Tak Takut Mati

| Thursday, February 02, 2012 | |
Kadang-kadang, orang akan akan sebut `syuuhh...!' kalau kita menjadikan perkataan MATI  sebagai subjek gurauan. Tak elok katanya. Tabu sangat. Orang cina memang tak boleh langsung bercakap, beli barang, beri hadiah, memiliki nombor atau memilih warna yang berkaitan dengan perkara negatif macam KEMATIAN, KEMISKINAN atau KEHILANGAN. Dikhuatiri akan membawa membawa sial katanya. Ah, takut sangat mati sampai tak boleh langsung nak sebut. Tapi, apa aku kisah. Aku ni dah la jarang ingat Tuhan. Kalau aku selalu ingat mati dalam bentuk gurauan sekurang-kurangnya aku akan rasa lebih dekat denganNya.


Menariknya dengan orang zaman sekarang, dah semakin ramai yang kurang percaya dengan perkara-perkara tahyul macam ni, dan meninggalkan ke belakang saki-baki orang-orang yang masih teguh percaya hingga mati. Pernah sekali aku melihat kelisa warna gold bernombor pendaftaran J** 444 berkeliaran dengan senang hati di JB dulu. Ok je, sihat walafiat awek tu drive balik kerja.
Oh ya, petang ni aku rasa semacam pulak. Seram sejuk dan rasa sedikit sedih yang dibaluti dengan saki-baki rintik hujan kelmarin. Kalau hujan lebat, aku harap belalang tempur aku tabah meredah kerenah iklim khatulistiwa kat semenanjung Malaysia ni. Dan lagi semoga tidak lagi berkonfrontasi dengan road bastards yang semakin tak terhitung jumlahnya. Aku sayang sama kamu... Hahahaa...!


Sekian entri tak takut mati.

12 comments:

Pok Amai-Amai Says:
February 2, 2012 at 5:17 PM

Kau nie...bukan2lah pk. Jgnlah sedih. Sedih sbb cuaca kelam je kot? Tp nampak jln tak bape nak jammed ptg nie. Hopefully ko selamat smpi umah.

bact. Says:
February 2, 2012 at 5:18 PM

mati kenapa perlu takot
semua pasti akan mati.

risau sngt nk beli no 444

SM Says:
February 2, 2012 at 5:49 PM

MF : aku sedih sebab cuaca. hujan kadang-kala buatkan aku gembira, kadang-kala buatkan aku sedih. ini namanya sastera tanpa suara. hahahaa!!!

bact : manusia suka takutkan perkara yang tak sepatutnya.

Lady Windsor Says:
February 2, 2012 at 6:04 PM

rumah aku no 24...ada sedara aku kahwin dgn cina datang rumah...suka hati jer..dia kata kalau hokkien cakap pergi mati dengan angka 24 tu tapi kantonis pulak...’tak apa’ lebih kurang gitulah maksudnya sebab kalau ikut makna dalam kepercayaan dia orang ni, no 24 ada double meaning....aku tak ambik port pun...yg penting aku suka no 4!

err sudah-sudahlah sedih tu...

SM Says:
February 4, 2012 at 1:39 AM

LW : rumah aku nombor 78, ada `ong' tak?

Lady Windsor Says:
February 4, 2012 at 7:03 AM

Ko kena cari 888, ini nombor memang bapak punya ong!

reen afny Says:
February 7, 2012 at 1:35 PM

terlalu taksub dekat nombor pun susah jugak.. huhu nanti boleh mempengaruhi tindakan kita sendiri.

SM Says:
February 8, 2012 at 7:59 AM

LW : harga pun mesti up to the sky jugak.

ra : aku suka tambah nombor yang ada kat plet kenderaan. terbiasa congak sejak sekolah rendah dulu.

reen afny Says:
February 8, 2012 at 10:49 AM

contoh? 4444.. 4+4+4+4 ke? hehehe

SM Says:
February 8, 2012 at 11:02 AM

ya. atau pun ada nombor plat W**1039. 1+0+3+9=?

reen afny Says:
February 9, 2012 at 10:42 PM

kahkah tetttt larikkkkkkkk

WDX 2369
haaa, ni nombor plat kereta kau ke bro?

SM Says:
February 9, 2012 at 10:46 PM

bukan, mana kau petik nombor ni? petang tadi dia cilok kereta myvi tak best kau ke?