Tanah Tinggi

| Friday, February 24, 2012 | |
Macam gampang pulak rasa sejak akhir-akhir ni dengan atmosfera negara. Rasa bosan ada, rasa macam babi panggang pun ada. Tiap-tiap hari nak fikir masalah bagi pihak pemerintah. Diorang ni kalau menipu depan tv pandai la, tapi cuba suruh diorang jadi imam solat subuh. Mau lintang-pukang. Doa qunut jadi doa makan. Nak memantapkan Islam, meLAYU dan raja-raja konon. Sudah la, sembang kat kedai kopi lagi baik!

Mana aku nak merenung masa depan orang kedana yang tertindas, mana aku nak cari jalan nak setel hutang negara yang makin menimbun, mana lagi aku nak fikirkan masalah remaja kita yang suka kongkek merata-rata... Tu belum kira kegawatan politik yang makin bercelaru sejak muka Najib selalu tubik tv sejak akhir-akhir ni, tanda-tanda awal PRU makin dekat.

Nasib baik dalam dua hari ni bos aku ajak naik tanah tinggi yang tak berapa nak tinggi memuncak ke syurga. Hawanya yang tak berapa sejuk, tak berapa nak suam sangat. Dapat la aku ambik peluang ni usha-usha sikit pokok-pokok hutan yang berselerak kat cerun-cerun. Cuci mata. Sambil layan corner baring seumpama Tohai dan AE86 dia. Cuma bezanya aku bawak kereta buatan Malaysia je.
(aku sengaja buat gambar ni macam zaman Sharifah Aini sekolah menengah)


Ini adalah lawatan yang entah ke berapa kali, aku malas nak kira. Tahun lepas, hampir setiap minggu aku kena jenguk ke sini. Saling tak ubah macam ahli parlimen tua bangka tak sedar diri gila anak dara yang melawat kawasan. Dan tahun ni, disebabkan projek dah setel, sekembalinya aku di sini, dapat la aku nak menumpukan fokus aku pada serangga yang dah mula menjadikan site aku ni sebagai tanah perkuburan diorang.


Mana taknya, asal nak mati je masing-masing landing kat atas lantai. Tu aku belum panjat bumbung lagi tu. Kalau aku jenguk kat situ, silap-silap bangkai babi hutan pun ada.


Misi kali ni, aku nak mengumpul beberapa jenis serangga yang tak terdapat kat semak sekangkang beruk depan rumah aku. Walau pun sedikit ralat sebab tak dapat snap gambar kumbang tanduk, tapi aku agak puas hati apabila melihatkan koleksi gambar yang tak seberapa kualiti dan kuantitinya ni. Dan setelah melakukan kajian selama beberapa jam untuk mencari nama-nama saintifik bagi spesis serangga rare ni, berikut aku sediakan antara hasil kajian dan penemuan untuk tatapan aku sendiri menjelang hari tua kelak...




Disebabkan aku malas nak search Google bagi nama lima daripada enam nama saintifik serangga kat atas tu, jadi aku boleh dianggap sebagai orang pertama yang menemui spesis rare ini dan layak menerima hadiah nobel.


Untuk itu, aku bercadang memberikan beberapa spesimen yang aku bawak balik kepada sesiapa yang berminat menjalankan kajian yang lebih mendalam.




Sekian entri mari mengenal serangga...

22 comments:

Lady Windsor Says:
February 24, 2012 at 11:27 PM

1st!

Pehhh...patutlah senyap je...ko ghaib ke tanah tinggi eh...Ada jumpa kroni tak?

SM Says:
February 24, 2012 at 11:30 PM

memang la senyap-senyap. ala, bukan ada beza pun. sama je. hahaaa... takde jumpa.

Aku Says:
February 25, 2012 at 12:04 AM

belalang pelesit tak ada?

SM Says:
February 25, 2012 at 12:08 AM

aku : binatang pelesit tu kat kampung aku dulu ada banyak, suka hinggap lat langsir. tapi kat tengah hutan tanah tinggi ni takde pulak...

Telor Power Says:
February 25, 2012 at 12:54 AM

5th.


Ok misi berjaya. riang2 haijau tu macam stail je.. dah lama aku tak jumpa serangga tu.

aku suka riang2 @ ploiarium Alternifolium tu, suka tangkap pegang kepak dan badan dia su[aya keluarkan bunyi. paling best bila aku baling kat adik perempuan aku bertujuan untuk sakat sampai menanges hahaha

Lady Windsor Says:
February 25, 2012 at 1:51 AM

Aku x suka haiwan berbunyi tu...ngeri!

SM Says:
February 25, 2012 at 7:03 AM

TP : ada pepatung besau, tapi dah hilang dari tangan masa pusing2 site.

LW : ngeri? kata dah gangster sangat.

Lady Windsor Says:
February 25, 2012 at 7:58 AM

sorry..haiwan tu tak termasuk dalam kategori aku nak main-main...kecik sangat la bhai...lagi pun tak chalenggng! tu yang aku chop ia ngeri..

SM Says:
February 26, 2012 at 12:58 AM

LW : `chalengg' tu kena sebut betul-betul. sebab kalau bahasa jawa `cheleng' tu bawa maksud lain...

Anonymous Says:
February 26, 2012 at 2:51 PM

rindu kt kumbang tanduk :P

Telor Power Says:
February 26, 2012 at 7:49 PM

ya betul tu....ia membawa erti lain, hahaha kalau nak tahu kena tanya yg pakar bahasa jawa.

SM Says:
February 27, 2012 at 7:35 AM

anon : rindu kumbang tanduk? tak faham aku...

TP : hahahaa!!! nasib baik aku bukan pakar.

Telor Power Says:
February 27, 2012 at 11:27 AM

SM : hahaha makna benda tu tak perlu pakar kot, rasanya semua warga johor tahu...terutama dikalangan jawa

SM Says:
February 27, 2012 at 11:56 AM

TP : kau try tanya LW apa maknanya...

Telor Power Says:
February 27, 2012 at 12:50 PM

eh! bukan boleh tanya direct disini ke??

Lady W: tahukah maksud perkataan 'cheleng' tu??

SM: ok aku sudah jalan kan tugas... salah ke betul, aku serah pada lu bro, tuk jawabkan jawapan

SM Says:
February 27, 2012 at 1:42 PM

mari kita sama-sama jadi hakim...

NenetPenne (NP) Says:
February 28, 2012 at 2:09 PM

serangga yang last tu..aku jumpa kat kawasan rumah aku jer..tak payah pi tanah tinggi... hikssss

ya ya rumah aku tepi bukit...tak suka!!!!!

SM Says:
February 28, 2012 at 2:13 PM

NP : ok apa tepi bukit... pagi2 confirm ada kabus.

reen afny Says:
February 29, 2012 at 1:37 PM

reendu... wuwuwu

SM Says:
February 29, 2012 at 1:46 PM

ra : apa yang kau rindu? nak naik tanah tinggi ke?

reen afny Says:
February 29, 2012 at 4:09 PM

hahahaaha reendu korang la do. asal korang ni. blurr eh. fokus2!

SM Says:
February 29, 2012 at 5:20 PM

pelik, sebab kami tak rindu kau. hahahaaa...!!!! (gurau je)