburan.

National Fuckass Corporation

| Tuesday, March 13, 2012 | 9 comments |

Chronology of NFCorp scandal


- Oct 27, 2007 : NFCorp is awarded the feedlot project.
- Dec 6, 2007 : NFCorp signs RM250 million government soft loan agreement to start the feedlot in Gemas, Negri Sembilan.
- Oct 25, 2011 : Auditor-General's Report reveals that NFCorp failed to hit its target of breeding 8000 cattle by 2010.
- Nov 8, 2011 : PKR claims RM81.00 million was siphoned off to associated companies owned by Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil's family.
- Nov 10, 2011 : PKR alleges NFCorp paid RM10 million for condominiums in Bangsar belonging to National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.
- Nov 14, 2011 : Sabah Umno MP Datuk Bung Mokhtar calls on Shahrizat to resign.
- Nov 17, 2011 : Shahrizat's husband and NFCorp executive chairman Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail says two condominiums purchased at RM6.9 millions as investments for the project.
- Nov 30, 2011 : PKR claims NFCorp used RM5 million to buy Mercedes Benz and land in Putrajaya and channelled RM588,585 cash to companies owned by Shahrizat's family.
- Dec 9, 2011 : Former Prime Minister Tun Dr Mahathir urges Shahrizat to resign.
- Dec 20, 2011  : PKR alleges another RM10 million was used to buy luxury condominium in Singapore.
- Jan 20, 2012 : Shahrizat goes on three weeks leave from ministrial duties.
- Jan 14, 2012 : PM Najib announces that NFCorp's assets have been frozen pending investigations.
- Feb 8, 2012 : Shahrizat return to work.
- March 7, 2012 : PKR alleges Shahrizat's family has used the loan to finance eight office units in KL Eco City worth RM12 million.
- March 11, 2012 : Shahrizat announces resignation as Women, Family and Community Development Minister.
- March 12, 2012 : NFCorp executive chairman Mohamad Salleh charged in court.


resource : theSun; Tuesday; March 13, 2012.


******************************


Tak payah baca habis kronologi kat atas ni pun takpe. Kita semua sedia maklum dengan wayang percuma yang sedang dipertontonkan. Sebab tu aku sengaja guna guna font kecik, aku sendiri pun tak selera nak hadam.


Apa yang penting sekarang, aku harap dunia blog akan terus berkembang dalam tempoh lima puluh tahun dari sekarang dan entri ini masih lagi boleh dibaca. Supaya aku (dan anak cucu aku) dapat tau apa jenis wayang gambar yang dilakonkan oleh umat terdahulu.


Sekian entri malas babi...

Pemalas!

| Monday, March 12, 2012 | 33 comments |
Apa punya stail la budak-budak sekarang. Pemalas nak mampus! Kalau keyboard tu dah ada depan mata, tak payah la nak taip ikut short cut. Apa, jari tu tak cukup sepuluh ke? Tak pun mata QWERTY tu tak cukup. Entah, ini la namanya pemalas kuda kayu...


Itu satu hal. Satu lagi masalah, ejaan pun diorang nak buat main-main. Kepala bana dia la. Mencik la, langsung xley hapdet! Bebal!


Sakit mata, sakit hati gua nak baca. Salah satu sebab kenapa gua jarang jalan-jalan dalam alam virtual ni. Again, the duck is fucked! No, you're the fucking duck. And you fucked yourself.... And your own mother language.


Apahal, lu nak kata gua pun sama jugak ke sebab campur English dengan Bahasa dalam satu ayat? Tak, gua tak sama sebab gua bukan pemalas babi, nak menaip pun main sekerat-sekerat. Gua rasa lebih baik lu potong semua lu punya jari elok-elok, boleh buat buah dam haji. Lagi bagus daripada lu jadi manusia pemalas babi.


Tak guna comel kalau pemalas!


Sekian, sekian, sekian!!!

Cuci Amal

| Sunday, March 11, 2012 | 28 comments |
"Aik, bersih kereta, bila masa pulak basuh," tegur aku sebaik melihat kereta buatan Malaysia di parkir di depan rumah.


"Pagi tadi, kat parking ada budak-budak student buat charity. Diorang cuci kereta staff untuk kutip duit sumbangan.  Bayaran seikhlas hati," terang dia ringkas.


"Bagi budak-budak tu berapa ringgit?" Soal aku lagi. Mula menunjukkan riak-riak takbur manusia kelas pertengahan.


"Sepuluh ringgit," jawabnya lagi.


"Mahalnya. Hantar car wash dalam lapan ringgit je. Lagi berkilat. Tayar pulak siap polish lagi. Dalam dia vacum sampai takde sebutir habuk pun. Macam ni punya basuh bayar sepuluh ringgit? Tak berbaloi." Jawab aku dalam nada angkuh. Kalau tersedia kalkulator di depan aku, jawapan persamaan matematik yang terhasil dengan menggunakan tahap keangkuhan aku sebagai nilai dalam pembolehubah, mungkin jawapannya boleh disamakan dengan Firaun.


"Ala, takpe la. Dah nama pun sumbangan untuk amal. Lagi pun diorang tu cuci manual. Angkut baldi yang penuh air dari tempat lain. Ulang-alik lagi. Patut bagi lebih..." Jawabnya dengan nada selamba, tanpa melihat ke wajah aku.


"Cilakak!" Serta-merta aku menadah kedua-dua belah tapak tangan aku ke atas separas bahu memohon keampunan daripada Tuhan. Moga dosa-dosa kecil dan besar aku sepanjang hari itu diampunkan. Amin...


Gambar ini tiada kaitan langsung dengan cerita.
Saje nak berlagak, tunjuk sport rim belalang tempur yang baru aku kilatkan pagi tadi.
Aku harap musim kemarau cepat tiba supaya belalang tempur aku tak transform jadi jet ski.

Sekian entri penuh kesedaran di hari minggu.

Kategori

| Saturday, March 10, 2012 | 15 comments |
***Waktu minum pagi, bersama dengan mereka sembil melayan perbincangan tentang isu-siu semasa. Dapat mengetahui harga rumah yang baru diduduki dan keputusan peperiksaan anak-anak masing-masing. Dan kadang kala apabila adanya isu-isu panas sekitar arena politik negara di Buletin Utama pada malam sebelumnya, akan kelihatan babak menepuk meja dan meninggikan suara. Tapi aku tetap setia menjadi batu bisu memerhatikan gelagat mereka, sembil mengepau sebatang rokok dari orang terhampir.


***Ketika hujung minggu, cuti umum atau masa-masa yang aku free; bersama dengan dia pulak di tebing sungai atau tasik buatan. Berbincang tentang jumlah tangkapan mat Indon di hujung sana sambil menunggu kail diragut ikan. Ada kalanya, kami seringkali berpindah tempat apabila yakin ikan di sesuatu kawasan itu sedang mengalami depresi hingga hilang selera makan. Tak lupa, kami akan cuba mempraktikkan kaedah-kaedah baru melalui pemerhatian di sekeliling serta tip-tip dari teman sepejabat yang lain.


***Untuk keyakinan yang lebih pula tatkala menjalani hidup sehari-hari, aku akan bersembang di dalam telefon atau berbalas sms pula dengan dia, seorang ejen insurans yang baru membeli sebuah rumah berharga hampir setengah juta ringgit. Dia gemar menekan butang `like' terhadap apa-apa sahaja yang aku tak puas hati di fuckbook. Dan kami juga kerap ketawa bersama-sama setiap kali bertemu janji di lobi pejabat aku. Dulu semasa zaman sekolah, bukan kawan yang kamcing lantaran kami tidak tinggal di dorm yang sama. Tetapi kini dia adalah kawan merangkap penasihat insurans aku.


***Setiap kali aku membuka pintu keluar rumah dan menyarungkan selipar, dia sudah sedia tercongok di sebalik dinding bata setinggi dada di sebelah sana. Biasanya, waktu `kebetulan' kami adalah pada waktu malam selepas jam sepuluh. Tetapi kadang-kadang dia juga ada menghembus asap bersama aku pada pagi minggu. Perbualan biasanya berkisar kepada cuaca panas yang membahang sampai ke malam, kaitan peningkatan penggunaan tenaga elektrik dengan air-con atau pun isu-isu keselamatan di kawasan kejiranan kami. Selain bergelar jiran sebelah rumah, selayaknya aku memanggil dia sebagai kawan seperokok.


Itu adalah antara beberapa kategori kawan aku bergantung kepada aktiviti yang aku lakukan atau lokasi aku pada ketika itu. Orang berlainan untuk aktiviti yang berbeza-beza. Mereka ini adalah bancuhan-bancuhan acrylic yang mewarnakan kanvas kehidupan sosial aku. Menunjukkan aku adalah orang biasa yang masih juga berjuang seperti orang lain.


Ohya, aku juga ada seorang sahabat (bukan kawan) yang dah aku lantik sebagai kamus dewan secara automatik kerana dia pasti akan memberikan definisi akan perkataan-perkataan sastera yang aku tak faham. Hahahaaa...!


Sekian entri mengenang kehidupan sosial...

Buang masa aku betul la!

| | 20 comments |


Sekarang buat julung-julung kalinya sejak aku bergelar blogger, aku telah merajinkan diri berjalan-jalan macam orang gila sambil menjelajah dan merayap ke sekitar dunia blogger dari ceruk serantau iaitu Singapura, Indonesia dan jugak Brunei kalau ada. Nampaknya trend semua sama je. Ramai yang bikin blog diorang macam diari.


Kalau perempuan majoritinya akan menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk mencurahkan isi hati terhadap pisang diorang, dan tak kurang jugak tempat untuk bergosip sesama sendiri. Kalau lelaki pulak, pun sama je entah apa-apa je isi. Kalau aku main redah macam orang buta gini, mau macam-macam yang aku jumpa dalam dunia blog.


Tapi apa yang macam celakanya, budak-budak zaman sekarang ni style buat blog tak payah la gempak sangat dengan grafik. Dengan warna-warni bagai. Sekali klik je terus tubik lagu. Ada efek yang mengarut, ada salji gugur bertaburan mengikut kursor. Menyusahkan aku je. Blog yang macam ni, tak payah cakap banyak. Aku terus klik pangkah atau tekan Ctrl+Alt+Del je. Tak kuasa aku nak tunggu loading sampai habis... Merayau tempat lain lagi bagus! Hahahaa...!!!


Sekian entri pasal malas nak tunggu lama-lama...

Boss...!

| Friday, March 09, 2012 | 22 comments |

"Malaysia menduduki tangga ke-10 dalam carta terbaik wanita pengurusan kanan dalam sektor ekonomi. Jumlah itu menggambarkan pencapaian cemerlang wanita semakin meningkat menyaingi dominasi lelaki.


Mengikut laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton (IBR) peratusan wanita Malaysia dalam pengurusan kanan sedikit menurun, daripada 30 peratus kepada 28 peratus sejak tahun lalu."


-Berita Hairan, Jumaat, 9 Mac 2012.


SATU


Assalamu 'alaikum. Aku ni sebenarnya bukan jenis manusia yang ketagih nak selak suratkhabar setiap pagi, tapi kalau ada kelapangan dan kebetulan pulak ada naskhah akhbar tak kira terbitan mana pun sama ada jenis tipu atau jenis yang separa jujur, aku sebat je. Baca sikit-sikit, selak lebih-lebih.


Entah macamana, aku boleh tertarik pulak dengan satu artikel dalam sisipan Ratu kat Berita Hairan hari ni. Yang buat aku tertarik cuma perenggan pertama dan perenggan kedua je. Satu yang aku sedikit keliru adalah kedua-dua perenggan awal ni agak kontra sedikit fakta dan penghujahannya.


Mana kan tidak. Perenggan pertama dikatakan `pencapaian cemerlang wanita semakin meningkat' tapi pada perenggan kedua pulak dikeluarkan kenyataan yang merujuk kepada satu laporan kajian antarabangsa mengenai penurunan peratusan penglibatan wanita dalam pengurusan kanan di Malaysia. Hm, confuse aku.


Atau pun aku salah faham sebab artikel ni aku tak baca habis. Hahahaaa...!


DUA


Siapa suka ada bos perempuan? Kalau aku tanyakan soalan ni kat sepuluh orang pekerja perempuan, mungkin cuma tiga atau empat orang je yang akan berdiri dengan megah sambil menjulang tangan ke siling.


Tapi kalau aku tanya, siapa suka jadi bos? Mungkin semua perempuan yang aku tanyakan soalan ni akan tersengih-sengih dan memberikan jawapan positif.


Realitinya, sejak aku meninggalkan bangku pengajian dan memasuki alam pekerjaan tak ramai daripada orang yang aku kenali suka bekerja di bawah bos perempuan. Entah kenapa. Ramai yang akan memberikan jawapan yang bos wanita ni adalah seorang yang (1) terlalu cerewet dalam menerima kerja yang diserahkan atau (2) tidak pandai mengambil hati pekerja bawahan atau (3) mempunyai ego yang sedikit tinggi ketika di pejabat atau... Entah, aku lupa nak taip apa!


Apa pun, dulu aku suka bekerja dengan bos aku seorang professor di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang memegang jawatan dekan fakulti ketika itu. Dia seorang yang sempoi walau pun mempunyai pengaruh kuat dan begitu disegani di kampus. Dan yang paling best, dia pernah belanja semua staf makan ikan bakar kat sebelah Dewan Bahasa sempena tamat kontrak aku bekerja dengan dia. Dan dia adalah seorang perempuan...


Gambar curi dari Google.
Aku harap Tuhan tak anugerahkan aku boss yang macam ni.


Sekian...

Buli

| Thursday, March 08, 2012 | 14 comments |
"Tengok elok-elok lampu tu tau. Kalau lampu hijau menyala bagi tau, kalau merah pun bagitau jugak. Senang kau sebut je la lampu apa yang menyala tu." Arah aku kepada seorang pelajar praktikal. Sebagai seorang brader otai yang layak dipanggil abang oleh sekelian student praktikal, arahan tersebut sepatutnya dipatuhi tanpa banyak bicara. Kalau tak, mau aku report kat bos.


"Sepanjang jalan ke?" Dia tanya meminta kepastian.


"Ha, yela. Kalau merah yang menyala tu maknanya receiver ni tak dapat detect signal. So, kereta ni kena bawak lagi slow." Aku menjawab sambil memberikan sedikit penerangan dalam nada tegas bercampur penuh keyakinan. Aku pasti jawapan yang aku berikan tu adalah tepat berdasarkan pelajaran yang aku dapat dari kelas berkenaan GPS.


"Kenapa dia tak boleh detect? Satellite problem ke?" Soalnya lagi. Matanya terkebil-kebil memandang kotak perakam berwarna kuning berbelang kelabu dari jenama Topcon. Ketika itu, instrument yang digunakan amatlah daif keadannya berbanding sekarang. Dah la takde display, harga pulak boleh beli Kancil 850 tangan kedua secara tunai. Gila!


Aku memalingkan muka ke hadapan. Napi yang memandu di sebelah kanan aku buat mata kuyu menahan panahan matahari dari hadapan. "Sebab kita main kat celah bukit..."


Jadi, pagi tu sepanjang menyusuri segenap seliratan jalan dari Genting Sempah menuju ke puncak Genting Highlands, selain kedengaran bunyi radio melalui speaker kereta, yang berkumandang hanyalah suaranya menyebut perkataan `hijau' dan `merah' berkali-kali. Aku tersengih sendiri, sampai keesokan pagi.


Beberapa bulan selepas budak perempuan ni menamatkan latihan amalinya di firma aku, barulah aku perasan apa yang aku buat ketika itu adalah salah satu bentuk pembulian. Sepatutnya, dia tak perlu sebut warna lampu yang menyala pun takpe. Cuma bila berlaku sesuatu yang ganjil barulah dia maklumkan kepada aku. Tapi disebabkan aku ni satu-satunya brader otai yang diberi kepercayaan mengendalikan peralatan, secara automatik aku melantik diri sendiri sebagai orang yang layak membuli adik-adik praktikal. Bukan apa, takde niat jahat pun. Aku cuma nak latih diorang ni berdisiplin dan mampu menerima arahan dengan baik. Itu je.


Kepada adik-adik yang rasa ter`buli' tu. Aku tak minta maaf, sebab aku memang sengaja pun. Hahahaa...!!!


Sekian entri peringatan untuk budak-budak praktikal.

Malay Slut

| | 10 comments |
Petang tadi, Universiti Malaya. Lebih kurang jam 4:30 petang. Jalan naik bukit menuju ke Fakulti Perubatan dari depoh bas, aku memandu dengan kelajuan sederhana. Sebab kat sini ada ramai student otak cetek yang akan melintas jalan macam ayam atau menyusuri jalan tanpa menggunakan walkway. Aku tak nak kereta buatan Malaysia aku termasuk dalam rekod pejabat keselamatan kerana merempuh student ni sampai mati.


Sedang elok mendaki bukit, tiba-tiba mata aku mengesan sesuatu yang agak janggal. Agak janggal didapati di dalam kawasan kampus, tetapi mudah dilihat di `lorong-lorong belakang'.


Dia berjalan menuruni bukit, bertentang dengan aku. Tangan kanan mengepit buku dan muka tunduk mengadap permukaan walkway yang dipijak. Seluar jeans warna biru terang dan sendat. T-shirt gelap berlengan kontot. Apa yang menjamu mata aku sebagai suatu yang dikatakan rezeki adalah, aku dapat melihat perutnya yang terdedah dek kerana t-shirt yang singkat...


Budak melayu... Hmm, fucking slut!!!

Veronica Guerin

| Wednesday, March 07, 2012 | 9 comments |
Tak mudah rupanya jadi wartawan ni.
Terutama sekali wartawan yang jujur dan bukan jenis makan dari tapak tangan orang lain yang berkepentingan.
Silap-silap, nyawa jadi taruhan.

Sekian...

Logam dan Thoub

| Tuesday, March 06, 2012 | 7 comments |
Generally metal comes from a western countries, and it is a way part of a globalisation process. What is your opinion about metal and its spread around the world?


It is just a cycle, such as we are already take anything from around the world before, even from the eastern region.


Kata seorang peminat metal dari Dubai yang mengenakan thoub dan shumagg sambil memetik gitar tertera perkataan Iron Maiden. Tapi aku tidak mempunyai tanggapan yang sama seperti dia. Sebaliknya aku memandang muzik metal pada mulanya hanya sebagai salah satu medium  yang digunakan oleh barat dalam proses globalisasi itu sendiri. Manakala proses globalisasi itu pula  cuma bertujuan untuk menjajah!


Namun begitu, bagi sebahagian penggiat tegar muzik ini, mereka bangga dengan kewujudan genre muzik ini sambil menyifatkan kemunculan mereka secara global adalah sebagai `the new tribe'. Ini kerana walaupun mereka menerima baik muzik metal dan mengadaptasi muzik ini mengikut ciri-ciri budaya setempat, kekangan politik dan unsur-unsur kepercayaan; mereka masih mengaku yang mereka masih lagi bersatu di bawah kepercayaan pokok yang sama iaitu agama...


Sekian entri pandangan singkat.

Kosong

| | 4 comments |



Ruang kosong yang melingkar di dalam kepala otak aku kini sedang dipenuhi dengan lompatan aksara-aksara minta dilepaskan ke udara. Namun malangnya, apabila minda aku mengarahkan saraf-saraf aku agar mengetuk jari-jariku pada mata papan kekunci, semuanya tiba-tiba hilang... Hilang mengecut dibawa hanyut ke serata pembuluh darah. Sedikit demi sedikit, kesemua zat ilham terurai oleh dominasi sel-sel darah putih yang langsung mencernakan idea aku entah ke mana.


Ada sesuatu yang hilang. Hilang. Kehilangan yang membuatkan kursor aku seperti tumpul untuk menakik huruf-huruf roman. Apa yang terpapar cuma kosong...


...kosong yang tiada apa-apa.


Dan aku hanya mampu memohon ampun kepada diri sendiri kerana kegagalan yang tidak aku sengajakan ini. Sekarang aku sedang mengarang hukuman yang paling ringan untuk diri sendiri. Dirasakan paling ringan oleh penghuni neraka paling bawah, tetapi berat yang teramat sangat oleh makhluk yang lain.


Waktu ini, bahu kiri aku sedang mengendur ke muka lantai kerana hukuman berat yang tidak seberapa ini.


Maafkan aku wahai diri sendiri.


Sekian, untuk ketika ini.

Hero Tua

| Monday, March 05, 2012 | 13 comments |


"Dalam hati ni dah tak rasa apa-apa langsung, kosong je. Datang kerja pun tak fikir apa, cuma datang je. Kadang-kadang kalau duduk sorang, menangis terkenangkan kawan-kawan lama. Mana yang dah lama meninggal, mana yang dah pindah. Tunggu masa je. Lepas ni nak duduk rumah, tak nak buat apa, dah penat sangat..."


Antara keluhan seorang lelaki tua kepada aku. Sambil meneguk setengah gelas kopi tarik yang  dituang dari gelas aku, dia menceritakan suka duka dia bekerja di tempat aku. Aku diam, mendengar.


Telah mula bekerja sejak tahun 1972, dia tidak pernah rasa dihargai. Cuba bayangkan, setelah hampir 40 tahun berkhidmat, tidak pernah sekali pun dia menerima sebarang penghargaan daripada ketua. Jangankan dibelanja makan tengahari di tempat yang dianggap istimewa, jamuan anugerah kecemerlangan jauh sekali untuk dia merasa.


Sebab itu, aku tengok dia semacam manusia yang sudah kehilangan jiwa untuk meneruskan tugas. Apa yang dilakukan sekarang selain menghabiskan masa termenung dan mengajak sesiapa sahaja menemaninya merokok di tangga, hanyalah menunggu masa batu nisan dipacakkan di atas mejanya.


Pagi tadi, soalan pertama yang diajukan kepada aku sebaik melabuhkan bontot di bangku adalah, "bilik ni lampunya memang malap ke?"


Dan aku hanya menjawab apa yang perlu.


Sekian entri ingatan untuk wira yang terabai...

Seret

| | 23 comments |

Malam tadi, lebih kurang lima belas minit sebelum jam dua belas tengah malam.


Aku pulas tombol pintu ikut arah jam, walau pun kalau ikut lawan jam tetap akan terbuka juga pintu. Aku buka solid door yang jadi daun sejak hampir tiga tahun lalu dengan tangan kanan. Aku hulurkan kaki kanan. Pijak selipar tapak hitam bertali merah separa lusuh. Sarungkan dengan kaki kanan. Sarungkan juga dengan kaki kiri. Ehem, aku berdehem mengendurkan rongga kerongkong.


Tangan kiri menjinjing plastik hitam. Isinya penuh sejak petang. Tergantung di pintu dapur, sejak pagi semalam. Aku berjalan perlahan, menyeret kemas selipar getah buatan Malaysia dan kilang di Thailand. Aku menuju pintu pagar. Aku lepaskan selak pagar dengan tangan kanan. Jari kelingking kanan terselit gugusan kunci. Ada kunci pintu pagar, ada kunci pintu rumah, ada kunci sprocket belalang tempur.


Hmmm, aku menghela nafas panjang. Udara tak segar macam seratus tahun dulu. Aku melangkah lagi. Menuju tong sampah di bahagian kiri rumah. Kaku di sebelahnya adalah tunggul pokok mata kucing. Tapi masih hidup sebab sudah mula bertunas kembali. Aku buka penutup tong sampah dengan tangan kanan. Melepaskan bungkusan plastik hitam ke dalam perutnya. Aku tutup semula, juga dengan tangan kanan.


Aku berpusing 360 darjah, kembali mengadap pintu pagar. Aku melangkah. Pertama, kedua dan ketiga... Langkah ke lima, dahi aku berkerut. Nafas dihembuskan kuat-kuat. Sial! Aku memaki dalam hati.


Gaya berjalan aku berubah. Tidak normal lagi. Pintu pagar ditutup kembali, selak dimasukkan semula. Mangga dikenakan. Aku sambung lagi berjalan, masih tidak normal. Kaki kiri menyeret selipar dengan kemas seperti tadi. Tumit kaki kanan aku memijak lantai, menampung 50 peratus berat badan. Berkongsi dengan kaki kiri. Tapi masih tak normal. Seakan berjingkit.


Sampai ke muka pintu. Aku kesat tumit kaki kanan pada betis kiri. Memijak masuk ke dalam. Kaki kiri pula melepaskan selipar hitam bertali merah separa lusuh. Aku tutup grill. Aku kenakan mangga. Aku menolak daun pintu. Menekan punat pada tombol agar terkunci dengan selamat.


Sebaik tugas membuang sampah selesai, aku sekali lagi memaki dalam hati. "Kimak betul la. Entahkan anjing, entahkan kucing. Sekali lagi kau berak depan rumah aku, aku baling dengan batu sampai mampus!" Aku menjerit dalam hati mengenangkan sebelah selipar aku yang terpaksa ditinggalkan di luar pagar.


Esok pagi, satu hal lagi aku nak kena samak...


Sekian entri ayat pendek-pendek...

Untuk Kau...

| | 0 comments |


Aku sedar kedudukan kau yang penting setiap kali kau berada dalam satu kumpulan manusia yang berdarjat tinggi.
Aku akui akan pengaruh setiap kata-kata yang kau tuturkan atau setiap bait-bait tulisan yang kau nukilkan.
Aku mengerti akan kebijaksanaan yang sedang kau nikmati di hadapan sekian ramai orang.
Aku faham dengan sanjungan tinggi yang kau raih dari setiap buah pandangan yang kau campakkan ke dalam hidangan kawan-kawan kau.
Aku sedar, akui, mengerti dan faham akan semua itu.


Aku perasan akan kehadiran bukan puluhan, malah ratusan individu-individu hebat yang tersenarai sebagai teman-teman kau.
Aku perasan akan kehebatan mereka berbanding aku yang lebih kecil daripada titisan air kencing semut.
Aku perasan akan kebolehan aku yang pastinya tidak mampu menandingi mereka dalam membicarakan hal-hal intelek, atau pun merangsang aliran saraf di kepala kau tatkala kita berbicara.
Aku perasan itu semua.


...dan apa yang aku paling perasan adalah, aku telah lama terkeluar dari lingkungan dunia kau. Oleh kerana itu, sewenangnya kau menghamburkan kata-kata pedas dan merendahkan di hadapan sekalian mereka. Dan kerap kali kau langsung tidak mengendahkan sapaan dari mulut kerdil aku ini. Terima kasih kerana enggan menyedari kewujudan aku. Harap kau akan sentiasa kekar segar bersama mereka.


Sekian...

Table C

| Sunday, March 04, 2012 | 7 comments |


"Teacher, saya tak nak duduk table C, saya nak duduk table D dengan kawan saya," Qistina mengangkat tangannya ke arah teacher wanita pertengahan umur pada satu pagi. Dan akibat daripada permintaan itu, dia `dihukum' duduk di table A yang terletak di hadapan sekali.


Umur baru enam tahun, hati masih suci, fikiran masih tak bersawang. Tapi telah mula didoktrinkan dengan dasar-dasar yang penuh dengan diskriminasi. Budak pandai, duduk di depan bersama kawan-kawan pandai yang lain, manakala budak yang `bodoh belajar' duduk di belakang supaya mereka tidak mengganggu pelajar `pandai' yang lain.


Bila ditanya kepada seorang guru yang lain tentang persoalan `kenapa' ini, dia menjawab : mungkin untuk memudahkan teacher itu memantau pelajaran mereka dan fokus akan diberikan kepada kumpulan tertentu ketika sesi pengajaran. Maaf, aku tak setuju tentang hal pengasingan dan kedudukan table ini. Aku rasa lebih baik kalau kita biarkan mereka bergaul antara `budak pandai' dengan `budak bodoh' dalam kelas yang sama, meja yang sama dan menerima perhatian yang sama juga. Kerana aku menganggap rakan sebaya juga mampu menjadi pendorong kepada pelajar lemah apabila mereka duduk bersebelahan.


Itu sahaja...


Di hari yang lain, Qistina mengadu kepada umi dia, "Umi, tadi teacher suruh saya berdiri sebab saya bercakap dengan kawan."


"Padan muka," balas umi.


Sekian entri pecah dan perintah dalam skala kecil...

EBI2

| Friday, March 02, 2012 | 7 comments |
Bila dapat tau je brader berjanggut lebat kat belakang sekali tu ada,
aku sanggup pergi naik bas!
Nak info, klik sini.
Sekian info...

Memori Cinta 1 : Transit Link JB

| | 16 comments |




Hari Sabtu, matahari betul-betul tegak di atas kepala. Jam tangan pemberian Cik Sam yang terlilit di pergelangan tangan kiri aku, terasa sedikit melekit dengan rintik-rintik peluh yang mulai merembes keluar dari liang roma aku. Aku angkat tangan kiri aku setinggi pusat, kelihatan jarum pendek sedikit melepasi angka dua belas manakala jarum panjang menghampiri angka dua. Masih awal mengikut perkiraan aku. Kerana kalau hari sebelumnya, mungkin aku masih terbaring di depan tv atau sedang menyumbatkan telinga dengan putik earphone mendengar suara nyanyian Shawn Colvin dari walkman aku. Rutin biasa bagi pekebun anggur yang baru berhenti kerja dari kilang mozek.

Beberapa minit sebelumnya, tubuh kurus tinggi aku ini dibaluti dengan udara sejuk yang terhasil dari putaran kipas siling, manakala kini aku berdiri tercegat betul-betul memijak kerb jalan hitam putih menunggu kenderaan besar berwarna merah putih. Aku sengaja tidak meletakkan diri aku di bawah teduhan bumbung pondok menunggu bas kerana, aku lebih suka menunggu dalam keadaan berdiri. Sejak sekolah menengah lagi. Keseorangan, tiada siapa yang menemani aku tengahari itu. Mungkin ramai lagi calon-calon yang lain masih lagi belum menyudahkan kertas soalan mereka. Atau pun mereka sedang sibuk berbincang sesama sendiri tentang jawapan ujian bertulis tadi.

Ah, pergi mati la. Memang perangai aku takkan bincang jawapan yang aku dah tenyeh pada kertas jawapan sejak dulu lagi. Lagi pun, apa je yang aku nak bincangkan. Lebih tepat lagi, aku nak bincang atau sembang dengan siapa? Bukan aku kenal pun semua calon-calon ujian ni. Entah siapa, dari ceruk mana datangnya, aku tak kenal. Dan takde pasal aku nak mencari kawan kat bangunan sekolah tinggalan penjajah British ni. Bangunan kolonial yang menempatkan sebuah sekolah elit bernama Maktab Sultan Abu Bakar, atau dalam nama glamournya English College, EC.


Tujuan aku datang naik bas buang duit hampir RM5 sehala ke sini semata-mata nak ambil ujian bertulis untuk syarat kemasukan ke maktab perguruan je, bukan nak cari anduh. Jadi, persetankan dengan remaja-remaja yang kemaruk nak jadi cikgu lepasan diploma tu. Macam la aku tak tau, ramai daripada mereka tu yang kena paksa dengan mak bapak isi borang maktab, macam aku...

Hampir sepuluh minit berlalu, manusia sabar seperti aku sudah bertambah. Aku tak tau berapa. Tapi aku pasti terdapat lebih daripada satu jasad bernyawa yang duduk di belakang aku. Aku pasti, berdasarkan bunyi desiran kaki mereka menyapu lantai pondok bas dan suara-suara perbualan antara mereka.

Melewati minit yang ke tiga belas, kelihatan satu objek berbentuk kotak setinggi hampir tiga meter sedang terhegeh-hegeh menghampiri kami. Aku cam sangat-sangat objek apa yang sedang mendekati. Itu adalah objek yang aku tunggu sejak dari tadi. Untuk itu, sebaik sahaja objek lembab itu menghampiri, aku segera mengangkat tangan kiri separas baru dengan gaya seorang pemalas.

Menjadi orang yang menahan objek lembab di hadapan itu dari kalangan penunggu di situ bukan lah sesuatu yang aku gemari, kerana aku pasti akan menjadi perhatian mereka dalam beberapa saat. Aku tak suka jadi perhatian walau pun cuma seorang.

Celaka, bila benda ni berhenti baru la aku perasan benda gedabak ni tak menuju ke tempat yang aku nak pergi. Niat aku, aku nak pergi ke Terminal Bas Larkin supaya aku dapat mengambil kenderaan lain untuk pulang ke rumah. Cinabeng, patutnya nak pergi Larkin la yang paling senang. Jadi, untuk menutup keaiban akibat perbuatan sendiri, aku panjat juga tangga memasuki perut objek besar ni. Aku terpaksa tukar rancangan, lencongan akan dilakukan sedikit.

Setelah memasukkan duit syiling ke dalam tabung kutipan di sebelah kiri pemandu, aku terus menuju ke arah bangku yang masih kosong di sisi sebaris dengan pemandu. Sebaik bontot aku melekap pada muka bangku, pandangan aku terus dihalakan ke luar. Meninjau pemandangan Dataran Bandaraya dan bangunan jam besar dari belakang yang berlatarbelakang Pantai Lido. Sayup-sayup, mata aku dapat mengesan susunan kecil bangunan dari negara jiran. Tak ubah seperti susunan blok miniatur dalam Sim City yang baru mula berkembang.


"Eh kau, buat apa kat sini? Ambik exam jugak ke?" Lamunan aku terhapus sama sekali. Imej potongan buah tembikai susu dalam plastik di Terminal Bas Larkin meletup keluar dari kotak imaginasi aku gara-gara ditegur oleh satu suara lembut. Kalau tak silap, aku macam biasa dengar suara itu. Pemiliknya pasti seorang perempuan.

"Eh, woi! Kau? Apasal aku tak perasan kau naik bas ni?" Aku terkejut. Namun suara aku dapat dikawal kerana pada aku suara adalah aurat yang perlu dijaga rapai, sama juga rapi seperti seorang perempuan yang menutup celah buah dadanya.

Bertudung biru muda dengan sulaman manik-manik halus di tepi dan bucunya disilangkan kemas ke belakang, dia yang betul-betul duduk di depan aku menoleh ke arah aku. Masih tidak berubah sejak kali terakhir aku melihat dia beberapa bulan dulu. Keseluruhan bentuk wajahnya sedikit bulat dengan pipi sedikit menonjol seperti anak kecil yang selalu dicubit. Dihiasi dengn dua ulas bibir halus atas bawah menambahkan lagi manis pada diri seorang perempuan. Sejenak bibir itu tersenyum, terus menghasilkan rimbunan aura-aura sejuk ke dalam segenap isi perut ruang yang menempatkan kami ketika itu. Langsung tidak dapat ditandingi oleh lubang pendingin hawa di atas kepala kami. Tidak terlalu sejuk hingga mengecutkan telur, atau tidak terlalu panas hingga mencairkan kemasan getah pada bingkai tingkap di sebelah kanan aku. Aku suka.

Dia tersenyum mendengarkan soalan aku. Dan aku juga turut mengukir sengihan busuk.

"Yela, tadi aku nampak kau naik bas. Aku kat belakang, kau buat selamba je. Sombong." Dia cuba melatari bibirnya yang nipis itu dengan cebikan manja. Tapi tidak begitu menjadi. Pada aku, dia memang tidak pandai menunjukkan reaksi nakal sebegitu lantaran susuk tubuhnya yang kecil dan comel. Hahahaa...!

"Dah tu, kenapa tak panggil? Aku biasa la, hari ni aku lupa pasang mata extra kat belakang kepala. Tu yang tak perasan. Sorry." kata aku.

"Banyak la kau. Mengada eh! Nak pasang mata pulak." Dumm...! Aku suka dan tersangat suka tatkala dia menyebut perkataan mengada. Sekali lagi, aku memuji personaliti dia yang rupa-rupanya ada unsur-unsur manja tersembunyi. Aku tak tau selama ni. Sepanjang tempoh dua tahun menduduki kelas Kejuruteraan Awam di sebuah sekolah teknik di bandaraya selatan tanah air, aku jarang bercakap dengan dia. Memandangkan meja kami yang agak jauh iaitu berselang dua baris, kami hanya bercakap apabila perlu. Lain-lain hal, aku tak berapa ambil port dengan apa yan berlaku di dalam kelas.

Pernah sekali dia ingin meminjam lukisan yang telah aku siapkan awal untuk ditiru. Tetapi, lukisan yang aku rasakan tidak berapa cantik itu aku berikan sahaja kepada dia supaya aku dapat membuat yang lebih baik sekembalinya di asrama. Di dalam subjek lukisan kejurueraan, aku adalah antara pelajar favourite walau pun nama aku jarang dipanggil ke depan untuk menjawab soalan di papan hitam. Namun begitu, aku mampu menjadi pelajar pertama menyiapkan jawapan pada kertas lukisan walau pun cikgu masih belum habis melakar soalan.

"Kau balik mana, Air Tawar ke? Jauh jugak tu." Aku cuba meramahkan mulut.

"Tak, balik Masai. Rumah akak aku. Aku stay situ." Dia menjawab, masih lagi tersusun dengan senyuman manis. Walau pun pada aku dia bukanlah tergolong dari kalangan yang mampu buat orang menoleh untuk kali kedua, tapi aku suka melihat wajah dia. Bukan, bukan sejak sekolah. Tapi pada ketika itu. Aku suka melihat wajah dia pada ketika itu. Entah kenapa, mungkin kerana aku rindu dengan kawan-kawan sekolah atau pun muka dia mengingatkan aku pada zaman persekolahan. Zaman yang aku tak berapa nak suka kecuali kelas Lukisan Kejuruteraan.

"Kau pulak, terus nak balik ke ni? Tapi bas ni tak pergi Larkin tau." Soal dia kepada aku. Perempuan yang lebih kurang sebaya kami di sebelahnya menoleh. Mungkin kerana perbualan kami telah melepasi saat yang ke sepuluh itu sedikit mengganggu.

"Nak balik, tapi aku ingat nak singgah Kotaraya dulu. Tak pun Komtar je (ketika itu City Square masih belum diberanakkan lagi). Saje nak tengok-tengok. Apasal, nak ikut ke?" Tiba-tiba mulut aku mencabulkan diri. Ayat-ayat yang sepatutnya hanya mengandungi jawapan telah diselitkan dengan tawaran tak bermoral. Aku jadi segan, jadi malu sendiri. Dalam hati, aku berdoa agar dia menolak pelawaan aku. Bukan apa, tak pernah sepanjang hayat aku berjalan berdua dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrim.

"Hmm, boleh jugak. Aku pun lapar ni." jawabnya ringkas.

...bersambung.